Tuesday, March 16, 2010

Syahadah Gadis Ateis Sudah Terbit...

Bismilahir Rahmanir Raheem... Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w. Setelah diumumkan di dalam blog ini bahawa eBook Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Ateis bakal dijadikan sebuah novel, segala harapan itu direalisasikan baru-baru ini. Kulit muka depan yang dicadangkan sebelum ini telah pun ditukar kepada kulit yang dipaparkan dibawah. Pihak editorial yang mendapat maklumbalas dari rakan-rakan dan sahabat blog ini dan di kalangan pihak editorial sendiri. Keputusan telah diambil untuk  menghasilkan kulit muka seperti yang dipaparkan di bawah. (Untuk membaca blurb sila klik gambar di bawah).


Novel ini yang dahulunya dikenali dengan nama Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist, pada mulanya menggunakan kulit muka seperti di bawah.



 Stok cetakan pertama yang ada pada saya adalah terhad dan ia telah ditempah dan dibeli oleh beberapa sahabat blog ini sebelum buku itu terbit lagi. Oleh kerana jumlah novel tersebut di dalam simpanan saya yang terhad, maka 6 stok terakhir yang ada pada saya di dalam gambar ini juga sudah ditempah oleh saudara Ira Irwarddy.


Buat masa ini, satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan membeli menerusi Bookcafe.com. Tetapi, carian terakhir yang saya lakukan di sana menunjukkan stok Syahadah Gadis Ateis di sana sudah pun habis dibeli. Untuk memeriksa maklumat terbaru mengenai stok buku ini di Bookcafe.com, sila klik sini.


Beberapa sahabat (Zara, Ira, Zamri dan Haris) membelinya dalam jumlah yang banyak bagi tujuan hadiah kepada kenalan mereka dan ada juga yang membelinya untuk disimpan selama 30 tahun (M.I.A. : Saudara  Haris mendapat idea ini dari berita Komik Superman Cetakan Pertama dijual pada harga yang tinggi.. itu pun kalau panjang umur Haris..klik sini..)

Jadi, satu-satunya tempat terawal di mana CETAKAN PERTAMA novel Syahadah Gadis Ateis ini boleh dibeli ialah dengan mengunjungi booth PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan pada 19 hingga 28 Mac 2010. Kepada yang berminat untuk mendapatkannya, jangan berlengah lagi untuk ke booth PTS C11 - C12 Dewan Tun Razak (Seberang Sungai) di PWTC, Kuala Lumpur. Jangan lupa dapatkan diskaun 25% - 30% dari PTS melalui kupon yang disediakan pihak mereka. (Dapatkan kupon tersebut dengan klik sini).

Untuk Novel tersebut saya menggunakan nama pena IMRAN HAAZ untuk membezakan gaya penulisan di dalam novel itu dan apa yang saya biasa tulis sebagai M.I.A. di dalam blog ini. CETAKAN PERTAMA ADALAH TERHAD. Jadi kepada yang berminat, jangan terlepas peluang untuk memilikinya. Kepada semua yang membantu dan menyokong eBook dan blog ini tersebut dari dahulu hingga sekarang, saya ucapkan jutaan terima kasih. Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan dan rahmat di dunia dan akhirat. Amin..

72 comments:

wajib beli! Saya rasa hampir semua penulisan2 dalam blog ni harus dipublishkan menjadi buku.. Banyak sangat sangat ilmu baru! thanks:)
 
Salam Juma Karamah..
Alhamdulillah.. tak semua suka apa yang kita suka.. InsyaAllah, apa2 yang saya rasakan boleh dilengkapkan menjadi buku, saya akan cuba buat mengikut keizinan Allah.. buku 'AJAHKU' karya Hamka dalam milikan saudari, membuat mana-mana peminat & pembaca & (bukan ulat buku.. ulat bila disatukan dengan buku bukankah ia merosakkan bukan? ) kecur air liur.. TQ atas sokongan.. semoga sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah setiap saat dan masa.. Amin.
 
