Thursday, January 29, 2009

Lebai merempit lagi?

Oleh Muhammad Ibn 'Az

Bismillahir Rahmaanir Raheem.. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. pada awal penulisan saya di dalam blog ini, saya pernah menyentuh dan berbicara mengenai satu fenomena biasa yang mempunyai impak luar biasa dalam memahami khalayak pemahaman Muslim dalam meletakkan keutamaan dalam amalan sehari-harian.Perkara ini akan kekal terus relevan hinggalah kiamat.

Saya pernah menulis mengenai topik topi keledar dan ‘lebai rempit’pada 2007. Saya menulis tentang perkara tersebut setelah melihat kepada seorang ‘lebai’ berumur dalam lingkungan 40 an merempit motosikalnya tanpa helmet bermula dari pekan Permatang Pauh, tempat di mana keluarga saya tinggal, hingga ke sebuah masjid di kawasan Permatang Janggus. Jaraknya hampir 3 kilometer. Yang menarik mengenai ‘lebai rempit’ tersebut ialah, lesen yang dimilikinya merupakan lesen VVVVVVVVV.I.P. Presiden Bush juga perlu memberi laluan kepadanya sekiranya laluannya disekat. Hebat.. memang hebat. Marahnya kepada lampu merah mengalahkan seladang jantan di musim mengawan. Dilanggarnya setiap arahan lampu tersebut di setiap simpang. Dengan mikroskirt berlabel hebat dengan cap ‘Gajah Duduk’yang hampir sama pendek daripada apa saja yang pernah dipakai BeyoncĂ©, baginda memecut laju tanpa memperdulikan sesiapa sahaja. Saya yang memandu kereta menuju ke Bandar Perda untuk urusan dunia yang dihentikan pergerakan saya oleh lampu merah, terlihat kelibatnya yang seakan-akan Speedy Gonzales yang di kejar Sylvester. Bagaikan halilintar menyambar jantung saya apabila seorang apek dengan ‘helmet yang pernah dihadiahkan Itagaki Yamashita kepadanya sebelum Jepun meninggalkan Malaya’ dengan tarikh luput jangka hayat helmetnya yang saya rasakan sudah berakhir pada ketika Singapura dikeluarkan dari Malaysia, memandang kepada seorang remaja India yang menunggang ‘belalang tempur’ (mod -motosikal yang ditunggangnya mengingatkan saya kepada motosikal yang sama ditunggang sahabat/drummer saya pada 1998 semasa di UiTM Shah Alam. Dia menamakan motosikalnya belalang tempur bersempena dengan nama motosikal yang ditunggang oleh Kesatria Baja Hitam.).

Memandang saja tidak mengapa, tetapi yang membuatkan jantung saya hampir tersentap akibat malu ialah bila si apek itu tadi menggelengkan kepala setelah memandang kepada pemuda India si penunggang belalang tempur lalu disambut pemuda itu dengan senyuman dan gelengan kepala dalam rythm yang sama.

Benar-benar memalukan. Patutlah bila saja bersolat Jumaat, bila saja memandang ke kanan dan ke kiri, tiada wujud ramai pemuda mualaf Islam berwajah Cina dan pemuda mualaf Islam berwajah India. Segera semua ini mengingatkan saya dengan cerita dari adik lelaki saya. Dia menceritakan mengenai seorang lelaki India yang bersembang dengannya yang menyatakan bahawa dia sudah banyak mengkaji pelbagai agama. Malah lelaki India itu juga menyatakan bahawa Islam itulah agama yang paling benar, segalanya lojik tentang Islam. Tiada ritual amalan-amalan yang memperbodohkan akal manusia terdapat dalam agama Islam. Tiada perkara yang tidak dapat dijelaskan di dalam Islam, tiada kerahsiaan dalam Islam. Dia mengaku bahawa Tuhan itu satu, tetapi malangnya perkataan akhir yang keluar dari mulutnya apabila ditanyakan kenapa tidak memeluk Islam ialah, “Betul Islam itu betul, tapi saya bila tengok perangai orang Melayu, saya tak mahu masuk Islam. Bila saja masuk Islam, orang akan cakap saya masuk Melayu. Saya tahu masuk Islam bukan masuk Melayu, tapi persepsi masyarakat umum, masuk Islam itu bererti masuk Melayu. Saya tak mahu disabitkan dengan keburukan atas pilihan yang boleh saya pilih atau tidak pilih.” Cerita lelaki India itu tamat di situ. Benar Islam dan Melayu itu berbeza, tetapi di negara kita, Islam adalah melayu dan Melayu adalah Islam. Menurut Perlembagaan Persekutuan Artikel 160 (Tafsiran) perkara (2), Melayu merujuk kepada satu identiti seperti yang di petik di bawah :

“Melayu” ertinya seorang yang menganuti ugama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan-

lahir, sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau ia adalah keturunan seseorang yang tersebut;1

Tafsiran ini jugalah yang membantutkan gerakan Kristian Evangelist di Malaysia untuk menarik seberapa ramai Muslim yang boleh untuk memeluk agama mereka. Lalu dicuba mereka dengan pelbagai jalan belakang termasuk menjinakkan PAS melalui kemasukan kolum kelima yang dianggotai Muslim liberal di dalam Parti tersebut. Ramai di dalam PAS sedar tentang perkara ini, sahabat-sahabat saya di dalam PAS juga sedar mengenai perkara ini. Sahabat-sahabat saya di dalam UMNO juga sedar mengenai perkara ini. Ini kerana mereka telah terlebih dahulu ditembusi jaringan Liberalisme ini. Sebab itulah kita dapat menyaksikan mereka kini berubah dari satu wadah perjuangan, kini hampir 2/3 dari mereka yang berada di dalamnya berubah menjadi anggota kepada sebuah pertubuhan elitis. Dengan berkemeja linen mereka memasuki kampung-kampung orang susah. Tidak hairanlah apabila saja mereka cuba mendekatkan diri dengan masyarakat bawahan, gap antara mereka dengan masyarakat Melayu semakin melebar. Mereka tidak mengikut sunnah sebenar dalam menawan hati masyarakat. Dengan golongan elit, berpakaianlah seperti elit, dengan orang kampung besederhanalah di dalam penampilan. Jika dengan solekan seperti heroin opera cina yang baru naik pangkat, bagaimana mungkin mak cik Bedah dapat merasakan sense of belongings dengan golongan ini? Setiap perbuatan sesuatu ahli di dalam mana-mana pertubuhan yang diwakilinya akan memalitkan lumpur busuk kepada imej pertubuhan tersebut biarpun tujuan penubuhannya bagi sesuatu yang boleh dikatakan mulia. Begitu juga dengan Islam, apa saja yang dilakukan penganutnya akan memberikan kesan kepada agama itu sendiri. Tiada siapa kenal siapa lebai rempit itu tadi, tetapi semua orang kenal dia adalah orang Islam. Dengan kopiah, baju Melayu dan kain pelikat, dia nyata jelas menjadi duta bagi agama Islam. Bila duta berkelakuan buruk, negara yang diwakilinya akan turut terpalit dengan imej buruk. Maka apa saja yang dilakukan olah mana-mana orang Islam, tidak kira apa jua keturunan rasnya, ianya akan memalitkan imej buruk kepada agama Islam itu sendiri. Berbalik kepada cerita ‘lebai rempit’ tadi, dalam perjalanan saya menuju Bandar Perda saya ternampak dia meletakkan motosikal berhadapan salah sebuah masjid di Permatang Janggus.

Saya dan isteri saya singgah di Masjid Bandar Perda bersolat Maghrib kerana mudah untuk untuk meletakkan kereta tanpa menghalang lalulintas di sana. Juga termasuk dalam tujuan saya ke sana adalah untuk membeli kek di sebuah kedai kek Muslim untuk hari lahir ibu saya keesokan harinya.

Solat saya sedikit terganggu dengan lebai rempit tadi. Yang lebih mengganggukan fikiran ialah apabila teringat apek tua dan pemuda India tadi yang berbalas senyuman sesama mereka. Pulang saya di rumah lantas saya menulis artikel mengenainya 2 tahun lepas. Artikelnya boleh dicapai dengan klik sini.

Pagi hari ini, ketika sedang bersarapan di sekitar Bandar Sunway, saya terbaca sebuah petikan berita mengisahkan mengenai seorang pemuda berwajah bersih dan kuat keazamannya untuk berpegang dengan prinsip. Pemuda ini bagi saya merupakan antara mereka-mereka yang berani dan keberaniannya sangat dikagumi. Petikan berita tersebut menyatakan bahawa di atas prinsip yang dipegang kemas olehnya, dia sanggup dipenjarakan hanya atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Sukar benar pada zaman ini untuk bertemu pemuda-pemuda yang benar-benar mahu beristiqamah dalam amalannya dan menjaga sunnah sehingga sanggup dipenjarakan. Keberaniannya menggenggam prinsip seharusnya dipuji. Tetapi di dalam pujian, sesuatu perlu dinyatakan kepadanya bahawa kesalahan yang dilakukannya kerana menunggang tanpa topi keledar, tetap satu kesalahan. Malah ianya menyalahi kesalahan dalam menentukan keutamaan dalam mengamalkan sunnah. Malang sekali bagi pemuda tersebut, saya dapat mengagak berdasarkan pemerhatian yang telah biasa saya buat, bahawa dia bakal dijadikan pemangkin untuk menunjukkan betapa tidak Islamnya pentadbiran pemerintah yang wujud pada masa sekarang.

Sedih juga kerana kesalahan yang sedikit yang boleh diperbetulkan dengan teguran yang elok, berakhir dengan pemuda yang beriltizam kuat ini, direncatkan iltizamnya dengan hukuman yang agak berat berbanding kesalahan yang dilakukan. Dalam perkara ini, pihak yang diamanahkan Allah dengan kuasa menentukan hukum sesama manusia seharusnya memperbetulkan saudara kita yang beriltizam kuat ini dengan penuh hikmah. Kesan psikologi ke atasnya dan mereka-mereka yang disekelilingnya akan menjuruskan satu pola sentimen bawah sedar yang akan menjurus kepada penolakan apa jua kebaikan yang hendak ditaburkan pemerintah.

Yang benar harus dikatakan benar, yang salah harus dikatakan salah. Apa yang diniatkan pemuda tersebut untuk menghidupkan amalan sunnah memang harus dipuji. Cuma dia salah dalm meletakkan keutamaan. Cubalah kita renung sejenak, jika Rasulullah s.a.w. masih lagi hidup dan menggunakan motosikal untuk ke masjid, apakah baginda akan memakai serban atau pun topi keledar? Itulah soalan yang sama saya lontarkan di dalam blog ini dua tahun lepas. Jawapannya, Rasulullah s.a.w. pastinya akan memakai topi keledar. Sebagai contoh, perhatikan semasa penglibatan baginda di dalam Perang Badar. Baginda lengkap bertopi besi, berbaju besi dan memakai pakaian pertahanan supaya keselamatan baginda terjamin di dalam perang tesrebut. Jika hendak dibandingkan tawakkal baginda dengan tahap tawakkal kita kepada Allah, tentu sahaja tawakkal bagindalah yang paling tinggi. Sehari sebelum Perang Badar, ketika semua pejuang Islam yang turut serta di dalam perang tersebut sedang nyenyak tidur, baginda bersolat tanpa henti dalam keadaan yang lama memohon bantuan dari Allah. Allah membantu mereka dengan hujan yang turun pada malam tersebut dan rasa mengantuk yang teramat sangat sehinggakan pada pagi hari Perang badar, apabila mereka terbangun, tubuh mereka menjadi begitu segar dan mereka hati mereka yang gusar sebelum ini dipenuhi keberanian dan semangat yang sangat tinggi. Tetap baginda berperang dengan memakai Topi besi dan baju besi biarpun dalam perang-perang yang lain. Ini kerana, apa yang sedang dilakukan baginda untuk mencari keredhaan Allah, usaha tersebut mempunyai risiko yang boleh mendatang bahawa kepada tubuh dan nyawa baginda. Tawakkal bererti berbuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan kemuadian meletakkan pengharapan kepada Allah agar usaha tersebut membuahkan kejayaan.

