Tuesday, February 19, 2008

Pencerahan Terhadap Isu Email Berantai Tarikh Kiamat...

oleh Muhammad Ibn 'Az

Assalamu’alaikum warahmatullah dan selamat sejahtera kepada semua. Saya masih belum habis menyiapkan artikel panjang berkenaan dengan perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Saidatina A’isyah r.a. Maafkan saya atas kelemahan saya ini. Jika diizinkan Allah, bila siap nanti ianya akan dilengkapkan dengan hujah-hujah pemati terhadap golongan penentang Islam yang suka menggunakan isu ini untuk mencerca Islam serta keperibadian Rasulullah s.a.w. Buat kali ini, saya ingin memperjelaskan beberapa isu yang ditimbulkan serta komen saya terhadap beberapa email dari beberapa orang sahabat yang yang meminta saya membuat sedikit pencerahan terhadap email berantai yang banyak tersebar dalam rangkaian maya ini. Pertama email di bawah ini yang diminta oleh Umie Safa supaya diberikan komen. Sebenarnya Umie Safa telah beberapa kali dengan sabar menghantar email dalam bentuk yang hampir sama yang meminta supaya saya menegur mengenai perbuatan menyebarkan email berkaitan hari kiamat yang tersebar luas. Saya pernah menyatakan kepadanya bahawa saya akan membuat komen terhadap isu tersebut apabila diizinkan Allah nanti. Atas kelemahan saya ini, saya tidak sempat untuk memenuhi permintaan tersebut. Pada mulanya saya bercadang untuk memuatkan posting penuh berkenaan perkara tersebut dalam blog ini, tetapi tidak berkesempatan. Jadi saya mengambil kesempatan di sini untuk memuatkan sedikit komen serba ringkas dan sedikit sebanyak akan memberikan jawapan serta pencerahan kepada isu tersebut. Terima kasih kepadanya kerana bersabar dan terus menghubungi saya menerusi email walaupun terkadang (majoriti daripadanya) saya lambat membalasnya disebabkan kesibukan. Begitu juga dengan banyak lagi pengirim email dari rakan-rakan blogger dan pengunjung blog ini yang sentiasa bersabar dan kerap menghantar email kepada saya. InsyaAllah, semua email tersebut akan saya balas pada ketika yang diizinkan Allah nanti. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ABJ di atas teguran dan keikhlasan dalam komen terhadap artikel dalam blog ini, begitu juga dengan saudara Adi dari http://hardyw3b.wordpress.com yang membantu saya sedikit sebanyak dengan aspek teknikal blog ini. InsyaAllah bila sempat nanti, akan saya memperbetulkan perkara yang disentuh dalam teguran tersebut. (ed- saudara Adi juga menulis sebuah eBook berkaitan aspek teknikal computer yang saya kira padat dan cukup membantu bagi mereka yang sangat berminat untuk mendalami ilmu tersebut. Jika berminat, hubungi saudari Adi di blog kendaliannya dalam link yang disebut tadi). Dan terima kasih kepada anda semua yang menghantar email dan yang setia berkunjung ke sini.

eMail yang diminta oleh Umie Safa untuk ditegur ialah email dibawah ini (dalam font italic berwarna biru):

Assalamualaikum.

.
Mesti korang tkejut kan..neway, just bace dulu n evaluate it
later...Allah sahaja yang tahu kebenarannya.
Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400
tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.


a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun
sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah daripada ini kita ketahui
kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi
akan kiamat pada tahun 2066


b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada
bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu
akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk
menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket Dan
saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam
bumi Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..
Dan planet ini lebih besar daripada bumi Jikalau ini benar, dunia
akan musnah pada tahun 2065.

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,
disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa . Dan hadith mengatakan
bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan
kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat
pada tahun 2062 Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.


Wallahualam
Semua ini telah dikaji Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith
yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500
tahun Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun Cubalah anda
kirakan sendiri


Beribadatlah wahai umat Islam sekalian Ini adalah antara berpuluh-
puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar
sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka
dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan
lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan
yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-
sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.


P/s : mmmm kalu rajin pass la kat kawan2 korang erk.. sian kawan2
korang kalu tak tau ni...

Wallahua'lam...

Berkenaan dengan email di atas ini, seorang pengunjung blog ini yang menamakan dirinya sebagai En. Taupik Lubis dari Indonesia dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam dalam Universiti tempatan (Malaysia) juga ada mengirimkan email dan memberikan sedikit pendapat berkenaan dengan isu yang hampir serupa. Saudara Taupik juga ada bertanyakan pendapat berkenaan dengan isu ini. Pendapat dan soalannya seperti di bawah ini (dalam tulisan italic biru):

bagaimana pandangan antum tentang sebagian ulama dan umat islam yang suka sangat bercerita tentang masa berlakunya hari kiamat, terkadang mereka seolah-olah memberikan gambaran kiamat akan berlaku dalam masa dekat. ana tahu bahwa perkara ini telah pun berlaku semenjak dahulu, mungkin semenjak kewafatan Rasullah pun perkara ini dah berlaku. yang terbaru ada isu yang seolah-olah kiamat akan berlaku pada tahun 2012 ( 4 tahun lagi dari sekarang) dengan mengkaitkan kajian NASA. pada ana, kita memanglah yakin bahawa kiamat mesti akan berlaku satu masa nanti, tetapi ana tak suka dengan sikap sebahagian kita yang seolah-olah tak sabar-sabar nak tunggu kiamat berlaku, ana sokong sekiranya kita bercerita tanda-tanda akhir zaman mengikut hadis nabi yang keshahihannya tak diragukan dan disesuaikan dengan fakta-fakta yang berlaku hari ini sehingga menyedarkan umat untuk sentiasa beriman kepada allah swt. pada ana allah dah tetapkan pun dalam quran bahawa tak ada seorang pun yang tahu secara pasti bila kiamat itu berlaku termasuk rasullah saw, dan ini tentunya menjadi had laju bagi kita untuk bercerita tentang hari kiamat.

Saya pernah ditanya beberapa kali dalam email oleh beberapa pengunjung blog satuhala tersebut mengenai perkara ini. Saya sedang menyiapkan satu posting penuh bagi memperbetulkan semua kenyataan dalam email dan cara dakwah yang sedikit tidak bertanggungjawab ini. Menurut kebanyakan email yang membawa maksud serupa (seperti juga sama dengan email kiriman Umie Safa di atas), pihak NASA meramalkan bahawa terdapat sebuah planet kecil akan menghentam bumi pada 2014.

Sedikit pembetulan fakta ingin saya lakukan di sini. Menurut NASA, bukan planet kecil yang bakal menghentam bumi pada 2014, tetapi sebuah asteroid. Menurut NASA lagi, tarikh hentaman tersebut dijangka berlaku pada 21 March 2014. Asteroid tersebut dinamakan dengan nama 2003QQ14. Anda semua boleh membaca laporannya dengan klik laman di bawah ini.

http://dsc.discovery.com/news/afp/20030901/asteroid.html

Jika impak dari asteroid yang hendak mereka guna sebagai hujah untuk tarikh kiamat dunia, cuba klik di bawah ini untuk lihat ratusan tarikh kiamat bagi bumi berdasarkan ramalan dari NASA. Apakah bumi itu akan kiamat beratus-ratus kali?

http://neo.jpl.nasa.gov/risk/

Sebenarnya tarikh dan waktu sebenar kiamat tiada siapa yang tahu melainkan Allah s.w.t. Jika kita cuba bertindak bijak dengan membuat ramalan dan memberikan mana2 tarikh , ini bererti bahawa kita sedang menafikan ayat-ayat Allah sepertimana yang diwahyukan Allah dalam Al Qur’an.