Salam,

Sudah sekian lama menunggu buku ini diterbitkan tetapi mengambil masa yang begitu lama sekali. Tajuk buku ini sahaja sudah menggambarkan berbagai pertanyaan dalam diri saya. Ditambahkan lagi dengan sinopsis mereka yang lebih dahulu membacanya.
Nampaknya, jika berhasrat benar untuk membeli buku ini, terpaksa saya ke K.L (saya dari Singapura) kerana ingin sekali memanfaatkan kandungan dalam buku anda, Insya'allah... Harap2 bookcafe simpan stock kerana ia tentu laris, insya'allah...
 
Salam,

Ingin sekali memiliki kerana yakin dapat manfaat darinya. Tetapi kehabisan stock bila 'check' di bookcafe. Lama saya menunggu buku ini diterbitkan. Mungkin harus ke KL (Saya warga singapura) untuk mendapatkannya. Ada cara lain ker?
 
Wa'alaikumsalam Hasnol,
Apa khabar orang jauh? Satu-satunya kenangan Singapura yang masih kekal bersama saya ialah Guitar Fender Stratocaster US & Amp Marshall 80 watt yang saya beli di sana sewaktu bertugas di sana. Masih elok, berbunyi dan berhabuk kerana lama tak main..
Saya juga menunggu lama dari satu penerbit ke satu penerbit untuk merealisasikan novel tersebut dalam bentuk buku..
Rasanya buku akan mula masuk pasaran lepas Pesta Buku nanti.. mungkin JB ada stok tak lama lagi.. buat sementara waktu Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 mungkin tempat terawal Syahadah Gadis Ateis muncul dikhalayak.. bookcafe mungkin akan diupdate dengan stok baru nanti.. InsyaAllah.. selagi ada permintaan, selagi itu ada yang mahu menawarkan bukan?
Terima kasih atas sokongan Hasnol.. Semoga saudara dan keluarga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah setiap saat dan masa.. Amin..
 
semoga buku ni dapat tempat dihati peminat novel malaysia..

tahniah..
wassalam
 
Salam mee,
Alhamdulillah.. itu juga harapan saya mee + harapan supaya ada yang dapat memanfaatkannya bagi tujuan yang lebih baik.. TQ mee atas sokongan.. semoga saudara dan keluarga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah setiap saat dan masa.. Amin..
 
assalamualaikum sdr muhammad.
sekalung tahniah dari saya atas penerbitan novel syahadah gadis ateis.semoga kejayaan demi kejayaan dalam usaha dakwah sdr akan menyusul,dan dirahmati Allah hendaknya.teruskan menulis sdr.generasi baru spt saya ni sentiasa dahagakan ilmu yang tiada di dunia mainstream.

*turun padang tak masa pesta buku KL nanti? saya ni nak jugak ketemu penulis blog satuhala dan pemilik akaun NizamPablo ni :)
 
Wa'alaikumsalam Dannyashraf. Apa khabar? Segala puji bagi Allah dan terima kasih..
Pasal Pesta Buku KL 2010, saya belum dapat pastikan kehadiran saya di sana. Pihak PTS enyediakan segala ruang dan peluang bagi penulis muncul di sana. Jika Allah izinkan, saya akan ada di situ dan saya akan nyatakan di sini nanti, tanpa keizinan Allah.. saya mungkin berada di tempat lain yang mengikut kehendakNya.. TQ atas support.. Semoga anda dan keluarga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah setiap saat dan masa.. Amin..
 
Salam Tuan, tiada kata selain ucapan Tahniah, dan terima kasih kerana menjadikan saya salah seorang pembaca pertama novel ini.

Insya Allah, dengan segala daya usaha baik dalam media elektronik atau khabaran mulut ke mulut.saya akan war-warkannya..
 
Wa'alaikumsalam Adi.. Segala puji bagi Allah & terima kasih kerana support Syahadah Gadis Ateis ni sejak lama dulu, dari eBook hingga jadi buku Adi dah support termasuk promo dlam hardyw3b.wordpress, saya sangat hargai sokongan Adi.. TQ juga atas testimoni. Semoga Adi & keluarga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah setiap saat dan masa.. Amin..
 
Salam,

Tiga perkataan untuk saudara.

Syabas.Tahniah.Syukur.

Cukup untuk saya gambarkan segala takdir yang telah ditetapkan.

Terima Kasih.