Pernah di dalam Perang Uhud Topi besi yang dipakai baginda pecah ditetak pedang dan kepala baginda berdarah. Baginda mendapat luka dikening, patah giginya dan baginda pengsan di atas timbunan jenazah syuhada medan Uhud. Bayangkan apa yang akan jadi jika tidak baginda memakai topi besi tersebut? Allah menyelamatkan baginda di atas daya usaha baginda yang berusaha menyelamatkan nyawanya.

Begitu jugalah dengan menunggang motosikal untuk ke masjid. Perbuatan menunggang motosikal itu mempunyai risiko yang boleh membahayakan tubuh dan nyawa si penunggangnya. Biarpun ke masjid, rajin-rajinkanlah memakai topi. Tidak mengapa jika jaraknya dekat, tetapi bila saja jarak antara masjid rumah kita agak jauh, adalah lebih baik beramala dengan sunnah yang betul iaiatu dengan memakai topi keledar. Rasulullah juga memakai topi besi pada waktu dan keadaan pemakaiannya diperlukan, siapa pula kita hendak dibandingkan dengan tawakkal kita terhadap Allah jika dibandingkan dengan baginda. Fahami keutamaan dalam beramal. Takut-takut amalan kita mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua orang lain. Ingatlah pesan Allah kepada orang-orang beriman;

An Nisaa’ ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Bukankah telah dijanjikan Allah kesudahan yang lebih elok bagi mereka-mereka yang tahu meletakkan keutamaan di dalam beramal. Fahami ayat di atas kerana kesannya di dalam kes ini boleh menyebabkan apa yang disangka ‘beramal dengan sunnah’ tanpa mengikut keutamaan itu akhirnya akan membuatkan si pelakunya berada di dalam keadaan tidak mematuhi arahan Allah supaya dihormati undang-undang yang digariskan pemerintah. Semoga Allah melindungi kita semua dari ‘jalan-jalan yang dinampakkan cantik tetapi menuju kesudahan yang buruk’ pada setiap saat dan masa. Ameen. Wallahua’lam..


________________________________________________________________________________________________________________________________

Rujukan :

1) Perlembagaan Persekutuan (HINGGA 10HB MAC 2006); International Law Book Services.

Tuesday, January 20, 2009

Obama bukan Zulkarnain...

Oleh : Muhammad Ibn 'Az

Pada ketika posting ini ditulis selepas solat Maghrib, 20 Januari 2009, channel 511 CNN sedang memaparkan ke seluruh dunia persediaan bagi upacara angkat sumpah bagi Barrack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika ke 44. Angka 44 bagi mana-mana pihak yang mengimani Feng shui, membawa kepada kematian berganda.

Muslim tidak pernah peduli dengan semua ketaksuban tentang nombor tersebut. Waktu ini, dipaparkan di dalam CNN subuh hampir menjelma di sana. Bagi mana-mana negara, subuh ialah waktu yang menandakan permulaan hari baru. Manusia biasa menunggu subuh sebelum berbuat sesuatu perkara untuk hari tersebut. Tetapi kali ini, seluruh dunia menunggu subuh yang muncul di Washington. Kali ini semua mata tertumpu kepada terbitnya mentari pagi di Washington.


Semenjak manusia mengambil tahu mengenai turun naiknya matahari, cuma pada hari ini naiknya matahari di negara antara yang paling Barat ditunggu di seluruh dunia. Matahari naik yang juga menjadi logo kempen Obama. Jika dahulu, Zulkarnain melihatkan matahari terbenam di atas suatu kaum di atas laut berlumpur hitam sepertimana yang tercatat di dalam surah al Kahfi ayat 86. Banyak mufassir (ahli tafsir) mencadangkan nama-nama tempat di mana peristiwa ini berlaku, tetapi ianya kekal cadangan kerana yang lebih mengetahui hanyalah Allah. Syed Qutb menolak untuk memperjelaskan melalui kisah-kisah Israeliyyat mengenai perkara ini. Tetapi dia mencadangkan satu tempat dipinggir lautan Atlantik. Itu semua juga tidak penting. Yang penting dari kisah Zulkarnain ini ialah pengajaran yang harus di ambil dari salah seorang Hamba Allah yang diberikan Allah jalan kuasa yang membawanya menguasasi Timur dan Barat. Pengajaran yang utama ialah, di mana saja penguasa ini pergi, keadilan, berhukum dengan betul serta kemakmuran di dalam keselamatan yang ditawarkannya merupakan agendanya yang paling penting dan diutamakan. Itu Zulkarnain. Tetapi lebih kurang 3 jam dari waktu posting ini ditulis, Barrack Hussein Obama akan mengangkat sumpah. Sumpah yang diikrarkannya akan menjadikannya orang yang paling berkuasa di dunia. Tapi Obama bukan Zulkarnain.

Kita tidak menilaikannya melalui janji dan kata-kata. Kita tidak menilaikannya melalui karektor dan fenomena luarbiasa yang melanda Amerika yang menyokongnya. Kita menilaikannya melalui perbuatannya nanti. Kita juga tidak lupakan bagaimana dia menikus di Hawaii ketika saudara kita disembelih di Palestin.

Sesuatu yang menghairankan ialah, kenapa tiba-tiba sahaja Israel mahukan gencatan senjata. Gencatan senjata bagi memberi sedikit ruang bernafas kepada Obama di hari angkat sumpahnya. Dijauhkan demonstrasi dari perhimpunan raksasa tersebut dan memberi ruang kepada Amerika berpesta sebentar dikala Palestin dilupakan dunia. Kita tidak melupakan dosa mereka menghalalkan binatang haram zionis menyembelih saudara kita.

al Baqarah 120
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka . Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Harapan tetap harapan, tetapi letakkanlah harapan pada yang boleh diharap. Semoga Allah menyatukan kita semua untuk bangkit kembali sebagai satu ummah. Ameen.

Gambar kanak-kanak Palestin ini merupakan sebahagian dari banyak email yang masuk ke kotak email saya sebelum ini. Ini kiriman ABJ. Terima kasih kerana berkongsi. Kita tidak melupakan mereka. Siapa saja di Rumah Putih, darah kanak-kanak ini seharusnya ditebus suatu hari nanti. InsyaAllah..


Monday, January 19, 2009

Palestin : Sebuah Post Mortem

oleh Muhammad ibn 'Az

Bismillahir Rahmaanir Raheem.. Setiap kesudahan terbentuk dari jalan yang ditempuh. Setiap jalan yang ditempuh, langkah-langkah diatur menurut perancangan dan juga gerak hati. Setiap gerak hati didorong satu permulaan azam dan setiap azam ditanam setelah membuat ketetapan dari penilaian. Setiap penilaian bermula dengan permerhatian. Memerhati dengan hati membawa mati, memerhati dengan mata membawa kepalsuan mengaburi yang nyata. Memerhati dengan akal, satu hala tuju mencari redha Allah membawa kesudahan bahagia di dunia dan akhirat.

Bahagia itu tidak diukur dengan harta tidak juga ia diukur dengan gulung-gulung ijazah menggunung. Ia tidak diukur dengan gelaran dan juga jumlah keluarga serta pujian manusia. Tetapi bahagia itu satu kesudahan dan pengakhiran kepada penghujung harapan dalam mencari redha Allah. Biar berdebu air diminum, biar rezeki dimakan bersulam darah, biar bayi comel sendiri yang masih menyusu terkorban, biar tulang menggeletar kesejukan dihembus bayu malam dicelah-celah runtuhan bangunan yang satu ketika dahulu dipanggil kediaman, biar dibiarkan saudara-saudara yang ramai di seluruh dunia yang tidak berbuat apa-apa, tetapi dalam mencari bahagia di dalam pengakhiran redha Allah, semua itu tidak apa. Tidak mengapa jika saudara-saudara seagama membisu tak bersuara. Tidak mengapa jika saudara-saudara seagama tidak membantu menghulurkan dana. Tidak mengapa jika terus tergamak meminum Cola buatan Amerika. Tidak mengapa jika saudara-saudara yang ada gemar beretorik takut dihukum neraka dunia di kiri tangan Dajjal setelah dihujankan Dajjal dengan kesuburan syurga dunia dalam bentuk ekonomi yang terjana.

Muhammad s.a.w. sudah 1400 tahun menubuhkan negara Madinah, Pohon kurma di Baysan sudah lama berbuah, Tasik Tabariyyah (Galilee) semakin surut dan berada di penghujung akhir khidmatnya kepada manusia, ‘anak-anak gembala’ sudah berkahwin mengalahkan raja, Muslim sudah mula dikerumun serigala yang lapar biar pun jumlah mereka terlalu banyak. Sebahagian besar ulama-ulama sudah mula mengikut keperibadian orang-orang yang terdahulu daripada mereka. Sebahagian besar ulama-ulama sudah pun terkesima dengan keperibadian bersandar retorik kata-kata. Disembunyikan perintah Allah untuk menghalalkan yang jelas dilarang. Diubah hadis-hadis nabi bagi membela sahabat karib yang bersedekah. Malang tiada wujud muslim berpangkat ulama’ pada kualiti keperibadian Abdullah bin Salam, bekas Rabbi Yahudi di zaman Rasulullah tidak berani muncul untuk menegur.

Semuanya ada kaitan dengan apa yang telah diberitahukan kepada kita lama dahulu. Sehari bagai setahun sudah berlalu. Sehari bagaikan sebulan di penghujung hari terakhirnya melengkapkan sepurnama. Sehari bagaikan seminggu, benang putih dari kegelapan malamnya sudah mula menampakkan tanda yang menandakan subuh hari ketiga itu menjelang tiba. Semua ini berkenaan dengan dia. Dia pernah berkata kepada Tamim ad Dari 1400 tahun dahulu bahawa, “Aku akan beritahukan tentang diriku kepada engkau. Aku ialah Dajjal. Waktunya sudah hampir tiba untuk aku diizinkan pergi. Aku akan bergerak dari tempat ke tempat selama empat puluh hari. Tiada tempat di dunia yang tidak aku singgah kecuali Mekah dan Madinah. Di sana ada malaikat yang menunggu dengan pedang terhunus pada setiap jalan di kota tersebut.”

Setelah terbuang jauh di lautan dan dipukul gelombang selama sebulan, itu sebahagian berita mengenai Dajjal yang dibawakannya kepada Rasulullah setelah kembalinya dia ke Madinah. Hari ini, hanya Allah sahaja yang memiliki pengetahuan sebenar apakah benar hari-hari yang kita lalui ini merupakan yang hari yang ke 2 di dalam empat puluh hari perjalanan Dajjal membuat onar di muka bumi. Jika menilaikan semua tanda-tanda serta petunjuk yang ditinggalkan, tidak salah untuk menyatakan bahawa bahawa ia jelas mendorong kepada sebuah kesimpulan kemas yang menandakan dengan tiada ragu bahawa akhir zaman sudah pun bermula pada ketika sebelum kejatuhan sistem khalifah Turki Uthmaniah.

