Wednesday, October 21, 2009

Nobel, Obama dan Muntah Hijau..

oleh : M.I.A.
Bismillahir Rahmanir Raheem... Pada saat diumumkan Barrack Hussein Obama bakal menerima Hadiah Nobel Keamanan, ketika itu jugalah segala isi perut mana-mana pihak yang cintakan keamanan mula bergolak dan dengan pantasnya menuju ke tekak. Seluruh dunia pecinta keamanan muntah hijau berhari-hari.

Apa tidaknya.. dengan hanya bercakap tentang cita-citanya tanpa melakukan apa-apa lagi sudah pun ‘panel cerdik’ di dalam penganugerahan Nobel mengiktiraf angan-angan dan cakap-cakap bombastic Presiden Amerika tersebut. Dia yang belum pun sampai setahun memegang jawatan di kerusi yang biasa disandang penyangak-penyangak dan balaci zionis itu, diiktiraf hanya bersandarkan apa yang dia cakap tetapi tidak kepada perbuatannya.
Kalau begitulah caranya, sesiapa sahaja pun boleh dikira layak untuk mendapat pengiktirafan tersebut. Ini termasuklah Mat Jenin. Cuma malang Mat Jenin, baru sahaja memasang angan-angan, takdir buruk menimpanya dengan terjatuh dari pokok. Tetapi cita-cita Obama itu tidak sama dengan Mat Jenin. Obama mahu Dunia (baca ‘Israel’) ini menjadi tempat yang selamat. Jika tidak tentu sahaja seluruh organisasi media yang dikuasai barat tidak berhenti-henti daripada memotretkan Iran sebagai ancaman besar kepada keamanan Dunia. Dunia hanya akan selamat hanya bila Iran tidak memiliki bom nuklear. Jadi demi memastikan Dunia ini selamat, para panel yang sangat-sangat cerdik di dalam seketariat penganugerahan Nobel, telah mengikat Obama dengan penganugerahan ini supaya apa yang dikatakannya itu akan dikotakannya.

Segala ancaman kepada Dunia haruslah dihapuskan. Iran harus dilemahkan sebagaimana Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara Islam yang lain. Libya, Syria, Yaman, Lubnan dan negara-negara Islam yang dilihat sebagai sekutu yang boleh menyokong pemberontakan Iran terhadap hegemoni barat akan dilumpuhkan. Begitu juga dengan negara-negara Islam di Nusantara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Inilah yang dimaksudkan dengan objektif sajak White man’s Burden oleh Rudyard Kipling, di mana mereka, orang-orang barat dan sekutu mereka harus dan wajib memiliki segala kekuatan, persenjataan yang lengkap, kuasa ekonomi dan segala sumber kekuasaan. Ianya perlu dilakukan kerana mereka merasakan diri mereka dibebankan dengan tanggungjawab untuk memerintah dunia serta menakluk, mengubah dan menggalakkan perubahan gaya hidup lain-lain etnik di dunia selain mereka supaya kesemuanya bakal hidup seratus peratus di dalam cara dan gaya orang barat. Hanya setelah itu mereka (lain-lain etnik dunia selain kulit putih) dianggapkan mereka layak untuk diberi peranan di dalam dunia ini setelah mereka menjadi lebih putih dari mereka yang berkulit putih. Berikut petikan sajak Rudyard Kipling yang kini dinterpretasikan barat sebagai kewajipan bagi Amerika pula memikul galang beban Great Britain sebagai empayar sebelum ini dalam membentuk dunia yang keseluruhannya berubah dan mengadaptasikan gaya dan cara hidup barat secara total. Di mana sahaja ada pertentangan terhadap budaya dan norma barat, maka semua penduduk ditempat itu perlu ‘diajar’ dan ‘dibebaskan’.

Take up the White Man’s burden—
Send forth the best ye breed—
Go send your sons to exile
To serve your captives' need
To wait in heavy harness
On fluttered folk and wild—
Your new-caught, sullen peoples,
Half devil and half child
Take up the White Man’s burden
In patience to abide
To veil the threat of terror
And check the show of pride;
By open speech and simple
An hundred times made plain
To seek another’s profit
And work another’s gain
Take up the White Man’s burden—
And reap his old reward:
The blame of those ye better
The hate of those ye guard—
The cry of hosts ye humour
(Ah slowly) to the light:
"Why brought ye us from bondage,
“Our loved Egyptian night?”
Take up the White Man’s burden-
Have done with childish days-
The lightly proffered laurel,
The easy, ungrudged praise.
Comes now, to search your manhood
Through all the thankless years,
Cold-edged with dear-bought wisdom,
The judgment of your peers!

Banyak tafsiran dilakukan sarjana barat terhadap sajak berusia 110 tahun ini. Ada yang menganggap ia sebagai satu satira, ada yang menganggap ia sebagai sindiran terhadap kolonialisme. Tetapi majoriti daripada mereka menafsirkan ia sebagai satu pengesahan kepada peranan barat di dalam membentuk dan mengawal dunia tetapi kebanyakan daripadanya menyatakan ia merupakan desakan supaya kolonialisme dihalalkan dan diteruskan demi kepentingan mereka. Obama seorang Mulatto yang kini lebih putih dari kulit putih.

Lalu White man’s burden kini menjadi beban tanggungannya untuk memastikan seluruh dunia tunduk kepada prinsip-prinsip, gaya hidup, sistem politik dan nilai-nilai barat. White man’s burden membenarkan barat dan sekutu-sekutunya memiliki kekuatan dan bom-bom nuklear dan menjarah dunia. Tetapi tidak kepada ‘bangsa-bangsa rendah’ yang lain. Yang lain terlalu bodoh untuk mempunyai perasaan tanggungjawab jika memiliki bom Nuklear tersebut. Yang lain bila memiliki bom tersebut, sifat ‘anti-tamadun’ dalam dunia mereka akan mendorong mereka bertindak secara barbarik terhadap keselamatan Dunia. Whiteman's Burden membenarkan mereka memiliki apa saja bom, tetapi tidak yang lain. Memiliki apa sahaja senjata pemusnah pada apa jua skala adalah sesuatu yang selayaknya mereka miliki kerana mereka merupakan 'bangsa-bangsa bertamadun' yang perlu mengajar 'bangsa-bangsa rendah lain' cara bagaimana untuk hidup sebagaimana manusia seperti mereka.


Tetapi hak ini, tidak boleh diberikan kepada 'bangsa-bangsa rendah' yang lain. Mereka (bangsa-bangsa yang rendah itu), pastinya tidak akan menjadi sepandai dan seberhemah Amerika tatkala mereka menggugurkan Fat Man di Hiroshima dan Little Boy di Nagasaki. Hanya Amerika dan sekutunya sahaja tahu bila dan untuk tujuan apa bom itu boleh digugurkan. Bagi mereka, segala perbuatan mereka merupakan puncak kemuliaan berfikir bagi mana-mana makhluk yang berotak. Untuk membiarkan ‘bangsa-bangsa rendah’ yang lain memilikinya, takut nanti mereka tidak tahu dan terlalu bodoh untuk menentukan tujuan penggunaannya.

Kini, Iran (baca Islam, walaupun mereka bermazhab Syi’ah tetapi barat memukulratakannya sebagai Islam. InsyaAllah saya akan jelaskan propaganda mereka nanti) keras berdiri di tengah jalan menghalang laluan hegemoni mereka. Halangan yang mereka hadapi sekarang ini sebagaimana Islam menjadi batu penghalang gerakan dakwah mereka 500 tahun dahulu di Asia Tenggara. Mereka sudah tidak punya masa lagi. Lalu Obama harus dipertanggungjawabkan dan dibebankan dengan beban tanggungjawab yang baru. Nobel itu bukan untuk kejayaan yang telah dikecapi, tetapi Hadiah Nobel diberi bagi memastikan Obama melakukan apa yang mereka mahu dia lakukan. Satu paksaan di dalam masa yang terlalu mendesak. Jika Obama lambat, maka Dunia akan hancur.

Berikut petikan jawapan Michael Oren, Duta Israel di Amerika Syarikat kepada soalan wartawan Newsweek Lally Weymouth yang bertanyakan tentang sokongan dunia Arab terhadap tindakan ke atas kontijen Iran di dalam proses keamanan di sana. Berikut sebahagian dari jawapannya : “... we don’t have a while with Iran. The peace clock and the Iranian nuclear clock are running at completely different speeds.” 1 {Kita tidak punya banyak masa lagi dengan Iran. Putaran jam (bagi menjamin) keamanan (di timur tengah) dan Putaran (ancaman) Nuklear Iran berputar pada kelajuan yang berbeza}

Mereka sudah tidak punya banyak masa lagi. Jadi, hadiah Nobel Keamanan ini tidak lebih dari satu bentuk desakan kepada Obama untuk menyegerakan keamanan kepada Dunia agar segala penduduk yang tinggal di Dunia boleh tidur dengan aman. Semoga Joe Jenin ini juga akan jatuh dari pokoknya sepertimana Mat Jenin satu ketika dahulu... oh.. tidak cukup dengan itu, biar Joe Jenin selepas jatuh, ditimpa pula pokok yang cuba dipanjatnya..

Rujukan :
1) Rudyard Kipling, “The White Man’s Burden: The United States & The Philippine Islands, 1899.” Rudyard Kipling’s Verse: Definitive Edition (Garden City, New York: Doubleday, 1929).
2) Lally Weymouth; ‘All options means all options’, Newsweek October 12, 2009, m/s 31.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Monday, October 19, 2009

Berdagang punggung di awan merah?

oleh : M.I.A.

