Thursday, February 4, 2010

Surat Ibrahim Ali kepada Pope. Satu Imbasan Kenangan bagi harapan yang bakal diperlekehkan?


Oleh : M.I.A.

Hampir dua minggu saya tidak pulang ke rumah keluarga mertua. Pagi Ahad, setelah ruang masa sedikit mengizinkan, saya membawa anak dan isteri untuk menjenguk keluarga yang dirindui. Saya cuba memastikan sekurang-kurangnya dua kali sebulan saya akan tidur di sana supaya rindu isteri saya kepada keluarganya terubat dan saya pula boleh pergi memancing dengan bapa mertua. Membasuh kereta di Caltex Seberang Jaya dan terus ke Kulim. Sebelum itu, singgah sebentar di depan gerai buah di depan sebuah kedai Char Koay Teow di Seberang Jaya untuk membeli surat khabar dan buah. Oleh kerana ini satu-satunya gerai buah yang dekat dengan capaian saya yang diuruskan orang Islam yang masih belum dirobohkan khalifah Lim, maka saya ke situ setelah gerai yang biasa saya kunjungi di Permatang Pauh dirobohkan. Mungkin gerai ini juga sedang menunggu masa untuk dirobohkan sebagaimana kedai Char Koay Teow dibelakangnya yang sudah dikecilkan kawasannya. Mungkin juga selepas ini saya harus membiasakan diri untuk memanjangkan kaki ke gerai-gerai buah tepi jalan di kawasan Raja Uda, Weld Quay dan Air Itam. Sekurang-kurang kawasan itu kalis roboh kerana khalifah Lim mengamalkan C.A.T. (C**a Aku Tolong). Banyak perkara 'menarik' berlaku di Pulau Pinang sepanjang dua tahun kebelakangan ini. Negeri ini merupakan microcosm masa depan Malaysia sepertimana yang sering saya sebutkan. Fenomena seperti ini semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang. Hakikatnya, setiap manusia adalah racist, tetapi bagi manusia yang rasional dan berpegang teguh kepada Islam, maka sifat racist dalam diri setiap manusia muslim ini dijadikan dormant sehingga melumpuh. Tetapi ia mudah untuk dibangkitkan sekiranya perkara-perkara tertentu dilakukan oleh pihak yang berlawanan. Perkara seperti ini, membuatkan sifat alter yang tersimpan dan dikunci kemas di dalam minda dan hati, membuatkan saya menulis perkara seperti ini. Tetapi itu bukan tujuan utama artikel ini. Saya hanya mahu komen tentang surat Ibrahim Ali kepada Pope.    

Sementara menunggu isteri saya memilih buah, saya menyelak akhbar. Tajuk berikut menarik perhatian saya. Surat Ibrahim Ali kepada Pope Benedict. Usai membaca isikandungannya, lantas minda saya diteleport ke sebuah zaman Imperial China sekitar abad ke 17. Father Matteo Ricci tiba di Peking pada 1601. Maharaja Wan Li, Dinasti Ming pada ketika itu membenarkan dibina sebuah gereja di ibu negara China. Father Ricci membentuk hubungan baik dengan Maharaja dan golongan aristokrat. Father Ricci merupakan ahli Jesuit yang dihantar sebagai sebahagian dari misi mubaligh katolik ke China. Mubaligh kristian yang pertama sampai ke China merupakan Francis Xavier. Selesai misinya di India, Tanah Melayu dan Jepun, dia cuba menghala ke Canton tetapi meninggal dunia di sebuah pulau di pesisir pantan selatan China.

Ricci dan ahli Jesuit yang menyusul memperlengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu untuk menarik perhatian pemerintah China pada ketika itu. Mereka mahir dalam bidang matematik, pelayaran, sains dan astronomi. Mereka juga merupakan orang-orang yang mahir dan pakar mengenai linguistik, budaya dan adat resam China. Baiknya hubungan mereka dengan pemerintah pada ketika itu, sehinggakan mereka dilantik menjadi orang-orang kepercayaan maharaja di dalam pelbagai bidang. Mereka mula diberikan kedudukan tinggi di dalam Lembaga Astronomi China menggantikan orang-orang Islam yang memonopoli kedudukan dalam lembaga yang sama sebelum ini.

Mereka membodek pemerintah dengan segala keupayaan yang ada demi menjaga kedudukan mereka dan maslahat hala tuju gerakan mereka di China yang sudah dirangkakan. Malah Ricci sendiri pernah melukiskan peta dunia untuk Wan Li dengan meletakkan China di tengah-tengah peta tersebut, sebagai menunjukkan betapa China merupakan negara yang menjadi paksi kepada kekuatan dunia dan begitu penting. (M.I.A. – China juga digelarkan sebagai Zhōngguó  (Middle Kingdom) di zaman Imperial. Apabila ada kumpulan ultra kiasu merangkap chauvinis biadab memulakan projek Middle Mlaysia, kita tahu apa yang mereka mahu sasarkan. Middle Kingdom, Middlle Malasyia, yang pertama mengagungkan Imperial China dan yang kedua pula merujuk kepada cita-cita berakar dasar ke negeri ibunda oleh kumpulan Huaqiao yang bersumpah setia kepada ibunda bagi membentuk Nanyang yang tunduk kepada negara ibunda. Yang bodoh dan kekal diperbodohkan tetap orang Melayu Muslim, berterusan bergaduh sesama sendiri dan mudah diperbodohkan dan dikencing maruah mereka dengan kata-kata retorik.)

