Oleh M.I.A./Imran Haaz
Bismillahir Ramanir raheem.. Selamat Menyambut Aidil Adha kepada semua yang berkunjung ke sini. Saya sedikit sibuk kebelakangan ini. Maaf kerana lambat membuat update kepada blog dan membalas komen-komen yang dibuat. Terima kasih. Cuma pada kali ini saya masukkan ke dalam post blog ini surat yang saya tulis kepada ruangan Forum Utusan Malaysia berkenaan percubaan pihak-pihak tertentu yang tidak putus-putus berusaha menguji kesabaran umat Islam dengan secara bertali arus melakukan perkara-perkara yang dianggap umat Islam sebagai mencabar kedudukan agama mereka sebagai Agama bagi Persekutuan Tanah Melayu ini. mereka berbuat demikian dengan harapan, pada suatu hari nanti, akan ada muslim bertindak diluar batasan setelah tidak tahan diasak secara bertubi-tubi. Usaha menentang gerakan ini secara berhemah dan mengikut kerangka undang-undang harus dilakukan supaya kita dapat memberikan sedikit waktu dan kelapangan kepada sekumpulan muslim yang juga terlalu cintakan agama ini, supaya terhalang kemarahan mereka dari diterjemahkan melalui perbuatan yang memang ditunggu-tunggu oleh pihak-pihak yang memusuhi kedudukan Islam di dalam negara ini.
Saya menulis surat ini kepada ruangan Forum Utusan Melayu kerana saya tahu bahawa golongan pemerintah serta mereka-mereka yang berada disekeliling pemerintah termasuk golongan pembuat dasar bagi kerajaan yang memerintah Malaysia, membaca akhbar tersebut sebagai salah satu input kepada mereka. Saya juga membaca akhbar tersebut bersama beberapa akhbar lagi setiap hari bagi mendapatkan maklumat lengkap untuk sesuatu itu dalam pelbagai dimensi pemahaman yang berbeza-beza. Saya tidak pasti samada ianya akan disiarkan ataupun tidak, tetapi ada baiknya saya berkongsi dengan sahabat-sahabat pengunjung terlebih dahulu supaya apa yang saya tuliskan kepada ruangan tersebut boleh dimanfaatkan kefahaman serta dikongsi cara bagaimana untuk berhadapan dan berhujah dengan golongan ini.
Sahabat-sahabat akan mendapati bahawa saya tidak menggunakan hujah agama di dalam surat tersebut. Ini disengajakan. Ia berkaitan seni perang Melayu yang saya belajar dengan guru silat saya dalam menterjemahkan falsafah tikaman keris pada tubuh musuh kita. Saya akan buktikan kepada pihak sahabat bagaimana falsafah ini berfungsi melalui praktik yang telah saya amalkan sejak sekian lama. Ia akan dijelaskan di dalam dua posting panjang selepas ini bagi membincangkan dialog saya dengan seorang timbalan pengarang sebuah akhbar Inggeris pada 2009 berikutan isu Beyonce dan sebuah surat ringkas saya kepada akhbar Inggeris yang sama sebelum ini. InsyaAllah.. diberikan Allah kesempatan, saya dapat menyiapkan penulisan itu dengan lebih awal nanti. Berikut surat saya kepada ruangan forum Utusan Malaysia. Semoga memberi idea dan manfaat yang lebih mampu diperkembangkan dengan kuat dan luas kepada apa yang sudah sedia kuat di dalam diri para sahabat pengunjung.
Survival Bangsa Manusia : Hak Asasi Paling Utama.
Saya berasa terpanggil untuk menulis kepada ruangan ini atas
desakan perasaan yang terlalu rimas dengan kebejatan serta kekakuan pemikiran
yang menyelubungi sekumpulan manusia yang senang terhirup candu delusi
kebebasan. Desakan ini juga disulam perasaan amat kesal dengan sekumpulan
manusia lagi yang cuba menjadi juara dengan memberikan sokongan dengan gaya
sondolan tanpa didahului dengan berfikir sebelum bertindak.
Forum Kebebasan Homoseksual sudah mula meniti dari bibir ke
bibir. Dari nada tidak suka kemudian berombak menjadi nada kecaman. Sebagai muslim yang bertanggungjawab, golongan homoseksual muslim seharusnya didekati untuk membolehkan mereka membuat penilaian semula kepada jalan hidup yang pernah mereka tempuhi dan kembali ke landasan terbaik. Tetapi sayangnya jalan hidup mereka yang mereka lalui secara sedar kini dijadikan modal oleh sekumpulan oportunis bagi mendapatkan keuntungan singkat untuk tujuan-tujuan tertentu yang telah dirancangkan mereka. Masyarakat
sebenarnya malas mahu memberi perhatian kepada kumpulan oportunis ini. Membuang masa
kemanusian yang produktif hatta jika berpaling menjeling sejenak kepada mereka,
apatah lagi mahu menulis dan berhiruk pikuk mengenai mereka yang secara jelas mahu menguji kesabaran manusia-manusia yang cuba untuk terus berfikiran rasional di negara ini.