Luqman 34
Sesungguhnya hanya pada sisi Allah sajalah pengetahuan tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

Yang perlu kita lakukan ialah memenuhi tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini dengan berbakti kepada Allah dan kepada sesama manusia dan makhluk dengan niat ikhlas keranaNya. Kiamat itu akan datang. Tanda-tanda hampir datangnya kiamat sudah dijelaskan dalam Al Qur’an dan hadis. Jika ingin berdakwah mengenai hari kiamat, lebih baik diambil cerita dan fakta2 dari dua sumber ini. Saya pasti saudara Taupik dan majoriti anda diluar sana lebih arif mengenainya. Berkenaan dengan manusia-manusia yang sentiasa sibuk membuat ramalan mengenai kiamat ini, pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah mengenai bila berlakunya kiamat? Lalu Rasulullah menjawab, apa yang telah dia (sahabat) tadi sediakan untuk itu (kiamat)? Dari sini kita sedia maklum mengenai apa yang perlu kita sibukkan sebagai keutamaan kita, iaitu beribadat dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah, sebelum kita lekas sibuk mencari bilakah gerangannya bakal berlakunya kiamat. Saya bersetuju dengan pendapat saudara Taupik yang menyatakan bahawa seolah-olah ada antara kita kelihatan seperti sudah tidak sabar lagi untuk bertemu dengan janji Allah ini.

Berkenaan dengan perkara (a) seperti di bawah ini yang dipetik dari email yang dikirimkan oleh Umie Safa :

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun
sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah daripada ini kita ketahui
kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi
akan kiamat pada tahun 2066

Ini komen saya :
Dalam email tersebut, tidak langsung dinyatakan dari mana sumber hadis tersebut diambil, siapa periwayatnya dan dari sanad mana satu hadis tersebut diambil dan apa taraf hadis tersebut? Ianya penuh dengan kekaburan dan sangat susah untuk menilaikannya. Tetapi saya bertemu dengan satu kenyataan oleh Ibnu Kathir yang dimuatkan dalam sebuah kitab tulisannya dengan tajuk “Al Nihayah Fi Al Fitan Wa Al Malahim” (terjemahan Bahasa Melayunya boleh didapati di bawah tajuk ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Kiamat’ diterjemahkan oleh Taat Amrullah Harun ArRasyid Hj. Tuskan dan disemak oleh Y Bhg. Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz, Darul Fajar Cetakan Kedua 2004, mukasurat 20) yang menyatakan :

Adapun berita yang menyebar di kalangan kebanyakan orang awam bahawasanya Nabi tidak berumur 1000 tahun di dalam bumi, tidak ada dasarnya, juga tidak pernah disebutkan di dalam kitab-kitab hadis yang menjadi pegangan, kami juga tidak pernah mendengarnya atau mendapatkannya di dalam kitab-kitab yang tebal atau pun kitab-kitab yang nipis, dan tidak ditetapkan dalam hadis Nabi bahawasanya beliau menentukan waktu-waktu tertentu, adapun yang disebutkannya adalah sebahagian dari tanda-tanda kiamat…..

Sangat jelas di sini semua yang menggunakan hadis-hadis dalam rupabentuk yang seakan sama dengan hadis yang diberikan komentar oleh Ibnu Kathir ini tidak mempunyai asas dan tidak tercatat dalam mana-mana kitab hadis samada kitab yang ‘besar’ atau pun kitab-kitab ‘biasa’. Maka hujah yang cuba di bawa kehadapan oleh penulis email tersebut bagi memberikan kredibiliti kepada hujahnya bahawa kiamat semakin dekat adalah tidak boleh diterima sama sekali, malah ianya lebih kepada perbuatan yang sia-sia kerana membawa masyarakat secara amnya untuk percaya kepada hadis yang tidak langsung wujud dan sengaja diada-adakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bukankah lebih baik diceritakan mengenai tanda-tanda yang bakal muncul sebelum kiamat yang terdapat jelas dalam Al Qur’an dan kitab-kitab hadis yang muktabar. Mengapa jalan ini tidak dipilih sedang inilah jalan yang selamat dan lurus?

Berbalik kepada perkara (c ) yang ditimbulkan dalam email yang dikirimkan Umie Safa tadi:

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,
disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa . Dan hadith mengatakan
bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan
kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat
pada tahun 2062 Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.

Komen saya:
Sebagaimana kita maklum bahawa pada tahun 2006 telah meletus satu peperangan yang melibatkan Rejim Pengganas Zionis-Israel dengan pihak Hizbullah di Lubnan. Peperangan tersebut dinamakan dengan julukan Milkhemet Levanon Ha-Shnía dalam bahasa Hebrew (Perang Lubnan Kedua @ Second Lebanon War). Umum mengetahui bahawa pada ketika tersebut, Rejim Pengganas tersebut bermati-matian dan bergolok gadai untuk cuba melemahkan pejuang Islam Hizbullah (ed-walaupun majoriti daripada mereka bermazhab Syiah, janganlah kita sesekali terpengaruh dengan dakyah Dajjal yang cuba memporak perandakan kita dengan saudara kita yang mentauhidkan Allah dengan segala macam kebobrokan yang hanya menjauhkan kita sesama kita.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa, orang kafir itu hanya akan menang ke atas orang Islam hanya melalui satu jalan, iaitu dengan memperkudakan satu pihak Islam untuk menentang pihak Islam yang satu lagi. Bila orang Islam tidak bersatu, maka mereka (yang bergaduh dan berpecah itu) tidak dilindungi Allah s.w.t. melalui janjiNya kepada Rasulullah s.a.w. Lihat saja apa yang berlaku kepada Afghanistan, Iraq, Pakistan, Turki, Palestin dan banyak lagi contoh dimana pihak barat memperkudakan satu pihak Islam untuk bergaduh dengan satu pihak Islam yang lain dengan tujuan untuk melemahkan mereka. Maka, sampai bila pun perjuangan mereka tidak akan dapat kemenangan disebabkan perpecahan ini. Percayalah, satu hari nanti, sebelum Israfil dipanggil memulakan tugasnya, kita semua akan berada dibawah satu panji yang sama dalam mentauhidkan Allah dan bersaksikan Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah dan berjuang di atas satu jalan lurus yang telah dijanjikan akan berlaku. Yang penting sekarang ini ialah jalan untuk menyatukan kita semua kembali dalam satu jemaah yang bersatu dalam Islam. Dialog-dialog untuk mendekatkan golongan Syiah dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah telah lama diusahakan. Doa kita agar suatu hari nanti, Islam akan kembali bersatu sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa Ar Rasyidin. InsyaAllah)

Berbalik kepada perkara perang Rejim Pengganas Zionis-Israel tersebut, mereka pada tahun 2006 telah mengalami kekalahan yang teruk serta manjatuhkan maruah serta reputasi mereka sebagai antara tentera yang mempunyai kelengkapan ketenteraan paling canggih. Dua tahun selepas perang tersebut, sebuah laporan telah dikeluarkan pihak berkuasa Israel yang mengakui bahawa dalam perang yang berlangsung pada tahun 2006 itu, pihak Israel mengalami kekalahan yang amat memalukan. Laporan tersebut dinamakan sebagai Laporan Winograd boleh dibaca dengan klik link di bawah ini.

http://www.vaadatwino.org.il/pdf/press%20release%20april%2030-yd-final.pdf

laporan kekalahan mereka dapat di baca di sini:

http://www.nowpublic.com/politics/its-official-israel-lost-war-lebanon

Pihak Israel semenjak tahun 1987 lagi, sejak Intifada pertama dilancarkan oleh Pejuang Islam Palestin yang dimulakan dari sebuah kem pelarian Jabalia, telah tidak senang duduk dan tergugat kedudukan mereka sedikit demi sedikit sehinggalah perbalahan tercetus antara Hamas dan Fatah baru-baru ini, yang memberikan mereka sedikit ruang untuk bangkit. Perpecahan ini hanya menguntungkan Israel. Sekiranya semua ini dinilaikan kembali, maka perkara (c ) dalam email tersebut adalah tidak masuk akal untuk dipercayai. Rejim Pengganas Zionis-Israel, semenjak 1948 sehingga kini, tidak pernah berada dalam puncak kuasa mereka. Malah tahun 2007 sepertimana yang didakwa dalam email tersebut, yang sepatutnya menunjukkan mereka berada dipuncak, merupakan tahun dimana maruah mereka tercalar akibat kekalahan dalam perang Lubnan Kedua ini. Maka adalah tidak masuk akal untuk menjadikan hujah yang dikemukakan dalam perkara (c ) ini sebagai hujah untuk memberikan satu tarikh kepada bila mungkinnya kiamat itu akan berlaku. Sepertimana yang telah saya nyatakan dalam komen tadi, hanya Allah s.w.t. mempunyai pengetahuan bilakah kiranya seluruh alam ini akan dimusnahkannya dengan tiupan sangkakala oleh Israfil.