Salam,

I.R.A
 
Wa'alaikumsalam Ira,
Segala puji bagi Allah & terima kasih atas sokongan dari mula lagi & testimoni.. nanti check email Ira utk detail penghantaran Syahadah Gadis Ateis Ira sebaik saya selesaikan semua urusan.. saya akan call, InsyaAllah..
SEmoga Ira dan keluarga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah setiap saat dan masa.. Amin..

Semoga sukses ditempat baru..
 
Saya fikir, cover cetakan pertama lagi menepati tajuk tuan. Gambar pada cetakan terbaru tu gadisnya tidak menutup aurat sepenuhnya. Bagi saya, lebih baik tidak di tunjuk gambar wanita tersebut kerana tidak menepati syariat pun tudungnya.
 
Salam Sahabat,

Huh...baca artikal sahabat yang mengatakan dah habih...rase agak kecewa juge...disebab kelembapan diri...(walaupun Ipoh panas terik)..so agak agak bila agaknya buku tu akan sampai ke Ipoh.? tak dapat edisi pertama pun tak per lah sahabat...janji ada...hiiiii...
 
Salam Tinta,
Cover awal itu cuma cover cadangan.. bukan cetakan pertama.. cover cetakan pertama seperti yang dipamerkan dalam posting ini.. ada beberapa komen dari email yang mengulas perkara yang sama.. tetapi bagi saya, ia agak 'ok'.. tolak beberapa kelemahan yang ada, secara keseluruhan, cover ini lebih saya berpuas hati jika dibandingkan dengan yang dicadangkan sebelum ini.. cover asal Syahadah (cover versi ebook yang saya hasilkan sendiri) ini tidak ada langsung wanita dikulit mukanya, tetapi pihak penerbitan mahukan cover yang lebih neutral gender, tidak terlalu maskulin dan tidak terlalu feminin.. harapan saya ia dapat diterima khalayak majoriti nanti.. InsyaAllah.. TQ atas komen.. semoga Tinta dan keluarga sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah pada setiap saat dan masa.. Amin..

Harap isu cover ini tidak menghalang Tinta untuk mendapatkan novel ini nanti.. TQ.
 
Wa'alaikumsalam J.Hadi Protoss.. Apa khabar sahabat?

Bukan habis, cuma stok pada saya dan di Bookcafe.com sahaja yang kehabisan.. Saya sendiri tak pasti bila masuk kedai seluruh negara, tapi Novel ni akan mula dijual di Pesta Buku Antarabangsa 2010 buat kali pertama.. mungkin lepas habis Pesta buku baru masuk kedai-kedai kat Ipoh.. InsyaAllah..

Jangan lupa dapatkan.. Lama juga tak nampak sahabat masuk sini.. Semoga sentiasa sahabat dan keluarga tercinta sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah di dunia dan akhirat.. Amin..
 
salam,

tahniah atas terbitnya novel ni..mmg sy tunggu2..insyaAllah mmg wajib beli..sy da promote pd rakan2 ofis ni..
 
hari tu g pesta buku pun habis gak...sdih btul la
 
Wa'alaikumsalam AngahFarah,
TQ atas sokongan dan tq juga sebab promo kepada kawan2.. dah dapatkan ke blum? KLBIF 2010 dah nak habis begitu juga dengan stok Syahadah GAdis Ateis di sana.. Rasanya stok novel tu juga dah mula masuk kedai-kedai buku.. harap2 buku ni nanti bawa manfaat kepada semua pihak.. InsyaAllah.. SEmoga Angahfarah dan keluarga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allag pada setiap saat dan masa.. Amin..
 
Anon 1:13.. itu juga feedback yang diberikan editor Syahadah kepada saya pada 22 Mac.. Syahadah Gadis Ateis di KLBIF 2010 sudah pun hampir habis.. Stok dalam stor PT juga hampir habis time tu.. rasanya dah masuk kedai-kedai buku kat luar.. nanti saya check.. kalau ada, saya updatekan dalam blog.. InsyaAllah..

Cuba cari dekat kedai2 buku berdekatan (Popular, MPH dsb) mungkin ada rezeki kat situ..

TQ atas sokongan.. semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat buat anda sekeluarga di dunia dan akhirat.. Amin..
 
