Tuesday, March 16, 2010

Syahadah Gadis Ateis Sudah Terbit...

Bismilahir Rahmanir Raheem... Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w. Setelah diumumkan di dalam blog ini bahawa eBook Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Ateis bakal dijadikan sebuah novel, segala harapan itu direalisasikan baru-baru ini. Kulit muka depan yang dicadangkan sebelum ini telah pun ditukar kepada kulit yang dipaparkan dibawah. Pihak editorial yang mendapat maklumbalas dari rakan-rakan dan sahabat blog ini dan di kalangan pihak editorial sendiri. Keputusan telah diambil untuk  menghasilkan kulit muka seperti yang dipaparkan di bawah. (Untuk membaca blurb sila klik gambar di bawah).


Novel ini yang dahulunya dikenali dengan nama Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist, pada mulanya menggunakan kulit muka seperti di bawah.



 Stok cetakan pertama yang ada pada saya adalah terhad dan ia telah ditempah dan dibeli oleh beberapa sahabat blog ini sebelum buku itu terbit lagi. Oleh kerana jumlah novel tersebut di dalam simpanan saya yang terhad, maka 6 stok terakhir yang ada pada saya di dalam gambar ini juga sudah ditempah oleh saudara Ira Irwarddy.


Buat masa ini, satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan membeli menerusi Bookcafe.com. Tetapi, carian terakhir yang saya lakukan di sana menunjukkan stok Syahadah Gadis Ateis di sana sudah pun habis dibeli. Untuk memeriksa maklumat terbaru mengenai stok buku ini di Bookcafe.com, sila klik sini.


Beberapa sahabat (Zara, Ira, Zamri dan Haris) membelinya dalam jumlah yang banyak bagi tujuan hadiah kepada kenalan mereka dan ada juga yang membelinya untuk disimpan selama 30 tahun (M.I.A. : Saudara  Haris mendapat idea ini dari berita Komik Superman Cetakan Pertama dijual pada harga yang tinggi.. itu pun kalau panjang umur Haris..klik sini..)

Jadi, satu-satunya tempat terawal di mana CETAKAN PERTAMA novel Syahadah Gadis Ateis ini boleh dibeli ialah dengan mengunjungi booth PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan pada 19 hingga 28 Mac 2010. Kepada yang berminat untuk mendapatkannya, jangan berlengah lagi untuk ke booth PTS C11 - C12 Dewan Tun Razak (Seberang Sungai) di PWTC, Kuala Lumpur. Jangan lupa dapatkan diskaun 25% - 30% dari PTS melalui kupon yang disediakan pihak mereka. (Dapatkan kupon tersebut dengan klik sini).

Untuk Novel tersebut saya menggunakan nama pena IMRAN HAAZ untuk membezakan gaya penulisan di dalam novel itu dan apa yang saya biasa tulis sebagai M.I.A. di dalam blog ini. CETAKAN PERTAMA ADALAH TERHAD. Jadi kepada yang berminat, jangan terlepas peluang untuk memilikinya. Kepada semua yang membantu dan menyokong eBook dan blog ini tersebut dari dahulu hingga sekarang, saya ucapkan jutaan terima kasih. Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan dan rahmat di dunia dan akhirat. Amin..

Thursday, March 11, 2010

Sudah Terbit di dalam U.P.

Oleh : M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Pada 24 Disember 2009, saya bersama isteri dan anak keluar makan tengahari pada jam 5 petang. Satu kebiasaan bagi saya untuk makan sedikit lewat setiap kali cuti dan bila ada program luar yang telah saya rancangkan bersama keluarga. Setelah semua urusan berkenaan rumah disiapkan barulah saya tenang untuk menjamah makanan. Anak saya pula, sudah dipastikan dia makan ikut masa yang sesuai dengannya.

