Sunday, February 14, 2010

Pulau Pinang Microcosm Realiti Masa Depan Yang Menyakitkan...

Oleh : M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. sebelum saya mulakan, saya ingin bentangkan fakta mengenai Pulau Pinang. Pulau Pinang merupakan sebuah negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu. Pada 1786, setelah menipu Sultan Kedah, penyangak Inggeris bernama Francis Light telah memulakan penempatan koloni Inggeris yang pertama di situ. Sebelum kedatangannya, pulau tersebut sudah pun lama dihuni oleh orang-orang Melayu Islam. Makam Dato’ Jannaton di belakang USM merupakan antara bukti awal yang menunjukkan bahawa orang-orang Melayu telah lama bertapak di Pulau Pinang. Dato’ Jannaton yang merupakan keturunan Raja Minangkabau dan mendapat persetujuan Sultan Kedah untuk bermastautin di Pulau Pinang. Keturunan Dato’ Jannaton ini mempunyai nama-nama yang terkenal sehingga peringkat antarabangsa. Antaranya Dato’ Razali Ismail, bekas Presiden PBB, Yusof Ishak bekas Presiden Republik Singapura, ;bekas Menteri Pertanian pertama, Aziz Ishak; Duta Singapura, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Hakim Persekutuan, Datuk Wira Wan Yahya Pawanteh., Bukti penempatan Melayu di Bukit Minden, Gelugor Pulau Pinang dikatakan sudah wujud sebelum 1740-an lagi. Malah Masjid Jamek Batu Uban dikatakan dibina pada 1734 oleh Hj. Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Haji Mohammed Saleh, Nakhoda Intan Nam Tunku Patih Nan Sebatang, pemimpin Muslim dari Kampung Buadi di Paya Kumbu, Sumatra.

Kemasukan Francis Light ini membawa masuk bersama mereka kaum-kaum lain dari tanah besar China dan benua kecil India untuk berkhidmat di dalam pelbagai sektor ekonomi di Pulau Pinang. Semakin hari, semakin ramai dan akhirnya di dalam pulau tersebut, jumlah orang melayu dan kaum lain terutamanya Cina semakin meningkat. Menjelang merdeka, atas tekanan British, prinsip Jus Soli diperakui, maka semua yang dilahirkan dan bermastautin di Tanah Melayu ini diberikan hak sebagai warganegara. Ada yang kecewa dengan perkara ini dan ada pula yang bersetuju. Adat manusia, apa sahaja bentuk perbuatan dan perlakuan pasti ada yang menyokong dan menentang. Sebagai warganegara, apa sahaja yang termaktub di dalam Perlembagaan selagi ia tidak bertentangan dengan Islam, kita patuhi.

Pulau Pinang mengikut statistik 2003 yang dikeluarkan Jabatan Statistik Pulau Pinang, jumlah penduduknya mengikut pecahan kaum adalah seperti berikut.

Jika kita membanding data statistik yang lalu sehingga ke hari ini, orang Melayu sedang meningkat jumlah mereka di negeri ini dalam kadar pertumbuhan positif. Tidak lama lagi, tuan-tuan akan melihat bahawa jumlah orang Melayu di Pulau Pinang akan mengatasi kaum Cina. Ia akan berlaku dalam setahun dua lagi. Dan apabila perkara ini berlaku, ia akan menimbulkan beberapa polemik dan menimbulkan resah kepada kumpulan chauvinist yang mahu kekal memegang tampuk kekuasan di negeri ini. Akhbar-akhbar mereka akan mengipas isu ini dari awal. Tetapi realitinya nanti, jika diizinkan Allah, kita akan melihat tidak lama lagi, kaum Melayu akan mengatasi jumlah keseluruhan kaum Cina di negeri tersebut.