Salam saudara..

alahamdulilah tercapai jugak hajat saya untuk dapat buku ni baru beli dekat Giant Kulim Landmark... apa pun tahniah atas keluaran naskah ini..
 
Yeay dah beli! Alhamdulillah berjaya dikhatamkan sebentar tadi. InsyaAllah akan direviu soon:) Thansk Tuan Nizam atas ilmu ini(^_^)
 
Wa'alaikumsalam Rimbabana..
Kulim Landmark.. kedai Hasani ke? kalau kedai buku Hasani, kat situ selalu juga saya beli buku bila balik rumah mertua di Kulim.. singgah beli buah tangan di Giant Kulim dan buku untuk saya.. rutin yang sama setiap dua minggu sejak hampir setahun lepas. TQ atas sokongan.. harap dapat manfaat dari pelaburan beli novel tu nanti.. Semoga Allah memberi rahmat dan perlindungan di dunia dan akhirat bagi anda dan keluarga. Amin.
 
Salam Juma Karamah.. banyaknya buku beli kat KLBIF 2010.. TQ sebab masukkan Syahadah gadis Ateis dalam senarai.. Wah.. siap nak buat review lagi.. TQ TQ TQ..
Ilmu tu tak seberapa.. tapi kalau dikongsi ia akan berkembang dan bertambah.. mungkin yang membacanya akan lebih mendapat manfaat dan kefahaman melebihi orang yang menulisnya.. Yang pasti, saya amat berterima kasih dengan Juma kerana berikan review dan promo dalam blog.. Allah jua membalas dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat..Semoga Juma dan keluarga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah pada setiap saat dan masa.. Amin..
Tertungu2 dgn review Juma nanti.. kalau +ve, akan ditambah baik penulisan di masa depan.. kalau -ve, akan diperbaiki di lain masa.. InsyaAllah.. TQ
 
Sdra Muhamad,
TAHNIAH di atas terbit novel. Semoga sukses.

-azizi abdullah
 
Salam Ustaz Azizi.. dalam kesibukan sempat juga singgah di sini.. saya sangat berbesar hati dengan kehadiran Ustaz.. terima kasih atas ucapan, ingatan dan sokongan.. Semoga Ustaz dan keluarga sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah setiap saat dan masa.. Amin..
 
salam..

alhamdulillah.. sy sudah membeli novel tersebut di pesta buku baru2 ni selepas cdgn dr rakan sy.. tania..
tahniah..!! novel yg sangat2 best..!!! (walaupun baru baca beberapa bab) hehe..

hurmm.. kalau saya tahu novel cetakan pertama tuh limited edition.. dah lama saya beli di kedai buku hari tuh.. (memandangkan saya memang peminat pts) =p


btw.. keep it up..!! best2.. cetakan ke2 pun cntik juga.. my fav colour.!! hehe =p
 
ye2..wajib beli..semua org kena ada satu ...hihi
 
sebuah novel yg betul2 memukau.. mmg amat padat dengan nilai2 agama yg berguna.. sebuah garapan yg begitu mempersona untuk dibaca... saya sendiri asyik membaca memahami dan meneliti isi kandungan buku ini dgn penuh teruja.. tahniah buat saudara.. satu novel dakwah era baru...
 
salam, baru dapat dari bookcafe semalam, dan saya jatuh cinta! pernah baca dialog² yang seumpamanya (tapi tak sama) dalam bahasa inggeris, ni pertama kali baca dalam bahasa melayu yang sangat jelas dan padat...

syabas! saya memang rasa nak beli lagi dah hadiahkan untuk kawan²

saya harap saudara terus menulis :)
 
Wa'alaikumsalam Musafir Muslimah..
TQ atas sokongan.. Sebenarnya novel yang saudari miliki itu merupakan cetakan pertama.. cover yang satu lagi itu merupakan cover yang mula-mula sekali dicadangkan. Tetapi selepas mendapat maklumbalas, cover tersebut ditukar dengan cover yang terdapat pada naskah ditangan saudari tadi..
TQVM atas sokongan.. Semoga Allah membalas saudari dengan kebaikan di dunia dan akhirat,.. Amin.
 