Sehingga akhir penulisan ini (18 Oktober 2009), sebuah iklan syarikat penerbangan masih menjaja punggung pekerja-pekerja wanitanya untuk dibuat bahan komoditi yang ditawarkan kepada pelanggan mereka. Seperti biasa Sis dan sekutu yang bersyarikat dengan mereka akan diam terhadap isu-isu selektif seperti ini. Iklan terbaru sebuah syarikat penerbangan yang disiarkan di kaca tv di baru-baru ini menunjukkan syarikat itu menawarkan sesuatu yang lebih daripada tiket penerbangan murah. Ya.. iklan yang diterbitkan untuk syarikat mereka ini kini menonjolkan bahawa bukan setakat penerbangan murah mereka tawarkan, tetapi turut menawarkan ‘betapa murahnya maruah’ seorang pramugari yang berkhidmat dengan mereka. Kenapa tidak ditegaskan professionalisme di dalam khidmat yang ditawarkan pramugari mereka? Kenapa hanya menyempitkan kebolehan pramugari-pramugari mereka hanya kepada ‘aset-aset’ seksual? Apakah mereka ini hanya bahan komoditi dan akal fikiran mereka merupakan keutamaan terkebelakang dan tidak harus ditonjolkan? Apakah mereka di atas itu hanya sebagai objek seks semata-mata? 

Iklan korporat ini merupakan satu ludahan berkahak hijau kepada kementerian yang bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Wanita, Kementerian Penerangan dan Kementerian-kementerian yang berkaitan. Ia juga merupakan ludahan yang disasarkan tepat terhadap prinsip kelima Rukun Negara, ‘Kesopanan dan Kesusilaan’!!!

Tanyakan orang-orang besar yang mempunyai peranan membuat keputusan di dalam syarikat dan kementerian-kementerian tersebut.. apakah mereka rela apabila punggung mereka, isteri dan anak-anak mereka dijadikan pula komoditi yang ditawarkan oleh pihak-pihak yang menggajikan mereka? Tentu sehabis angin mereka mengamuk bila diajukan soalan ini secara terus kepada mereka. Pramugari-pramugari syarikat penerbangan itu mempunyai maruah yang tidak boleh direndahkan sesuka hati siapa sahaja. Maruah mereka sudah diletakkan tidak lebih dari ‘pedagang-pedagang punggung’ lorongan di lorong-lorong gelap kota-kota negara. Apakah maruah mereka boleh diludahi dan dipijak sesuka hati?!!!! Mereka pastinya merupakan anak-anak ataupun isteri kepada seseorang. Apa kata bapa-bapa dan suami-suami mereka jika punggung isteri-isteri mereka dijadikan bahan yang ditawarkan untuk jamuan mata penumpang lain? Apakah itu sudah menjadi sebahagian daripada Job Description mereka bahawa mereka perlu merelakan punggung mereka ditatap oleh semua penumpang sesuka hati?!!!! 

Apakah syarikat itu mahu mencadangkan dan menggalakkan supaya setiap penumpang yang menggunakan khidmat mereka boleh sesuka hati merenung dan mengambil gambar punggung-punggung pramugari ini? Bukankah sudah ditakrifkan perkara seumpama ini sebagai gangguan seksual dalam akta gangguan seksual yang bakal digubal bahawa merenung dengan pandangan seksual juga boleh ditakrifkan sebagai satu gangguan seksual terhadap mana-mana individu? Apatah lagi mengambil gambar punggung seseorang wanita yang bermaruah? Mana CSR mereka? Apakah mereka mahu menunjukkan bahawa gangguan seksual dibenarkan terhadap pekerja-pekerja mereka?!!! Apakah ini imej korporat yang mereka mahu bangunkan? Iklan ini ialah satu penghinaan kotor terhadap semua wanita yang berkerjaya!!!

Kepada Siss dan sekutunya pejuang-pejuang feminisme kelas bawahan yang bersikap selektif pekak.. kenapa diam?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Friday, October 16, 2009

Deepavali

Bismillahir Rahmanir Raheem... Saya tahu terlalu ramai di luar sana yang sentiasa menghadapi sedikit masalah apabila tiba musim perayaan bagi penganut-penganut agama lain. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup di dalam persekitaran masyarakat majmuk dan dikelilingi pelbagai bangsa dan agama, tidak dapat tidak, interaksi antara kita dengan mereka turut menjadi faktor penilaian yang memainkan peranan besar di dalam gerakan dakwah.

Yang selalu menjadi masalah ialah apabila sampainya ketika di dalam kalendar tahunan agama mereka, perayaan bagi membesarkan agama mereka akan diraikan mereka. Sebagaimana mereka yang sentiasa mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri kepada kita, maka balasan yang serupa mungkin diharapkan mereka bagi menunjukkan toleransi antara agama. Tetapi seharusnya diingat perbuatan mengucapkan ucap selamat sempena dengan perayaan berkaitan agama telah difatwakan haram dilakukan jika perayaan tersebut berkaitan dengan agama-agama selain Islam.

Bagi mereka yang hidup dalam isolasi kelompok agama dan bangsa yang sama, pastinya masalah-masalah ini tidak akan timbul apatah lagi berlaku. Tetapi bagi mereka-mereka yang sentiasa berurusan dengan manusia dari pelbagai bangsa dan agama, perkara ini menimbulkan sedikit dilemma. Dilemma yang bukan berat tetapi kerana memikirkan bahawa sikap dan perlakuan kita juga merupakan salah satu bentuk sumbangan besar kepada gerakan dakwah bagi membawa mereka ini ke jalan Allah.

Mereka ini bukan untuk dijauhi. Simpatilah kepada mereka kerana mereka berada di dalam landasan jalan yang menuju kepada kesudahan yang teramat buruk. Kufur terhadap Allah kesudahannya ialah selamanya menjadi bahan bakaran di dalam neraka. Jadi, kita sebagai umat Islam harus berasa sedihi dan berusaha membawa mereka kepada keselamatan hidup yang hakiki di dunia dan akhirat.

Majoriti dari kita juga berasal dari keturunan nenek moyang yang satu ketika dulu merupakan penyembah-penyembah berhala. Ia adalah fakta sejarah. Tanah Melayu ini baru sahaja menikmati nikmat Islam kurang dari seribu tahun yang lampau. Seribu tahun hanya menghamparkan dua puluh enam generasi di atas kita dari generasi nenek moyang kita yang menganuti pelbagai agama dari animisme hingga ke agama Hindu. Jika tidak kerana pedagang-pedagang Arab, India dan China yang mempunyai hubungan rapat dengan nenek moyang kita satu ketika dulu, tentu sahaja lorongan hidayah Allah kepada kita sepertimana yang kita nikmati pada hari ini tidak akan diperolehi. Jika satu ketika dulu nenek moyang mereka membawa Islam kepada kita, kenapa tidak kini kita membalasnya kembali dengan membawa pula Islam kepada mereka.

Fatwa melarang kita mengucapkan selamat bagi perayaan yang berkaitan dengan agama lain dan Allah juga melarang kita dari mendoakan apa jua bentuk doa kepada mereka kecuali mendoakan mereka mendapat hidayat Allah. Tiada yang lebih besar selain daripada mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk agama Islam. Jadi doa selain dari doa memohon hidayah Allah diberikan kepada mereka adalah dilarang.

Ia sepertimana yang ditegur Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. ketika baginda mendoakan keampunan bagi Azar, bapanya bagi dosa-dosa yang dilakukan. Ia dicatatkan di dalam al Qur’an pada surah al Mumtahanah ayat 4 :

Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

Hidayah dari Allah pula hanya Allah sahaja yang berhak menetukan kepada siapa yang bakal diberikannya nanti. Tugas kita cuma menyampaikan dan berusaha. Tetapi hidayah juga boleh diusahakan oleh mereka yang baik amal perbuatannya untuk mendapatkannya. Diceritakan oleh Hakim bin Hizam r.a. di dalam sebuah hadis sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim seperti mana di bawah :

Dari Hakim bin Hizam r.a. bertanya klepada Rasulullah s.a.w., katanya : “Bagaimanakah pendapat anda tentang perbuatan-perbuatan baik yang pernah aku lakukan pada masa jahiliyyah, seperti sedekah, memerdekakan budak dan menghubungkan silaturrahim, apakah semua itu mendapat pahala atau tidak?” Jawab Rasulullah s.a.w., “Anda masuk Islam berkat kebajikan-kebajikan yang telah anda lakukan sebelumnya," (Hadis Riwayat Muslim)

Jadi apa yang difahami di sini bahawa kebaikan dan amal perbuatan baik yang datang dari keikhlasan hati oleh mana-mana pihak dan individu bukan Islam, akan membawa mereka semakin dekat kepada Allah dan bakal dikurniakan Allah kepada mereka akan hidayat tersebut sebagai rahmatNya kepada mereka dengan terbukanya hati mereka memeluk Islam.

Dengan memahami segala perkara demikian, maka pada setiap kali kawan-kawan beragama Hindu termasuk individu yang mana saya jadikan rujukan untuk memahami teks-teks Hindu serta ritual amalan mereka dan yang saya jelaskan Islam kepada mereka, maka SMS dan email saya kepada mereka adalah berlegar-legar dalam lingkungan mendoakan supaya setiap amal dan perbuatan mereka yang ikhlas dan baik akan membawa mereka dekat kepada Allah. Berikut contoh antara SMS berupa doa kepada mereka yang biasa saya hantarkan semasa mereka merayakan Deepavali.