Tetapi kerap kali merekalah yang memukul gendang dengan kuat dipintu
rumah-rumah orang yang telah lama berdiam diri. Berdiam diri bukanlah kerana
merestui. Tetapi berdiam diri kerana telah lama sebagai sebuah bangsa yang
telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi di dalam menjaga adab dan perasaan
manusia lain, mereka mengkesampingkan amarah mereka demi sebuah Negara yang
makmur.
Saya juga menjadi semakin tidak faham dengan tindak tanduk golongan yang cuba menonjolkan diri sebagai pejuang hak asasi manusia.
Mereka menamakan diri mereka dengan pelbagai nama dan julukan yang menunjukkan
mereka memperjuangkan hak asasi manusia, tetapi entah di mana silapnya, mereka
gagal untuk memahami apa keutamaan yang paling besar yang perlu mereka berikan
perhatian.
Tanyakan mana-mana pihak, apakah hak asasi manusia paling
utama yang perlu dijamin oleh mana-mana badan yang memperjuangkan hak tersebut.
Tentu sahaja survival kepada kelestarian wujudnya bangsa manusia perlu
diletakkan dipuncak utama segala hak. Apa sahaja aktiviti, perlakuan serta
kecenderungan mana-mana pihak yang boleh menjejaskan kelestarian wujudnya
bangsa manusia yang sihat , haruslah ditentang dengan konsisten.
Manusia perlu berkembang biak. Hanya dengan berkembang biak,
survival bangsa manusia dapat dijamin untuk terus menjadi pentadbir muka bumi
ini di masa akan datang. Bagaimana mungkin generasi hari ini dapat diganti
dengan sebuah generasi yang sihat jika benih yang dikatakan hebat tidak ditanam
ditempat yang betul. Bukankah ianya satu perbuatan yang sangat membazir dan
sangat meresahkan?
Bayangkan situasi di mana sesebuah negara mempunyai lebih
50% penduduknya mengamalkan budaya
homoseksual. Siapa sahaja pengamalnya, samada seorang doktor, peguam, hakim, ahli
majelis peguam dan sebagainya pasti tidak akan dapat menyalurkan benih-benih
berisi kod genetik yang mereka sanjungi hebat kepada salinan generasi
seterusnya.
Apakah yang akan tinggal kepada negara itu sebaik
mereka-mereka yang mendakwa diri mereka hebat di dalam profession mereka ini
memasuki fasa usia tua? Golongan mereka tidak akan diganti dengan generasi yang
baru. DNA kecemerlangan yang sentiasa didabik mereka terbuang dan tertumpah
ditempat yang tidak langsung menumbuhkan hasil. Apakah yang akan tinggal kepada
negara tersebut? Sebuah negara yang bergantung harapan kepada sekumpulan
homoseksual kerepot yang akan menemui ajal dalam tempoh yang semakin tidak
bertangguh lagi? Apa bentuk masa depan yang ada pada negara-negara sebegini?
Apakah perkara hak asasi utama yang mudah seperti ini pun
gagal untuk difahami oleh mereka-mereka yang mendakwa diri mereka sebagai
golongan intelek? Pelik benar kerana setiap kali timbulnya isu-isu perjuangan
kosong yang menentang arus norma masyarakat berketamadunan tinggi, wajah-wajah
yang sama pasti berdiri menebalkan muka berpura-pura terbuka bagi menyatakan sokongan.
Siapa sebenarnya mereka ini? Siapa pula dibelakang gerakan bertali arus ini yang
sentiasa bersahut-sahutan lolongan antara mereka bagi menunjukkan apa yang
diperjuangkan mereka mempunyai berat suara yang perlu diberikan perhatian oleh
sang pemerintah?
Lebih menghairankan apabila golongan yang menyokong forum
seumpama ini juga merupakan golongan yang sentiasa bertenggek di dahan hak
perjuangan hak asasi wanita. Apa hak wanita di dalam kitab perjuangan mereka itu
hanya tertakluk kepada perlakuan-perlakuan bejat yang harus mendapat emansipasi
untuk bertindak dan berkelakuan melampaui perlakuan alam haiwan?
Kenapa hak golongan gadis dan remaja-remaja perempuan yang
memilih jalan keseronokan sementara dengan terlibat dengan perlakuan lesbianisma
tidak dibimbing dan diberitahukan kepada mereka bahawa perlakuan mereka itu bakal
mendedahkan diri mereka kepada risiko menghidap kanser payu dara. Dunia perubatan
telah bersetuju bahawa dengan berkahwin awal dan melahirkan anak seawal usia
20-an serta menyusukan anak tersebut di dalam tempoh penyusuan sebaik-baiknya 2
tahun akan mengurangkan risiko mendapat barah payu dara dengan lebih
signifikan.