Jika kita mempunyai anak yang malas bersolat dan kuat meminta-minta, kita seharusnya menghantukkan kepala kita sendiri ke meja dan berasa malu dengan kumpulan pejuang-pejuang Muda Palestin yang semenjak dari mereka kecil lagi sudah mengenal apa itu erti perjuangan. Dengan hanya bersenjatakan batu, mereka ini berani mempertaruhkan nyawa mereka menentang pengganas-pengganas bacul Rejim Zionis yang bersembunyi dalam kereta kebal kerana takut mati dibaling dengan batu yang dilempar kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini tidak pernah meminta ibu bapa mereka membelikan handphone, mainan, PS 2 dan sebagainya. Apa yang mereka mahu ialah tanah air mereka merdeka dan mereka sanggup mempertaruhkan nyawa mereka biarpun hanya batu menjadi senjata mereka. Sebagai ibubapa, kita seharusnya berasa malu apabila gagal mendidik anak-anak kita apa itu erti perjuangan, maruah dan apa itu erti sebenar akidah yang perlu dipertahankan.Yang ada ada hari ini ialah, ibu bapa yang sibuk dan gila mahu menjual maruah anak mereka dengan sanggup menghantar anak-anak mereka termasuk diri mereka sendiri ke program-program pencarian bakat realiti. Mereka ini menangis teresak-esak bukan kerana kereta kebal musuh sedang mengacukan senjata ke kepala anak mereka, tetapi menangis bagaikan meratapi kematian hanya kerana anak mereka mendapat sebuah beg untuk dihantar pulang ke pangkuan keluarga setelah tersingkir dalam program tersebut! Sepatutnya ibu bapa tadi mengambil beg tersebut dan menghantukkan kepala mereka sendiri dengan beg yang diusung itu bagi mengingatkan betapa bahlolnya perbuatan membuang air mata atas sesuatu perkara yang amat sia-sia. Tidak malukah kita dengan kanak-kanak ini?!!!!

Saudara Taupik dalam email yang sama seperti yang saya sebutkan di atas tadi, ada meminta penjelasan berkenaan perdebatan berhubung Isu ‘Pembohongan Suara Azab Kubur’, pertanyaannya seperti di bawah:

ketika ana menyemak perdebatan nizam dalam youtube, ana menilai bahawa nizam nak pertahankan prinsip kebenaran dalam berdakwah, ini bermakna dakwah semestinya membawa fakta dan hujjah yang benar dan bukannya kebohongan, dalam pada ini ana nak tanya macam mana dengan lakonan yang nizam sebut sebagai pengajaran (walaupun kebenaran fakta dalam lakonan itu dipertikaikan ), ataupun bagaimana cerita yang dibuat-buat/tidak jelas kebenarannya sebagai contoh cerita novel, atau cerita "fikrah sains" dalam blog antum yang bercerita tentang pelajar muslim dengan profesor atheis. apakah itu semua boleh kita bawa dalam dakwah, walaupun idea-idea dalam cerita tu bersesuaian dengan agama. kita tahu bahwa rasullah pun ada membawa cerita dalam dakwahnya kepada ummat, tapi itu semua adalah cerita benar, bukan cerita rekaan.

Berkenaan dengan perkara ini, yang dimaksudkan dengan berlakon di sini ialah dengan menunjuk contoh perbuatan yang betul dan tidak melanggari mana-mana hukum syarak untuk dijadikan sebagai medium dakwah. Bukan sepertimana lakonan dalam 99.99% drama dan filem tempatan.

Begitu juga dengan novel, cerita dan kisah yang cuba disampaikan sebagai contoh tauladan supaya memberikan pengajaran kepada masyarakat dan orang sekeliling. Selagi semua perkara ini selaras dengan Al-Qur’an dan As Sunnah, maka ianya diperbolehkan. Sebagai contoh, Allah s.w.t. sendiri menggunakan cerita-cerita perbandingan imaginatif bagi membuatkan hamba-hambaNya supaya lebih mudah faham dengan apa yang cuba disampaikan melalui wahyuNya dalam Al Qur’an. Terdapat banyak contoh ayat-ayat Al Qur’an dimana Allah s.w.t. mengambil pendekatan bercerita seperti ayat2 di bawah.

Al Baqarah 17
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

An Nahl 75
Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun; dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).

Dalam dua ayat di atas, Allah s.w.t. menggunakan pendekatan bercerita supaya hamba-hambaNya dapat lebih senang memahami apa yang cuba disampaikanNya melalui contoh yang diberikan. Perhatikan bahawa cerita dan contoh yang diberikan itu hanyalah contoh bayangan, bukannya contoh sepertimana biasa yang kita baca dalam sebahagian lagi ayat-ayat Al Qur’an yang menceritakan kisah-kisah benar yang terjadi di zaman-zaman dahulukala. Terdapat banyak lagi ayat seperti di atas ini dalam Al Qur’an, dua contoh di atas ini sebagai bukti.

Rasulullah s.a.w. juga menggunakan pendekatan yang sama dalam beberapa hadis baginda. Baginda menggunakan contoh bayangan atau khayalan yang bukan realiti untuk memberi contoh kefahaman kepada para sahabat baginda yang bertanyakan soalan. Sebagai contoh, hadis di bawah ini saya petik.

Dari Abu Musa r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya; “Perbandingan orang Yahudi dan Nasrani dan Kaum Muslimin seumpama orang yang mengupah suatu kaum. Mereka bekerja untuk hari itu satu hari penuh sampai malam dengan upah tertentu. Tetapi setelah mereka bekerja setengah hari, mereka berkata: Kami tidak memerlukan upah yang telah Anda janjikan untuk kami. Dan apa yang telah kami kerjakan, semuanya batal.

Kata si pengupah kepada mereka, “Janganlah kamu berbuat begitu. Selesaikanlah sisa pekerjaan kamu dan ambillah upahmu secukupnya.” Mereka menolak, dan meninggalkan pekerjaan mereka.

Kemudian si pengupah itu dua orang upahan sesudah mereka, dan berkata kepada keduanya. “Sempurnakanlah sisa harimu ini, untukmu upah yang telah saya janjikan kepada mereka.”

Mereka pun bekerjalah. Setelah tiba waktu Asar, keduanya berkata. “Apa yang telah kami kerjakan batal. Untuk andalah upah yang telah anda janjikan kepada kami.”

Kata si pengupah, “Sempurnakanlah pekerjaan kamu, kerana sesungguhnya sisa yang tinggal itu sedikit sahaja.”

Tetapi keduanya menolak. Maka si pengupah itu mengupah kaum untuk mengerjakan sisa hari mereka. Lalu bekerjalah mereka sehingga matahari terbenam. Sesudah itu mereka menerima upah mereka, meliputi upah kedua golongan yang telah mendahului mereka tadi. Begitulah perumpamaan mereka, dan hasil yang mereka terima dari cahaya (petunjuk) ini.”