May all your good deeds in life brings you closer each day to Eternal Light.

SMS diatas merangkumi semua aspek yang sudah saya jelaskan di atas. Ia berupa doa mengharapkan agar semua perbuatan baik mereka akan membawa mereka lebih dekat kepada Allah dari hari ke hari. Oleh kerana Deepavali bagi mereka adalah sinonim dengan Cahaya, maka saya menggantikan Asma Allah tadi dengan satu lagi Asma Allah yang suci dan baik, iaitu An Nur. Allah ialah Cahaya bagi langit dan bumi. NamaNya yang suci ini, bila diterjemahkan di dalam bahasa Inggeris lebih dekat kepada pengertian the Light atau Eternal Light. Maka, SMS itu bagi mereka yang memahami objektifnya akan membawa maksud bahawa , ‘Semoga semua perbuatan baik saudara akan membawa saudara lebih dekat lagi kepada Allah.’

Mudah bukan... jika dalam kehidupan kita seharian dalam berhubungan dengan mereka-mereka yang menganut agama Hindu, tunjukkan contoh tauladan serta perlakuan yang baik sepertimana Rasulullah s.a.w. berhemah dikalangan komuniti orang-orang musyrik satu ketika dulu. Dia yang digelar al Amin oleh majoriti musyrikin Mekah, memudahkan Islam itu diterima kerana adab sopan baginda sehari-hari tidak terlawan oleh mana-mana individu dikalangan masyarakat tersebut. Jadi, jika anda tidak pernah mendoakan hidayat bagi mereka, ambil kesempatan ini dengan mendoakan hidayat buat mereka melalui ucapan-ucapan yang berlegar di dalam perbuatan yang diizinkan Allah. Islam itu tidak keras.. Islam itu juga tidak kaku. Yang menjadikannya Islam sentiasa dilihat kaku ialah sikap muslim itu sendiri.

Tetapi, dalam bergaul dengan mereka, janganlah sampai nanti kita 'melanggar sempadan' hanya kerana mahu mereka sentiasa mendampingi kita. Perkara-perkara seperti yang berlaku dan yang dilakukan oleh ahli-ahli politik lewat ini hendaklah dijauhi sama sekali. Muslim seharusnya bersatu tidak kira apa jua fahaman mereka. Di sini saya sentiasa menyeru semua muslim kembali bersatu. Jika kesemua parti politik muslim ingin kekal bercakaran sesama sendiri, apa yang boleh kita lakukan ialah turut mendoakan hidayat Allah diberikan bagi mereka. Tidak kira samada tua atau muda, berserban atau bersongkok, mereka seharusnya kembali ke jalan Allah, berpegang teguh kepada al Qur'an dan Sunnah yang sebenar dan bukan Islam yang ditafsirkan sesuka hati mereka. Semoga Allah menyatukan kita semua.. Ameen...

© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Antara Yakin & Percaya... di mana kedudukan kamu?

oleh : M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Jarang saya bercerita cerita peribadi di sini. Apa salahnya bercerita sedikit sebagai pemanas enjin sebelum posting-posting berat saya muatkan. Selalu sangat serius kalau, blog ni nampak macam blog orang mati pula kan... Jadi sedikit cerita kecil dari apa yang saya lalui semasa bergelar pelajar saya kongsikan di sini. Tiga belas tahun dahulu, saya ditempatkan di dalam Kolej Jati blok D Siswa bilik 4603 seksyen dua Shah Alam bersama dengan ‘gerombolan budak-budak Hell’s Engine’. Budak-budak gila lagi sakit mental. Skodeng awek kolej Jati blok E sudah menjadi kuliah maghrib tetap budak-budak ini. Tiga belas tahun dahulu, belum lagi wujud telefon bimbit sepertimana yang ada sekarang. Jika ada pun, telefon tersebut kalau ia mengalami kerosakan, beg bimbit yang mengandungi komponen elektronik telefon tersebut boleh ditukarkan fungsi menjadi beg pakaian jemaah haji. Lalu komunikasi dua hala antara blok siswa blok D dan siswi blok E hanya menggunakan tingkap sebagai bahasa isyarat. Sesiapa yang hidup pada ‘zaman batu’ itu tahu macam mana kaedah komukasi tersebut dilakukan. Yang lebih advance, mereka merampas gelombang radio stesen-stesen tertentu untuk memulakan stesen radio sendiri pada waktu-waktu tertentu untuk berkomunikasi dan menyebarkan fahaman underground kepada kelompok mereka. Waktu tersebut, tidak banyak stesen radio. ERA dan kebanyakan stesen radio swasta yang sekarang ini belum lagi wujud. Jadi untuk mengisi ruang, stesen radio haram dengan jarak capaian kurang lima puluh meter diwujudkan kumpulan ini. Semuanya dilakukan sekadar suka-suka dan tidak bertahan lama.

Zaman itu, semua assignment dibuat dengan menggunakan mesin taip. Komputer sudah ada tapi terlalu mahal untuk pelajar-pelajar yang tidak mendapat biasiswa termasuk saya. Tidak mendapat biasiswa bukan kerana berasal dari keluarga yang kaya. Keluarga saya merupakan keluarga golongan sederhana. Tetapi untuk menipu pendapatan bapa saya demi untuk mendapatkan biasiswa merupakan satu perkara yang tidak sanggup untuk saya lakukan. Biar susah sedikit asal semua garis takdir yang bakal bermula dari titik pengajian ini akan berakar kepada sumber yang halal. Seksanya membuat assignment dengan menggunakan mesin taip ialah apabila tersalah menaip ayat, perkataan atau fakta. Sekali tersalah, seluruh mukasurat tersebut perlu ditaip semula. Bising membuat assignment tak usah cakap. Bilik jadi bising macam tembakan AK 47 setiap malam ada assignment penting terutamanya hari-hari akhir mendekati deadline. Jadi untuk mengurangkan kebisingan situasi berperang di dalam bilik, lagu-lagu keras dipasang bagi meredakan tekanan serta menimbulkan Interference terhadap bunyi ‘tembakan AK 47’ tersebut. Buat apa belajar fizik kalau tak tahu nak praktiskan.

Susahnya jadi pelajar waktu itu, sampaikan terkadang ada satu tahap sebungkus mee segera terpaksa dipotong dua untuk makanan dua hari. Mee segera waktu itu umpama emas. Dalam waktu-waktu kronik, ia menjadi satu bahan komoditi yang boleh ditukar di dalam sistem barter bagi upah membuat assignment. Masih saya ingat satu ketika yang amat kronik ketika menyewa rumah di luar, bila bungkusan mee segera terakhir dalam rumah tersebut merupakan milik saya. Semua mata bertumpu seperti cannibal ke arah tempat simpanan rangsum saya. Oleh kerana waktu tersebut kertas perperiksaan terakhir hanya melibatkan saya dan dua orang sahabat yang lain, maka yang lainnya sudah pun pulang ke rumah keluarga masing-masing. Setelah berfikir jauh dan tidak mahu meninggalkan rumah tersebut dengan mayat dua orang sahabat yang mati kebuluran, maka saya berikan mee segera tadi kepada sahabat saya Pak Dee untuk memasaknya untuk dinikmati kami bertiga. Dia ke dapur, saya dan seorang lagi sahabat melepak di ruang tamu. Bosan dan tiada aktiviti yang boleh dibuat, sahabat saya ini meminta saya mencari chord lagu Flybaits, Kenangan Lalu dan Bunga Padang Pasir dari Sofea. Walaupun lagu pop, untuk melayan kawan-kawan saya carikan juga chord dan tab lagu tersebut. Lalu saya mengambil kasetnya dan mula mencari chord lagu tersebut. Hampir setengah jam, semua tab dapat saya siapkan dan saya mainkan lagu tersebut dengan gitar buruk puaka tinggalan rumah tersebut. Dia menyanyi saya petik gitar, (hah.. macam lagu Mas Idayu bunyinya). Kemudian Pak Dee turut masuk kaki. Lepas dua jam berhibur syok sendiri, baru saya teringat tentang mee segera tadi. Saya tanyakan kepada Pak Dee, tentang perkembangan semasa ‘santapan diraja tersebut’. Pak Dee tiba-tiba saja berubah wajah, macam ternampak hantu. Saya mula tak sedap hati bila nampak Pak Dee bertukar menjadi Usayn Bolt. Dia berlari pantas ke dapur. Bila saja Pak Dee masuk kembali ke ruang tamu membawa periuk dan ditunjukkan isikandungannya kepada saya dan Chain (sahabat saya tadi), maka hormon Incredible Hulk di dalam diri saya mula bergelojak. Chain terus terduduk bila terlihat mee segera tadi berjaya Pak Dee ubah genetiknya menjadi sebesar kelingking. Kuahnya hilang secara total tanpa dapat dikesan. Sekejap kecil sekejap besar saya nampak Pak Dee. Jika ada manusia yang saya rasa mahu ‘bunuh’ hari itu, tentulah Pak Dee berada di dalam senarai nombor satu hingga tiga. Saya beristighfar banyak kali. Chain kemudian mengambil mangkuk untuk membahagi mee segera yang urat-urat mee-nya sudah sebesar kelingking. Masuk saja mulut terus termuntah. Saya tidak pernah berasa marah dalam seumur hidup saya pada tahap marah Incredible Hulk selain dari hari itu. Tiket bas pulang hanya pada keesokan malam, duit di dalam poket hanya cukup untuk kos tambang pulang. Sebahagian dari cerita dalam Novel Syahadah itu bermula sehari selepas kejadian Pak Dee membuatkan saya dan Chain kebuluran selama hampir dua hari. Dua hari saya makan kacang kelisa (kacang botol) yang tumbuh belakang rumah dengan telur goreng disebabkan Pak Dee dan 'eksperimennya'. Jika kambing boleh berdiri dan memberikan tabik hormat, tentu kepada saya dan sahabat-sahabat yang memakan diet kacang kelisa = telur goreng selama dua hari, pasti ia akan tabik dengan ke empat-empat kakinya. Itu cerita semasa saya dan sahabat-sahabat menyewa di Seksyen 7, Jalan Ferum 4. Tempat itu baru dibuka dan antara penghuni awal di sana ialah budak-budak dari batch saya dan lain-lain. Satu-satunya restoran yang ada untuk makan pada ketika itu hanya Restoran Khalifa.

