Wednesday, August 10, 2011

Isu Nama Allah : Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah.

5
Oleh M.I.A

Artikel ini merupakan sambungan kepada siri artikel berkenaan isu nama Allah dan gerakan Kristianisasi di Malaysia. Artikel sebelumnya boleh di baca dengan klik sini.

Perancangan Mencuri Jasad Rasulullah s.a.w.
Sebelum serangan ke atas Melaka (1509) dan Goa (1510), dicatatkan mengenai beberapa kegiatan dan perancangan Alfonso de Albuqurque bagi menjatuhkan empayar Islam. Antara yang dirancangkannya ialah untuk mencari sebuah kerajaan Kristian yang kononnya dikuasai oleh Prester John di Benua Afrika bagi tujuan pergabungan untuk menguatkan kekuatan Kristian untuk menentang kekuatan Islam.


Selain dari itu, beliau juga bersetuju dengan rancangan untuk bergabung dengan kerajaan Kristian di Ethiopia untuk bagi membolehkan orang-orang Portugis menggunakan pelabuhan-pelabuhan mereka. Ia bagi tujuan untuk dijadikan pengkalan bagi menyerang kerajaan Mamluk sekaligus menceroboh Bandar suci Madinah dengan tujuan untuk menculik jasad Rasulullah s.a.w.

Ini dirancangkan bagi tujuan menggunakan jasad Rasulullah s.a.w. sebagai tebusan bagi mendesak pembebasan Jerusalem dari tangan dan kuasa orang-orang Islam.  6

Selain dari itu, terdapat juga perancangan mereka untuk mengeringkan Sungai Nil dari mengalir masuk ke Mesir menggunakan khidmat jurutera-jurutera Portugis melalui kaedah pembinaan sebuah terusan merentasi Ethiopia dan mengalir masuk ke Laut Merah. 6 Sungai Nil merupakan nadi yang menggerakkan ekonomi Mesir. Dengan menyekat aliran sungai Nil , Mesir akan berubah menjadi padang pasir yang tandus. Alfonso de Albuqurque memahami, untuk menghancurkan empayar Islam, akar kepada kekuatan  yang menjana kemajuan mereka harus dihapuskan. Dia mengenalpasti bahawa kekuatan ekonomi empayar Islam yang dijana dengan kekayaan nilai perdagangan empayar Islam dengan dunia di sebelah timur harus dihapuskan.

Sabotaj Ekonomi & Pakatan Bukan Islam
Walaubagaimanapun perancangan tersebut tidak direalisasikan. Pada 1509, Alfonso de Albuqurque mengarahkan satu ekspedisi Portugis ke Melaka pada 1509. Di dalam pertempuran dengan Melaka pada tahun tersebut, pihak Portugis mengalami kekalahan dan ramai orang mereka di tawan kerajaan Melaka.

1510, satu lagi ekspedisi dilancarkan oleh Raja Portugal untuk menyerang Melaka. Walaubagaimanapun, Alfonso de Albuqurque mengalihkan pasukan tersebut untuk menyerang Goa di India. Mengenai serangan pengganas Kristian Portugis ke atas Goa, Alfonso de Albuqurque mencatatkan di dalam suratnya kepada Raja Manuel I yang bertarikh 22 Disember 1510:

“Kemudian saya membakar kota tersebut dan membunuh setiap orang di situ. Selama empat hari orang-orang Tuanku tidak henti-henti menumpahkan darah. Di mana sahaja kami pergi, tiada seorang pun orang Islam yang terlepas. Kami membawa mereka ke masjid lalu kami membakar mereka. Para petani dan sami Hindu kami kecualikan. Kami dapati bahawa enam ribu jiwa orang Islam, perempuan dan lelaki terkorban dan ramai daripada askar berjalan kaki dan pemanah mereka mati. Tuanku, ini merupakan pencapaian yang cemerlang dan hebat. Goa adalah tempat penting dan agung tetapi tidak ada tindakan yang diambil terhadap kezaliman yang dilakukan oleh orang Islam ke atas rakyat tuanku.” 7 

Tetapi Goa bukanlah sumber kekuatan empayar Islam di Timur Tengah. Alfonso de Albuqurque menyedarinya apabila dia berada di Goa. Dia sedar bahawa kekuatan empayar Islam bukanlah terletak di India tetapi Selat Melaka. Jadi untuk meruntuhkan empayar Islam, Kesultanan Melayu di Melaka harus dihancurkan.