(Hadis Riwayat Bukhary)

Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. menggunakan pendekatan bercerita dengan menggunakan cerita bayangan atau perumpamaan yang secara realitinya tidak berlaku, tetapi bayangan cerita tersebut menggambarkan serta memberikan penerangan jelas bagaimana Kaum Yahudi, Nasrani dan Muslimin itu dibandingkan dalam kerja agama mereka. Jika saudara lihat, Allah dalam cerita tersebut digambarkan sebagai si pemberi upah. Rasulullah s.a.w. mengambil pendekatan menggunakan watak-watak imaginasi sebagai satu cara dakwah untuk memberikan satu gambaran kefahaman kepada apa yang berlaku secara realiti dalam kerja-kerja agama. Jadi, di sini pendekatan penulisan novel, kisah, cerita serta dialog yang diimaginasikan untuk menyampaikan sesuatu ilmu dengan cara yang tidak bercanggah dengan Al Qur’an dan Sunnah, merupakan satu cara dakwah yang selari dengan apa yang dilakukan Allah s.w.t. dalam Al Qur’an dan Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis baginda.

Tetapi berbeza pula cara yang digunakan pakai dalam “Suara Audio Azab Kubur” tersebut. Mereka menyatakan bahawa ini satu pendekatan untuk memberi keinsafan kepada kaum muslimin dan harus diambil positif. Tetapi tanpa mereka sedar apa yang cuba disampaikan mereka itu amat bercanggah dengan kenyataan Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya seperti berikut.

Dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila mayat seseorang telah diletakkan di dalam kuburannya dan kawan-kawannya telah pulang, kendatipun dia mendengar bunyi terompah mereka, dua orang malaikat datang kepadanya, lalu mendudukkannya dan menanyainya.
Tanya : “Bagaimana pendapat engkau tentang orang ini (iaitu Muhammad s.a.w.)?
Jawab : “Aku mengakui dia hamba Allah dan Rasul-Nya.”
Kata Malaikat: “Lihatlah tempat engkau di neraka, Allah menukarnya bagimu dengan tempat di syurga.”
Kata Nabi s.a.w. : “Dia melihat tempat itu kedua-duanya.”
Adapun orang kafir dan orang munafik berkata : “Aku tidak tahu. Aku hanya berkata apa yang dikatakan orang.”
Kata Malaikat : “Engkau tidak pernah mempelajari dan membaca?”
Lalu orang itu dipukulnya dengan pukulan besi di antara kedua telinganya, sehingga orang itu berteriak sekeras-kerasnya dan didengar oleh orang sekelilingnya kecuali manusia dan Jinn.”

(hadis riwayat Bukhary)

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda: “Setelah jenazah disiapkan dan dibawa bersama-sama, maka jika jenazah itu baik, ia berkata: “Bawalah saya dengan cepat!” Tetapi kalau ia tidak baik, ia mengatakan kepada keluarganya: “Wah, Celaka! Kemana saya dibawakannya?” suara itu terdengar oleh segala-galanya selain manusia. Kalau sekiranya manusia mendengarnya akan pengsanlah dia.”
(hadis riwayat Bukhary)

Dua hadis di atas ini dengan tegas memberitahu kita bahawa suara orang yang sudah mati itu, termasuk yang diseksa dalam kubur itu tidak boleh didengari oleh mana-mana manusia dan jinn. Jadi, jika kita dengan bermati-matian dan bersungguh-sungguh menyatakan bahawa rakaman ‘Audio Azab Kubur’ itu benar, di mana pula hendak kita letakkan hadis-hadis Shahih riwayat Imam Bukhary ini? Apakah hadis-hadis ini boleh dikatakan hadis palsu semata-mata untuk membenarkan keimanan sembrono sesetengah pihak terhadap rakaman tersebut?

Jadi, yang mana satu benar? Hadis Shahih tersebut atau rakaman Audio tersebut? Kedua-duanya tidak boleh menjadi benar dalam satu masa. Pasti salah satu daripadanya itu mengandungi kepalsuan. Ini kerana kenyataan kedua-duanya itu amat bercanggah antara satu sama lain. Hadis menyatakan suara azab kubur tidak boleh didengar manusia biasa. Tetapi rakaman tersebut menyatakan sebaliknya. Mana satu yang benar?

Saya tetap berpegang kepada Al Qur’an dan Sunnah. Maka apabila saya menegur perbuatan salah menyebarkan rakaman tersebut sebagai bukti wujudnya azab kubur, melenting-lentinglah manusia-manusia di luar sana menuduh segala macam perkara serta tohmahan ke atas teguran tersebut termasuk melabelkan saya sebagai bersekongkol dengan syaitan. Ini termasuk serangan ke atas akaun youtube saudara NizamPAblo sebelum ini sepertimana yang dinaatkan oleh saudara Taupik. Syukur bila semakin lama saya dapat lihat semakin ramai orang yang dapat memahami teguran saya tersebut termasuk anda sendiri. Kepada yang masih berdegil tu, hanya doa saya dapat saya panjatkan supaya kebenaran itu dapat dilihat atau disedari suatu hari nanti.

Saya harap sedikit sebanyak email ini dapat memberikan sedikit pencerahan terhadap semua topik atau pertanyaan di atas. Rasanya saudara Taupik dan ramai diantara anda diluar sana lebih layak dalam membuat penilaian terhadap sesuatu isu berkaitan Islam itu sendiri. Apa yang disampaikan ini hanyalah apa yang saya ketahui melalui ilmu yang dipinjamkan Allah kepada saya. Mungkin rujukan anda lebih meluas dan saya harap dapat kiranya anda menegur sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak kena dalam mana-mana artikel atau posting saya nanti. Wallahua'lam... Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah setiap saat dan masa. Amin…

© February 2008 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.



eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)


Wednesday, February 6, 2008

Jawapan Terhadap Komen Saudari Irdina Khan

Assalamualaikum warahmatullah buat semua dan selamat sejahtera. Berikut merupakan jawapan ringkas kepada pertanyaan saudari Irdina Khan dalam blog ini menerusi komennya kepada artikel “Mereka Ingin Meminjam Allah” yang disiarkan sebelum ini. Maafkan saya kerana terlambat membalas komen tersebut dalam blog ini. Terima kasih kerana menyatakan sokongan dan berkunjung ke blog ini. Berkenaan pertanyaan saudari Irdina Khan berkenaan satu Mazhab Kristian Ortodoks di Indonesia yang cara sembahyang mereka lebih kurang sama dengan cara umat Islam bersembahyang. Saya akan cuba memberi sedikit penjelasan berdasarkan pengetahuan saya yang juga terhad sepertimana yang dialami saudari dalam mencari maklumat mengenai mereka.

Saya cuba jelaskan dalam bentuk ringkas mengenai sejarah terpecahnya golongan Kristian kepada beberapa Mazhab. Sebenarnya pada ketika Jesus Christ masih hidup (saya menerangkan ini dalam konteks apa yang dipercayai oleh Kristian, bukan dari kacamata orang Islam.. harap ianya tidak mengelirukan pembaca), terdapat hanya 12 orang pengikutnya yang setia yang rapat dengannya serta bertakwa kepada apa yang dia bawakan.

Jesus dalam surah Matthew fasal 5 ayat 21 telah menyatakan:

Mathhew 5 : 17 -20
5:17 Think not that I am come to destroy the law, or the prophets: I am not come to destroy, but to fulfil. 5:18 For verily I say unto you, Till heaven and earth pass, one jot or one tittle shall in no wise pass from the law, till all be fulfilled. 5:19 Whosoever therefore shall break one of these least commandments, and shall teach men so, he shall be called the least in the kingdom of heaven: but whosoever shall do and teach them, the same shall be called great in the kingdom of heaven. 5:20 For I say unto you, That except your righteousness shall exceed the righteousness of the scribes and Pharisees, ye shall in no case enter into the kingdom of heaven.