Di dalam statistik tahun 2003 yang dicatatkan di atas, di dalam realiti masa ini, secara sekali lalu kelihatan jumlah kaum Cina dan Bumiputera hampir sama banyak. Tetapi secara tersembunyi, jumlah penduduk Islam merupakan majoriti di negeri tersebut. Kenapa majoriti? Begini saya jelaskan, Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan ditafsirkan sebagai menganut agama Islam dan itu realitinya. Satu lagi realiti yang ramai orang luar dari Pulau Pinang tidak tahu ialah, terdapat ramai muslim dalam jumlah yang besar dikategorikan di bawah keturunan India dalam statistik terbabit. India muslim juga telah bermastautin di Pulau Pinang lama sebelum penyangak Inggeris Francis Light menipu Sultan Kedah. Sebuah kubur lama yang dikenali sebagai Keramat Tuah di Datuk Keramat, Georgetown merupakan bukti yang menjelaskan bahawa komuniti India Muslim sudah lama bertapak di sini. Keramat Tuah tersebut dikatakan milik Sangli Perappa atau lebih dikenali sebagai Fakir Maulana, seorang Malabari dari India. Kuburnya dikatakan bertarikh 1715. Pemujaan keramat merupakan sesuatu yang biasa terdapat di sesetengah tempat di India, dan ia juga masih dilakukan oleh beberapa kumpulan kecil muslim di Pulau Pinang. India muslim terdapat dalam jumlah yang ramai di Pulau Pinang. Dengan tidak mencampurkan jumlah penduduk India muslim dengan Melayu, jumlah penduduk Islam dalam kategori Melayu telah pun melebihi jumlah penduduk lain-lain agama di Pulau Pinang. Ini kerana 41% jumlah penduduk Cina itu terpecah kepada beberapa kumpulan agama. Tiga yang terbesar ialah fahaman Confucius, Tao dan penganut agama Kristian dikalangan masyarakat Cina. Jadi secara realiti yang disembunyikan, umat Islam merupakan majoriti kumpulan agama terbesar di Pulau Pinang. Itu belum dicampurkan dengan kumpulan India Muslim. Jika dicampurkan kumpulan India Muslim ini, maka jumlah penduduk Muslim di Pulau Pinang akan menjadi lebih besar. Terdapat ramai juga Cina Muslim di Pulau Pinang. Mereka ini telah dimasukkan ke dalam kategori orang Cina jika pecahan demografi dibuat mengikut pecahan etnik. Jika pecahan demografi dibuat mengikut pecahan agama, tentu sahaja kumpulan penganut Islam merupakan kumpulan majoriti di Pulau Pinang dengan mengambil kira kesemua Melayu, India Muslim, Cina Muslim dan lain-lain kaum beragama Islam di dalam satu kumpulan.

Ini realitinya yang pahit. Sebagai umat Islam di dalam negeri yang dihuni oleh majoriti umat Islam, seorang bukan Islam telah dilantik sejak sekian lama untuk mengatur tadbir urusan dunia dan akhirat bagi umat Islam di Pulau Pinang. Jika dulu urusan diserahkan kepada beberapa orang yang bersifat chauvinist di dalam diam, sekarang urusan pemerintahan diserahkan pula ke seorang ultra chauvinis siang dan malam. Itulah malang yang menimpa jika assobiyyah perkauman diambil kira dan menolak ukhwah Islamiyyah sebagai lambang bersaudara. Fahami masa depan Malaysia melalui nasib yang menimpa negeri ini. Ini masanya untuk semua muslim merapatkan saf di dalam satu ummah yang bersaudara kerana Allah s.w.t.

Melihat Malaysia di dalam pecahan kek etnik, maka Melayu itu merupakan 67% penduduk Malaysia. Melihatkan Malaysia pada pecahan kek mengikut agama, 70% dan lebih merupakan kumpulan penduduk beragama Islam. Melihatkan Malaysia dari segi pecahan politik bermentaliti jalang tua di tepi longkang, kumpulan bukan Islam merupakan majoriti dengan 30% jumlah penduduk manakala orang Islam pula membentuk 20% UMNO-Islam, 20% PAS-Islam dan 20% PKR-Islam dan 10% Lain Parti-Islam. Bagi orang Islam meroyan yang hidup dan mati mereka hanya mengorbit seputar politik sempit dalam membuat sebarang justifikasi terhadap saudara Islam mereka yang lain, seruan saya supaya kembali segera kepada persaudaraan Islam. Kita mempunyai majoriti dan kita punyai kekuatan untuk membuat sesuatu yang tidak pernah sesiapa pun jangkakan dengan kembali bersatu. Jangan menunggu esok untuk mula melangkah. Mulakan dengan niat semata-mata kerana Allah pada hari ini, siapa tahu esok Allah permudahkan. InsyaAllah.

© 2007 - 2010 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

2 comments:

Salam...

boleh saya dapatkan email saudara...

terkadang saya ada pertanyaan bukan dalam topik yg saudara post kan...
 
Wa'alaikumsalam Khairul..
Boleh email ke satuhala@yahoo.com.. TQ..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email