Sunday, August 22, 2010

Bila tuhan pula mengenakan caj tambahan...

oleh : M.I.A.


Bismillahir Rahmanir Raheem.. cuba bayangkan situasi ini. Dengan pendapatan yang sekadar cukup makan untuk diri dan keluarga. Tidak mampu membuat simpanan kerana kos hidup semakin meningkat. Gaji yang diharapkan naik tahun ini naik bersama harga barang yang naik melebihi kenaikan gaji. Kepada siapa tempat kita mahu mengadu? Majikan? Parti Politik? Atau Tuhan?

Jika diadukan kepada majikan, jawapan standard “Company ini tahun talak untung” dihamburkan dengan muka selamba. 53 tahun merdeka masih berbahasa seperti baru semalam turun tongkang. Dari ahli politik hingga peringkat bawahan, kualiti bahasa masih ditakuk yang tidak memuaskan. Jadi, jangan harap mereka mahu memahami erti perit mengikat perut.


Jika diadukan pula kepada ahli politik, tidak kira apa jua penutup kepala yang dipakai di atas kepala mereka, nescaya disuruhnya kita bergolek-golek di atas jalan supaya boleh dipijaknya kita untuk dia naik ke atas. Dia hanyalah sang oportunis yang melihat dan menilai keadaan berdasarkan untung rugi kedudukannya di dalam arena politik negara. Jangan harap dia peduli.


Kepada siapa lagi mahu kita adukan? Tuhan..? bagaimana jika tuhan itu sendiri mengenakan kos tambahan kerana masalah inflasi kepada pihak yang mahu mengadukan masalah kepadanya? Bukankah Tuhan sepatutnya tidak terkesan dengan segala permasalahan manusia ini? Bagaimana keadaan mereka-mereka yang mahu mengadu kepada tuhan bahawa ekonomi negara semakin menindas keadaan mereka, jika tuhan yang mereka sembah juga mengenakan kos tambahan untuk khidmatnya kepada mereka? Perhatikan keratan akhbar di bawah ini. Apabila inflasi berlaku, semua barang yang diperlukan untuk digunakan di dalam sembahyang juga naik sebanyak 45%. Ke mana lagi mahu mereka mengadu?




Petikan akhbar ini yang saya potong dan simpan membawa satu pengertian signifikan kenapa Allah di dalam Islam itu tidak boleh diberikan namaNya yang mulia dan suci kepada sebarangan sabitan.


Bukanlah Allah jika Dia terkesan dengan masalah ekonomi. Fikirkan, di zaman gawat dan penuh masalah yang mencengkam dada ini, setiap dari kita yang terkesan dengan masalah ini pastinya mahu mengadukan masalah kepada yang dapat membantu menyelesaikannya. Kebiasaannya, kepada Tuhanlah tempat kita mengadu di kala semua jalan usaha kelihatan buntu. Tetapi bagaimana pula kiranya tuhan yang mahu kita adukan masalah, turut membebankan kita dengan masalah kos perhubungan dengannya yang dinaikkan sebanyak 45%? Bagaimana pula nasib dengan mereka yang susah dan tidak mempunyai wang? Apakah mereka tidak layak untuk merintih dan merayu kepada Tuhan semata-mata kerana mereka tidak dapat menyediakan kos tambahan 45% bagi perhubungan mereka dengan Tuhan yang naik akibat Tuhan mereka tidak terkecuali dari menerima akibat bahana ekonomi?


Sebab itu Islam itu agama bagi orang-orang yang berakal. Bukanlah berakal bagi mana-mana doktor yang hebat dengan kepakaran dalam perubatan, kembalinya dia ke rumah, lalu disembahnya bahan-bahan buatan manusia. Bukanlah berakal bagi mana-mana peguam yang hebat berhujah dan berbicara sehingga dilantik sebagai penasihat-penasihat yang mengelilingi proksi ‘messiah’ kedua. Bukanlah berakal mereka-mereka yang bergelar ‘ulamak’ tetapi menjual agama demi keuntungan dunia yang sedikit. Mereka tidak digelarkan Allah dengan gelaran ‘ulil albab mahupun ‘ulil Absor, tetapi mereka ini digelarkan Allah sebagai keldai-keldai yang memikul bendela-bendela kitab. Ini kerana keldai-keldai jika diberikan kitab-kitab untuk ditanggung dibelakangnya untuk diusung ke mana saja, kitab-kitab itu tidak langsung memberikan mereka manfaat malah menjadi satu bebanan yang berat buat mereka Satu hari nanti.


Di dalam Syahadah Gadis Ateis saya menulis tentang betapa mudahnya menjadi muslim. Tak perlukan segala colok, bunga, kayu bakar, perbuatan melukakan diri, menanggung palang dan sebagainya untuk kita diterima mengadu masalah kepada Allah. Allah menerima kita dalam apa jua keadaan, situasi dan tempat. Yang perlu, terus meminta kepadaNya. Tak perlu mendail. Tak perlu segala apa. Dia mendengar kita di mana-mana.
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (sendiri). Qaaf ayat 16.
Perhatikan sekeliling kita, bukankah kita beruntung dilahirkan sebagai muslim? Bukankah agama ini membebaskan kita dari segala bentuk kejahilan dan kebodohan? Tetapi, kenapa ramai dari kita tidak mahu bersyukur tentang nikmat ini? Allah sahaja yang tahu..


© 2007 - 2010 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.


Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

8 comments:

Assalamuailaikum..
harap saudara boleh menghubungi saya melalui email krn terdapat suatu perbincangan yg telah berlaku di sebuah forum dan ianya sy rasa berkaitan dgn saudara.
hanaevolution@gmail.com
 
bersyukurlah ... Allah tidak minta apa-apa kepada kita,

malah banyak nikmat yang Allah tak putus-putus di limpahkan keatas manusia di dunia fana ini, namun kita masih alpa kita lupa.

ya Allah ampunilah dosa hamba-Mu ini, sesungguh aku insan yang yang lemah.
 
Wa'alaikumsalam Abu.. tq atas info.. biasalah tu.. peluang utk saya tuai pahala.. sesiapa nak baca forum tu pun boleh..

http://www.gempak.org/forum/sembang-kosong/27889-bodoh-x-org-yg-wat-video-nie.html

Sekurang2nya kita boleh melihat gaya orang2 genius berhujah & berbicara..

TQ sekali lagi Abu..
Selamat Berpuasa & beribadah..
 
Anon 3:34.. syukur kita dilahirkan dan kekal di dalam Islam sehingga kini..
 
sudah saya katakan, pasti ada pihak yang akan buruk sangka walaupun kebenaran dah depan mata, kebenaran sudah ditulis tapi hati tetap nak juga pada kejahatan...biarlah mereka dalam forum gempak tue 'gempar' dengan spin mereka...
 
Salam Sham.. biasalah tu, perkara kecil. hentam dulu baru baca.. hahahah.. satu kebiasaan di akhir zaman..
 
syahadah gadis aetis memang sebuah novel yg hebat dan mengejutkan...
terima kasih,izinkan saya gunakannya sebagai hujjah untuk menangani dakyah2 musuh kita....assalaamualaikum.
 
syahadah gadis aetis memang sebuah novel yg hebat dan mengejutkan...
terima kasih,izinkan saya gunakannya sebagai hujjah untuk menangani dakyah2 musuh kita....assalaamualaikum.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email