Sebelum diarahkan menyewa di luar, kolej Jati Siswa menjadi tempat tinggal kami. Oleh kerana antara syarat menetap di kolej kediaman tersebut ialah dengan memastikan kehadiran kuliah subuh hendaklah melebihi 80% dari kuliah yang diadakan, maka saya dan ‘gerombolan tersebut’ ‘ditendang keluar’ sebaik sahaja memasuki semester ketiga di Shah Alam. Memaksa budak-budak remaja mendengar kuliah dari ustaz dengan nada monotonous setiap pagi Sabtu merupakan suatu perkara yang meresahkan jiwa. Topik yang tidak menarik ditambah dengan jarangnya topik yang dekat dengan anak remaja membuatkan subuh saya kerap disambung dengan tidur selepas selesai berdoa. Tidak hadir kuliah subuh tidak bermakna tidak bersolat subuh. Solat lima waktu tetap dijaga, cuma kualitinya mungkin boleh dipersoalkan. Hidup seperti Batman, berjaga malam dan tidur siang menjadi rutin, maka tak hairanlah kalau solat subuh kadang-kadang dilakukan dalam keadaan terlalu mengantuk. Baru sahaja angkat takbir, sedar-sedar sudah bagi salam. Sembahyang macam mayat hidup tanpa jiwa dan pergerakan badan di kawal oleh otak yang bergerak pada mode auto-pilot, tanpa khusyuk dan tumpuan kepada Allah.

Saya hidup dikalangan budak-budak nakal tetapi aktif mengambil tahu perkembangan semasa. Tidak seperti majoriti budak-budak nakal sekarang ini yang serba tak tahu. Budak-budak underground dahulu yang saya kenal, tidak pernah pada pengetahuan saya mereka meninggalkan solat. Peliknya dengan segelintir budak-budak underground sekarang, ada sehingga menyembah syaitan kerana ikut-ikutan. Sedangkan mereka tidak tahu apa si Anton la Vey, pemimpin gereja syaitan itu perjuangkan. Mereka tidak tahu bahawa si Anton La Vey itu memulakan gereja syaitannya setelah muak melihat sikap berpura-pura umat Kristian yang berpura-pura baik dan beragama pada setiap pagi Ahad tetapi menjadi hamba nafsu pada setiap malam minggu di sarkas tempat kerjanya. Sembilan Rukun yang digariskannya semuanya merupakan satu penolakan kepada hipokrasi gereja tetapi dengan memilih jalan yang salah iaitu mengikut jalan syaitan yang pada mereka bersikap lebih realis.

Saya membaca Kitab yang ditulis La Vey satu ketika dulu untuk mengambil tahu dan dibuat penilaian, tetapi tidak pula saya terpesong kerana kitab tersebut hanya merupakan khayal kosong Anton la Vey kerana muaknya dia dengan kepura-puraan masyarakat Kristian disekelilingnya. Ianya lebih buruk dari cerita-cerita dongeng kerana dongengan yang diwujudkan La Vey mahu mereka jadikan doktrin tanpa asas dan tujuan khusus. Mereka ini yang dilahirkan sebagai muslim kini seolah-olah terlalu bodoh dan tidak dapat berfikir. Mereka percayakan kepada kewujudan syaitan tetapi menolak Wujudnya Allah. Bila bersoal jawab dengan mereka kenapa percayakan syaitan tetapi tidak Allah, mereka tidak tahu menjawab. Bila saya ajukan pertanyaan dari mana kamu tahu mengenai kewujudan syaitan, tidak dapat mereka jawab. Bila saya terangkan kepada mereka bahawa syaitan itu hanya dikenali dan tahu kewujudannya melalui teks-teks agama, mereka mula membuat muka hairan. Bila saya katakan jika kamu percayakan kewujudan syaitan, ia bermakna kamu percayakan kewujudan Allah. Ini kerana melalui kitab-kitab Allah lah kita tahu wujudnya sejenis makhluk bernama Jin yang diciptakan Allah di mana sebahagian besar dari mereka digelarkan Allah sebagai syaitan kerana kufur terhadap Allah.

Ketika saya masih berkawan dengan budak-budak underground dulu, tidaklah terdengar berita ada individu-individu yang terjebak kepada perlakuan syirik dan sebagainya. Ya.. mungkin ada segelintir yang terlalu terikut-ikut, tetapi yang lainnya masih waras bertauhidkan Allah yang satu. Sehingga kini, masih ada sahabat-sahabat baik saya yang masih aktif di dalam dunia tersebut, malah ada yang setelah berjaya di dalam perniagaan kembali membantu sahabat-sahabat dalam dunia tersebut menerbitkan album dengan material yang dikawal sepenuhnya supaya tidak terpesong dari landasan agama.

Kalau ada budak-budak underground yang membaca posting ini, ingatlah bahawa hanya orang bodoh tidak mengenal Allah. Tidak mengenal Allah adalah satu bentuk kebodohan yang menghinakan akal seseorang manusia. Perhatikan kepada mana-mana doktor dan saintis yang menganut pelbagai agama lain selain Islam. Mereka mendakwa diri mereka cerdik pandai, tetapi setiap hari dalam kehidupan mereka mereka menyerah nasib serta meminta bantuan serta doa mereka kepada batu-batuan yang diukir sendiri oleh tangan-tangan manusia. Patung-patung yang tidak dapat menyelamat dirinya sendiri, hatta untuk menghalau seekor lalat yang hinggap pada wajahnya diserahkan untung nasib oleh manusia-manusia yang menganggap diri mereka pandai tadi untuk ditentukan oleh patung-petung tersebut. Bukankah ini satu penghinaan terhadap keupayaan dan daya akal manusia. Tidak mengenal Allah itu adalah ultimatum kebodohan! Jika anda di dalam dunia itu dan lumpur kotorannya terpalit kepada minda dan gaya berfikir anda, segeralah bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Banyak pengalaman yang boleh dikategorikan sebagai mistik menimpa kawan-kawan saya berkenaan perkara ini sehingga mereka menjauhi diri dari dunia tersebut kerana mereka sedar langkah mereka di sana sudah agak jauh. Terkadang itu lebih baik tidak diceritakan daripada diceritakan kerana saya tidak suka akan cerita-cerita mengarut dijadikan hujah untuk dibuat sandaran bagi menentukan hala tuju kehidupan.

13 tahun dahulu, sebelum diarahkan menyewa diluar, saya memenuhi waktu lapang saya dengan bermain gitar dan jamming dengan kawan-kawan. Seksyen 7 Shah Alam belum lagi dibangunkan waktu tersebut. Malam minggu, kalau ada lebih duit sedikit, jamming studio di seksyen dua jadi satu kemestian. Sekurang-kurangnya dengan bermain muzik ini, menjauhkan saya daripada banyak aktiviti yang lebih merbahaya dari H1N1. Semua lirik lagu yang ditakrifkan kami sebagai memesongkan akan diubah dengan lirik sendiri. Jadi dengan aktiviti syok sendiri ini, Allah menjauhkan kami dari pelbagai lagi perkara buruk dalam aktiviti hidup ‘lelaki-lelaki bujang’.

Bilik saya yang sebelum ini sering menjadi port aktiviti-aktiviti kurang siuman, ditakdirkan Allah bakal berubah pada suatu ketika semasa saya di dalam semester ketiga. Suatu hari, ditakdirkan Allah, ditempatkan seorang lelaki dari jemaah Tabligh untuk menjadi penghuni tetap di dalam bilik saya Jati D-4603, bilik tengah yang menghadap kolej Jati Siswi blok E. Jika sebelum ini bilik saya menjadi port segala macam aktiviti dari aktiviti ‘astronomi’ hingga ke ‘kasino tanpa pertaruhan’, kemasukan hamba Allah ini membersihkan bilik saya dari segala macam teropong, daun terup, jenis-jenis bahan-bahan hisapan dan segala macam perkara yang boleh disebut dan malu untuk saya sebut. Saya tidak merokok (sehingga kini) tetapi bilik saya sentiasa berjerebu dengan asap hembusan pengunjung yang tidak putus bermula maghrib sampai ke subuh.

Pada awalnya saya tinggal seorang diri di dalam bilik yang sepatutnya dihuni dua orang. Bagai dilanggar garuda, bila sahaja lelaki ini ditempatkan di bilik saya, semua pemastautin, setinggan tetap di situ hilang tanpa khabar berita. Semua kelihatan seperti takut melepak di bilik saya seperti biasa. Hebat betul aura mamat ni.