Terjemahanya; 5:17 Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk menghapuskan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskannya, melainkan untuk melaksanakannya. 5:18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota (bahagian paling kecil dan sedikit sekalipun) atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terlaksanakan. 5:19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Syurga ; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Syurga. 5:20 Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Syurga.

Ayat di atas ini membawa maksud bahawa apa saja hukum, perbuatan dan ibadat dalam agama Yahudi itu, wajib dituruti dan diikuti oleh semua orang yang beriman kepada Jesus. Setelah Jesus meninggal dunia (ingat… semua ini mengikut kepercayaan Kristian bukan dari konteks Islam), para sahabatnya bertebaran kesegenap pelosok negeri untuk berdakwah.

Maka wujudlah di sini sebuah puak Yahudi-Kristian (Judeo-Christians) yang berpegang kepada ajaran Yahudi dan beriman dengan segala yang disampaikan oleh Jesus dan Nabi-Nabi sebelum daripadanya. Puak ini mendominasi ajaran Kristian sehinggalah kemunculan seorang yang bernama Saul. Saul atau kemudiannya dikenali sebagai St. Paul , memulakan satu bentuk pecahan mazhab yang sangat bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh golongan para sahabat Jesus.

Ajaran Saul ini mendapat tentangan hebat dari semua sect Yahudi-Kristian dan dia dianggap sebagai pengkhianat kepada ajaran sebenar Jesus yang memuliakan Taurat, Zabur dan kitab-kitab Nabi sebelum dari kemunculannya. Ajaran Saul ini tidak mendapat sambutan ramai malah Saul merupakan orang yang terasing dari puak Yahudi-Kristian ini.

Perlu saya jelaskan terdapat perbezaan dengan kelompok Yahudi dan Yahudi-Kristian. Kelompok Yahudi ialah kelompok yang beriman kepada Taurat, Zabur dan Kitab-kitab sebelum dari kemunculan Jesus, tetapi mereka menolak Jesus sebagai Rasul untuk membimbing mereka kembali ke jalan yang benar. Manakala kelompok Yahudi-Kristian ialah sekumpulan orang-orang Yahudi yang berpegang teguh dengan Taurat, Zabur dan kitab-kitab nabi sebelum Jesus dan ajaran yang dibawa oleh Jesus juga.

Pecahan Mazhab Kristian mula ketara terbentuk apabila Majlis Jerusalem pada tahun 49 Masihi membuat keputusan memberikan kelonggaran kepada mereka-mereka yang berasal dari agama Pagan (disebut kafir oleh orang-orang Yahudi-Kristian) yang memeluk Kristian supaya tidak lagi perlu berkhatan (Khatan itu sesuatu yang wajib dalam agama Yahudi dan tercatat dalam Bible), memuliakan hari Sabtu (Sabbat) dan hari-hari kebesaran Yahudi serta mengikuti apa-apa upacara keagamaan Yahudi di Kuil-kuil mereka (Synagogue).

Pihak Yahudi-Kristian membantah apa yang cuba diperbaharukan oleh Saul. Hasilnya terjadi pemberontakan dan perpecahan ketara antara puak Yahudi-Kristian dan puak Kristian yang diterajui Saul. Saul menyatakan bahawa agama Kristian itu terbuka untuk semua dan bukan milik mereka yang berbangsa Yahudi saja. Maka dengan penegasan oleh Saul ini, agama Kristian ini terbuka untuk semua Gentiles (orang-orang bukan Yahudi). Saul juga menegaskan bahawa Kristian (yang berasal dari agama Pagan) seharusnya menjauhkan diri dari semua bentuk dogma dan kepercayaan serta amalan-amalan yang biasa diamalkan oleh Yahudi. Sedangkan sebentar tadi telah saya jelaskan bahawa dari mulut Jesus sendiri menyatakan bahawa pengikutnya seharusnya menuruti apa saja yang disebutkan dalam kitab-kitab yang dimuliakan Yahudi sebelum kemunculannya. Jadi Saul disini telah memulakan sesuatu yang bidaah dalam gereja Kristian yang diterajui mereka. Dalam Bible, Jesus sendiri menyatakan bahawa dia bukanlah diutus untuk semua umat manusia, tetapi hanya untuk membimbing semula orang-orang Yahudi untuk kembali ke pangkal jalan.

Matthew 15 : 24 - 26
15:24 But he answered and said, I am not sent but unto the lost sheep of the house of Israel . 15:25 Then came she and worshipped him, saying, Lord, help me. 15:26 But he answered and said, It is not meet to take the children's bread, and to cast it to dogs
.

15:24 Jawab Yesu: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel ." 15:25 Tetapi perempuan itu mendekat dan menyembah Dia sambil berkata: "Tuhan, tolonglah aku." 15:26 Tetapi Yesus menjawab: "Tidak patut mengambil roti yang disediakan bagi anak-anak dan melemparkannya kepada anjing."

Anjing dalam ayat di atas ialah manusia yang bukan berketurunan Yahudi seperti majoriti kita semua di Malaysia. Betapa mereka menghinakan bangsa selain mereka sedangkan Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam Al Qur'an bahawa semua manusia itu sama di sisi Allah, yang membezakan cuma mereka yang beriman kepada Allah. Ayat diatas menceritakan mengenai seorang perempuan yang bukan Yahudi memohon pertolongan Jesus untuk menyembuhkan anaknya yang kerasukan Syaitan. Jesus dengan tegas memberitahu bahawa dia bukanlah di utus untuk manusia selaindari bangsanya, kerana itu dia tidak akan menolong perempuan tersebut. Selepas berkali-kali merayu, dan selepas diminta oleh para sahabatnya, Jesus pun membantu wanita tersebut. Tetapi intipati dari ayat tersebut ialah Jesus bukanlah di utus untuk orang-orang Gentiles.

Perhatikan bahawa Saul telah jelas menjauhkan dirinya dan gerejanya dari apa yang sepatutnya diimani mereka. Pengaruh Saul kian kukuh apabila pada tahun 66 masihi, Kerajaan yang menguasai empayar Rom telah bertelagah dengan puak Yahudi dan mereka telah melancarkan serangan ke atas Jerusalem. Pemberontakan ini dimulakan oleh sekumpulan golongan Yahudi yang dinamakan sebagai sicarii @ dikenali sebagai dagger men (lelaki-lelaki berpisau. Sicarii merupakan perkataan Greek bagi pisau) yang menjalankan kerja-kerja pembunuhan golongan-golongan elit Rom dan Yahudi yang dianggap mereka sebagai pembelot. Perkara ini mencetuskan kemarahan Kerajaan Rom dan mereka melancarkan perang ke atas golongan Yahudi ini pada tahun 66 Masihi. Kemuncak kepada pemberontakan dan perang ini menyaksikan Jerusalem telah ditawan dan kuil Haikal mereka dimusnahkan dalam perang ini oleh tentera Kerajaan Rom pada tahun 70 Masihi. (Kuil Haikal inilah yang hendak dibina semula oleh rejim Zionis di Baitulmaqdis. Sekiranya anda pernah menonton filem Schindler's List arahan Steven Spielberg, dipenghujung filem berkenaan semasa kredit penuh dipertontonkan dan sebelum babak golongan Yahudi 'sebenar' yang diselamatkan Oscar Schindler memberi penghormatan dimakamnya, Steven Spielberg memaparkan tablet yang diukir bentuk hadapan kuil Haikal ini yang dijadikan pelapik jalan pejalan kaki yang becak dikem-kem tahanan Nazi).

Oleh sebab orang-orang Yahudi tidak lagi dipercayai oleh Kerajaan Rom, maka orang-orang Kristian di Yunani menjauhkan diri mereka daripada golongan ini. Maka dengan ini berkembang pesatlah gereja Kristian menurut ajaran Saul di Yunani. Perkembangannya semakin meluas diterima setelah Saul mati. Untuk perhatian, semua Gospel yang ditulis dalam New Testament itu ditulis selepas dari kematian Saul @ St. Paul .