Rasulullah mahukan kita semua sentiasa peka dan memerhatikan petanda-petanda yang diberitahukannya supaya dapat berwaspada dengan kemunculan Dajjal. Pendek kata, baginda sendiri pernah mengintip dari sebalik kebun kurma dengan beberapa orang sahabat apabila diberitahukan kepada baginda tentang seorang pemuda dari Bani Israil yang memiliki beberapa persamaan susuk fizik dengan al Masih ad Dajjal. Nyata Ibnu Sayyad yang diintip tersebut bukanlah Dajjal yang dimaksudkan apabila salah satu daripada ciri-ciri utama yang perlu ada pada Dajjal tidak dimilikinya. Dajjal tidak dapat menembusi dan memasuki Madinah, tetapi Ibnu Sayyad tinggal dan menetap di sana. Maka dia bukanlah Dajjal yang dibertahukan tentang kewujudannnya kepada kita. Perhatikan nanti, sebaik sahaja Amerika jatuh tersungkur akibat greenback yang susut nilai, subuh hari ketiga akan muncul. Tika dan saat itu, akan bangunlah sebuah kuasa baru dunia di atas satu cita-cita bangsa palsu menuntut janji Tuhan kepada Abram. Untuk berbicara dan membedah siasat pemasalahan saudara-saudara kita di Palestin, tidak dapat tidak, harus dibentangkan hingga ke akar permulaan masalah tersebut yang bermula pada waktu seluruh alam langit dan bumi mula terbentuk mengikut apa yang dipercayai oleh orang-orang Yahudi. Maka disinilah bermulanya kisah tuntutan palsu sebuah bangsa degil ke atas tanah yang dijanjikan Allah kepada mereka-mereka yang beriman.

Post Mortem Permasalahan Palestin :
Dari Penciptaan Langit dan Bumi ke Generasi Abram :

Menurut tradisi Yahudi yang diceritakan, bermulanya penciptaan langit dan bumi dari sebuah batu yang kini dikatakan ditempatkan di bawah batuan di dalam Kubah As Sakhra (Dome of the Rock) Palestin. Lalu daripadanya diciptakan Tuhan cahaya, langit, bumi, air, siang dan malam pada hari pertama. Rabbi-rabbi Yahudi menyatakan bahawa, di tempat itulah berkumpulnya semua doa dan harapan manusia di bumi sebelum diangkat kepada Tuhan setiap hari. Ia menjadi pintu ke kerajaan langit. (Muhammad s.a.w. pernah menjejakkan kaki di tempat ini pada malam Israk sebelum diMikraj menghadap Allah). Hingga ke akhir penciptaan di hari ke enam apabila debu dan tanah dari bumi dibentuk dan ditiupkan roh menjadi satu lagi bangsa terbaru makhluk ciptaan Tuhan. Dia disamakan keupayaan akal mengikut sunnah Tuhan. Dinamakan dirinya Adam dan ditempatkan buat sementara waktu di Syurga sehinggalah Iblis di dalam rupabentuk ular menghasut pasangannya dan menyebabkan kedua mereka dan Iblis tersebut dihalau ke bumi dengan sumpahan permusuhan antara ketiganya sehingga kiamat.

Adam berkahwin dengan Hawa dan melahirkan Abel (Habil) dan Cain (Qabil). Kerana berebutkan wanita, darah dari pembunuhan manusia pertama tertumpah di atas bumi amanah Tuhan kepada bangsa manusia ini. Disumpah laknat Cain tujuh keturunan kerana perbuatannya lalu dia membawa diri ke timur Eden dan bermastautin di sebuah tempat yang dinamakan Nod. Dinamakan Nod kerana ia tidak pernah diam dari gegaran masalah berpunca dari jiwa Cain yang tidak pernah tenteram.1 Lalu dari jalur keturunannya dilahirkan semua pemuzik yang bermain harp dan seruling. Dari dirinya juga dilahirkan Tubal Cain yang menjadi moyang kepada mereka-mereka yang mempunyai kepakaran membentuk peralatan dengan menggunakan tembaga dan besi.

Ketika Adam berumur 130 tahun, Hawa melahirkan seorang lagi anak kepadanya. Oleh kerana pada ketika waktu kelahiran anak tersebut Hawa berkata, “Tuhan telah memberikan anak lelaki kepada aku untuk menggantikan Abel (Habil) yang dibunuh Cain (Qabil),” Lalu Hawa menamakan dia sebagai Seth yang di dalam bahasa Hebrew menyamai maksud ‘yang telah memberikan’. 2 Bermula pada keturunan inilah nama Tuhan mula dicemarkan dengan penyabitannya dengan berhala-berhala sembahan manusia.3 Seth dikurniakan anak lelaki bernama Enosh, Enosh pula dikurniakan anak lelaki bernamaKenan. Dari Kenan dilahirkan Mahalel dan dari Mahalel, Jared dilahirkan. Dari Jared, dilahirkan Enoch dan dari Enoch, Metushelah dilahirkan. Pada usia 187 tahun, Metushelah dikurniakan anak lelaki bernama Lamech. Metushelah meninggal dunia pada usia 969 tahun. Lamech berusia 182 tahun pada ketika dia dikurniakan anak lelaki. Dalam gembira menyambut anak lelaki tersebut, Lamech meletakkan pengharapan agar anak yang dikurniakan ini bakal mengeluarkan mereka dari semua permasalahan dan kerja-kerja berat. Kerja-kerja berat dilakukan mereka berpunca akibat sumpahan dari perbuatan dosa Adam di mana setiap gandum yang mereka tanam membuahkan lalang dan pohon berduri. Semua pekerjaan dilakukan dengan tangan tanpa peralatan yang sesuai. Dengan rahmat kedatangan anak ini nanti, diharapkan agar semua permasalahan tersebut akan dicabut dari mereka dan ianya akan membawa kelegaan kepada seluruh masyarakat. Lalu dinamakan anak tersebut dengan nama Noah (Nuh) yang membawa maksud ‘kelegaan’ di dalam bahasa Hebrew.2

Selepas berumur 500 tahun, Noah mempunyai tiga orang anak. Shem, Ham dan Japheth. Ketika itu, apabila Tuhan (sepertimana yang digambarkan di dalam Bible) melihatkan kepada perbuatan jahat manusia yang semakin menjadi-jadi, lalu ia menjadi satu kekesalan kepadaNya dan membuatkan Dia menyesal kerana menciptakan manusia. Keputusan lalu diambil dan Tuhan berkata, “Aku akan menghapuskan semua manusia-manusia ini yang aku ciptakan, termasuk binatang-binatang dan burung-burung kerana Aku menyesal menciptakan setiap satu daripada mereka,". Tetapi Tuhan suka kepada Noah.Lalu diperintahkan Noah membina sebuah bahtera untuk memuatkan semua hamba-hamba Tuhan yang beriman kepadaNya dan semua binatang-binatang secara berpasang-pasangan. Tujuh hari selepas dari perintah tersebut diberikan kepada Noah, hujan lebat akan turun ke bumi tanpa henti selama empat puluh hari siang dan malam.

Ketiga-tiga anak Noah menurut dan memasuki bahtera tersebut, mereka dikategorikan sebagai manusia-manusia yang beriman kepada Tuhan pada ketika tersebut. Shem, Ham dan Japteth antara mereka yang terselamat dari bencana banjir besar tersebut. Kebiasaan bagi mana-mana tradisi Hebrew, anak sulung harus diutamakan. Perhatikan dari awal kejadian seperti yang diringkaskan dari kitab kejadian, semua nama yang disebutkan turun temurun dari Adam merupakan anak sulung, tetapi bermula di sini di dalam ayat Genesis (Kitab Kejadian) fasal 6 ayat 9 hingga 10, hak anak sulung diketepikan bagi memberi keutamaan kepada Shem.

Sebenarnya Japheth merupakan anak sulung kepada Noah, tetapi Shem diletakkan di dalam keutamaan senarai yang disebutkan di dalam ayat di atas disebabkan dia merupakan bapa kepada keturunan Abraham yang mana akan lahir dari susur galur keturunannya bangsa Israil. Keutamaan menyalahi hukum-hukum yang telah ditetapkan, malah di dalam kitab yang didakwakan mereka sebagai Taurat Musa juga telah disebutkan bahawa :

Deuteronomy 21 : 15 – 17
21:15 If a man have two wives, one beloved, and another hated, and they have born him children, both the beloved and the hated; and if the firstborn son be hers that was hated. Then it shall be, when he maketh his sons to inherit that which he hath, that he may not make the son of the beloved firstborn before the son of the hated, which is indeed the firstborn. But he shall acknowledge the son of the hated for the firstborn, by giving him a double portion of all that he hath: for he is the beginning of his strength; the right of the firstborn is his.
4
Terjemahannya : Kitab Ulangan : 15 – 17
21:15 "Apabila seorang mempunyai dua orang isteri, yang seorang dicintai dan yang lain tidak dicintainya, dan mereka melahirkan anak-anak lelaki baginya, baik isteri yang dicintai mahupun isteri yang tidak dicintai, dan anak sulung adalah dari isteri yang tidak dicintai, maka pada waktu ia membahagikan warisan harta kepunyaannya kepada anak-anaknya itu, tidak boleh ia memberikan bahagian anak sulung kepada anak dari isteri yang dicintai dengan menyebabkan merugikan anak dari isteri yang tidak dicintai, yang merupakan anak sulung. Tetapi dia harus mengakui anak yang sulung, anak dari isteri yang tidak dicintai itu, dengan memberikan kepadanya dua bagian dari segala kepunyaannya, sebab dialah kekuatannya yang pertama-tama: dialah yang empunya hak sebagai anak yang pertama."5

Apa jua bentuk kebencian kepada isteri atau perbuatannya, hak anak sulung itu seharusnya dihormati. Perhatikan bagaimana nanti di dalam kitab Bible, semua hak-hak ini dirampas tanpa alasan yang munasabah, malahan ada diantaranya melalui penipuan bagi memberi jalan kepada Bani Israil terpilih sebagai kaum yang dikatakan berpegang kepada janji Tuhan dengan Abraham.

Di dalam Genesis fasal 6 ayat 9 hingga 10, disusun keutamaan anaknya sebagai berikut. Shem, Ham dan Japteth. Hak Japteth sebagai anak sulung sudah diketepikan. Ia demi bagi memberi kemuliaan kepada mereka-mereka yang bakal membentuk keturunan Bani Israil.
Fakta : Ham, yang juga anak bongsu kepada Noah merupakan bapa kepada keturunan Canaan. Orang-orang Canaan merupakan penduduk asal negara Palestin yang mana pada ketika itu dikenali sebagai Tanah Canaan.

