Tuesday, January 12, 2010

Masalah Blogger dan Firefox..

6
Assalamu'alaikum  wrt semua. Saya menghadapi sedikit masalah untuk melakukan update posting. Kebiasaan bagi saya untuk menaip artikel baru di dalam file-file tertentu sebelum saya copy dan paste-kan ke dalam blog ini. Tetapi program editor terbaru Blogger membuatkan segala format yang ditetapkan dalam artikel yang sudah sedia ditulis, menjadi berkecamuk dan huru hara.

Melalui pemerhatian dan maklumbalas, beberapa blogger yang menggunakan Firefox sebagai web browser menghadapi masalah yang sama. Saya tidak pasti samada ia berpunca dari Firefox yang sudah diupdate atau pun ianya berpunca dari Editor Blogger yang baru.

Sebagai langkah pembaikan sementara, Google Chrome & IE boleh sedikit sebanyak mengatasi masalah tersebut (M.I.A. - Minda suspicious saya mula berputar dengan persoalan samada wujud konspirasi untuk memaksa semua blogger pengguna blogspot bertukar browser? hah.. mungkin satu lagi wild guessing bisikan syaitan.. pedulikan) . Tetapi langkah ini juga menimbulkan satu masalah lain di mana formatting file terpaksa dilakukan semula. Dengan sambungan internet yang kerap terganggu seminggu dua ini, ditambah dengan masalah editing text antara Blogger dan Firefox, tahap sabar saya sudah menghampiri kemuncak untuk bermutasi menjadi Incredible Hulk. Saya cuba membuat update posting, tetapi terpaksa membuat formatting semula dari awal beberapa kali. Ini sedikit sebanyak mengganggu kelancaran penulisan. Untuk menulis secara terus ke dalam Editor blogger, ia merupakan satu gangguan kepada kelancaran idea. Saya biasa menulis di dalam tempat lain sebelum di copy dan paste masuk ke sini. Posting ini saya taip secara terus ke dalam Editor dan tiada masalah. Sehingga saya dapat mengatasi masalah ini, saya akan update dengan posting baru nanti. InsyaAllah mungkin dalam minggu ini. 
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

6 comments:

Khairi Mohd said...

sy guna firefox dan chrome. so far takde masalah. cuma untuk rearrange layout tak boleh guna chrome. fire fox ok.
kks.com

Pelari Punya Cerita said...

hy, salam kenal! ditunggu kunjungan baliknya...

satuhala said...

Salam Khairi,
Problem tu jadi kalau cut and paste artikel yang sedia ditulis dari lain program, kalau type secara terus takda masalah, tapi kalau cut and paste, memang problem.. saya cuba lagi.. harap kali ni ok..

Anonymous said...

salam.
aku tak pasti hang dah selesaikan masalah ni atau dah jumpa solusinya atau tidak.
cuma satu cadangan.
aku dulu slalu guna word gak, tapi end up huru hara dekat posting.
jadi, aku guna word untuk menaip (still), kendian copy paste masuk dalam notepad dulu, baru copy paste masuk posting manual.
macam tuh selamat gak la.

atau,
posting straight dari email.
tau kan?
ni pun selamat gak, sebab dalam editor email, boleh copy paste dari word direct.

cuba try test tengok.

maap kalau ini tidak membantu.
sekadar mahu menolong.
salam

Anonymous said...

anyway, aku pun TERbrowsing dekat sini lepas tertarik dengan Shahada:Dialog dengan gadis melayu atheist

wish you all the best and happy ending in the haven sahabat :)

satuhala said...

Wa'alaikumsalam AJ Nismihan,
Problem dah settle.. blogger dah betulkan setting depa.. memang pening kepala nak post time tu sampai naik fed-up.. satu psoting nak kena alter dia punya code banyak kali.. sudah lah saya tak expert sangat pasal code html.. tau pun sikit-sikit saja.. tapi Alhamdulillah dah ok.. TQ atas sokongan.. jangan lupa dapatkan Syahadah Gadis Ateis pula.. k.. wassalam..