Sebagaimana yang kita Muslim yakini, Islam itu merupakan satu agama yang telah diwahyukan Allah kepada setiap umat melalui setiap nabi dan rasul semenjak Adam a.s. Ia hanya dilengkapkan semasa zaman Rasulullah s.a.w. Jika saudari berminat, bolehlah baca artikel saya berkenaan jawapan yang ditanyakan oleh seorang pengunjung blog satuhala tahun lepas. Tajuknya : "Jika semua Rasul itu Islam, Dari mana pula datangnya Yahudi dan Kristian?".

Oleh kerana semuanya berasal dari Islam. Maka cara beribadat mereka juga seharusnya sama dengan orang-orang Islam. Ibadat orang-orang Yahudi dan Yahudi-Kristian yang asal ialah sama seperti pergerakan kita orang-orang Islam sekarang dalam solat. Ada berdiri, rukuk dan sujud dalam ibadat mereka. Ianya juga disahkan dalam Al-Qur'an, memang begitulah bentuk ibadat yang sebenar semenjak dari zaman Nabi-Nabi terdahulu. Sebagai contoh, satu petikan ayat Al Qur'an saya jelaskan dibawah.

Al Baqarah 125
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".

Jelas disini bahawa semenjak dari zaman Nabi Ibrahim a.s. itu sendiri perintah ibadat dalam bentuk perbuatan Rukuk dan sujud seperti dalam solat telah diamalkan. Yang menariknya lagi dalam surah Ali Imran ayat 113, satu jawapan yang boleh memberikan sedikit kefahaman kepada persoalan yang ditimbulkan saudari dalam komen diblog saya .

Ali Imran 113
Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).

Tetapi masalahnya, semua bentuk ibadat sebegini sudah tidak lagi wujud dan disebut dalam kitab-kitab mereka. Yang ada sekarang ini cuma cara beribadat yang telah diubah gerak dan cara pelaksanaannya dalam agama mereka. Golongan Yahudi kini beribadat sebanyak 3 kali dalam sehari dimana gerakan dalam bentuk rukuk dan sujud sudah tidak dilakukan. Manakala ibadat golongan Kristian pula hanya dilakukan secara spontan dan tidak ditetapkan waktu pelaksanaannya. Beribadat secara berjemaah dalam Kristian juga tidak digalakkan sebagaimana yang dicatatkan dalam Gospel of Matthews fasal 6.

Matthew 6 : 5 – 13
6:5 And when thou prayest, thou shalt not be as the hypocrites are: for they love to pray standing in the synagogues and in the corners of the streets, that they may be seen of men. Verily I say unto you, They have their reward. 6:6 But thou, when thou prayest, enter into thy closet, and when thou hast shut thy door, pray to thy Father which is in secret; and thy Father which seeth in secret shall reward thee openly. 6:7 But when ye pray, use not vain repetitions, as the heathen do: for they think that they shall be heard for their much speaking. 6:8 Be not ye therefore like unto them: for your Father knoweth what things ye have need of, before ye ask him. 6:9 After this manner therefore pray ye: Our Father which art in heaven, Hallowed be thy name. 6:10 Thy kingdom come, Thy will be done in earth, as it is in heaven. 6:11 Give us this day our daily bread. 6:12 And forgive us our debts, as we forgive our debtors. 6:13 And lead us not into temptation, but deliver us from evil: For thine is the kingdom, and the power, and the glory, for ever. Amen.

Terjemahannya, 6:5 "Dan apabila kamu berdoa, janganlah berdoa seperti orang munafik. Mereka suka mengucapkan doanya dengan berdiri dalam rumah-rumah ibadat dan pada selekoh jalan raya, supaya mereka dilihat orang. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka akan mendapat ganjarannya. 6:6 Tetapi jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu. 6:7 Lagipula dalam doamu itu janganlah kamu mengulang-ulangnya seperti kebiasaan orang yang tidak mengenal Tuhan. Mereka menyangka bahwa karena banyaknya kata-kata doanya akan dikabulkan. 6:8 Jadi janganlah kamu seperti mereka, karena Bapamu mengetahui apa yang kamu perlukan, sebelum kamu minta kepada-Nya. 6:9 Karena itu berdoalah seperti berikut: Bapa kami yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu, 6:10 datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di syurga. 6:11 Berikanlah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya 6:12 dan ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami; 6:13 dan janganlah membawa kami ke dalam pencubaan, tetapi lepaskanlah kami dari pada yang jahat. (Karena Engkaulah yang empunya Kerajaan dan kuasa dan kemuliaan sampai selama-lamanya. Amin.)

Bahagian yang ditegaskan dengan latar kuning tersebut digelar sebagai ‘Lord Prayers’ . Ini merupakan doa yang biasa diamalkan oleh golongan Kristian dalam ibadat mereka. Jika anda seorang peminat filem, pastinya ayat ini pasti anda pernah dengar dilafazkan dalam filem-filem seram dari barat terutamanya filem Exorcist lakonan Linda Blair satu ketika dulu. Si Paderi dalam filem ini melakukan upacara menghalau roh jahat yang merasuk watak utama dalam filem tersebut dan antara doa yang digunakannya ialah ‘Lord Prayers’ ini. Saya pertama kali mendengarnya sebahagian darinya melalui dua buah lagu kumpulan Heavy Metal Iron Maiden yang bertajuk Hallowed Be Thy Name dari album The Number Of The Beast (juga dipetik dari surah Revelation dalam Bible) terbitan tahun 1983 yang kemudiannya dan lagu Afraid To Shoot Strangers dari album Fear Of The Dark, tahun 1992 mereka. Oleh kerana waktu tersebut, minat saya dalam bidang muzik terlalu mendalam dan aktiviti ‘jamming’ bersama rakan-rakan serumah merupakan antara perkara rutin, langkah yang diambil kami waktu tersebut sebelum menggunakan lagu-lagu seperti ini dalam sessi jamming ialah dengan mengubah lirik lagu tersebut sendiri sebelum memainkan dan menyanyikannya. Setiap lirik kami akan telitikan dan ubah jika ianya tidak kena.

Berbalik kepada tajuk asal artikel ini, gambar sepertimana yang tersebar dalam internet yang menunjukkan orang-orang Kristian dari satu mazhab yang beribadat dengan cara yang sama dengan ibadat solat orang-orang Islam. Ini merupakan antara perkara yang biasa dikalangan penganut agama Kristian dinegara-negara yang majoritinya orang-orang Islam. Tindakan sebegini dinamakan sebagai ‘contextualization’.

Golongan evangelist menamakan perbuatan ini sebagai ‘contextualization’ dimana mereka memasukkan dan menyerapkan unsur-unsur serta ajaran Gospel dalam format atau cara budaya masyarakat setempat untuk menarik perhatian golongan yang disasarkan mereka untuk diKristiankan. Kebiasaan yang berlaku dalam Negara-negara Islam ialah mereka-mereka ini akan cuba meniru cara beribadat orang-orang Islam termasuk berpuasa dalam bulan Ramadhan, bersolat dalam cara yang dipraktikkan Islam dan dalam berbagai cara dan amalan yang dekat dengan perlakuan yang biasa dilakukan oleh orang-orang Islam. Mereka ini akan memasukkan jarum dakwah mereka secara senyap dan perlahan-lahan sehinggakan perkara ini tidak langsung disedari oleh majoriti penduduk yang disasarkan mereka untuk dikristiankan. Di timur tengah gereja-gereja golongan ini disebut dengan nama 'Jesus Mosque' (Masjid Jesus), dimana cara beribadat mereka lebih kurang sama seperti orang Islam. Mereka ini mengambil sikap merapatkan jurang perbezaan antara mereka dengan Islam dengan muslihat tersembunyi.