Melalui suratnya kepada raja Portugal sepertimana berikut :

‘By throwing the Muslims out of Malacca the fire of the sect of Mohammad will be extinguished and the creed will not extend itself any further. It may also cause the Muslims to leave the Indies. We have taken away from them their fountainhead in India, and if we take away this one also, they will have no country to sustain them.’ 8

Dicatatkan oleh Gregorio F. Zaide di dalam bukunya, Albuqurque menyatakan:

“Jika kita rampas Melaka dari tangan orang Moor (Muslim), Kaherah dan Mekah akan musnah, dan Venice tidak akan mendapat rempah kecuali yang dapat dibeli oleh pedagang-pedagangnya, di negeri Portugal.” 9

Julai 1511
Selepas 40 hari bertempur dengan Melaka, setelah ribuan gabungan longgar tentera Islam syahid, diikuti pembakaran bandar pelabuhan Melaka. Setelah masjid Melaka diruntuhkan, Julai menandakan pendaratan secara rasmi agama Kristian di bumi Nusantara.

Portugis membawa bersama mereka mazhab Katolik ke dalam Negara. Sebuah Chapel didirikan di tapak di mana Gereja St. Paul kini berdiri di bukit St. Paul, Melaka, pada 1521. Ia merupakan gereja Katolik yang pertama di sini. Walaupun berada di bawah perintah penjajah, tidak ramai orang-orang Islam berjaya dimurtadkan. Ulama’ di zaman itu bukanlah materialistik gilakan kuasa, glamour dan takut dengan pengundi bukan Islam. Belum wujud ulamak-ulamak politik yang membaca menyampaikan Islam mengikut kecenderungan politik. Berbeza dengan masa kini.

1629
Sepertimana yang telah disebut sebelum ini, Bible Bahasa Melayu pertama diterbitkan pada tahun 1629 ini. Ia dimulakan dengan penterjemahan Gospel of Mark dan Matthews ke dalam Bahasa Melayu oleh Albert Cornelius Ruyl.

1641
Belanda menjajah Melaka. Bersama mereka dibawa masuk mazhab Reformasi gereja Kristian (mazhab Protestant) ke Nusantara. Kemasukan mazhab ini juga menyebabkan semua aktiviti dakwah, gerakan penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu oleh kumpulan Katolik terhenti. Kumpulan Katolik ditekan dengan kehadiran Belanda di Nusantara.

1731
Bible Bahasa Melayu yang paling lengkap diterbitkan melibatkan penterjemahan Old Testament (Perjanjian Lama) & New Testament (Perjanjian Baru) pada tahun tersebut.

1786
Melalui tipu daya, Francis Light Berjaya mendapatkan pajakan ke atas Pulau Pinang pada tahun 1786 dari Sultan Kedah. Ia menandakan era bertapaknya penjajahan British ke atas Tanah Melayu.

1808 – Pembinaan College Royale di Pulau Pinang.
Kedatangan penjajah Inggeris ke Pulau Pinang membuka ruang kepada kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian dari Peranchis. Kemasukan mereka adalah secara tidak sengaja. Pada awalnya kumpulan ini merupakan kumpulan pelarian yang kemudiannya mengambil kesempatan atas ‘perampasan’ Pulau Pinang oleh Francis Light. Antara mubaligh yang terkenal dan yang berusaha keras kepada perkembangan dakwah Kristian di Pulau Pinang ialah Father Mathurin Pierre Pecot. Berusia 35 tahun semasa kedatangannya ke Pulau Pinang. Dia merupakan salah seorang dari mubaligh-mubaligh Kristian yang berasal dari Peranchis.