Assalamu'alaikum Anna_Naquiah..
TQVM.. Semoga penulisan tu bawa manfaat yang besar kepada saudari dan keluarga.. InsyaAllah..
 
Salam Aku_khilaf,
Ia hanya satu usaha kecil yang menentang arus penulisan biasa. Alhamdulillah ramai yang menyokongnya termasuk saudara. Untuk itu, saya berterima kasih. Semoga ia memeberi manfaat kepada saudara, keluarga dan saya juga di dunia dan akhirat.. Amin..
 
Wa'alaikumsalam Kucingorengemok,
TQVM atas sokongan.. Alhamdulillah. Untuk terus menulis, ianya utamanya melibatkan keizinan dari Allah terlebih dahulu. Perancangan saya banyak, tetapi segalanya ditentukan melalui kudrat dan kekuatan yang dikurniakan Allah. AHrapan saya, saya mampu melakukanya dalam hayat berbaki ini. InsyaAllah. TQ atas sokongan. Semoga saudari dan keluarga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah setiap saat dan masa. Amin.
 
Salam Tuan,

Terima kasih tips membaca cara Tuan tu. Btw, saya belum reviu lagi novel Tuan tu, itu just pengenalan je:) Buku tu dah beralih kepada kawan adik pula hampir berminggu2, sampai saya yang malu nak minta:) Huwa2. InsyaAllah saya akan buat juga, ilmu tersebut wajar disebarkan, sangat bermanfaat, nak2 dengan keadaan sekarang.

Lama tak update ni:) Ramai yang dah kebuluran untuk menimba ilmu di sini.Thanks lagi. Wassalam
 
salam,

ada novel seorang penulis baru yg bakal diterbitkan pertengahan tahun ini..tajuknya kod michelangelo..juga berkaitan agama..
sila lwt website beliau di: www.nazehranjoseahmad.com

ini juga novel wajib baca!

rizal
 
buku terbaik untuk pengisian hidup

tazkirah mengelakkan hati drp gering
 
saya dah baca buku ni!
serius....saya sgt uka jalan ceritanya...

tp ia kisah sauadara sendiri ke???

=)
 
assalamualaikum..
kelmarin saya berjalan-jalan di Popular dan ternampak buku ni dan terus beli setelah membaca sedikit di bab pertama..

Selepas membeli buku ni, barulah saya tahu kewujadan blog ni..

Saya memang dah lama nak tahu perbezaan di antara kitab-kitab Allah nak belajar sendiri takut sebab ilmu masih cetek..dan Alhamdulillah saya menemui buku ini..Dan cara saudara mengupas setiap pertanyaan bagi seorang yang kabur perjalanan hidupnya dapat di jelaskan oleh saudara dengan baik..

Terima kasih sebab menghasilkan buku seperti ini..Semoga Allah membalas segala usaha saudara berkongsi ilmu dengan kami yang daif..
 
Salam.sudah miliki buku ini.memang sgt menarik dgn penerangan y jelas.tak sabar nantikan buku setrusny dgn dialog y lebih membuka mata semua dgn Josiah. i'm really looking forward for ur next book. santai dan berilmu.
 
This comment has been removed by the author.
 
dah beli dah khatam pon baca!
terima kasih kerana menjawab segala pertanyaan saya selama ini.

p/s:rasa mcm sy neh rini pulak..


keep on writing
 
salam,
saya baru je habis baca buku ni hari ini.hampir dua minggu gak struggle,sbb byk sangat benda kena buat.
anyway, two thumbs up.buku ni sangat bagus.bila boleh kuarkan buku dialog dengan bekas paderi tu?
 
bila pula sambungan kisah novel ni nak terbit. tak sabar plak nak tau kisah lanjut pasal perbincangan bersama paderi tu...
 
kisah perdebatan bersama paderi tu bile nak publish...
 
kenapa video2 anda di youtube begitu menindikasikan bahwa anda adalah seorang KAFIR YAHUDI....

http://www.youtube.com/watch?v=IqIgqlsogf4&feature=related
 
salam saudara,

lama blog sepi.. apa khabar? just nak tanya tak ada ke usaha atau perbincangan dengan pihak PTS untuk menterjemah buku Syahadah Gadis Aties ke bahasa Inggeris? pasti ramai pembelinya..
 