Usaha mereka merapatkan diri dengan pemerintah ini membuahkan hasil apabila, ramai dikalangan penduduk China mula menganut agama Kristian. Antara yang menganut Kristian ialah seorang putera yang menamakan dirinya sebagai Constantine sempena nama Maharaja Rom pertama yang menganut Kristian. Begitu juga dengan seorang Maharani yang turut menganut Kristian melalui gerakan yang sama.

Gerakan ini juga berhasil membuatkan Father Adam Schall Von Bell dilantik sebagai Astronomer Maharaja. Dia juga diberikan tanggungjawab untuk mendidik seorang kanak-kanak. Kanak-kanak ini kemudiannya pada usianya mencecah tujuh tahun, dilantik sebagai maharaja dan dikenali dirinya sebagai Maharaja K’ang Hsi.

Pada 1692, Maharaja K’ang Hsi yang mendapat didikan dari Father Adam Schall Von Bell semasa baginda kecil, telah memasyhurkan satu deklarasi dengan menyatakan bahawa mubaligh kristian dibenarkan untuk berdakwah di China secara bebas tanpa sebarang halangan. Imej baik yang dihias kehebatan pengetahuan yang cuba dibina kumpulan Jesuit ini, akhirnya membuahkan hasil apabila satu kebiasaan yang diamalkan orang-orang China dengan memanggil orang selain cina sebagai orang gasar, tetapi untuk kumpulan Jesuit ini, mereka digelarkan maharaja sebagai Orang dari laut barat.

Pada tahun 1700, populasi kristian Katolik di China dianggarkan berada pada sekitar 250,000 orang. Menjelang 1793, populasi mereka merudum ke bilangan 150,000 orang biarpun jumlah keseluruhan penduduk China meningkat dengan mendadak.

Salah satu dari sebab yang dikatakan menghalang kejayaan gerakan mubaligh Kristian di China ialah kerana agama Kristian yang sebenar menghalang perbuatan menyembah nenek moyang yang menjadi kebiasaan amalan mereka. Kristian juga menghalang perbuatan memuliakan Master Kung (Kung Fu Tze@Confucius). Father Ricci telah melihat isu ini sebagai batu penghalang yang menghalang agama Kristian berkembang dikalangan penduduk tempatan.

Dengan membenarkan mereka memuliakan Confucius dan kekal membakar colok menyembah nenek moyang mereka, maka peratusan kejayaan menarik kemasukan penduduk tempatan ke agama Kristian akan berjaya dilipatgandakan. Itu pendapat Ricci. Pendapatnya mendapat tentangan hebat dari beberapa paderi yang tidak bersetuju dengan cadangannya. Mereka menganggap perbuatan ini menyamai perbuatan orang-orang heathen (M.I.A. – heathen di dalam Kristian boleh difahami dengan kedudukan orang Kafir di dalam Islam). Lalu satu rungutan dihantar kepada Pope di Vatican.

Setelah lama bertelingkah pendapat, akhirnya pada 1742, Pope akhirnya mengharamkan perbuatan memuliakan Confucius dan membakar colok menyembah nenek moyang mereka dikalangan orang-orang Cina yang mahu menganut kristian. Dari keputusan ini, dapat dilihat bahawa kesan pengharaman memasukkan elemen kepercayaan dan akidah penduduk setempat ke dalam agama Kristian bakal menyebabkan gerakan dakwah mereka akan terbantut di mana sahaja mereka berada.

Berbalik kepada isu di Malaysia ini. Pengulangan terhadap apa yang dilakukan gerakan Jesuit di China sedang berlaku di Malaysia. Oleh kerana majoriti penduduk setempat menyembah Allah sebagai Tuhan mereka sebagai orang Islam, maka metodologi yang difikirkan sesuai oleh Ricci satu ketika dulu, sedang digunakan mereka di sini. Persoalannya, apakah Pope akan melayan permintaan Ibrahim Ali setelah keputusan yang diambil oleh penjawat jawatan yang sama pada 1742 membuatkan gerakan kristianisasi di China menemui kegagalan. Usaha Ibrahim Ali harus dipuji. Saya bukan pessimis tetapi gemar memerhati ke balakang untuk meramal keputusan yang bakal berlaku dihadapan. Apa sahaja ketentuan, kita harus terus bergerak. Segala sandaran dan harapan kita hadapkan hanya kepada Allah. Untuk itu kita harus berusaha melakukan perkara yang Allah tetapkan di dalam sunnah berjayanya segala usaha bagi setiap hala tuju yang dirangka. Tunggu kronologi kedua yang InsyaAllah akan saya paparkan sebaik saya habis menaipnya nanti.

Rujukan :
1. Surat Ibrahim Ali kepada Pope, Mingguan Malaysia, 31 Januari 2010.
2. Gwenneth Stokes & John Stokes; The Extreme East (A Modern History), Longman, Green & Co. Ltd. m/s 14 hingga 16.

1 comments:

cuba periksa tentang nie..btol ke x ye..

http://www.akupercaya.com/kesaksian/258-keajaiban-di-mesir.html

nanti emel saye di molakikhalfi@yahoo.com..or search je di fb..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email