Apakah pihak yang
menyokong forum bejat ini mahu gadis-gadis remaja terdedah kepada risiko
tersebut, hanya semata-mata kerana mahukan kebebasan melakukan sebuah keseronokan
yang dinikmati kurang 10 minit tetapi akhirnya membiarkan mereka menanggung
sebuah penderitaan yang berkekalan sepanjang hayat? Apakah tiada langsung rasa
simpati golongan yang menyokong forum bejat ini ke atas nasib dan masa depan
malang yang bakal dihadapi majoriti dari pelaku lesbian ini? Anda sesungguhnya
merupakan manusia-manusia yang tidak berhati perut dan menggunakan ketidakmatangan
fikiran anak-anak remaja demi kepentingan pihak anda sendiri dan bukan mereka.
Bagaimana pula sekiranya di dalam tempoh tidak berapa lama
dari hari ini, wujud pula sekumpulan manusia yang menuntut hak untuk mengadakan
hubungan seks dengan haiwan atau mengadakan hubungan seks sesama mereka ditengah-tengah
orang ramai? Apakah majjlis peguam juga mahu menyatakan sokongan jitu, padu
serta tidak berbelah bahagi kepada tuntutan golongan ini atas alasan itu
merupakan hak asasi mereka yang perlu dihormati?
Saya menjadi semakin hairan dengan sikap yang semakin pelik
diambil oleh majils peguam. Apakah mereka hanya mahu menjadi juara kepada
segala perkara yang menentang segala norma masyarakat yang bertamadun yang
mengimpikan sebuah kehidupan aman dan dapat melahirkan genarasi yang sihat
fizikal, mental dan rohani mereka.? Kenapakah hak yang paling mudah seperti hak
untuk menjamin survival bangsa manusia tidak dapat mereka fahami dengan mudah?
Jika demikianlah
bentuk pemikiran golongan yang menguasai majelis peguam, saya ingin memohon
kepada Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menaikkan syarat kelayakan bagi mana-mana
individu yang mahu mengikuti pengajian perundangan supaya lebih ketat lagi
sebagaimana syarat untukmengikuti pengajian perubatan. Ini kerana cream of the crop profession guaman yang
seharusnya berada di dalam majelis tersebut, gagal untuk meyakinkan masyarakat
yang mereka mempunyai akal fikiran yang sihat dan dapat berfikir dengan lojik
dalam menentukan apa keutamaan yang seharusnya menjadi perjuangan hak asasi
manusia.
Saya tidak memaksudkan semua peguam berakal fikiran
sedemikian rupa, tetapi perilaku majelis peguam yang mewakili profession guaman
tersebut, semenjak akhir-akhir ini telah mencadangkan kepada masyarakat bahawa majelis
tersebut kini diwakili oleh mereka-mereka yang semakin hilang upaya untuk
membuat penilaian kepada apa yang harusnya menjadi keutamaan di dalam
perjuangan hak dan asasi. Mereka tidak kedepan apabila isu orang-orang miskin
diketengahkan media. Mereka juga tidak kehadapan untuk menyokong pembentukan
sebuah Negara bertamadun yang aman dan terhindar dari kebejatan sosial dan
kekacauan. Kerap kali merekalah yang berada pada sisi yang salah di dalam
perjuangan hak membina sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar bertamadun.
Tidak perlu majelis peguam serta golongan-golongan yang
menyokong forum bejat tersebut, berasa kecil hati dengan penulisan saya ini. Apakah
hak asasi untuk menyatakan pendapat serta bersuara itu hanya milik pihak mereka
untuk menyakitkan hati majoriti rakyat Malaysia yang cintakan ketamadunan serta
mengimpikan kelahiran generasi-genarasi yang sihat sahaja? Jadi, apakah salah bagi
saya pula bersuara mengikut hak yang sering dilaungkan-laungkan oleh pihak
mereka?
Boleh sahaja mereka gelarkan saya homophobic, gelarkan saya
anti-homoseksual, gelarkan apa sahaja yang mereka mahu, sesungguhnya jika saya
digelarkan dengan gelaran demikian demi sebuah niat bagi menjamin survival
serta kelestarian kewujudan bangsa manusia, maka dengan lapang dada dan penuh
nikmat, saya akan menghirup semua
gelaran itu sepertimana menghirup secawan kopi panas di pagi hujan lebat yang
menenangkan. Saya melihat lambat laun, segala kebejatan yang teruk melanda
tanah sebelah langit maghrib akan menghujani
bumi indah Nusantara ini sekiranya kegiatan golongan-golongan ini tidak
dibendung mengikut kerangka undang-undang yang sediada. Bola di kaki pemerintah.
Terpulanglah, kerana setiap lima tahun sekali, majoriti besar rakyat yang lebih
suka berdiam akan menterjemahkan rasa hati mereka di dalam dua buah garisan
bersilang di atas sekeping kertas kecil yang berisi harapan masa depan yang
mereka inginkan. Berikan peluang kepada golongan ini untuk menterjemahkan
kepada harapan mereka bahawa masa depan mereka sebagai manusia-manusia yang cintakan
keamanan serta gaya hidup berketamadunan tinggi kekal terjamin di bawah
pemerintah yang tidak akan berkompromi di dalam bersekongkol dengan pemusnah
survival bangsa manusia.
Nizam Alias,
Seberang Jaya, Pulau Pinang.
© 2011 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.