Salam semua..
Juma, tips tu mungkin tak sesuai dengan semua org.. blog baru nak kemaskini lepas lama dibiarkan bersarang.. InsyaAllah dalam kesempatan yang ada ni saya cuba update sebarapa banyak yang sempat saya lakukan sebelum saya sibuk semula.. TQ atas sokongan Juma.. Selamat berpuasa..
 
Salam @N@ & Jane.. TQ atas sokongan.. maaf lambat balas komen..
 
Wa'alaikumsalam Nas, TQ atas sokongan.. saya cuma tulis apa yang saya tahu, rasanya lebih banyak yang saya tak tahu dari tahu, tapi Allah janjikan kalau kita berkongsi ilmu, Allah akan tambahkan lagi pengetahuan kita dari sehari ke sehari. Mungkin banyak perkara yang Nas tahu yang kami semua di sini tidak tahu. Berkongsi ilmu dan pengalaman dengan org lain membolehkan kita semua saling melengkapi antara satu sama lain.. tidak ada manusia yang perfect secara keseluruhannya, kerana itu kita saling perlukan antara satu dengan yang lain.. Terima kasih Nas.. Semoga sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah pada setiap saat dan masa.. Amin.. Selamat berpuasa
 
Salam Anne-M; TQ atas sokongan.. watak rini tu wujud dalam setiap diri kita termasuk saya sendiri.. jadi anda tak berseorangan.. SElamat berpuasa..
 
Salam Wanie Abdullah & Mazir.. kisah tu mungkin saya akan sambung selepas siap buku kedua dan ketiga saya nanti.. saya sedang mengusahakan sebuah buku lain tetapi bukan novel. Sebaik Allah mengizinkan, saya akan sambung dialog tersebut.. TQ atas sokongan..
 
Eidariesky.. saya kafir yahudi? Terima kasih.. menarik juga gaya berfikir Eida. Saya mungkin banyak melakukan dosa, tetapi saya berasa sedikit lapang apabila ada pihak yang berminat untuk menanggung dosa-dosa tersebut bagi pihak saya diakhirat.. untuk itu.. terima kasih.. dijemput selalu datang ke sini nanti walaupun blog ini jarang diupdate..
 
Wa'alaikumsalam Irdina,
Alhamdulilah saya sihat.. cuma sibuk sejak lima bulan lepas.. terjemahan SGA itu mungkin akan diusahakan jika ada permintaan, tetapi buat masa ini, saya rasa kandungannya sesuai utk cara berfikir masyarakat kita.. sedikit penyesuaian budaya fikir perlu diubah kalau mahu SGA diterjemahkan.. InsyaAllah, satu hari nanti mungkin cadangan Irdina boleh jadi kenyataan.. TQ atas sokongan sejak dahulu lagi.. Semoga Irdina dan keluarga sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah setiap saat dan masa.. Amin.. SElamat bercuti (walaupun hakikatnya tidak.. ;) )
 
Salam,
Bolehkah saya mendapatkan novel ini dengan cetakan muka depan yang lama?Terasa ada sesuatu kelainan pada muka depan yang lama..
 
Wa'alaikumsalam Noni,
Utk pengetahuan Noni, cover lama dengan imej seorang lelaki bergitar menuju cahaya di atas landasan lurus itu merupakan imej yang dihasilkan saya sendiri sebagai cover versi asal novel ini dalam bentuk ebook.. Sebaik ianya mahu diterbitkan, pihak penerbit mencadangkan sebuah cover lain sebelum cover final buku ini.. Jadi novel dalam bentuk buku tidak diterbitkan dengan cover jingga terbabit.. JIka ada rezeki melebihi cetakan ketiga, saya akan cuba mengusulkan kepada penerbit untuk cuba menggunakan cover asal ebook.. InsyaAllah, jika baik hasilnya mungkin usaha itu akan dipermudahkan.. TQ atas sokongan NOni.. SElamat Berpuasa..
 
salam, saya sangat mahukan buku ini. tapi tengok di book cafe sudah out of stock. adakah kandungannya sama dengan versi e-book? dan masih bolehkah untuk dapatkan e-book? sebabnya saya berada di luar Malaysia, dan mungkin untuk dapatkan e-book lebih praktikal.

terima kasih.
 