Laknat pertama Tanakh & Bible ke atas Bangsa Canaan :
Selepas terselamat daripada banjir besar tersebut, Noah (menurut Bible) merupakan antara manusia pertama yang menanam anggur secara bentuk perladangan. Anggur-anggur yang ditanamnya dijadikan wine sebagai minuman. Setelah meminum wine yang dihasilkan, Noah menjadi mabuk. Akibat daripada kemabukan tersebut, Noah menanggalkan kesemua pakaiannya sehingga bertelanjang tanpa seurat benang. Lalu dia tidur di dalam khemahnya dalam keadaan tanpa seurat benang. Ham yang ternampak bapa mereka dalam keadaan telanjang bertindak keluar lalu memanggil kedua abang dan adiknya Shem dan Japteth. Shem dan Japteth lalu mengambil sehelai jubah dan meletakkannya dibelakang mereka, lalu mereka berjalan secara mengundur ke khemah tersebut dan menutup aib bapa mereka. Sedar sahaja Noah dari mabuknya, dan mengetahui apa yang dilakukan oleh anak bongsunya, lalu dia pun menyumpah Ham dan seluruh keturunannya sepertimana yang tersebut di dalam ayat dari Genesis fasal 9 ayat 24 hingga 27 seperti di bawah.

Genesis 9 : 24 - 27
9:24 And Noah awoke from his wine, and knew what his younger son had done unto him. And he said, Cursed be Canaan; a servant of servants shall he be unto his brethren. And he said, Blessed be the LORD God of Shem; and Canaan shall be his servant. God shall enlarge Japheth, and he shall dwell in the tents of Shem; and Canaan shall be his servant.
4
Terjemahannya : Kitab Keluaran 9:24 Setelah Nuh tersedar dari mabuknya dan mendengar apa yang dilakukan anak bongsunya kepadanya, berkatalah ia: "Terkutuklah Kanaan, hendaklah ia menjadi hamba yang paling hina bagi saudara-saudaranya." Lagi katanya: "Terpujilah Dia, Tuhan kepada Shem, Canaan akan menjadi hamba baginya.

Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Ham sehingga keturunannya menjadi laknat dan disumpah menjadi hamba kepada Shem bapa terawal bagi keturunan Bani Israil? Merujuk beberapa Bible termasuk Tafsir Bible itu sendiri, alasan yang diberikan sangat tidak lojik untuk dijadikan hujah bagi menghukum seluruh keturunan di atas alasan kesalahan yang kecil melihat keaiban bapa sendiri.

Menurut Matthew Henry di dalam Tafsir Biblenya seperti yang di petik di bawah :
God often visits the iniquity of the fathers upon the children, especially when the children
inherit the fathers' wicked dispositions, and imitate the fathers' wicked practices, and do nothing to cut off the entail of the curse. Disgrace is justly put upon those that put disgrace upon others, especially that dishonour and grieve their own parents. An undutiful child that mocks at his parents is no more worthy to be called a son, but deserves to be made as a hired servant, nay, as a servant of servants, among his brethren. Though divine curses operate slowly, yet, first or last, they will take effect. The Canaanites were under a curse of slavery, and yet, for a great while, had the dominion; for a family, a people, a person, may lie under the curse of God, and yet may long prosper in the world, till the measure of their iniquity, like that of the Canaanites, be full.6
Terjemahannya : Kebiasaannya Tuhan akan mengenakan kejahatan yang dilakukan oleh nenek moyang ke atas keturunannya, terutamanya apabila anak-anak keturunannya mewarisi sikap buruk nenek moyangnya, dan meniru perbuatan buruk nenek moyangnya, dan tidak berbuat sesuatu bagi menjadikan laknat yang dikenakan ke atas mereka terbatal. Kehinaan hanya menimpa ke atas mereka yang menghinakan orang-orang yang lain, terutamanya mereka-mereka yang mencemar hinakan serta membuat ibu bapanya bersusah hati. Anak-anak yang tidak bertanggungjawab yang memperolok-olokkan ibu bapa mereka adalah tidak layak langsung untuk digelarkan sebagai anak, tetapi dia selayaknya dijadikan hamba, tidak, seharusnya menjadi hamba kepada hamba-hamba di kalangan saudara-saudaranya. Walaupun laknat Tuhan ini direalisasikan secara beransur-ansur, tetapi, untuk saat-saat genting, ianya kekal di dalam penguasaan (laknat tersebut). Untuk keluarga, bangsa, individu, boleh jadi berada di bawah laknat Tuhan tetapi mungkin boleh kekal berjaya di dalam kehidupan dunia sehinggalah hukuman laknat Tuhan ke atas mereka, sepertimana yang dikenakan ke atas Canaann, dipenuhi.

Matthew Henry yang menulis Tafsir Bible ini terlepas pandang kepada dua perkara. Pertama, dia menafsirkan ayat tersebut menurut pandangannya dan gagal merujuk kepada pandangan Rabbi Yahudi mengenai apa sebenarnya yang dilakukan Ham (menurut tradisi Yahudi), sehingga laknat Tuhan menimpanya dan keturunan Canaan daripadanya. Ini kerana, Kitab Old Testament yang terdapat di dalam Bible yang menjadi 2/3 daripada kitab yang disebut sebagai Injil Kristian sekarang ini, merupakan Kitab Tanakh Yahudi. Untuk memahami dan menafsirkan Kitab-Kitab Yahudi ini, seseorang yang melakukannya tidak boleh melakukannya tanpa merujuk kepada kitab-kitab yang dikarang oleh golongan tersebut. Kitab-kitab Midrash seperti kitab Bereishit Rabbah yang berkaitan dengan Book of Genesis ini seharusnya dirujuk untuk memahaminya dari pandangan Ahli Kitab dari bangsa Yahudi kerana kitab ini diturunkan kepada bangsa mereka sebelum diubah. Mudah bagi seorang Muslim yang untuk mengkaji Bible dan Tanakh kerana kita mempunyai panduan jelas dan cara bagaimana memahami al Qur’an dan ilmu-ilmu tentangnya yang membentuk paksi turutan apa yang dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan dalam mentafsirkan ayat al Qur’an. Kita memahami bahawa untuk memahami ayat al Qur’an terdapat elemen-elemen yang perlu dipertimbangkan seperti Asbabun Nuzul (sebab-sebab turunnya ayat), nasikh dan mansukh, Bahasa Arab, ilmu balaghah, Usul fiqh, Ilmu Qiraat dan ilmu-ilmu dunia yang dapat membantu meletakkan landasan tafsiran di dalam arah yang betul., bagaimana sesuatu ayat itu ditafsirkan dengan ayat al Qur’an yang lain, bagaimana ayat al Qur’an itu ditafsirkan dengan hadis-hadis Nabi dan bagaimana ayat-ayat al Qur’an ditafsirkan dengan perkataan para sahabah (Tafsir Bir Riwayah). Bagaimana sesuatu ayat al Qur’an itu diterjemahkan dengan penjelasan Rasulullah s.a.w., dan juga bagaimana sesuatu ayat di ditakwilkan (dikembalikan) penafsirannya kepada ijtihad para ulama yang memiliki kesemua syarat yang diperlukan untuk mentafsirkan ayat-ayat al Qur’an (Tafsir Bid Dirayah).
Syarat-syarat ketat ini membuatkan mana-mana mufassir (ahli tafsir) sentiasa berhati-hati di dalam membuat tafsiran mereka dan amat teliti dalam memutuskan takwil yang hampir kepada yang benar kepada apa yang dimaksudkan dengan ayat-ayat tersebut. Takwil sebenar pada keseluruhan lapisan maksud ayat hanya Allah sahaja yang mempunyai pengetahuan mengenainya. Syarat-syarat ketat ini juga menjadikan mana-mana ahli tafsir berkeupayaan untuk memahami kitab-kitab sebelum al Qur’an dengan mudah. Lihat sahaja Maulana M. Rahmatullah Kairanvi pengarang kitab Izhar ul Haq yang menjawab dakwah Kristian yang disebarkan di India dalam bentuk buku Mizanul Haq dan dakwah Kristian yang ditentangnya di kurun ke 19. Begitu juga dengan Syed Qutb (Fi Zilalil Qur’an) dan Hamka (Tafsir al Azhar), mereka hebat di atas ilmu yang dikurniakan Allah kepada mereka termasuk Kitab-Kitab yang diturunkan sebelum daripada al Qur’an. Tulisan-tulisan mereka ini banyak membantu saya dengan cara mereka menggariskan serta menghujahkan sesuatu ayat. Hampir 360 darjah keliling sesuatu ayat itu disentuh mereka bagi memberi kefahaman. Dan cara itu sedikit sebanyak membantu sesiapa yang biasa dengan kitab tulisan mereka untuk bergerak sendiri mencari kebenaran. Tetapi kehebatan mereka akhirnya menjadikan mereka buruan pihak-pihak yang tidak senang dengan mereka.

Mereka menggunakan ilmu-ilmu dalam bidang Tafsir al Qur’an sebagai bantuan mereka untuk mengkaji ilmu berkaitan kitab-kitab sebelum dari al Qur’an. Dengan hanya menggunakan kaedah yang lebih kurang seperti kaedah Tafsir Bir Riwayah, pembohongan yang dimasukkan ke dalam kitab-kitab Taurat, Zabur dan Injil sepertimana yang didakwa oleh ahli-ahli kitab dengan sendirinya termuntah keluar dari kitab-kitab mereka tanpa perlu bersusah payah untuk memahaminya. Mudah bagi Muslim untuk mengetahui yang mana betul dan yang mana palsu di dalam kitab mereka. Dengan membiasakan diri dengan al Qur’an, dengan mudah gaya bahasa dan cara ayat yang dipersembahkan di dalam kitab-kitab sebelumnya kita akan ketahui sama ada ianya ayat dari Tuhan atau pun ayat-ayat yang dipautkan masuk oleh manusia-manusia yang dilaknat Allah.

Dengan berpandukan al Qur’an yang juga berfungsi sebagai al Furqaan, ayat-ayat dalam kitab-kitab sebelum ini boleh disahkan benar atau palsu atau terkadangnya terdapat ayat-ayat yang mana Rasulullah s.a.w. pernah berkata, jangan mengiakan dan menafikan tentangnya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ali Imran ayat 3 hingga 4

Diturunkannya kepada kamu al Kitab (al Qur’an yang berisi) kebenaran membenarkan Kitab-kitab yang berada di depannya (kitab-kitab yang turun sebelumnya) dan diturunkanNya pula Taurat dan Injil. Sebelumnya (sebelum diturunkannya al Qur’an) menjadi petunjuk bagi manusia dan diturunkanNya pula al Furqaan (Kitab yang memisahkan yang hak dan yang batil). Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah, bagi mereka disediakan siksa yang berat, dan Allah Maha Tangguh (menguasai segala urusan sehingga tidak ada suatu pun yang dapat menghalangiNya untuk menunaikan janji baik dan janji burukNya) dan mempunyai balasan siksa (terhadap orang yang derhaka)7

Berbalik kepada Matthew Henry di dalam menafsirkan kitab Genesis (kitab keluaran), apa yang dia terlepas pandang ialah di dalam Kitab Midrash Gen. Rabbah (Bereishit Rabbah), tradisi Hebrew menyatakan bahawa laknat tuhan ditimpakan Tuhan ke atas Ham adalah seperti yang di petik seperti di bawah.

Cursed be Canaan You have caused me to be incapable of begetting another fourth son to serve me. Cursed be your fourth son, that he should minister to the children of these older ones [Shem and Japhet], upon whom the burden of serving me has been placed from now on. Now what did Ham see (what reason did he have) that he castrated him? He said to his brothers,“The first man [Adam] had two sons, and one killed the other so as to inherit the world, and our father has three sons, and he still desires a fourth son!”
Terjemahannya : Laknat Tuhan ke atas Canaan: Engkau telah menjadikan aku tidak lagi mampu mempunyai anak ke empat untuk berkhidmat kepadaku. Laknat jatuh ke atas anak ke empat dari engkau yang dia seharusnya berkhidmat kepada anak-anak saudara (saudara Ham) yang lebih tua daripadanya (iaitu Shem dan Japteth), yang mana bebanan (laknat khidmat) tersebut dikenakan bermula sekarang. Sekarang (diperjelaskan) apa di dalam fikiran Ham semasa dia melakukan perbuatan mengkasi kemaluan bapanya sendiri. Dia berkata kepada saudara-saudaranya, “Manusia pertama (Adam) mempunyai dua orang anak, seorang membunuh yang seorang lagi untuk mewarisi dunia, dan bapa kita pula mempunyai anak seramai tiga orang, dan dia masih lagi inginkan anak yang ke empat!