Petang 24 Disember 2009 itu, saya memilih Restoran Nasi Kandar Nasmir di Bandar Perda untuk menjamu selera. Sehabis menikmati nikmat rezeki pemberian Allah ini, saya terpandang kepada sticker yang dilekatkan ke dinding restoran. "Wi-fi Zone"..

Lalu saya meminjam telefon bimbit isteri saya untuk memeriksa email ke akaun saya. Telefon bimbit saya pada ketika itu sudah nyawa-nyawa ikan. Pekak, buta dan bisu terkena air laut sewaktu memancing dengan bapa saya. Ombak yang kuat membasah kuyupkan saya yang cuba menjadi hero dengan memancing dari atas batu jauh dari orang lain. Ingat mahu melayan blues di tengah malam, tapi habis basah dipukul ombak.

Satu persatu email yang diperiksa.. saya flagkan mana yang perlu dijawab segera dan mana yang memerlukan masa untuk dijawab. Biasa untuk email yang memerlukan masa untuk dijawab, saya akan jelaskan dahulu kepada pengirim yang saya memerlukan masa untuk menjawabnya. Terkadang sehingga dua tiga bulan tempoh masa yang saya ambil. Itu kelemahan saya dan saya akuinya. Dalam limpahan email di kotak masuk saya, saya terpandang sebuah nama yang agak saya kenal.
'Salam Perkenalan' tajuk email tersebut. Pengirimnya Azizi Abdullah. Kebetulan sebulan dua sebelum ini, saya baru sahaja habis membaca 'Jiwa Hamba' karya penulis besar dan tersohor Azizi Abdullah (M.I.A. - Sangeeta, Ayahanda, Daerah Beta dan terbaru Beruk antara hasil karya Ustaz Azizi Abdullah) . Nama dalam email tersebut seakan sama dengan nama penulis buku itu.

Sunday, March 7, 2010

Isu Nama Allah : Ada apa dengan Tanah Melayu? Kronologi 2.

Oleh : M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Artikel kali ini merupakan kesinambungan kepada artikel Palestin : Sebuah Post Mortem bahagian 3 (Klik Sini) dan artikel Isu Nama Allah : Kronologi 1 (Klik sini). Dalam kedua-dua buah artikel itu, saya sudah berjanji untuk menceritakan kepada semua sahabat pengunjung apa signifikannya Tanah Melayu dan Nusantara ini di dalam agenda perkembangan agama Kristian dan gerakan Zionis. Jika sebelum ini sudah saya jelaskan kronologi berkenaan perjuangan pihak Kristian di Malaysia untuk menggunakan nama Allah, artikel kali ini saya akan jelaskan bagaimana mereka sampai ke sini dan apa yang telah dilakukan gerakan missionary mereka sejak awal kedatangan mereka ke Tanah Melayu ini. Tetapi sebelum dari itu, biar saya jelaskan apa signifikan Tanah Melayu dan Nusantara ini kepada gerakan Kristian dan Zionis dalam cita-cita mereka. Artikel kali ini bercerita mengenai kepercayaan sesetangah pihak di dalam beberapa pecahan mazhab Kristian (tidak kira yang menjadi pihak majoriti atau pun minoriti atau pun yang difatwakan sesat oleh kumpulan majoriti Kristian) tentang apa signifikan Tanah Melayu dengan kepercayaan-kepercayaan tertentu oleh sesetengah pihak di dalam agama mereka. Saya memulakannya dengan cerita sebelum Kuil Haikal Solomon di bina. Berikut artikel yang sudah saya ringkaskan dari artikel asal yang saya tulis sebelum ini. Beberapa perkara yang pada asalnya mahu saya muatkan, saya simpan kembali untuk untuk disiarkan pada masa yang saya kira sesuai nanti. InsyaAllah.. buat masa ini, apa yang diringkaskan di bawah ini adalah memadai untuk memahami gerak kerja, niat dan apa kepentingan Nusantara ini dalam pemikiran sesetengah daripada mereka.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email