Pada tahun yang sama, pembinaan sebuah kolej bagi tujuan melatih mubaligh-mubaligh kristian di bina di Pulau Pinang.  College Generale ditubuhkan di Pulau Pinang pada 1808 dan masih wujud sehingga hari ini di kawasan Tanjung Tokong.

Father Pecot menyatakan perkara berikut berkenaan harapannya tentang menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat penyebaran agama Kristian di Asia Timur. Beliau juga memuji langkah kerajaan British yang memberikan perlindungan kepada gerakan mubaligh-mubaligh Kristian dan tidak mengenakan tindakan di atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan mereka di Negara yang dijajah mereka. Berikut petikannya:

Berkenaan Kompeni Inggeris, dia berkata :

‘If you think that have become a supporter of the (English) Company, you are not far wrong. It is the most favourable government for the preaching of our holy religion that I know of in India, it sets up no prohibitions or legal proceedings against missionaries.’

Berkenaan dengan harapannya terhadap Pulau Pinang, dia berkata :

‘I believe I can assure you that the Christian community of Penang will one day become one of the most flourishing, and the most interesting, of the Orient. Penang is a seaport which is becoming more significant every day. It is a little Calcutta, and  is for that immense city what Macao for Canton. From there one can communicate easily with the whole Orient.’ 11

Kebiadaban Paderi Beighton mendapat tentangan Muslim Pulau Pinang
Pada kurun ke 18, terdapat pelbagai pusat cetakan buku yang ditubuhkan di serata Nusantara termasuk Pulau Pinang. Kebanyakannya diusahakan oleh gerakan mubaligh Kristian. Penumpuan diberikan kepada penerbitan bahan-bahan cetak berunsur dakwah Kristian untuk kegunaan tempatan.

Di Pulau Pinang, penerbitan buku-buku Kristian yang bernada anti Islam diterbitkan. Penerbitan buku-buku dengan tajuk Pungutib Segala Pungutauan yang membuat perbandingan antara Injil dan al Qur’an, Hikayat Syeikh Salih yang Lagi bernama Abdul Masih dan buku Abdullah dan Sabbat yang menceritakan tentang orang Islam yang memeluk agama Kristian. Ianya dicetak berulang-ulang kali.

Mubaligh yang paling banyak menulis buku-buku yang bernada anti-Islam bagi tujuan dakwah Kristianisasi antaranya ialah Thomas Beighton. Dia mencetak bahan-bahan tulisannya sekitar 1844 di Pulau Pinang. Banyak tulisan Beighton dianggap sebagai menghina Melayu dan agama Islam. Sebelum itu, pada 1839, Gabenor Graham S.G. Bonham telah memberi peringatan keras kepada Beighton setelah menerima protes dari delegasi orang-orang Melayu. Beberapa waktu kemudian, sekumpulan orang Melayu yang berpengaruh mengambil inisiatif melawan Thomas Beighton secara intelektual dengan menerbitkan sebuah buku tebal sebagai jawapan dan bagi membalas hujah-hujah Beighton yang melampau dan dianggap sebagai kurang ajar. 12

Pada ketika itu, belum lagi wujud ulama’-ulama’ politik, ulama’ yang takut akhbar bukan Islam tidak lagi menjadikan dirinya sebagai rujukan dan ulama’-ulama’ yang dirinya sentiasa betul sehingga al Qur’an perlu menurut kepada kemahuan dirinya dan golongan yang diwakilinya.

