Wednesday, August 25, 2010

Syahadah Gadis Ateis Cetakan Kedua..

oleh : M.I.A.


Bismillahir Rahmanir Raheem... Alhamdulillah, dari post yang dimuatkan di dalam blog Chairman PTS, cetakan kedua novel Syahadah Gadis Ateis bakal memasuki gudang PTS di dalam minggu ini. InsyaAllah tidak lama lagi ia akan kembali memasuki pasaran.. Terima kasih semua kerana menyokong dan memberikan maklumbalas bagi tujuan pembaikan selama ini.. Allah jua membalas segala kebaikan dengan rahmat dan kebahagiaan kepada tuan-tuan di dunia dan akhirat.. Amin..


Tuesday, August 24, 2010

Ini Palestin kita...

oleh : M.I.A.
Bismillahir Rahmanir Raheem.. Sebelum ini telah berkali-kali di dalam blog ini saya mengingatkan bahawa perpecahan antara kita disebabkan alasan dan kecenderungan politik yang dangkal dan melampau, amatlah mendukacitakan. Perpecahan ini tidak membawa sebarang kebaikan. Ianya sangat-sangat memudaratkan kepada kita semua. Jangan hanya kerana dua parti politik terbesar umat Islam di Malaysia berpatah arang, kita semua mahu turut berpecah. Kita harus mengambil peduli tentang perkara ini. Ini kerana di dalam sistem demokrasi (M.I.A.: Ini sistem kenegaraan yang lemah dan tidak kebal dari perbuatan manipulasi, ia pendapat peribadi saya), jumlah majoriti yang terbentuk membentuk asas kekuatan yang memerintah negara. Jika kita turut sama bermusuhan atas dasar sentimen taksub seperti mereka, kita lebih menjadikan keadaan bertambah parah. Kita harus bersatu untuk menunjukkan kepada kedua-dua parti tersebut apa yang kita mahu. 

Sunday, August 22, 2010

Bila tuhan pula mengenakan caj tambahan...

oleh : M.I.A.


Bismillahir Rahmanir Raheem.. cuba bayangkan situasi ini. Dengan pendapatan yang sekadar cukup makan untuk diri dan keluarga. Tidak mampu membuat simpanan kerana kos hidup semakin meningkat. Gaji yang diharapkan naik tahun ini naik bersama harga barang yang naik melebihi kenaikan gaji. Kepada siapa tempat kita mahu mengadu? Majikan? Parti Politik? Atau Tuhan?

Berikan mereka remedi untuk 2018..

oleh : M.I.A.
Bismillahir Rahmanir Raheem.. Muslim yang memahami putaran kejam ekonomi dunia yang berorientasikan kapitalisme, memahami bahawa mereka harus bersedia dengan segala macam kenaikan harga barang dari yang lojik sehingga ke peringkat yang tak masuk akal. Sistem ekonomi Islam dicadangkan tetapi pelaksanaannya tidak menyeluruh dan terhalang. Tinggallah Muslim harus berdepan cabaran demi cabaran demi survival kendiri.

Friday, August 20, 2010

Isu Nama Allah : Jesus Pernah Muncul di Kota Bahru, Kelantan? Kronologi 3.

oleh : M.I.A.
Artikel ini merupakan sambungan kepada artikel-artikel di bawah label Isu Nama Allah yang dimuatkan di dalam blog ini sebelum ini. Klik sini untuk ke artikel sebelum ini.

Sesudah kemunculan Jesus di Jerusalem dan perjuangannya yang mendapat tentangan, di akhir tahun 33 Masihi, mengikut kepercayaan Kristian, Jesus telah ditangkap setelah dia dikhianati oleh salah seorang pengikutnya, Judas Iscariot. Upah 30 wang perak dibayar kepada Judas untuk menyerahkan Jesus kepada kumpulan pendita Yahudi bagi tujuan hukuman. Selepas disalib dan mati, dia muncul kembali kepada sekumpulan pengikutnya memberi amanat sebelum dia diberitakan diangkat ke langit. Gospel-gospel Synoptical berakhir dengan cerita itu. Surat-surat Paul yang merosakkan ajaran Kristian asal dimasukkan ke dalam New Testament sebagai sebahagian dari Injil mereka. Ia juga berakhir dengan menceritakan peristiwa sama dalam versinya yang tersendiri yang menyongsang dari apa yang biasa dikatakan Jesus di dalam Synoptical Gospel. Tetapi, Kitab Mormon ini mencatatkan peristiwa tambahan yang berlaku kepada Jesus setelah dia diangkat ke langit. Sebelum itu, harus saya jelaskan kepada sahabat semua, bahawa kumpulan Latter Day Saints yang beriman dengan Kitab Mormon ini, dianggap sebagai kumpulan yang sesat dikalangan mazhab Kristian yang besar dan kukuh dan dikatakan menyimpang jauh dari ajaran Kristian sebagaimana yang diimani oleh kumpulan Kristian seluruh dunia. Kitab mereka bukanlah kitab-kitab samawi yang asal. Ianya ditulis sekitar akhir kurun ke 18 oleh pengasas gereja Mormon bernama Joseph Smith. Smith mendakwa dia memperolehi lemping-lemping emas yang mencatatkan mengenai perihal suku Bani Israel yang telah keluar dari Jerusalem dan bermastautin di sebuah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada mereka. Tanah itu dikatakan mereka akan diberikan Tuhan sekali lagi kepada mereka. Saya sudah menjelaskan perihal perkara ini di dalam bahagian artikel dengan tajuk yang sama sebelum ini. Terdapat dikalangan penulis blog tempatan, di dalam teruja mahu mencari asal usul mendakwa bahawa Kitab Mormon merupakan sebuah kitab Yahudi purba. Harus saya tegaskan di sini, kepurbaan sifat kitab itu hanyalah pada dakwaan Joseph Smith yang menyatakan lemping-lemping emas yang mengandungi catatan Kitab Mormon itu, merupakan catatan purba yang diberikannya oleh malaikat yang berjumpa dengannya. Hakikatnya, kitab pertama Mormon ditulis sekitar kurun ke 18.