Contextualization ini bukan hanya ditumpukan kepada Negara Islam dan orang-orang Islam, malah dinegara-negara yang bukan majoriti Kristian dan orang-orang dengan agama selain dari Islam juga mereka sasarkan. Golongan Yahudi Ortodoks juga menyedari muslihat yang dijalankan oleh golongan Evangelist ini yang dijalankan secara halus dan amat teliti sehingga sukar untuk lain-lain orang menyedari muslihat mereka yang tersembunyi.

Lama dulu saya pernah terbaca dan menyimpan satu laporan mengenai seorang bekas Pengarah Eksekutif pertubuhan Jews For Judaism (Agama Yahudi Untuk Orang Yahudi) yang berpusat di Baltimore, Amerika Syarikat. Beliau yang dimaksudkan bernama Scott Hillman. Scott Hillman menyelar tindakan kumpulan Evangelist yang menggunakan taktik contextualization ini dengan menyerap masuk ajaran Gospel ke dalam praktis ibadat serta ritual agama Yahudi dengan niat untuk menjauhkan golongan Yahudi dari ajaran asal mereka serta mendekatkan diri mereka kepada agama Kristian. Laporan tersebut (dalam mukasurat 7) memetik Scott Hillman sebagai berkata. "This is Jewish identity theft, What kind of witness is it for what you believe to be true if you have to use deception to sell it?" ("(Tindakan) ini merupakan tindakan mencuri identiti Yahudi, persaksian apakah sebegini, sekiranya benar anda meyakini apa yang anda imani itu sesuatu yang benar, mengapa anda perlu melakukan pembohongan untuk berdakwah dengannya?"). Scott Hillman berang dengan tindakan golongan Evangelist yang cuba memasukkan persaksian terhadap Jesus untuk melengkapkan agama Yahudi mereka yang disasarkan untuk diKristiankan sedikit demi sedikit. Laporan penuh tersebut dibawah tajuk 'Messianic Rising : A JTA Special Report by Barry Yeomen' boleh di baca file pdfnya dengan klik link laman di bawah ini.

http://www.barryyeoman.com/pdfs/messianics.pdf

Lebih menarik dalam muka 5 laporan tersebut seorang Professor Sejarah Bangsa Yahudi di Amerika, yang berkhidmat di Universiti Brandeis, Jonathan Sarna menyatakan : “If you want to see where the weak parts are in Jewish communities, you look at where the missionaries are. Most recently you find missionaries focusing on immigrants, the elderly and students — all areas where the Jewish community has not done its work.” (“Jika anda indin mengetahui dimana ruang kelemahan yang wujud dalam komuniti Yahudi, carilah dimana mubaligh-mubaligh Evangelist ini bertumpu. Terbaru, anda akan melihat mubaligh-mubaligh ini memberi fokus kepada golongan pendatang, orang-orang tua dan pelajar-pelajar – (dan) semua tempat dan kawasan di mana orang-orang Yahudi tidak menjalankan tanggungjawab mereka (terhadap agama mereka seperti berdakwah dan saling nasihat menasihati antara satu sama lain). Apa yang dikatakan oleh Professor Jonathan Sarna ini juga berlaku dimana-mana saja negara Islam. Di mana saja terdapat umat Islam yang lemah dari segi akidah dan ilmu agama, maka disitulah bertumpu semua dakyah-dakyah sepertimana contextualization ini yang meresap masuk secara halus sedikit demi sedikit. ‘Kita’ semua menyedari mereka ini semakin kerap melakukan aktiviti dakwah mereka secara halus dalam banyak aktiviti terutamanya yang melibatkan aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan pertubuhan ‘hak-hak asasi’ terutamanya perjuangan kebebasan gender dan sebagainya. ‘Kita’ juga tahu siapa dibelakang mereka-mereka ini. ‘Kita’ telah lama perhatikan mereka. ‘Kita’ telah lama mengumpul bukti. ‘Kita’ hanya bersuara bila mereka melampau. Diam ‘kita’ bukan bererti tidur. Diam ‘kita’ juga bukan bererti redha. Buat masa ini ‘kita’ perhatikan mereka.

Bukan hanya golongan penganut agama Samawi sahaja disasarkan dengan taktik contextualization ini, golongan Hindu, Buddha dan lain-lain agama juga didekati golongan Evangelist ini dengan menggunakan taktik yang sama. Sekiranya anda tinggal di Pulau Pinang, tidak lama dahulu berbangkit sebuah isu yang membabitkan tindakan sebuah pertubuhan yang cuba menggunakan taktik ini dengan menganjurkan aktiviti melawat rumah-rumah ibadat dengan 'niat' mengajar pelajar-pelajar sekolah erti perbezaan agama bagi merapatkan jurang kefahaman antara agama mereka. Alhamdulillah, taktik licik yang berselindung di atas nama 'toleransi' antara agama ini dapat dihidu 'arah tuju matlamatnya' oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, yang kemudiannya memberi peringatan kepada semua pihak bahawa apa yang cuba dianjurkan itu amat menyimpang dari akidah kita sebagai orang Islam. Biarpun dihentam dalam forum-forum kendalian 'mereka-mereka' yang beragama plural, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bertegas dengan pendirian mereka. Syukur keberanian dan semangat memepertahankan Islam itu masih ada pada JAIPP dikala Islam menjadi bahan sepak terajang oleh bukan Islam termasuk orang-orang bernama Islam yang beragama plural dan bersikap apologetik tidak bertempat termasuk juga ahli-ahli politik bernama Islam yang syurga dan nerakanya terletak hanya kepada peti undi. Walaupun negeri ini penduduk Islamnya merupakan minoriti, tetapi disinilah cangkulan pertama kubur IFC digali. Tersentap, tersenyap dan terbakar mereka melolong bagaikan lutong galak seluruh bumi ini dengan segala macam rhetorik dan kata-kata nista terhadap 'penggali-penggali kubur minoriti' ini. Terpekik telolong juga panglima-panglima berkurap di atas bukit ‘sana’ menghaburkan penghinaan terhadap 'penggali-penggali kubur minoriti' ini. Tetapi, Allah itu Maha Kaya, Dia sudahpun membalas perbuatan mereka ini dengan memperolok-olokkan mereka dengan segala macam isu yang meletakkan hujah-hujah dangkal mereka sebelum ini ketahap IQ kanak-kanak berlampinkan mami poko.

Kepada beberapa golongan muslim apologetik yang tidak berpuashati dengan teguran saya mengenai drama Jelatang yang menggunakan quote dari Bible, saya ingin mengingatkan kembali kepada mereka agar sebelum membuat sesuatu kesimpulan itu, sila buat penelitian terlebih dahulu tentang apa yang ingin dibahaskan dan diberi pandangan. Teguran tersebut dibuat oleh kerana saya nampak apa yang dikelabui dengan wasap kabur atas nama prerogative, seni serta intelektualisma remeh. Sila baca dan fahami posting dan komen yang dibuat dalam artikel tersebut betul-betul. Sebenarnya saya cukup malas untuk membuka cerita mengenai contextualization @ syncretism ini. Oleh kerana mereka mengatakan saya tidak berfikir terlebih dahulu tentang untung nasib mereka-mereka yang dibelakang tabir produksi Jelatang tersebut, maka saya seharusnya memperbetulkan persepsi yang cuba ditimbulkan. Jika mereka berkata mereka akan tunduk hanya kebenaran, maka di sini saya ingin persembahkan kebenaran yang dicari. Jangan pula bila kebenaran dipersembahkan, berdolak dalik dengan seribu alasan ‘kemanusiaan’, ‘hak’ dan sebagainya. Bagaimana pula dengan nasib lebih 3 juta umat Islam yang telah tertipu dengan ‘jarum’ spectrum kategori C3 mengikut spectrum penginjil John Travis (bukan nama sebenarnya kerana dia tidak meggunakan nama sebenarnya). Tak tahu apa itu kategori C3 dalam Spectrum si Evangelist John Travis ini? Ini saya bentangkan….