Bermula dengan kemasukan mamat ini, maka bilik saya mula dikunjungi oleh sahabat-sahabatnya pula. Ta’alim satu kemestian. Mana saya nak lari? Saya betul-betul terperangkap dalam sinaran, macam lagu Hanafie Warren, tetapi di dalam sinaran yang berbeza. Remaja seperti saya dan sahabat-sahabat saya tidak takut akan apa jua pun. Aktiviti lasak, gaduh, bertumbuk dan sebagainya bukanlah menjadi satu ketakutan yang akan dihindari, tetapi apabila ternampak sahaja kelibat jemaah tabligh sedang bergerak dari bilik ke bilik, maka dengan tidak semena-mena kesemua yang ‘berani’ tadi bertempiaran lari. Betullah kata ulama’, syaitan itu takut akan orang-orang beriman. Hanya manusia-manusia yang ditautkan hatinya kepada syaitan yang bergantungan sahaja yang akan lari bertempiaran bila ternampak orang-orang beriman datang.

Maka kumpulan-kumpulan Tabligh ini merupakan kegerunan kepada banyak pihak. Kalau tak percaya, pergi ikut mereka berdakwah dari rumah ke rumah. 70% dari rumah-rumah yang dikunjungi pasti akan kehilangan penghuni secara tiba-tiba biarpun set televisyen di rumah masih terpasang dan buaian masih berayun di luar rumah. Malah satu insiden suatu ketika di mana sahabat saya, Chef Pak Dee yang diceritakan tadi, mengalami demam panas sehingga tidak boleh bangun. Dia merupakan batch terakhir yang terkena demam tersebut di dalam rumah sewa itu. Saya yang baru sembuh keluar membeli bubur nasi kepadanya. Teruk demamnya sehingga menyuap makanan pun tidak bermaya. Petang itu, selepas pulang dari membeli makanan kepadanya, saya bermain gitar disebelah dia yang sakit bagai menunggu Izrail datang memanggil. Tiba-tiba, sahabat-sahabat saya yang lain yang bermain sepak raga di luar, berlari bagai orang tak cukup tanah meluru masuk ke dalam rumah dan terus ke tingkat atas. Saya yang terkejut bertanyakan mereka apa yang berlaku? Sett, pelari di kedudukan kedua akhir hanya menjerit, “Tabligh! Tabligh! Selamatkan diri!!!”.

Baru saja melemparkan gitar ke tilam yang dihamparkan, terdengar beberapa pemuda dari jemaah tersebut memberi salam. Mereka sudah di depan pintu, dan saya yang baru hendak membuka langkah seribu memberhentikan langkah tersebut serta merta bila menyedari mereka sudah ternampak saya. Saya menoleh ke belakang untuk melihat samada Pak Dee masih di situ atau tidak. Saya terkejut melihat Pak Dee yang tadi tidak mampu hatta untuk menyuap bubur nasi ke dalam mulutnya hilang entah ke mana. Wah.. sepantas Gaban menukar pakaian Pak Dee boleh hilang. Sampai begitu sekali sikap setia kawan sahabat-sahabat saya. Saya membuat satu teori kehilangan Pak Dee dengan menganggap dia diangkat oleh kawan-kawan saya yang lain ke atas. Selesai sesi dengan jemaah tabligh di bawah dan jemaah tersebut meneruskan pergerakan mereka ke rumah-rumah yang lain, satu persatu sahabat-sahabat saya ini turun bersalam sambil mencium tangan dan memeluk saya. Kata mereka, mahu mengambil berkat ahli syurga. Tak guna punya kawan-kawan. Saya ternampak Pak Dee turut turun sambil tersengih, lalu saya bertanyakan kepadanya siapa yang mengusungnya naik ke atas. ‘Aku terkejut tabligh mai, lepas tu aku terus lari naik atas..’ itu jawapan Pak Dee dalam loghat utara. Hebat bukan penangan jemaah tabligh ini. Yang demam dan tak boleh bangun pun boleh jadi sembuh kerana terkejut dengan kehadiran mereka. Saya tahu di luar sana perkara yang serupa juga turut berlaku. Buat apa hendak larikan diri dari mereka sedangkan mereka membawa urusan yang baik untuk kita. Jika dulu, semasa remaja, memang betul setiap kali mereka datang saya akan lari. Tetapi tidak kini kerana saya memahami apa yang yang cuba mereka buat dan tidak semua pemuda mempunyai keazaman mahu melihat manusia-manusia lain beriman kepada Allah berkumpul dan meninggalkan urusan masing-masing untuk waktu-waktu tertentu demi mengajak manusia lain kembali kepada Allah. Walaupun bukan salah seorang dari mereka, saya merupakan antara produk yang diasah kerap oleh mereka.

Berbalik kepada cerita di bilik saya di Kolej Jati siswa tadi. Bermula dari kemasukan salah seorang jemaah tabligh ke dalam bilik itu, saya mula terlibat dengan argumentasi berpanjangan dengan jemaah tabligh ini. Saya merupakan orang yang sangat susah untuk mempercayai sesuatu tanpa usul periksa terlebih dahulu. Saya mempunyai sedikit asas perbandingan agama kerana telah didedahkan dengan perkara ini semenjak di sekolah rendah. Saya sudah mula mengenali cara kritikan teks-teks agama lama sebelum itu. Tetapi saya tidak pernah serius di dalam usaha tersebut. Apabila kitab Fadhael Amal sering digunakan di dalam Ta’alim, saya mula mempertikaikan kesahihan segelintir hadis di dalamnya kerana ia terlalu berbunyi Israeliyyat dan malah kadang-kadang di luar lojik akal. Ini kerana saya biasa mendengar dan membacanya di dalam buku-buku sejarah bangsa Yahudi dan kritikan-kritikan teks Kristian dan kitab-kitab hadis sahih.

Tetapi saya bukan ahli di dalam bidang tersebut untuk menolak seratus peratus. Lalu saya mengambil apa yang baik dan mendiamkan apa yang saya musykilkan atas kebaikan bersama. Tetapi satu perkara yang saya belajar dari mereka ini ialah, mereka tidak pernah malu dan kedekut untuk menginfaq diri dan kehidupan mereka untuk Allah.

Di dalam kumpulan yang sentiasa hadir dalam aktiviti Ta’alim di dalam bilik saya, terdapat beberapa lelaki yang sifat dan kelakuan mereka sedikit lembut jika dibandingkan dengan yang lain. Lembut bukan bererti mereka tidak jantan. Jantan mereka melebihi saya dalam memberanikan diri berdakwah kepada orang lain. Kelembutan sifat mereka di dalam kejantanan yang masih dijaga, memberikan mereka kelebihan di dalam ketegaran mereka dalam mencapai misi dan objektif dakwah. Mereka petah berbicara dan bicara mereka sentiasa penuh dengan semangat.

Jika anda biasa ketemu dengan kumpulan tabligh, pasti ajakan ke masjid menjadi antara agenda utama. Saya yang pada waktu itu kini tinggal di dalam satu bilik dengan salah seorang daripada mereka, mencipta hampir 180 alasan, satu alasan untuk setiap hari dalam semester itu untuk mengelak daripada mengikutnya keluar dan menginfaqkan masa di jalan Allah di masjid-masjid berdekatan.

Sebelum cuti semester, beberapa orang dari jemaah ini mengajak saya dan drummer band saya, Adybogart, untuk keluar di jalan Allah sekurang-kurangnya tiga hari di masjid sekitar Shah Alam. Diberitahukan mereka, bahawa selepas sembahyang Jumaaat pada hari exam terakhir saya, mereka akan datang menjemput saya dan Adybogat untuk keluar di jalan Allah. Mengetahui semua itu, saya dan drummer saya membuat plan ABC (Angkut Barang dan Cabut!). Selepas solat Jumaat di Pusat Islam UiTM, saya bergegas pulang dengan sahabat saya untuk melaksanakan plan ABC tadi. Saya yang sedikit lembab dalam mengemas barang, telah ditinggalkan drummer saya di tingkat empat sambil dia menunggu di bawah. Oleh kerana telefon bimbit belum ada, kelibat jemaah tabligh yang mahu menjemput saya dan drummer saya tadi, hanya disedari kehadiran mereka oleh drummer saya tanpa boleh dia memberikan amaran kepada saya. Drummer saya mengambil langkah drastik untuk terus ke plan C.. ya.. terus cabut dan tinggal beg di bawah untuk diambil kemudian nanti. Plan ABC saya sudah bertukar menjadi ABC Dead, sama macam nama kumpulan ABC Dead dianggotai brader Kuman dulu.

Saya sudah terkepung dan tidak boleh lari ke mana. Mereka menunggu di bawah bersebelahan Dewan Makan menghadap Blok D. Mahu tak mahu saya terpaksa turun juga dan berjumpa dengan mereka. Saya cuba memberikan pelbagai alasan kepada mereka. Mereka tidak memaksa saya, tetapi saya berasa malu untuk menolak ajakan mereka tanpa alasan kukuh.

Tetapi semua alasan yang diada-adakan itu dipatahkan oleh sahabat kepada room-mate saya dengan satu soalan yang sehingga kini menghantui saya. Lelaki dari jemaah tabligh yang berpewatakan sedikit lemah lembut itu membisukan saya secara total dengan soalannya kembali. Suaranya lembut tetapi dalam nada yang tegas dan serius dia bertanyakan saya soalan berikut:

“Nizam.. antara percaya dan yakin Nizam kepada Allah, kedudukan Nizam di mana?”