Wednesday, August 18, 2010

Perihal Ayam & Telur, yang mana wujud terlebih dahulu?

oleh : M.I.A.

Bismilahir Rahmanir Raheem.. Awal tahun 2008, jika anda memang pengikut setia blog biskut ini, saya ada memuatkan dialog (atau lebih tepat lagi debat) antara saya dengan dua individu di youtube.

Di dalam dialog yang panjang itu, salah seorang dari mereka yang menggunakan nama Guchibear cuba membuat satu perbandingan apabila saya menyatakan adalah tidak masuk akal untuk Tuhan tidak mengetahui hala tuju perkmbangan makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Dia menggunakan misteri persoalan telur dan ayam, yang mana satu wujud dahulu sebelum yang satu lagi untuk mempertahankan hujah flaneldez yang menyatakan Bible itu dikirm kepada manusia yang rendah pemikiran, jadi semua contoh untuk manusia yang masih rendah capaian pemikiran, tidak boleh dibuat di dalam bentuk perbandingan dan contoh yang terlalu teknikal. Tetapi saya berhujah, jika begitu caranya, ia masih tidak mengabsahkan tindakan Tuhan untuk meletakkan sebarang bentuk kekeliruan dan kesilapan dalam ayat-ayat yang diwahyukannya. Jadi persoalan ayam dan telur yang mana dahulu di kemukakan guchibear untuk membantu hujah flaneldez. (untuk memahami apa yang saya perkatakan ini, dijemput para sahabat melawat bahagian 2 link dialog tersebut di sini. Klik ). Persoalan ini seolah-oleh termasuk ke dalam bentuk circular reference di dalam sains di mana untuk mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut, persoalan tersebut sendiri harus dikaji. Contoh dalam sains apabila satu parameter digunakan untuk mengira parameter itu sendiri. Ia dalam satu pusingan yang tak habis-habis.

Monday, August 16, 2010

Hari itu hari bodoh saya...

Oleh M.I.A.


Bismillahir Rahmanir Raheem.. Ramadhan datang lagi dengan mengimbau jutaan kenangan indah yang terkadangnya mengusik jiwa. Masuk sahaja bulan puasa, banyak kenangan yang menerjah akal fikiran. Ada yang lucu dan ada yang sangat menginsafkan. Sedikit cerita peribadi disulam ke dalam blog sebelum meneruskan kebiasaan dengan sambungan posting berat. Kita santai dahulu. Bagi saya saat berpuasa yang paling meninggalkan banyak kenangan ialah semasa menghuni asrama putera Sekolah Menengah Teknik Tunku Abd. Rahman Putra di Pulau Pinang sekitar tahun 1990 an dahulu.


Waktu itu, semua pelajar tidak dibenarkan membawa masuk segala bentuk alat hiburan. Discman, Walkman, Radio, Gitar dan apa sahaja perkara yang membawa konotasi hiburan adalah tidak dibenarkan. Bagi yang tidak biasa hidup bergelumang dengan muzik, arahan dan peraturab tersebut merupakan sesuatu yang tidak memberikan apa-apa impak kepada diri mereka. Tetapi bagi saya dan beberapa orang sahabat, peraturan ini sangat-sangat menjerut emosi.

Cuba bayangkan sekumpulan anak muda berumur 17 tahun dengan rembesan adrenalin tanpa henti dicabut dan diharamkan mereka dekat dengan perkara yang sangat mereka sukakan, apakah mereka akan terus diam? Oh tidak, perkara itu tidak berlaku.

Thursday, August 12, 2010

Terima kasih Allah atas nikmat Ramadhan ini..

Bismillahir Rahmanir Raheem... 
Lama berhibernasi seperti selalu, di atas kelapangan yang dianugerahkan Allah ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua sahabat setia pengunjung blog ini dan yang menyokong novel SGA. Terima kasih semua atas sokongan selama ini, semoga Ramadhan tahun ini akan membawa kita semua ke satu tingkat positif di dalam mencari jalan pulang menghadap Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah dengan anugerah Ramadhan yang tidak harus disia-siakan ini... Amin

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email