Na’uzubillah.. segala yang dibentangkan di atas dari awal merupakan semua yang dikisah di dalam kitab kejadian (Genesis) di dalam Bible fasal satu hingga sembilan. Mereka memfitnah Nabi Allah Nuh a.s. yang dipandang mulia orang Islam dengan sabitan kelakuan mabuk dan bertelanjang sehinggakan dikasi kemaluannya oleh anaknya sendiri. Al Qur’an menyatakan perkara baik bagi Nuh dan jauh sekali sikap dan perbuatan sedemikian rupa layak bagi Rasul Allah yang pertama.

Permasalahan Yahudi-Kristian Evangelist dengan bangsa penghuni Palestin bermula dengan tuntutan yang menyatakan bahawa ‘Foundation Stone’, batu yang digunakan Tuhan sebagai asas penciptaan langit dan bumi berada di bawah kubah as Sakkhra. Kemudian dilanjutkan dengan ayat yang menyatakan bangsa Canaan penduduk asal negara Palestin merupakan bangsa yang dilaknat Tuhan di atas perbuatan bapa kepada keturunan itu yang mengkasi kemaluan bapanya Noah. Jadi mereka memandang dengan pandangan hina ke atas bangsa Canaan dengan menganggap bangsa itu pada kelas tiga itu pada tahap hamba kepada hamba abdi mereka. Bermula dari Genesis fasal 9, segala pencabulan hak ke atas penduduk asal tanah Palestin ini akan menajdi-jadi dengan lebih teruk lagi.

Berbalik kepada komentar yang di buat oleh Matthew Henry tadi, seperti mana yang dinyatakan di atas bahawa dia terlepas pandang di dalam dua perkara. Perkara pertama sepertimana yang dibentangkan di atas tadi ialah berkenaan tafsiran yang dibuatnya dengan tidak merujuk apa kata Rabbi Yahudi mengenai sejarah ayat tersebut. Perkara kedua yang dia terlepas pandang ialah komennya itu akan memakan diri apabila sampai kepada penceritaan mengenai Jacob (Yaakob) dan Esau anak kepada Isaac (Ishak) nanti.
Kita tidak mahu membincangkan mengenai kenapa Tuhan di dalam Bible seperti gagal untuk memilih orang yang tepat bagi dimuatkan di dalam Bahtera Noah sepertimana yang yang dikatakanNya di dalam ayat Genesis fasal 7.

7:1 And the LORD said unto Noah, Come thou and all thy house into the ark; for thee have I seen righteous before me in this generation.4
Terjemahannya : 7:1 Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Nuh: "Masuklah ke dalam bahtera itu, engkau dan seisi rumahmu, sebab engkaulah yang Kulihat benar di hadapan-Ku di antara orang zaman ini.5

Begitu juga dengan penyesalan Tuhan terhadap keputusannya menciptakan manusia lalu ingin Dia menghapuskan manusia di atas kesilapanNya dalam menilai halatuju makhluk-makhluk ciptaanNya. Begitu juga dengan percanggahan yang terlalu banyak bermula dengan ayat-ayat penciptaan di dalam Genesis fasal satu sehingga 10 yang sedang dibincangkan. Ini kerana tujuan penulisan ini bukanlah untuk mencari kelemahan tetapi untuk memahami kenapa dunia Judeo-Kristian sangat-sangat membenci dan membiarkan orang-orang Palestin dibunuh seperti tiada nilai sedikitpun nyawa mereka. Untuk membincangkan kelemahan kitab mereka, mungkin di penulisan nanti.

Di dalam Genesis fasal 10 diceritakan mengenai, keturunan Shem, Ham dan Japteth. Anak-anak kepada Japteth adalah seperti berikut – Gomer, Magog(Makjuj), Madai, Javan, Tubal, Meshech dan Tiras. Mereka merupakan bapa-bapa kepada bangsa manusia yang dikenali dengan nama yang sama dengan nama mereka. Anak-anak Gomer merupakan kaum yang dikenali sebagai Ashkenaz, Riphath dan Togarmah. Anak-anak Javan merupakan penduduk Elisha, Sepanyol, Cyprus dan Rhodes.

Keturunan Ham pula adalah seperti yang dinayatakan di dalam Genesis Fasal 10 seperti berikut:
10:6 And the sons of Ham; Cush, and Mizraim, and Phut, and Canaan.
10:7 And the sons of Cush; Seba, and Havilah, and Sabtah, and Raamah, and Sabtechah: and the sons of Raamah; Sheba, and Dedan.
10:8 And Cush begat Nimrod: he began to be a mighty one in the earth.
10:9 He was a mighty hunter before the LORD: wherefore it is said, Even as Nimrod the mighty hunter before the LORD.
10:10 And the beginning of his kingdom was Babel, and Erech, and Accad, and Calneh, in the land of Shinar.
10:11 Out of that land went forth Asshur, and builded Nineveh, and the city Rehoboth, and Calah,
10:12 And Resen between Nineveh and Calah: the same is a great city.
10:13 And Mizraim begat Ludim, and Anamim, and Lehabim, and Naphtuhim,
10:14 And Pathrusim, and Casluhim, (out of whom came Philistim,) and Caphtorim.
10:15 And Canaan begat Sidon his first born, and Heth,
10:16 And the Jebusite, and the Amorite, and the Girgasite,
10:17 And the Hivite, and the Arkite, and the Sinite,
10:18 And the Arvadite, and the Zemarite, and the Hamathite: and afterward were the families of the Canaanites spread abroad.
10:19 And the border of the Canaanites was from Sidon, as thou comest to Gerar, unto Gaza; as thou goest, unto Sodom, and Gomorrah, and Admah, and Zeboim, even unto Lasha.
10:20 These are the sons of Ham, after their families, after their tongues, in their countries, and in their nations.


terjemahannya : 10:6 Dan berikut anak-anak Ham; Cush, dan Mizraim, dan Phut, dan Canaan.
10:7 Anak-anak kepada Cush; Seba, dan Havilah, dan Sabtah, dan Raamah, dan Sabtechah: dan anak-anak kepada Raamah; Sheba, dan Dedan.
10:8 dan Cush melahirkan Nimrod(Namrud): dan dia menjadi antara penguasa terbesar di dunia..
10:9 Dia merupakan seorang pemburu yang gagah di hadapan Tuhan: disebabkan pernah dikatakan, "Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN."
10:10 Mula-mula kerajaannya terdiri dari Babel, Erekh, dan Akad, semuanya di tanah Sinear.
10:11 Dari negeri itu ia pergi ke Asyur, lalu mendirikan Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah
10:12 dan Resen di antara Niniwe dan Kalah; itulah kota besar itu.
10:13 Misraim memperanakkan orang Ludim, orang Anamim, orang Lehabim, orang Naftuhim,
10:14 orang Patrusim, orang Kasluhim dan orang Kaftorim; (dari mereka inilah berasal orang Filistin.)
10:15 Kanaan memperanakkan Sidon, anak sulungnya, dan Het,
10:16 serta orang Yebusi, orang Amori dan orang Girgasi;
10:17 orang Hewi, orang Arki, orang Sini,
10:18 orang Arwadi, orang Semari dan orang Hamati; kemudian berseraklah kaum-kaum orang Kanaan itu.
10:19 Daerah orang Kanaan adalah dari Sidon ke arah Gerar sampai ke Gaza, ke arah Sodom, Gomora, Adma dan Zeboim sampai ke Lasa.
10:20 Itulah keturunan Ham menurut kaum mereka, menurut bahasa mereka, menurut tanah mereka, menurut bangsa mereka.
5

Beri perhatian bahawa daripada keturunan Ham inilah lahirnya bangsa Canaan dan semua bangsa yang menjadi penduduk asal tanah Palestin. Perhatikan kaitan dengan semua nama dan keturunan yang berasal dari Ham ini, mereka inilah yang kini sedang dijahanamkan oleh rejim Zionis-Amerika. Merekalah yang menjadi penduduk Iraq, Mesir, Libya, Cush dan Canaan. Bagi mereka yang menyatakan bahawa apa yang berlaku di Palestin ini tiada kaitan dengan agama, mereka sebenarnya sedang terawang-awang di dalam dunia mereka sendiri. Segala yang berlaku di Palestin di dunia pada masa ini ada kaitan dengan cita-cita Zionis untuk mengembalikan mereka ke zaman kegemilangan King David di mana mereka memerintah dunia dengan menguasai daerah bermula di barat Sungai Nil hingga di timur Sungai Euphrates.


Selepas ini akan saya huraikan keturunan Shem hingga ke Abraham dan dari Ibrahim hingga ke Musa sepertimana yang diceritakan di dalam Bible dan apa yang diberitahukan kepada kita melalui al Qur’an dan hadis. Insya Allah di sana nanti kita akan mengenali bagaimana segala taktik penipuan, kebaculan, penindasan dan perampasan hak dilakukan mereka-mereka yang dilaknat kerana mengubah perintah-perintah Allah terhadap mereka ini. Ianya sekaligus membenarkan firman Allah. Wallahua’lam..

_____________________________________________________________________________________
Rujukan :
  1. Genesis 1-4, Commentary on the Whole Bible (Genesis to Deuteronomy) Volume 1 by Matthew Henry. Grand Rapids, MI: Christian Classics Ethereal Library
  2. Genesis fasal 4 ayat 25, Today’s English Version (Special Missionary Edition), American Bible Society 1976. m/s 8.
  3. Bereishit Rabbah, Judaica Press Complete Tanakh with Rashi’s Commentary.
  4. King James Version, Martin Luther King Bible.
  5. Al Kitab (Bible) Terjemahan Indonesia.
  6. Genesis 9 verse 24 - 27, Commentary on the Whole Bible (Genesis to Deuteronomy) Volume 1 by Matthew Henry. Grand Rapids, MI: Christian Classics Ethereal Library, m/s 125 & 126.
  7. Tafsir Jalallain berikut Asbabun Nuzul, Imam Jalalluddin al Mahalli & Imam Jalallauddin as Suyuthi,
  8. Bereishit Rabbah, Judaica Press Complete Tanakh with Rashi’s Commentary. Bereishit fasal 9 ayat 25.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987.

eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)


Tuesday, January 13, 2009

Lupakan Saja Gaza...

Oleh : Muhammad Ibn 'Az
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Saya merancang untuk kembali menyambung semua kerja tertangguh berkenaan blog ini sebaik sahaja saya cuti selama hampir dua minggu saya habiskan. Kesibukan dengan jadual baru kehidupan dan projek kejuruteraan dibawah kelolaan saya sebagai wakil pihak Konsultan Perunding sedikit sebanyak merampas waktu dan kemampuan saya untuk menulis. Dengan bahan yang banyak dikumpul dalam buku nota, saya kirakan sebelum ini bahawa saya mampu untuk menulis apa yang terlintas di hati dan fikiran mengenai apa yang telah berlaku kepada Malaysia dan dunia akhir-akhir ini.