Dunia seakan-akan sebuah babak di dalam filem Vanilla Sky di mana bandar New York tiba-tiba sunyi sepi tanpa penghuni kecuali Tom Cruise tergamam ditengah-tengahnya. Itulah yang saya rasakan.. Owh.. bukan merasakan diri seperti Tom Cruise, jauh panggang dari api, tapi merasakan dunia sunyi seperti di dalam babak tersebut. Apa yang dimaksudkan lelaki tersebut? Percaya dan yakin.. apa bezanya?

“Kedua-keduanya, saya percaya dan yakin kepada Allah,” itu jawapan saya dengan harapan boleh mengelakkan diri dari diangkut ‘keluar ke jalan Allah’.

“Jika yakin, ia bermakna Nizam turut percaya kepada Allah. Tetapi jika percaya, tidaklah bererti Nizam sangat yakin kepada Allah.” Wah.. semakin keliru saya dibuatnya. Saya yang keliru meminta penjelasan.

Saya tidak ingat namanya, tetapi yang saya ingat dia menjelaskan kepada saya pada ketika itu bahawa percaya kepada kewujudan Tuhan itu hanyalah satu fitrah yang ditanamkan Allah ke dalam setiap jiwa manusia dan makhluk berakal. Fitrah semulajadi manusia itu ialah menginginkan kepada agama. Tiada siapa pun boleh nafikan perkara ini. Semua orang mencari Tuhan. Cuma bezanya seorang Muslim dengan manusia yang memeluk agama lain ialah, mereka sudah pun kembali kepada jalan fitrah Allah. Bahawa kepercayaan mereka bahawa Tuhan itu ada sudah pun membawa mereka kepada perakuan Syahadah yang mengiktirafkan tiada Tuhan selain Allah. Tetapi percaya kepada Allah itu tidak sama dengan yakin kepada Allah. Saya yang masih keliru dengan apa yang dinyatakannya memintanya memberikan penjelasan.

“Pernah menonton silap mata?” apalah punya gila soalan tak ada kena mengena macam ni diajukan pula kepada saya. Lalu saya anggukkan saja. Waktu itu belum ada siri-siri street magician seperti David Blaine dan sebagainya. Satu-satunya figura yang diperkatakan hebat dalam bidang silap mata ini ialah David Copperfield. Maka dialah yang menjadi objek imaginasi saya.

“Pernah tengok pertunjukan di mana ahli silap mata itu mengarahkan salah seorang pembantunya berdiri berhampiran dinding, lalu diletakkan sebiji epal di atas kepala pembantunya untuk dipanahnya dengan sebuah crossbow?” tanya lelaki berpewatakan lembut itu lagi. Saya masih mengangguk tidak faham ke mana cerita ini akan dibawakan untuk bertemu kaitannya dengan persoalan antara yakin dan percaya.

“Bayangkan Nizam merupakan penonton pertunjukan tersebut dan duduk di tempat paling hadapan dan menghadap kepada ahli silap mata tersebut, lalu dia bertanyakan kepada semua penonton ‘Siapa di antara kamu yang percaya saya akan dapat memanah buah epal tersebut dengan tepat dan memberi keselamatan kepada pembantu saya ini, sila angkat tangan?’, hanya seorang dua sahaja kelihatan mengangkat tangan tetapi yang lain hanya mendiamkan diri. Nizam bagaimana? Hendak angkat tangan atau tidak?” tanya lelaki Tabligh itu lagi.

“Hanya setelah dia menunjukkan contoh kebolehannya dengan memanah sekali, barulah saya percaya dan angkat tangan..” itu jawapan saya.

“Ok... setelah bertanyakan kepada penonton tadi, ahli silap mata tadi pun terus memanah buah epal tersebut dan tepat mengenai buah epal di atas kepala pembantunya tanpa mencederakan pembantunya, semua penonton bertepuk dan bersorak kagum dengan kebolehan ahli silap mata itu. Kemudian dia kembali menghadap penonton dan bertanyakan soalan lagi ‘Apakah kalian kini percaya?’. Semuanya secara serentak menjawab ‘Ya!’. Lalu dia bertanyakan lagi, “Kini.... siapa di antara kalian yang yakin dengan kebolehan saya memanah dengan tepat dan memastikan keselamatan pembantu saya terjamin, sila angkat tangan..” Hampir keseluruhan dewan tersebut mengangkat tangan mendabik dada menunjukkan mereka benar-benar yakin kepada kebolehan ahli silap mata terbabit. Kemudian dia berkata, ‘Saya tidak yakin kamu benar-benar yakin dengan saya, kamu semua hanya percayakan janji saya itu, tetapi kamu tidak yakin akan janji saya,kamu semua sebenarnya hipokrit!’ Para hadirin mula kebingungan. Melihatkan penonton berkeadaan seperti mula tidak puas hati dengan tuduhan hipokrit itu tadi, maka ahli silap mata itu pun bertanyakan kepada semua penontonnya lagi, “Jika kamu semua benar-benar yakin dengan saya, siapa di antara kamu yang benar-benar yakin untuk mengambilalih tempat pembantu saya ini dan meletakkan epal dikepalanya untuk saya panahi.. sila angkat tangan?” Terdiam semua hadirin. Tiada siapa pun berani mengangkat tangan. Semua terdiam kaku. Lalu ahli silap mata itu berkata, ‘Bukankah saya sudah cakapkan, bahawa kamu semua cuma percaya akan kemampuan, kebolehan dan janji saya, tetapi tidak seorang pun dari kamu kecuali pembantu saya ini yang benar-benar yakin dengan saya..’. Jadi Nizam, di antara percaya dan yakin akan janji Allah, bahawa debu-debu yang melekat pada tubuh-tubuh muslim yang keluar mengajak yang ma’ruf di jalan Allah, akan mengelakkan bahagian itu dari menjadi jilatan api neraka, di mana kedudukan Nizam...?”

Sedar-sedar tujuh hari saya tidur di masjid sekitar Shah Alam mengikut mereka bertabligh dari rumah ke rumah. Muka yang pada mulanya terasa tebal itu dipandang sinis sepanjang berjalan dengan mereka dilupakan kerana mahu kemampuan diri menghampiri kedudukan orang-orang yang benar-benar yakin kepada janji-janji Allah... Itu sedikit cerita kecil saya satu ketika dahulu.. Bagaimana pula dengan keadaan kita di dalam setiap pekerjaan kita hari ini. Apakah kita yakin atau hanya sekadar percaya bahawa setiap yang baik itu ada balasannya di sisi Allah di akhirat nanti? Muhasabah kembali setiap amal perbuatan kita.. apakah benar kita yakin atau hanya sekadar percaya..? Tahap yakin pemuda tabligh yang lemah lembut itu, sehinggakan setiap pekerjaannya ditinggalkan biarpun kerja itu hampir selesai 15 minit sebelum panggilan azan. Setiap perkara yang mahu dilakukannya diletakkan kehendak Allah mengatasi kehendak naluri dirinya sendiri, yang was-was ditinggalkan secara total biar pun bisikan hati sentiasa merenggut jiwanya melakukan yang lain. Keuntungan dunia diletakkan pada prioriti sekunder tetapi tidak dijauhi. Saya masih cuba keras berusaha ke arah itu.. terkadang gagal terkadang hanya sekadar menghampiri.. Semoga Allah meletakkan kita di dalam kategori hamba-hamba Allah yang benar-benar yakin dengan janji Allah.. kalau ada kesempatan saya sambung kisah-kisah sebegini di masa akan datang. Wallahua’lam..

© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Monday, October 12, 2009

Empangan Hijau & Cybersquatting

Bismillahir Rahmanir Raheem.. sebaik memuatkan satu update ucapan Selamat Hari Raya di blog ini, saya dikejutkan dengan satu lagi tindakan kurang berhemah dari kumpulan yang memperjuangkan ‘kebenaran’ agenda kumpulan mereka. Ini bukan kali pertama saya saya melalui perkara ini. Kali pertama dulu apabila akaun youtube yang digunakan saya ‘dihijack’ (apakah tiada perkataan di dalam Bahasa Melayu yang boleh menggambarkan perkataan ‘hijack’ dalam konteks ini? Kerana ‘dirampas’ kelihatan tidak menepati maksud ayat yang saya mahukan.. ada sesiapa boleh tolong?) oleh individu atau kumpulan dengan agenda dan motif yang serupa.

Saya berasa sangat hairan dan sangat keliru malah terkadang terperasan, kenapa blog ini yang menjadi sasaran. Kenapa mesti takut dengan blog yang seperti biskut ini? Hairan betul.. kenapa mesti takut dengan blog yang tidak ramai pengunjung seperti ini? Atau apakah mereka merasakan tahu apa yang saya tahu lalu tindakan seperti ini dilakukan mereka? Atau apakah mereka merasakan saya tahu sedangkan sebenarnya saya tidak tahu sehingga membuat mereka bertindak sedemikian? Pelik bukan..? janganlah buatkan saya perasan seolah-olah blog saya ini terlalu hebat.. Ini hanya blog kecil.

Saya berasa pelik dengan taktik murahan pendakwah mereka ini. Tidak dapat membalas dengan cara yang berhemah, dimaki hamun dan dicarut akan Islam di dalam apa jua perkara yang dicapai oleh mereka. Jika provokasi sedemikian tidak menjadi, maka satu lagi tingkat usaha digunakan iaitu mendiamkan sahaja setiap ancaman kepada gerakan dakwah mereka.