Kes Lina Joy sebagai percubaan untuk membuka ‘Floodgate’
Kes Lina Joy yang timbul sekitar tahun 2006, merupakan sebuah kes serta percubaan berani kumpulan Kristian untuk membuka ‘floodgate’ bagi memudahkan orang-orang Islam dapat murtad dan diiktiraf perbuatan mereka menukar agama melalui jalan undang-undang.

Daripada percubaan ini, kita sebagai pemerhati tahu bahawa kes itu ditimbulkan bagi mencari jalan memberi peluang kepada ramai lagi muslim yang murtad untuk mendapatkan hak menukar agama. Kes ini tidak akan ditimbulkan jika yang Azlina Jailani seorang sahaja yang murtad. Tetapi, Lina Joy sebenarnya mewakili ratusan dan mungkin juga ribuan muslim yang murtad.

Sebelum kes Lina Joy ditimbulkan, dicatatkan di dalam sebuah penerbitan Kristian pada 2002, pihak gereja Kristian sudah pun mula menggunakan Bible di dalam bahasa Melayu di dalam beberapa kuliah, khutbah dan majlis di gereja-gereja sekitar Ipoh. Salah seorang dari paderi gereja tersebut dipetik sebagai berkata:

‛... In Peninsular Malaysia, BM (Bahasa Melayu) is the mother tongue of 55 percent of the population. Although there are stringent legal and social restrictions now. I believe there will come a time when God will break down the barriers. Will the Church be ready then to spread the Berita Baik (Good News) to those who speaks BM? … the experience of the churches which introduces BM has been great. Our BM ministries in S* P#####, Ipoh, has led to five new churches, and about 300 baptisms within 5 years.’



Apa yang dikatakan oleh paderi tersebut, merupakan aktiviti gereja-gereja di Ipoh pada tahun 2002. beliau menyatakan bahawa ajaran Kristian seharusnya disampaikan di dalam Bahasa Melayu kerana, 55% penduduk Semenanjung Malaysia merupakan mereka-mereka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Persoalannya siapakah rakyat Malaysia yang berjumlah 55% di Semenanjung? Tentu sahaja mereka-mereka yang disasarkan itu adalah orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Paderi tersebut juga secara terang menyatakan bahawa gereja bahasa Melayu mereka telah bertambah dari sebuah kepada lima buah pada tahun 2002. Beliau juga menyatakan bahawa gereja-gereja yang menggunakan bahasa Melayu ini telah berjaya membaptiskan lebih 300 orang. Persoalannya siapakah 300 orang yang berbahasa Melayu di dalam kehidupan seharian yang telah berjaya diKristiankan di Ipoh, Perak?

Jadi jelas, kes Lina Joy pada yang timbul pada 2005, merupakan percubaan mereka membuka ‛floodgate’ gelombang muslim yang murtad yang mahukan pengiktirafan perubahan agama mereka.

Kerana itulah blog ini secara konsisten sejak dari awal lagi menentang sebarang usaha pihak Kristian menggunakan nama Allah di dalam penerbitan mereka.

Selepas ini saya akan menceritakan satu percubaan untuk mengajak saya mendekati agama Kristian yang berlaku pada 2009.  InsyaAllah saya akan update di dalam blog ini.


© 2011 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

5 comments:

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Subhanallah...Pelbagai percubaab telah dilakukan dari dulu lagi....

satuhala said...

Salam ZYASH.. Itulah yang saya mahu kongsi dan maklumkan. Gerakan mereka bukanlah satu gerakan yang berusia setahun jagung, tetapi dah pun berusia ratusan tahun lamanya.Dan mereka sentiasa konsisten di dalam gerakan mereka. Utkmenghadapi mereka, kita perlukan satu gerak kerja yang teratur dan lebih tersusun dari mereka. Itu antara kelemahan kita kerana saf-saf kita tidakserapat saf-saf musuh. Kita perlu banyakbelajar dan memperbaiki kelemahan kita. InsyaAllah, jika semua Msulimmengambil berat macam ZYASH, jalan ke arah itu akan jadi lebih mudah.