Tetapi kekeliruan dalam membuat penelitian dan bukti-bukti yang diperlukan untuk mengesahkan ‘kisah-kisah benar mengenai masa depan’ sebagaimana yang diberitahukan oleh Muhammad s.a.w. Rasulullah tercinta, sedikit sebanyak membuatkan saya teragak-agak untuk menulis sesuatu sehingga jelas apa yang berlaku itu direalisasikan melalui perbuatan oleh si pelaku itu sendiri. Kecelaruan politik, asakan polemik golongan yang mengambil kesempatan serta retorik-retorik tindakan melulu golongan-golongan yang cuba menjadi jagoan Islam sangat memeningkan kepala dan akal bagi yang mahu berfikir dan tidak cenderung mempercayai secara melulu. Ditambah pula jika ianya diperlakukan oleh figura-figura yang sangat saya hormati sebelum ini termasuk yang menjadi guru kepada saya.
Lalu disebabkan perlakuan yang tidak seiring dengan perkataan dan kecenderungan untuk menyembunyikan kebenaran dan perintah muhkam yang terlalu jelas daripada Allah demi memelihara kepentingan kroni politik sendiri, maka pada satu ketika saya telah mengambil jalan untuk berpisah dengan salah seorang guru yang biasa saya mempelajari tafsir al Qur’an dengannya secara perguruan pondok. Manakan saya boleh mendapatkan kebenaran jika ianya disimpan demi menjaga kroni sedangkan ulama-ulama dan kitab-kitab yang diajarkan mereka yang saya rujuk menyatakan mengenai perkara yang berbeza. Pusingan 180 darjah bukan satu pusingan yang kecil azimuthnya. Ia satu pusingan yang membawa musibah dan murka Allah kerana bersikap seperti orang-orang terdahulu daripada kita. Pendirian saya manusia maksum sudah tidak lagi wujud di dunia sejak kewafatan Rasulullah s.a.w. lebih kurang 1400 yang lalu. Siapa sahaja boleh membuat salah tidak kira siapa termasuk diri saya sendiri. Ulama’-ulama’ juga tidak terkecuali. Setiap guru yang kita pelajari sesuatu ilmu dengannya harus kita mempelajari ilmu yang sama dari guru-guru yang berbeza supaya ianya lebih mantap serta menambahbaik keupayaan menilai dan melihat sesuatu itu dengan lebih mendalam. Jika wujud pertikaian dan pertelingkahan pendapat, maka kitab-kitab tersurat akan dirujuk kerana ulama’ yang lebih dahulu lebih dekat pemahamannya daripada apa yang dicernakan akal oleh mereka yang wujud pada masa ini.

Lalu sahabat-sahabat rapat menjadi tempat dikongsi cerita dan pandangan. Jika mencari sahabat, carilah mereka yang berani mengkritik dan menegur anda. Untung saya saya memiliki sahabat dari kalangan yang dimaksudkan. Mereka-mereka ini sudah lama bersama saya dan mengenali siapa saya dan apa kecenderungan tindakan-tindakan yang saya lakukan. Mereka melihat bukan hanya dari mata seorang kawan, tetapi melihat supaya sahabat mereka ini mempunyai masa depan yang terjamin di akhirat nanti. Malah salah seorang sahabat yang rapat dengan saya yang berguru dengan guru yang sama, dengan ikhlas menegur tindakan saya meninggalkan guru tersebut. Dia yang saya kenali rapat lebih 12 tahun dahulu semasa sama-sama aktif dalam dunia underground dan biasa bermain lead guitar dalam band-band old school separuh masak lagi merapu yang ditubuhkan saya merupakan hanya sebilangan kecil sahabat rapat yang masih saya hubungi dan jumpa. Saya mempunyai ramai sahabat tetapi tidak mempunyai ramai sahabat rapat, saya kira jumlah sahabat yang benar-benar rapat dengan saya, jumlahnya kurang dari sepuluh orang.
Separuh daripada mereka merupakan sahabat-sahabat yang mempunyai kecenderungan yang sama dan pernah sama-sama menjadi hyperaktif dalam aktiviti muzik. Separuh lagi merupakan cyber mujahidin, ahli politik, ahli politik kedai kopi dan sahabat dari zaman persekolahan dahulu. Tetapi kesemua mereka yang rapat dengan saya ini merupakan sahabat-sahabat yang boleh mengkritik dan dikritik serta berani menegur sahabat mereka. Elemen ‘check n balance’ dalam persahabatan sebegini akan memastikan kita sentiasa tidak tersasar landasan. Untuk tidak menyatakan sesuatu yang buruk mengenai guru tafsir hebat yang saya dan sahabat saya berguru dengannya, saya tidak menjelaskan sebab-sebab saya beralih guru kepada sahabat rapat saya ini, yang saya nyatakan cuma terdapat bukti-bukti kukuh yang menyebabkan berat hati saya untuk meneruskan pengajian di pondok pengajian yang sama. Saya cuma mengambil sunnah berguru seperti mana yang diletakkan kriteria oleh para guru-guru yang lebih besar sebelum daripada mereka. Selain guru tersebut, saya masih berguru dengan beberapa lagi guru tafsir dan hadis yang dekat dengan tempat saya tinggal. Satu rahmat di sini ialah terdapat ramai guru bertauliah yang hebat yang boleh kita mendekati mereka. Untuk mengatakan diri jahil bukan satu alasan yang lojik jika pondok-pondok pengajian yang hebat dan sistem pengajian konvensional bercambah dimerata-rata. Jangan dipersepsikan pondok sebagaimana pondok-pondok usang dengan bumbung beratap rumbia dan gurunya sebagaimana lakaran wajah Adiputra sang guru dari Gunung Ledang yang mendidik Hang Tuah. Pondok yang dimaksudkan di sini merupakan sistem pengajian bukan konvensional yang menggunakan kaedah tradisi penyampaian ilmu secara turun temurun yang dilengkapi kini dengan prasarana moden dengan bangunan pengajian yang gah strukturnya dan sistematik sistem pengajiannya. Sahabat saya tadi kemudiannya mempelawa saya untuk berguru dengan beberapa orang lagi guru yang nonpartisan pendirian mereka. Lebih mudah untuk mendapat kebenaran dengan guru-guru dalam kategori ini, tiada apa yang cuba disembunyikan demi menjaga kepentingan politik. Kiri bedal, kanan pun bedal. Kiri puji, kanan pun puji. Yang betul dikatakan betul, yang salah dikatakan salah. Bukankah itu fungsinya Islam dan Muslim? Lalu saya sedang menyusun masa bagi membolehkan ianya dilakukan tanpa melibatkan pertindihan waktu dan jadual pengajian, pembelajaran, projek-projek yang sedang saya susun dan aktiviti saya yang lain. Ilmu seharusnya sentiasa ditambah sepanjang hayat seorang anak Adam. Pada ketika itu taubat dan wasiat seharusnya diutamakan, tidak salah jika sebuah kitab dan ilmu yang sama diulang-ulang pembelajarannya dengan guru-guru berbeza. Ianya lebih menguatkan dan memantapkan penilaian serta menambahkan nilai ilmu.

Saya juga ada bertemu dengan seorang lagi sahabat rapat saya dalam cuti yang panjang ini. Disebabkan dia kini bermastautin di Kuala Lumpur jarang sekali dapat saya ‘bergaduh’ dengannya di kedai mamak. Banyak perkara yang telah dirancangkan saya dan sahabat saya ini. Hanya Allah sahaja menentukan ke mana hala tuju perancangan bagi tujuan memantapkan daya tahan Muslim terhadap serangan dakyah-dakyah daripada luar. Sahabat ini merupakan salah seorang sahabat yang serius dalam isu menangani dakyah musuh Islam. Walaupun kecenderungan kami terhadap politik berada dalam school of thought yang berbeza di mana persamaannya hanyalah pada sikap non partisan terhadap mana-mana pihak, cuma dalam cara pelaksanaan dan cara sesuatu keputusan diputuskan, saya memilih cara preventive bersandarkan Perintah dan merujuk sejarah dan dia memilih cara eksperimentasi dan peluang sebagai proving ground bagi mana-mana gerakan membuktikan kesungguhan dan bikin yang serupa dengan cakap. Pertikaman lidah antara saya dan dia di mana-mana kedai kopi atau tempat berjumpa akan reda dan hilang sebaik saja teguk-teguk teh tarik terakhir dihirup. Alhamdulillah, segala puji itu hanya bagi Allah Tuhan sekelian alam di atas anugerah ini.

Memang kelihatan cara saya agak tradisional jika dibandingkan dengan caranya yang agak memberi peluang. Hujah saya, bahawa beruntungnya umat Islam kerana kita telah diberitahukan mengenai masa depan. Merujuk ke belakang untuk mengetahui masa depan merupakan cara yang paling mudah untuk menelaah sikap dan perbuatan yang bakal berlaku. Itu juga yang dilakukan kita setiap hari dalam menjalani hidup sebagai Muslim. Setiap perkara yang ingin dilakukan, akan dirujuk terlebih dahulu bagaimana cara pelaksanaannya satu ketika dahulu di dalam zaman Rasulullah dan para sahabat. Al Qur’an juga menceritakan pelbagai kisah umat-umat terdahulu serta apa yang dilakukan mereka dan akibat dari setiap satu perbuatan mereka.