Lalu apabila salah seorang pengunjung memuatkan komentar di dalam ruang komen bagi update ‘Selamat Hari Raya’ terbabit dengan menyuruh saya memeriksa pautan pada alamat http:\\satuhala.blogpsot.com, apa yang saya temukan di sana ialah pautan tersebut tidak membawa pengunjung menuju ke blog ini, tetapi ke sebuah laman web yang mengkhutbah tentang ‘kebenaran’ doktrin anutan kumpulan ini. Pelik bukan?

Lalu apabila pautan yang seakan alamat ke blog ini dihanyutkan ke arah lain, maka mula berlegar teori di dalam minda saya berkemungkinan blog ini sudah tersenarai di dalam Projek Empangan Hijau kumpulan mereka. Wow.. lebih hebat mereka dari Kerajaan Komunis China. Bila Kerajaan China baru berura-ura untuk mempertingkatkan sistem penapisan internet bagi menyekat bahan pornografi dengan projek Empangan Hijau (Green Dam Project) mereka, kumpulan ini terlebih dahulu menyekat, mengelirukan trafik dan cuba membisukan mana-mana pihak yang boleh merosakkan agenda mereka di mana-mana. Main kasar nampak?!!! Itu getus hati saya bila saya cuba memahami apa yang berlaku.

Saya percaya blog ini bukanlah mangsa yang pertama. Lalu saya menghubungi sahabat saya saudara Rizal untuk memahami apa yang berlaku. Pada awalnya dirasakan blog ini terkena DNS poisoning. Tetapi mata sahabat saya lebih tajam, dia perasankan perbezaan antara perkataan blogSPot dan blogPSot. Jadi ini bukanlah kes DNS poisoning. Tetapi lebih kepada kes cybersquatting. Lalu saya mengambil langkah mencari siapa tuan punya alamat domain yang menggunakan BLOGPSOT.com. Hasilnya apa yang saya temui adalah seperti di bawah. Bahawa pemilik domain tersebut juga merupakan pemilik alamat AZT.com dan juga 1395 alamat domain yang lain. 1395 alamat domain bukanlah sedikit.

Semua 1395 daftar domain yang didaftarmilikkan olehnya memerlukan kos yang tinggi untuk diselenggarakan. Jika satu domain berharga USD 15.00 (lebih kurang RM 50), ini bermakna pihaknya menghabiskan sebanyak USD 20,925.00 (lebih kurang RM 71, 000) setahun hanya untuk memastikan semua domain ini berada di dalam kawalan mereka. Jumlah itu bukan sedikit untuk seorang individu menyumbangkannya. Jadi dia tidak berseorangan. Dia beralamat di St. Petersburg, Florida, Amerika Syarikat. Berikut perincian yang saya perolehi :

Registrant:
Doug Powell (DME) use this one
PO Box 10142
St Petersburg, FL 33733
US

Registrar: DOTREGISTRAR
Domain Name: AZT.COM
Created on: 05-OCT-01
Expires on: 05-OCT-13
Last Updated on: 18-JUN-09

Administrative, Technical Contact:
Powell (DME) use this one, Doug http://domains.whois.com/domain.php?action=show_email&email=whois_email_1_1255433881
PO Box 10142
St Petersburg, FL 33733
US
+1.7275428374

Domain servers in listed order:
NS.CHRISTIANWEBHOST.COM
NS2.CHRISTIANWEBHOST.COM

Carian saya kepada pemilik BLOGPSOT.com juga menuju kepada pemilik yang sama, Doug Powell. Berikut perinciannya:

% whois blogpsot.com

Whois Server Version 1.3

Domain names in the .com and .net domains can now be registered
with many different competing registrars. Go to http://www.internic.net
for detailed information.

Domain Name: BLOGPSOT.COM
Registrar: IHOLDINGS.COM, INC. D/B/A DOTREGISTRAR.COM
Whois Server: whois.dotregistrar.com
Referral URL: http://www.dotregistrar.com
Name Server: NS1.EBIBLEONLINE.COM
Name Server: NS5.DNSMADEEASY.COM
Name Server: NS6.DNSMADEEASY.COM
Name Server: NS7.DNSMADEEASY.COM
Status: REGISTRAR-LOCK
Updated Date: 09-aug-2005
Creation Date: 27-oct-2002
Expiration Date: 27-oct-2006


>>> Last update of whois database: Tue, 6 Dec 2005 03:14:22 EST <<<>

Registrant:
Doug Powell (DME) use this one (BLOGPSOT-COM-DOM)
PO Box 10142
St Petersburg, FL 33733
US
+1.7278213151
amazingbible@verizon.net

Domain Name: BLOGPSOT.COM
Status: PROTECTED

Administrative Contact:
Doug Powell (DME) use this one amazingbible@verizon.net
PO Box 10142
St Petersburg, FL 33733
US
+1.7278213151

Technical Contact, Zone Contact:
Doug Powell (DME) use this one amazingbible@verizon.net
PO Box 10142
St Petersburg, FL 33733
US
+1.7278213151

Record last updated on 26-Sep-2005.
Record expires on 27-Oct-2006.
Record created on 27-Oct-2002.

Domain servers in listed order:

Name Server: ns1.ebibleonline.com
Name Server: ns5.dnsmadeeasy.com
Name Server: ns6.dnsmadeeasy.com

Wow.. hebat taktik mereka. Inilah yang dinamakan berfikir di luar kotak. Mereka tahu kelemahan manusia di mana typing error akan sering berlaku. Adalah biasa untuk tersilap taip alamat sesuatu laman atau blog. Terkadang di dalam kepantasan kita menaip, sebagai contoh perkataan blogspot pada mana-mana alamat, adakalanya kita akan melakukan kesilapan dengan menaip perkataan itu menjadi blogpsot atau terkadangnya blogpot. Maka kumpulan Kristian yang tidak berhemah dan berdakwah dengan cara menipu ini, menggunakan kesempatan di atas kelemahan manusia untuk menyebarkan dakwah agama mereka. Apakah cara ini direstui Jesus wahai orang-orang Kristian? Menyedari perkara ini, saya cuba pula menaip perkataan BLOGPOT untuk menyiasat. Tidaklah terkejut kerana perkara yang serupa juga berlaku, dan pemilik BLOGPOT.com tidak lain dan tidak bukan ialah Doug Powell pendakwah Kristian yang sama dari Florida.

Dengan ini saya meyakini bahawa setiap individu yang menggunakan BLOGSPOT sebagai wadah penyampaian mereka, akan ada kemungkinan beberapa peratusan kecil daripada pengunjung yang tersilap taip alamat mereka dengan menaip BLOGPSOT atau BLOGPOT.com, akan mengakhiri pencarian mereka di dalam AZT.com yang sama dan dikhutbahkan akan kebenaran Kristian kepada mereka. Kalau tak percaya, cubalah sendiri jika anda merupakan blogger yang menggunakan blogspot. Cuba taipkan alamat laman blog anda dan pastikan perkataan blogspot digantikan dengan blogpsot atau blogpot. Perhatikan ke mana trafik yang innoncent dari blog anda akan di bawa pergi. Berkemungkinan, anda tidak dimangsai pendakwah-pendakwah Kristian sepertimana Doug Powell lakukan kepada blog ini, tetapi kemungkinannya masih ada jika blog anda turut mengalami apa yang blog satuhala ini lalui. Jadi jangan terkejut. Begitulah mereka. Itulah cara mereka berdakwah. Pemerhatian saya ke atas posting-posting di internet berkenaan penipuan Cybersquatting oleh Doug Powell ini menemukan saya dengan dua blog yang sedar mereka menjadi menjadi mangsanya. Yang pertama milik seorang perempuan Atheist dan yang kedua milik seorang pakar bedah/saintis yang boleh dikategorikan dalan kumpulan Skeptic. Jika benar tidak semua salah taip perkataan blogpsot akan membawa pengunjung yang malang ke AZT.com (laman Kristian tersebut), maka adalah jelas pattern yang digunakan oleh cybersquatter ini hanya mensasarkan blog-blog yang dikira memberi ancaman kepada gerakan dakwah yang diusahakannya. Laman Atheist, laman Skeptik dan laman yang mengkritik doktrin yang mahu didakwahkannya akan dimangsainya.

Suka saya memetik komen salah seorang mangsa cybersquatter ini. Berikut komennya terhadap perbuatan Powell.