Wa'alaikumsalam wrt Zan, buku Syahadah Gadis Ateis itu telah saya tambah hampir 15 - 25% isikandungan dan ditulis dalam gaya bahasa lain berbanding ebook asal. Ebook tu saya sudah hentikan penjualannya selepas Novel SGA terbit. Zan boleh tunggu second print atau pun boleh cuba membelinya dari beberapa kedai buku online yang masih menawarkannya selain bookcafe. Jika tidak dapat juga, Zan boleh hubungi saya untuk dapat maklumat lanjut dengan email ke satuhala@yahoo.com. Saya juga sudah tidak punyai salinan ekstra, Alhamdulillah semuanya habis terjual.Hubungi saya utk maklumat lanjut kalau berminat. TQ n Selamat berpuasa dan beribadah di perantauan.
 
Alhamdulillah.akhirnya dapat juga beli secara online di PustakaAzhar dengan bantuan kakak di Malaysia. Terima kasih, selamat menjalani ibadah puasa juga.
 
Alhamdulillah.. terima kasih atas sokongan Zan.. semoga naskah tu bawa banyak manfaat kepada Zan dan juga saya dan sesiapa juga yang membacanya.. Selamat berpuasa..
 
buku ni still out of stock...hmmm
kt kdai mane lg nk cri buku ni?nk buku ni...
 
Salam 'budak' .... 2nd print sudah dicetak dan bakal masuk pasaran.. nanti saya umumkan diblog ini.. mungkin dalam minggu ni.. TQ atas sokongan.. dlm masa yang sama cuba cari dekat kedai online yang lain.. Zan kat atas ni kata, dia dapat dari Pustaka Azhar.. cuba try.. mungkin ada rezeki saudara dan saya di ditu..
Selamat Berpuasa..
 
assalamualaikum...
saya sudah habis membaca buku syahadah gadis atheis minggu lepas...Saya rasa beruntung sangat kerana diberi hidayah oleh Allah terpandang dan seterusnya membeli buku tesebut...Buku tersebut telah menjawab soalan-soalan yang selama ini saya tertanya-tanya.....Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan...Saya mengharapkan saudara lebih banyak menghasilkan karya-karya seperti itu terutamanya dialog dengan org kristian pula...Ayat-ayat dalam buku saudara sangat mudah difahami... Saya berhajat menggunakan apa yang saya pelajari dari syahadah dari gadis atheis untuk disampaikan semasa usrah....
 
salam tuan, saya promosikan novel ini ya? mintak izin..

beruntung sangat2 dapat membaca novel ini, walaupun agak terlewat. Tahniah tuan, semoga terus sukses. mudah2an Allah redha dengan lankah2 kita..

Allahu'alam
 
terima kasih. novel yang penuh unsur pengetahuan.. semoga dapat menghasilkan novel sebegini di masa akan datang nanti..
 
Assalamualaikum bang, boleh minta alamat email, ada hal nak di bincangkan. Email saya fadzil.zahari@live.com
 
debat dgn paderi bila nk published?? cpt laa... x sabar ni..
 
No problem AnaAzizul & Tanpa nama.. tq atas sokongan.. maaf lewat komen, terlepas dari pandangan. kelemahan saya. Maaf utk itu.
 
Salam Pelangi Petang.. maaf kerana ia tersangkut pada bab 1 sejak 2007.. Jika Allah mengizinkan, dapatlah saya siapkannya nanti. Cuma masa penerbitan saya sangat tidak pasti disebabkan saya perlu dahulukan apa yang perlu didahulukan terlebih dahulu. TQ atas sokongan.
 
Assalammualaikum...
saya cuma nak tnya, bila sambungan cerita ni akan keluar? berdebat dengan bernard yang rini nak jumpa tu...
TQ...
 
Wa'alikumsalam Ryuji Asada,
Saya sendiri tak berani untuk menyatakan bila.. saya sudah menulis bab pertama dan ia sangkut di situ sejak 2007 disebabkan terlalu sibuk.. Saya akan cuba mencari ruang dalam mana-mana kesempatan yg ada untuk cuba habiskan.. InsyaAllah..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email