Yusuf ayat 111
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

Bukan sedikit ‘kisah mengenai masa depan’ diceritakan Allah dan Rasulullah kepada kita. Jika kita mempelajari mengenai tafsir dan hadis maka akan ditemui ayat-ayat serta kisah-kisah mengenai masa depan yang diberi petunjuk dan pedoman bagi kita memahami apa yang sedang berlaku di sekeliling kita dan akibat dari segala perbuatan yang sedang diperlakukan. ‘Kisah benar mengenai masa depan’ yang disebutkan Allah di dalam al Qur’an dan diberitahukan kepada kita melalui hadis Rasulullah bukanlah satu ramalan. Ia merupakan kejadian-kejadian dan sikap-sikap manusia yang pasti akan berlaku jika kita benar-benar mahu memerhatikan dengan akal serta menilaikan setiap perbuatan setiap satu daripada apa yang diperhatikan. Di dalam ilmu ini, ia menceritakan mengenai sebab dan akibat sesuatu perbuatan dan dalam kategori manakah setiap kumpulan itu akan ditempatkan di sisi Allah. Lebih selamat bagi saya mengambil langkah pencegahan daripada bereksperimentasi di tepi lembah yang mempunyai jurang amat dalam kerana takut tergelincir. Lalu sebelum dia pulang semula ke Kuala Lumpur, sempat saya berjumpa dengannya dan dia memaklumkan bahawa dia akan memulakan sebuah laman weblog bagi perjuangan yang sudah ditangguh untuk sekelian lama. Dalam pertemuan tersebut, dia mengungkit mengenai cara bagaimana musuh-musuh Islam menggunakan methodology yang digunakan Rasulullah satu ketika dahulu sebagai senjata untuk mendajalkan umat Islam. Dahulu cara ini digunakan di dalam Islam dengan berkesan dengan meletakkan label bagi mereka-mereka yang mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Lalu kita dapat membezakan yang mana Muslim, yang mana Mukmin, yang mana Kafir dan yang mana Munafik. Semua ciri-ciri golongan ini dijelaskan dan setiap Mukmin mengenali mereka melalui perbuatan, percakapan dan dipihak mana mereka suka bersekongkol. Tetapi Muslim pada hari ini meninggalkan cara psikologi hebat ini demi untuk menjaga hati dan supaya kelihatan agak lebih modern dan terbuka. Muslim kini tidak lagi menggelarkan golongan-golongan yang jelas menentang Islam sebagai kafir harbi, golongan-golongan liberal bermuka dua sepertimana banyak pertubuhan-pertubuhan liberal yang wujud dalam negara ini serta parti-parti politik sesumpah dengan panggilan munafik dan sebagainya. Sebaliknya, pihak musuh Islam pula kini dengan lancang menggunakan label-label yang cuba menunjukkan bahawa Muslim yang dekat dengan ajaran Islam sebagai pelampau dan ekstremist. Lalu label-label seperti Muslim Fundamentalist dan Islamist mula digunakan untuk merujuk mana-mana pihak yang perjuangan pertubuhan mereka mahu memastikan Islam tidak tercemar dan ditegakkan serta diamalkan dengan cara yang betul dihijack dengan gelaran-gelaran yang disinonimkan dengan perbuatan melampau. Lalu media-media burung kakak tua pun ikut sama menyanyikan korus alunan musuh Islam ini.
Apa salahnya menjadi Muslim Fundamentalis? Apa ada pada Muslim jika fundamentalnya berterabur? Muslim tidak akan digelar Muslim jika fundamentalnya berterabur, gelaran yang sesuai digunakan ialah Munafik. Begitu juga dengan gelaran Islamist. Apa masalah mereka ini? Kenapa mahu disabitkan Islamist dengan golongan ektremis? Bukankah setiap orang Islam yang benar-benar mahu mengamalkan Islam itu seharusnya dikenali sebagai Islamist? Menjelaskan perkara ini, lalu sahabat saya tadi menyatakan bahawa laman weblognya dia namakan sebagai Islam1st. Perhatikan, perbezaan antara Islamist dan Islam1st di mana huruf i digantikan dengan nombor satu (1). Bahawa setiap Muslim yang digelarkan sebagai Islamist itu merupakan orang-orang yang mengutamakan Islam di dalam hidup mereka. Bahawa musuh-musuh Islam memang membenci umat Islam yang sentiasa meletakkan kepentingan Islam melebihi segalanya sehinggakan mereka sentiasa cuba memburukkan setiap perlakuan Muslim dengan gelaran-gelaran yang cuba mereka sabitkan dengan perkara buruk. Lalu dia menyatakan bahawa dia menamakan laman weblognya Islam1st supaya setiap kali perkataan Islamist keluar dalam mana-mana penerbitan tempatan bertaraf burung kakaktua dan penerbitan luar yang menjadi vektor pembawa virus propaganda, maka setiap Muslim akan menyedari bahawa setiap siapa yang dirujuk mereka sebagai Islamist, individu atau pertubuhan tersebut merupakan mereka yang benar-benar cuba meletakkan Islam sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. 

Lalu beberapa hari lepas semasa saya sedang memancing menikmati hari-hari akhir percutian saya bersama keluarga di Teluk Bahang, dia menghubungi saya bahawa dia sudah mengaktifkan blog tersebut di laman www.islam1st.org dengan bantuan seorang lagi sahabat saya, saudara Rizal salah seorang daripada beberapa sahabat yang banyak membantu saya di dalam hal programming dan beberapa hal lain. Harapan saya kedua-dua dapat beristiqamah dalam apa yang dilakukan. Sesuatu yang menarik yang disungutnya sebelum pulang ke Kuala Lumpur ialah mengenai pertubuhan-pertubuhan liberal Muslim yang sentiasa cuba menjadi juara dalam menggagalkan apa jua perkara yang diusahakan bagi membawa kebaikan orang Islam dan bersikap diam apabila melihat Islam itu cuba dimusnahkan. Mereka-mereka ini menggelarkan diri mereka dan pertubuhan mereka dengan nama-nama yang seakan-akan Islam dan pertubuhan hak asasi, tetapi sikap dan perbuatan mereka menunjukkan diri mereka merupakan golongan pendokong pluralism dan liberalism sesat. Mereka mendakwa mereka berpegang kepada ajaran Islam, tetapi cara mereka menafsirkan sendiri al Qur’an dan hukum hakam Islam adalah mirip kepada gerakan Fundamentalism Protestant Kristian dalam menafsirkan kitab mereka. Lalu ditanyakan sahabat saya itu kepada saya, apa sebenarnya yang dimahukan mereka? Apakah mereka mahu menjadi sebuah sect baru Islam yang berpecah dari jemaah dengan sikap mereka yang mencurigakan? Apakah perlu dilabelkan mereka ini sebagai Protestant Muslim jika munafik tidak mahu digunakan? Label Protestant Muslim yang dilemparkan ke muka mereka oleh sahabat saya ini membuatkan saya hampir tergelak. Benar apa yang dikatakannya, apakah mereka mahu menjadi sebuah sect Protestant di dalam dunia Islam? Oleh kerana semua yang digariskan ulama’ dilabel mereka sebagai outdated dan mempunyai nilai yang tidak lebih dari Patriarchal oriented tribal value, maka Protestant Muslim kelihatan jelas sesungguhnya sesuai dengan tindakan mereka. Persoalannya kenapa tidak mahu dilabelkan sahaja mereka ini dengan gelaran munafik supaya semua Muslim boleh berhati-hati dengan udang-udang besar disebalik batu mereka? Semua orang tahu betapa Abdullah bin Ubay yang kecewa kerana gagal dalam perancangannya untuk memegang tampuk kuasa Madinah apabila Rasulullah berhijrah ke sana, merupakan musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan yang mengancam kewujudan negara Islam Madinah. Golongan yang sama dengan Abdullah bin Ubay ini terlalu ramai kini di Malaysia tanpa sebarang kawalan dan peringatan diberikan kepada Muslim tentang kewujudan mereka. Saya sangat berharap agar sesiapa pun di luar sana yang mempunyai kelebihan pengetahuan supaya turut berkongsi ilmu dengan sahabat, kaum kerabat dan orang ramai. Bukankah berpesan-pesan tentang kebenaran itu memasukkan kita ke dalam golongan yang diberi pengecualian dari golongan yang rugi? Semoga usaha awal sahabat saya ini diberkati Allah.

Berbalik kepada ‘kisah benar mengenai masa depan’ tadi, di dalam aliran falsafah sendiri, Master Kung (Kung Fu Tze@ Confucius) sendiri di dalam kitab Bunga Rampainya menyatakan bahawa untuk mengetahui mengenai masa depan, hendaklah kita menilai dan merujuk sesuatu di masa belakang. Ianya dicatatkan seperti di bawah.

Tzu-Chang asked whether the state of things ten generations hence could be foretold. The Master said, we know in what ways the Yin modified ritual when they followed up upon the Hsia. We Know in what ways the Chou modified ritual when they followed up upon the Yin. And hence we can foretell what the successors of Chou will be like, even suppossing they do not appear till a hundred generations from now. (Book II : 23, Confucius, The Analects, Everman’s Library. Pg. 85)
Terjemahannya : Tzu-Chang (salah seorang murid Confucius) bertanya samada perkara yang bakal berlaku dalam sepuluh generasi akan datang dapat diramalkan. Master Kung menyatakan, “Kita mengetahui dalam apa cara Yin mengubah cara perlaksanaan ritual selepas mereka menggantikan (dinasti) Hsia. Kita mengetahui dengan cara apa Chou mengubah cara perlaksanaan ritual semasa mereka menggantikan (dinasti) Yin. Dan dari situ kita dapat mengagak apa yang bakal dilakukan pengganti Chou biarpun mereka belum lagi muncul untuk beratus generasi yang akan datang.

Dalam bahasa mudah untuk mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh DAP jika mereka berkuasa, maka rujuklah janji-janji sebelum memerintah dan telitikan apa yang dilakukan setelah PAP memerintah di Singapura supaya dapat membuat penilaian. Ucapan-ucapan dan teks-teks penulisan mereka yang di dalam DAP yang saya kumpul sejak sekian lama menunjukkan kecenderungan tersebut. Saya menyimpan rekod-rekod teks penulisan, debat, ceramah dan artikel mereka semenjak tahun 1967. Jangan tersilap kira, saya baru sahaja berumur 31 tahun. Rekod-rekod lama itu saya peroleh dari banyak sumber yang banyak membantu saya.

Saya hanya akan bercakap berkenaan bukti yang jelas. Jika ingin mengetahui apa yang bakal dilakukan PAS jika masih terus ingin hidup seperti belacak di dalam lumpur dalam persekongkolan yang jelas dilarang Allah, maka kajilah sejauh mana kekuatan ulama’ yang masih bersisa dan sebanyak mana sokongan di pihak mereka dalam memahami serta menerima dan mengatasi terjahan kolum kelima (fifth column) yang telah menembus masuk dan mengucar kacirkan mereka sejak 1998. Ia menembus bukan secara tidak sengaja, tetapi merupakan satu perancangan teliti yang disusun lama untuk menjinakkan PAS. Jika dahulu mereka ditakuti kerana bagai singa bila berdepan isu yang melibatkan kepentingan Islam, maka kini motif untuk melemahkan PAS oleh pihak kolum kelima ini mula menampakkan sedikit kejayaan.

Jika ingin melihat apa yang bakal dilakukan PKR jika memerintah, rujuklah kepada apa yang dilakukan oleh UMNO dalam tahun-tahun kebelakangan ini dan gandakannya kepada dua kali lipat. Tiada bezanya PKR dan UMNO, ia cuma refleksi bayangan UMNO pada sebuah cermin yang sangat berdebu. Jika ingin melihatkan apa yang bakal dilakukan oleh UMNO jika diberikan peluang lagi untuk memerintah, lihat kepada apa yang berlaku kepada Melayu di Pulau Pinang sebagai microcosm permasalahan gerakan menghapuskan sejarah Melayu sebagai penduduk asal nusantara, perhambaan moden kepada bangsa Melayu serta penghapusan sistematik etnik Melayu tanpa genocide melalui sikap berpeluk tubuh dan hanya mementingkan kepentingan peribadi dan suku sakat di atas kepercayaan ikhlas yang pernah dicurahkan bangsa Melayu kepada mereka. Pemikiran diluar kotak yang dilaungkan pemimpin UMNO untuk kemajuan dan survival bangsa hanya memasukkan daya akal sebahagian besar daripada mereka ke dalam ruang lingkup tembolok yang tertutup rapat. Untuk UMNO benar-benar ingin menjadi pejuang bangsa Melayu, mereka harus berfikir di luar tembolok dan bukannya di luar kotak yang masih terperangkap di dalam tembolok. Jika semuanya tak betul, siapa yang harus kita sokong? Nanti saya jelaskan. Saya tak mahu berbicara mengenai Parti-Parti Politik lain. Tiada Dzimmi di dalam politik Malaysia. Itu sesuatu yang jelas terbukti. Yang tinggal kepada Muslim hanyalah satu pilihan. Saya hanya ingin bicarakan ialah mengenai PAS dan UMNO, dua gergasi Islam yang bertanggungjawab menjadikan kita semua minoriti di bumi sendiri. Kedua-duanya sama sahaja. Jangan bercita-cita untuk menegakkan al Qur’an sebagai perlembagaan utama sekiranya sunnah pembinaan negara Islam langsung tidak mahu diikut. Selain daripada kedua ini, hanyalah lalat-lalat dengan perut besar memboyot yang bakal merosakkan cita-cita untuk mengembalikan kita kepada peraturan asal tanah ini. Masing-masing mahu menjadi hero dengan memuliakan diri sendiri dan mengkeji yang lain. Saya tidak mahu memulakan posting blog ini dengan nada yang terlalu keras, saya menyimpan untuk menjelaskan mengenai perihal kecelaruan politik ini dengan bukti-bukti terkumpul selepas beberapa posting yang akan saya muatkan di dalam blog ini.