It takes some serious--shall we say?--creativity (not to mention balls) to use a tactic usually associated with porn sites, sites selling "Viagra without a prescription," and various other Internet scammers, namely the tactic of registering a domain using a common mispelling of a famous high traffic domain and using that to direct traffic to your own site. It takes even more "imagination" to harness such a tactic in the service of the Lord. And, if you're going to deceive surfers to bring them to God, why not go all the way and pick one of the highest traffic domains there is, Blogspot? Given the millions of Blogspot blogs out there, if only 0.1% of surfers mistype the "blogspot" part of the domain when looking for their favorite blogs, that's probably thousands of additional souls exposed to Jesus and warned about Armaggedon every day! Now that's thinking big--or should I say "scamming big"?--for the Lord! (On the other hand, maybe it's not working so well, as I could only find few bloggers who have posted about this chicanery before me.) {Ia memerlukan (bolehkan kita mengelarkannya?) kreativiti serius (termasuk keberanian) untuk menggunakan taktiktyang biasa digunakan oleh laman-laman web lucah, laman-laman yang biasa menjual “Viagra tanpa prekripsi,” dan pelbagai lama penipuan dalam Internet, terutamanya dengan menggunakan taktik mendaftarkan domain menggunakan salah ejaan dari mana-mana domain laman web yang terkenal dan mempunyai ramai pengunjung dan menggunakannya untuk mengarahkan trafik bergerak ke laman web (pelaku itu) sendiri. Ia memerlukan lebih daripada ‘imaginasi’ untuk mendapatkan trafik sebegini di dalam khidmat (mereka) kepada Tuhan. Dan, jika kamu (benar-benar) merancang untuk menipu pelayar internet untuk membawa mereka kepada Tuhan, kenapa tidak sahaja memilih domain yang mempunyai capaian trafik terbanyak, (kenapa) Blogspot? Dengan mempunyai jutaan blogger yang menggunakan blogspot di luar sana, jika hanya 0.1 % pelayar internet tersalah menaip perkataan ‘blogspot’ pada bahagian domain untuk ke lamanblog kegemaran mereka, berkemungkinan tambahan ribuan jiwa-jiwa yang akan didedahkan kepada Jesus and diberikan amaran tentang Armageddon setiap hari! Nah! Ini yang dikatakan ber fikiran hebat – atau harus saya katakan ‘Penipuan hebat’? – demi Tuhan! (walau bagaimanapun, mungkin ianya (taktik tersebut) tidak menjadi, kerana saya ketemukan hanya beberapa blogger yang menulis tentang penipuan ini sebelum dari saya.) (petikan dari the Respectful Insolence)

Kenapa terlalu bacul dan bersikap seperti bapuk golongan pendakwah sebegini. (MIA - terdapat perbezaan besar antara bapuk dan golongan homoseksual jika dibandingkan dengan lelaki berpewatakan lembut. Ini kerana sejumlah besar lelaki berpewatakan lembut yang saya kenali, mereka merupakan pendakwah yang lebih jantan dari mana-mana jantan dan bijak dan petah dalam tutur bicara dakwah mereka. Mereka tidak prejudis semasa mendakwahkan saya 13 tahun dahulu lalu mengapa harus saya prejudis terhadap mereka. Selepas posting ini sebelum dimuatkan beberapa sambungan posting berat, saya akan ceritakan sedikit pengalaman bagaimana beberapa orang dari kumpulan tabligh yang mana ada di antara mereka lelaki-lelaki berpewatakan lembut tanpa putus asa cuba mendakwahkan saya untuk membentuk YAKIN kepada Allah lebih sedekad lalu. Walaupun saya tidak mengikuti mereka, tetapi jasa mereka hanya Allah sahaja yang membalasnya di Akhirat nanti). Tetapi jika hasrat mereka (kumpulan pendakwah Kristian cybetsquatter) mahu mendiamkan kebebasan bersuara dengan cara yang paling tidak berhemah ini, maka mereka sangat tersilap. Yang takut akan kebebasan bersuara hanyalah kumpulan-kumpulan yang takut kejelekan dan tembelang mereka pecah lalu membusuk. Ketika kumpulan-kumpulan mereka mendesak kerajaan supaya memberi ruang kepada mereka bersuara atas nama kebebasan, maka kebebasan itu ditakrifkan mereka sebagai hak mereka untuk berbicara dengan bebas tetapi tidak pihak lain.

Masih saya ingat bagaimana kumpulan ini mendesak kerajaan supaya apa jua aktiviti yang melibatkan pengkhutbah-pengkhutbah hebat dari pihak Islam dikawal dan tidak dilakukan di dalam skala besar. Kali terakhir event besar melibatkan debat antara agama berlaku ialah apabila Ahmed Deedat datang ke Malaysia di tahun 80-an. Setelah itu tokoh ini seperti ‘digam’ dari memasuki negara yang mendakwa negara Islam ini. Saya berada di venue Dewan Sri Pinang yang penuh dengan manusia yang berpusu masuk untuk menyaksikan Ahmed Deedat di dalam tahun 80 an. Saya masih kecil pada waktu tersebut dan bersekolah rendah. Di bawa oleh bapa saya ke sana tanpa saya mengetahui siapa dan apa yang hebat sangat tentang Ahmed Deedat ini. Malang bagi kami, Dewan Seri Pinang itu terlalu penuh dengan lautan manusia. Kelibat Allahyarham hanya kelihatan apabila selesainya majlis tersebut hampir lewat petang.

Demi memahami apa yang berlaku, video-video Ahmed Deedat dibawa pulang oleh bapa saya untuk diberikan pendedahan awal. Masih bersekolah rendah, bahasa Inggeris yang digunakan agak tinggi untuk saya fahami. Dibantu bapa saya, saya memahami secara perlahan tentang apa yang diperdebatkan. Tetapi itulah langkah awal saya di sekolah rendah. Bermula dengan Ahmed Deedat, saya mengenali hasil kerja Maulana Rahmatullah Kairanvi, Dr. Zakir Naik, Brother Kais al Kalby, Dr. Ahmad Zidan serta ramai lagi. Dari mereka saya mengenali hasil-hasil kerja tokoh-tokoh Yahudi dan Kristian bermula dengan Flavius Josephus hingga ke Dr. William Campbell dan tokoh-tokoh Atheist dari Friedriech Nietzsche hingga ke Richard Dawkins. Langkah semakin panjang apabila salah seorang sepupu perempuan saya mengahwini seorang mualaf (dari agama Hindu) yang memeluk Islam. Maka pendedahan saya kepada teks-teks Hindu bermula pada usia 15 tahun. Sesungguhnya saya tidak pernah benar-benar serius di dalam usaha ini kecuali selepas tahun 2005 apabila kes Lina Joy mula mengambil ruang dalam media. Apa yang saya tulis di sini merupakan apa yang saya tahu. Sesungguhnya lebih banyak yang saya tidak tahu berbanding yang saya tahu. Tetapi saya tahu bahawa dengan berkongsi apa yang saya tahu dengan anda semua sahabat pengunjung blog satuhala, Allah akan menambahkan lebih banyak pengetahuan kepada saya dan anda yang mahu berkongsi pengetahuan.

Jadi untuk berhenti melangkah dengan perbuatan dangkal kumpulan ini adalah sesuatu yang mustahil bagi saya untuk lakukan. Selagi upaya diri berada di dalam redha dan diizinkan Allah, maka hanya Dia saya yang menetukan di mana tapak terakhir langkah saya berhenti. Sebelum sampai ke sana, maka ini fasanya penulisan yang terlalu lembut akan menyentuh perkara-perkara yang lebih agressif dan yang tidak mahu mereka mendengar ia diungkapkan. Empangan Hijau dan cybersquatting seperti yang berlaku ini hanyalah satu penghalang kecil. Jika ditakdirkan semua laluan ke blog ini juga turut dipaut ke tempat lain, saya akan memulakan semuanya semula ditempat yang lain pula. Main kasar nampak?

Ini tidak menghalang langkah yang sudah sekian lama diatur. Saya terlalu kecil untuk mendabik dada sebagai pilihan atau diambil Allah sebagai tentera-tenteraNya di jalan ini. Jika ada yang berani mendabik dada sedemikian rupa, harapan saya ialah yakin mereka sudah melepasi tahap percaya yang ada di dalam diri. Saya hanya ikan bilis di jalan Allah. Ini kerana sifat dan perlakuan saya masih dipersimpangan antara yakin dan percaya. Nanti saya jelaskan kenapa. Ia berkenaan dengan kisah beberapa lelaki termasuk seorang dua yang berpewatakan lembut di dalam jemaah Tabligh bersama seorang senior sebagai ketua mereka dan hujah mereka yang membisukan saya seribu daya dengan iman yang ditunjukkan mereka tiga belas tahun dahulu. Ia berlaku ketika saya masih kental dengan dunia underground di tahun-tahun akhir pengajian saya dalam bidang kejuruteraan. Nama-nama mereka tidak saya ingati, tetapi ketua kumpulan mereka bernama Faisal digelarkan sebagai Fusto masih saya ingat. Ini kerana usahanya mendakwahkan saya tidak berhenti setakat di UiTM, tetapi sehingga sanggup meminjam kereta bapanya untuk menziarahi saya di Bukit Mertajam dari rumahnya di Sungai Petani supaya saya tidak menjadi insan yang merapu dan terpesong. Disamping doa dari ibu bapa, setiap perlakuan saya agak terkawal dengan hadirnya mereka-mereka ini. Saya biasa berdialog dan berdebat dengan mereka. Nyata mereka lebih petah dan hebat apabila diri mereka dihiasi iman yang tinggi. Perkataan mereka didahulukan dengan perbuatan. Oleh kerana itulah, tidak saya suka apabila terdapat kecenderungan pihak-pihak tertentu cuba menggambarkan mereka-mereka (lelaki-lelaki berpewatakan lembut) ini sebagai hamba nafsu. Ini termasuklah manipulasi segelintir pihak yang mempunyai akses dan pengaruh di dalam media-media hiburan yang bermentaliti jamban yang terlalu korup dengan idea berkurap.

Sehingga kini saya tidak dapat mencapai apa yang mampu dilakukan mereka selama saya mengenali mereka tiga belas tahun dahulu. Terima kasih kepada mereka. Terima kasih juga semua sahabat pengunjung blog ini, juga kepada sahabat-sahabat saya, tidak lupa saudara Rizal a.k.a. JoeTheKing yang banyak membantu saya berkenaan blog ini. InsyaAllah.. saya mungkin diam dalam tempoh yang lama tetapi langkah saya tidak pernah berhenti dan hari ini saya melangkah kembali setelah berhenti seketika. Jika saya berhenti melangkah, bukanlah kerana saya menghentikannya, tetapi perlu bagi saya menyusun atur langkah-langkah baru bagi memperkemaskan satu hala tuju blog ini. InsyaAllah...

© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987.


Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email