Ros said...

Assalammualaikum..
Isu atau perkara yang sangat dekat dan wajib umat islam utamakan.

penterjemahan bible satu makanisme menarik orang islam (di Malaysia ni orang Melayu)objektifnya.

kita juga harus risau dan amat berhati2 dengan makanisme yang baru terutama fahaman liberalisme, feminisme dan pularisme.

di Malaysia banyak ngo yang berusaha mengembangkan fahaman ini. mereka terdiri dari intelektual dan dipelopori orang-orang islam!

kita harus berusaha untuk mengengkang anasir ini masuk menyelinap hati nurani terutama anak-anak

kesilapan kita orang islam selalu buat tindakan bila nasi sudah jadi bubur


dakyah ini perlu diambil perhatian oleh pihak yang berwajib terutama majlis fatwa kebangsaan

kalau tak cukup orang atau tak berintegriti perlulah diadakan satu badan pemantau dan penyiasat pertubuhan, persatuan atau perkumpulan - tugasnya, menyelidik setiap pertubuhan dan mewar-warkan (ini peranan majlis fatwa kebangsaan) pertubuhan yang sonsang dan menyesatkan orang islam


kesimpulannya pihak berwajib jangan tunggu aduan...cari, selidik buat tindakan.

mudah-mudahan Allah SWT memberi perlindungan dan rahmatnya buat kita dan seluruh umat Islam tersayang.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam wrt Ros. Apa yg Ros kata tu ada benarnya. Pluralisme, Feminisme dan Liberalisme juga digerakkan oleh satu gerakan yang sama yang mahukan agenda menyebarkan agama Kristian tidak disekat. Secara dasarnya kita dapat melihat mereka2 ini berada di dalam satu barisan yang sama. Perhatikan, mereka2 ini akan bersahut-sahutan apabila sesuatu isu berkenaan Islam ditimbulkan. Motif gerakan mereka cuma satu, mahu menghapuskan Islam terus dari muka bumi. Cuma mereka diwujudkan di dalam kumpulan2 dan gerakan2 berbeza supaya dilihat sebagai ramai dan mempunyai berat suara yang besar. Tetapi hakikatnya tidak. Mereka tidak ramai, cuma paluan gendang mereka lebih kuat dari kita. Sebenarnya, penterjemahan Bible ke bahasa Melayu dan isu contextualization perkataan2 yg sinonim dgn Islam ke oenerbitan agama mereka merupakan langkah2 yang diambil sesudah fasa-fasa contextualization awal yang lebih halus dibuat dan diambil. IsyaAllah saya akan menjelaskan di dalam blog ini tidak lama lagi. Jika semua kita mempunyai kesedaran spt saudari, InsyaAllah kita mempunyai kekuatan. Buat masa ini, yang perlu ditumpukan ialah menguatkan benteng2 yang dekat dgn diri kita semua terlebih dahulu spt. keluarga dan komuniti yg dekat. Asas perlu dibina dahulu sebelum sebuah menara tinggi dapat didirikan.

Kita juga perlu ada organisasi2 spt yg Ros cadangkan yang dianggotai oleh org2 yg berkredibiliti dan berintegriti untuk memantau dan bertindak dengan ancaman golongan2 ini. Jauhkan organisasi ini dari ahli2 politik. Ini kerana ahli politik, kebanyakan mereka mempunyai 'kitab rujukan' yang lain dari kebanyakan muslim. TQ Ros atas komen bernas.

Semoga kita semua diberikan Allah kekuatan untuk terus berjuang di jalanNya dengan penuh istiqomah dan tekun. Amin.

Anonymous said...

Asslamualaikum..sy mmg meminati blog saudara bila ptama kali melawatnya..bolehkah saudara menceritakan bgaimana pergerakan freemason brmula dan apa tujuan nya..