Terima kasih juga kepada pengunjung blog ini yang sentiasa bertanya khabar tidak kira melalui komen di shoutbox, artikel, mereka-mereka yang menghubungi saya melalui email, sms dan panggilan telefon. Terima kasih di atas sifat prihatin anda dan saya sangat teruja untuk menyambung kembali penulisan di atas api semangat yang dikipaskan oleh kesungguhan saudara-saudari yang mengambil berat. Maafkan saya jika kemunculan semua ini berbau politik yang agak mengecewakan, tetapi demi kelangsungan survival umat Islam di Malaysia, perlu ada pihak yang menegur akan apa yang berlaku supaya setiap yang berlaku tidak akan menjerumuskan negara kita ke lembah kehancuran sepertimana yang berlaku ke atas semua negara Islam yang dijajah terutamanya Arab Saudi dan Palestin.

Saya tidak merancang untuk menyambung penulisan seawal ini, tetapi apabila melihatkan keadaan umat Islam di Gaza yang sedang menunggu masa untuk disembelih oleh rejim pengganas Zionis pada bila-bila masa sahaja, maka gelodak jiwa dan fikiran memaksa saya untuk menulis mengenai perkara ini. Sudah ramai sebenarnya pemimpin, wartawan, blogger dan orang ramai menulis dan bercakap mengenai Palestin. Terlalu banyak remedi yang dicadangkan sebagai ubat bagi keparahan kekejaman yang berlaku di bawah hidung pertubuhan bertaraf bapuk yang beribu pejabat di New York.

Tetapi masalah utama bagi semua remedi yang cuba dicadangkan ialah, ianya tidak cuba untuk memahami kenapa bantuan Allah itu belum kunjung tiba di Palestin. Doa-doa yang kita panjatkan kepada Allah menjadi sia-sia akibat dari perbuatan sesama kita dan masalah yang berlaku di Palestin sendiri. Sebelum saya cuba mengupas mengenai apa yang berlaku di Palestin, ingin saya membawa semua pengunjung blog satuhala ini memahami cara bagaimana Zionis yang didokong oleh sebahagian besar Yahudi dan Kristian evangelist menggunakan cara yang menjadi lumrah bagi keturunan mereka dalam merampas, mengugut, menipu serta hanya berani berperang dengan golongan yang lemah.
Sesungguhnya setiap tindak tanduk mereka membenarkan firman Allah s.w.t dalam al Qur’an bahawa mereka ini hanya berani jika mereka mendapat perlindungan dan apabila mereka memerangi golongan yang lemah. Saya akan muatkan Post Mortem masalah Palestin ini dalam posting berikutnya mengikut keizinan Allah. Berkenaan dialog dengan pemuda Kristian, saya akan memuatkan keseluruhan dari dialog yang berlaku sehingga ke peringkat tempat di mana dialog itu berlangsung digantung penyiaran kandungannya di Malaysia. Entah kerja siapa, wallahua’lam. InsyaAllah sebaik siap suaiatur mengikut kronologi, saya akan memuatkannya di sini dalam file pdf yang boleh dimuat turun secara percuma. Berkenaan posting Aishah, saya mengambil keputusan untuk menerbitkannya kerana terlalu panjang bahan yang saya tulis yang belum saya muatkan. Ditambah pula dengan banyak maklumat teknikal yang saya muatkan yang saya kira akan membosankan bagi pihak yang berfikiran mudah. Maka keputusan saya ambil untuk menerbitkannya bagi bacaan pihak yang benar-benar mahu membacanya dan mengambil pengajaran. InsyaAllah sebaik siap saya akan iklankan di sini.

Satu lagi sebelum saya menamatkan mukaddimah ini, saya ingin mengingatkan kepada setiap seorang daripada anda yang membaca blog ini termasuk diri saya yang terlalu mudah lupa dan alpa, sudahkah kita berjihad bangun di tengah malam untuk membuat solat hajat bagi penyatuan Muslim seluruh dunia dan Palestin serta Malaysia khususnya supaya Allah membantu dan memberi perlindungan kepada saudara-saudara seagama kita di Gaza yang sedang digasak oleh pengganas-pengganas haram rejim haram Amerika-Zionis? Jika belum, tidak ada gunanya kita terus bercakap berdegar-degar dan mengalirkan airmata setiap kali berita memaparkan penindasan dan genocide yang berlaku di sana. Bagaimana ingin berjihad dengan jihad perang sekiranya jihad dengan tidur sendiri pun gagal untuk membantu saudara seagama yang ditindas! Jangan bercakap mengenai senjata bantuan kepada Palestin sekiranya senjata paling hebat di atas sejadah disimpan rapi selepas saja solat Isyak. Jangan bersembang takbur bahawa jika kita di Palestin, kita akan berjuang mengangkat senjata menentang binatang haram Zionis ini sekiranya jihad untuk bangun mengangkat tangan menadah tangan kepada Allah supaya dibantu umat Islam di Palestin, membawa kita ‘syahid’ tidak bangun-bangun sehingga pagi! Bahawa Allah telah berjanji biar apa pun kekuatan musuh Islam, bergantung haraplah kepadaNya kerana Dia sahaja Yang Maha Kuasa. Segala kelengkapan yang kurang pada mujahiddin Palestin dan umat Islam kini adalah disebabkan kelemahan umat Islam itu sendiri kerana lalai dalam mengikuti ajaran Islam dan perintah-perintah Allah dan saranan Rasulullah s.a.w. Tetapi ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan tidak mahu berjuang. Tugas Muslim ialah sentiasa dalam keadaan siapsiaga untuk menerima apa jua bentuk ancaman sebagai langkah pencegahan bagi memastikan musuh-musuh Islam gentar dengan kekuatan umat Islam. Malang sekali pada ketika ini, kita berada dalam kedudukan lemah disebabkan oleh sikap kita sendiri.

Tetapi, perjuangan harus diteruskan. Janji Allah kepada umat Islam, biar sehebat mana perancangan dan persenjataan musuh, perancangan Allah itu lebih hebat. Bom-bom nuklear yang mampu menghancurkan gunung ganang sekalipun tidak akan menjejaskan akidah pejuang-pejuang Muslim yang benar-benar yakin dengan janji Allah. Allah telah menyatakan dalam surah Ibrahim ayat 46. Biar gunung ganang dapat dihancurkan dalam perancangan musuh Islam, ianya tidak akan dapat melawan ketentuan Allah. Apalah ada pada Nuklear jika dibandingkan kuasa Allah yang menguasai seluruh alam langit dan bumi. Nuklear itu hanyalah ujian keteguhan iman bagi mereka-mereka yang penakut, tetapi tidak kepada Muslim yang Mukmin. Tidak akan meletup bom tersebut tanpa izin Allah, tidak gugur sehelai daun di muka bumi ini dan tidak bergerak sebutir pasir di pantai tanpa pengetahuan, perancangan dan keizinan Allah. Senjata Muslim ialah doa, sudahkah kita bangun di tengah malam berjihad menggunakan senjata ini? Jika tidak... lupakan saja Gaza.....

Ibrahim ayat 46
Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.

Ingat.. Segala yang berlaku di Palestin adalah di bawah perancangan Allah. Kembalinya secara besar-besaran kumpulan Yahudi di Palestin juga merupakan perancangan yang diaturkan Allah bagi ‘sesuatu yang besar’ disediakanNya untuk mereka nanti. Kegagalan pertahanan umat Islam di Palestin mempunyai puncanya. InsyaAllah dalam waktu terdekat saya akan cuba memuatkan sebuah posting mengenai Post Mortem apa sebenarnya yang berlaku di Palestin. Segalanya mempunyai jawapan jika itu yang dicari. Bahawa remedi sebenar terletak ditangan umat Islam Palestin dan dunia itu sendiri. Apa yang berlaku di sana mempunyai kaitan dengan apa yang apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Turki dan Malaysia. Hanya Allah sahaja memiliki pegetahuan tentang apa sahaja rancanganNya dan apa yang sedang dia persiapkan untuk Yahudi di Israel. Kepada Allah kita berserah, kepada Allah kita memohon pertolongan. InsyaAllah, akan saya muatkan dalam ketika dan waktu yang diizinkan Allah.

Dari Maimunah Ibn Saad : Aku berkata : “Wahai Rasulullah, berpesanlah kepada kami mengenai Bait –ul Muqaddas.” Rasulullah s.a.w. menjawab : “Pergi dan bersembahyanglah di sana. (tetapi) semua bandar pada ketika itu terkesan akibat peperangan. (lalu baginda menambah) jika kamu tidak dapat bepergian dan bersolat di sana, hantarkanlah minyak supaya dapat digunakan untuk lampu-lampu di sana (cth : hantarkanlah bantuan).” (Sunan Abu Daud)

Dalam pemahaman mudah, berkumpullah di Baitul Maqdis jika mampu. Jika tidak, hantarkanlah bantuan kepada mereka di sana semampu yang ada. Jihad itu mempunyai dua kesudahan, syahid atau menang itu terletak kepada ketentuan Allah, yang diutamakan ialah menjalankan tanggungjawab mencari keredhaan Allah. Tiada guna hidup bermewah jika Tuhan yang memberikan kemewahan itu tidak redha. Tidak guna hidup bersenang, jika diakhirat nanti dibawakan syuhada Palestin mengheret kita dihadapan Allah kerana kita membiarkan mereka mati di kala kita berdengkur kekenyangan. Darah-darah bayi saudara kita terpalit di wajah setiap Muslim yang dayus hatta untuk mengawal cara perbelanjaan supaya tidak mengalirkannya ke kantung binatang haram Zionis ini! Tidak mati kita kerana tidak meminum minuman buatan Amerika, Tidak mati kita kerana tidak makan produk buatan Amerika, tetapi mati saudara kita ketika kita kenyang menikmati produk Dajjal ini dan mati kehausan saudara kita ketika kita menghilangkan dahaga dengan produk Binatang haram Zionis-Amerika ini! Bertindak atau dibawakan ke akhirat sebagai lelaki-lelaki Muslim yang bacul atau sebagai Muslimah-Muslimah yang tidak berperikemanusiaan. Semoga Allah mengampunkan ketidakupayaan kita semua. Bangunlah bersolat hajat dengan istiqamah, kerana kejayaan itu formula mudahnya ialah dengan bersolat dan bersabar. Allah tidak memandang kepada jumlah rakaat, Allah tidak memandang kepada jumlah jemaat, Allah juga tidak memandang kepada sebesar mana sumbangan. Tetapi Allah memandang kepada istiqamah, biarpun hanya dua rakaat ringkas solat hajat pada setiap hari, biar hanya RM 1 yang tidak dibelanjakan kepada produk binatang haram Zionis-Amerika ini secara istiqamah, kejayaan yang dijanjikan Allah itu hanya kepada orang yang bersolat dan bersabar di dalam setiap perbuatan dan amalan. Hilang satu intipati, maka janganlah mengharapkan kejayaan akan kunjung tiba. Wallahua’lam.......

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email