Dalam kertas kerjanya yang bertajuk The C1 to C6 Spectrum: A Practical Tool for Defining Six Types of ‘Christ-centered Communities’ Found in the Muslim Context,” EMQ Vol. 34, Number 4 [October 1998], pp. 407-408), John Travis ini meletakkan Golongan sasaran untuk dijadikan ‘Kristian Muslim’ dalam 6 kategori yang dinamakan sebagai spektrum. Spektrum-spektrum ini dinamakan dengan nama C1 hingga C6. Dibawah ini akan saya jelaskan spektrum-spektrum ini satu per satu.

Spektrum C1

Gereja-gereja tempatan yang menggunakan budaya dan bahasa asing dari masyarakat setempat. Sebagai contoh. Gereja mengunakan Bahasa Inggeris dan Budaya Barat sebagai praktik mereka di negara Malaysia ini. Identiti penganut dan pengunjung gereja dalam spektrum ini ialah Kristian. Muslim setempat mengenali mereka sebagai Kristian dan tahu benar mereka ini beragama Kristian.

Spektrum C2

Lebih kurang sama dengan C1 tetapi Gereja-gereja dalam kategori C2 ini menggunakan bahasa yang digunakan rakyat Islam tempatan. Tetapi segala perkataan berkenaan dengan hal ehwal agama Kristian dalam gereja-gereja tersebut masih menggunakan perkataan asal Kristian. Jadi mereka yang menjadi penganut serta pengunjung gereja ini merupakan Kristian dan mengekalkan Kristian sebagai identiti mereka. Orang-orang Islam setempat juga menganggap dan mengenali mereka ini sebagai Kristian. Masih terdapat jurang perbezaan besar antara seorang Islam dan Kristian dalam kategori ini.

Spektrum C3

Kategori ini melibatkan komuniti berteraskan Kristian tetapi telah dicontextualized (menyerap masuk) ke dalam adat budaya, bahasa dan cara hidup masyarakat Islam sebagai satu jalan dakwah mereka. Dalam kategori ini, mereka menyahkan @ membuang sedikit-demi sedikit mana-mana unsur berkaitan Islam dari muzik, persembahan kebudayaan, cara berpakaian, kerja-kerja seni, drama, filem, sastera, sukatan pelajaran dan sebagainya. Mereka ini menumpukan kepada perjuangan budaya dan menjauhkan sejauh-jauhnya Islam dengan langkah-langkah kecil pada permulaannya. Langkah ini bertujuan bagi mengurangkan rasa janggal masyarakat dengan agama Kristian dan mewujudkan rasa biasa dengan perkara-perkara berkaitan Kristian yang bakal dibawa masuk. Penganut-penganut dalam kategori C3 ini bertemu dalam bangunan gereja atau mana-mana tempat yang lebih neutral. Kebanyakan dari penganut kategori C3 ini merupakan penganut yang mempunyai latar belakang Islam sebelumnya sebelum diajak memeluk Kristian. Mereka ini menggelar diri mereka sebagai Kristian.

Spektrum C4

Kategori ini melibatkan sekumpulan muslim yang hampir ditarik masuk menganut agama Kristian tetapi masih lagi berpegang kepada Al-Qur’an yang tidak bercanggah dengan doktrin Kristian dan mengamalkan amal perbuatan dalam Islam seperti bersolat, membaca Al-Qur’an, berpuasa, menjauhkan diri dari memakan babi, tidak minum arak, tidak membela anjing serta mereka ini berpakaian seperti orang-orang Islam. Mereka ini pada asalnya merupakan muslim yang sangat naive dengan ajaran Islam dan didekati golongan mubaligh Kristian menawarkan agama Kristian tanpa perlu mereka mengorbankan identiti diri mereka sebagai Islam dalam masyarakat yang majoriti Islam. Cara hidup mereka masih Islamik, tetapi hakikatnya dalam solat dan amal ibadat mereka, unsur-unsur Kristian sudah mula menyrap masuk. Penganut agama Kristian dalam kategori C4 ini tidak menonjolkan diri mereka sebagai Kristian tetapi mereka menggelarkan diri mereka sebagai ‘pengikut Isa Al Masih’. Masyarakat Islam setempat yang menyedari kewujudan mereka hanya akan menganggap mereka ini satu bentuk pecahan mazhab Kristian tanpa mereka mengetahui bahawa kumpulan ini merupakan bekas-bekas orang Islam yang sudah hampir ditarik masuk beriktikad dengan akidah Kristian.

Spektrum C5

Ini merupakan kategori ‘Messianic Muslim’ iaitu ‘Muslim’ yang beriman dengan akidah yang menyatakan Jesus Christ @ Isa Al Masih itu Tuhan dan Penyelamat bagi mereka. Mereka ini hidup dalam komuniti masyarakat Islam dengan cara hidup Islam. Cara ibadat dan solat mereka sama seperti orang Islam dan penganut kategori C4, yang membezakan mereka dengan kategori C4 ialah mereka ini bertuhankan Jesus Christ dan menolak atau menafsirkan semula mana-mana aspek Islam yang bertentangan dengan ajaran Kristian. Mereka inilah yang bersembahyang dalam jemaah dengan cara solat orang Islam sepertimana yang telah ditanyakan saudari Irdina Khan dalam ruangan komen tersebut. Mereka ini mempunyai masjid yang dinamakan sebagai ‘Messianic Mosque’ (Masjid Al Masih) atau dikenali juga sebagai ‘Jesus Mosque’ (Masjid Isa). Menurut John Travis, dalam komuniti masyarakat yang majoritinya orang Islam, penganut kategori C5 ini dilihat oleh masyarakat Muslim disekeliling mereka sebagai sekumpulan Muslim yang pelik atau sesat. Tetapi bagi penganut kategori C5 ini pula, mereka mendakwa diri mereka sebagai Muslim yang beriman kepada Isa Al Masih sebagai anak Tuhan @ Tuhan dan Penyelamat mereka.

Spektrum C6

Ini merupakan sekumpulan Muslim murtad yang menganut Kristian tetapi melakukannya secara sembunyi-sembunyi. Oleh kerana takutkan ancaman serta tindakan undang-undang, mereka ini hidup dengan berpura-pura mengamalkan ajaran Islam, berpakaian seperti orang Islam dan beribadat seperti orang-orang Islam. Tetapi hakikatnya mereka ini menyambah Jesus secara senyap-senyap secara individu atau kumpulan kecil mereka. Mereka menzahirkan diri mereka sebagai Muslim bagi mengelabui mata masayarakat Muslim setempat. Masyarakat Muslim setempat juga mengangap mereka ini sebagai Muslim kerana tidak kenal dan tahu apa pegangan akidah mereka yang sebenar yang mereka sembunyikan. Mereka dalam kategori inilah yang ramai di Malaysia ini.

Anda boleh membaca beberapa dari laporan kerja-kerja mubaligh mereka dan tentang spectrum ini dalam link di bawah. (jika link broken, sila emailkan kepada saya dan saya akan uploadkan file tersebut disini kerana saya mempunyai salinannya.)

http://www.ijfm.org/PDFs_IJFM/17_1_PDFs/ijfm_17_1.pdf

Jadi sangat jelas bahawa mereka ini tidak kurang mati akal dalam menyusun strategi untuk menarik seberapa ramai orang Islam untuk masuk ke agama Kristian. Salah satu dari taktik yang menjadi ialah dalam kategori C3, C4 dan C5. Irdina Khan ada bertanya mengenai sekumpulan Kristian yang bersolat jemaah dalam cara yang biasa diamalkan oleh orang-orang Islam.

Disini saya berikan satu penjelasan ringkas mengenai soalan tersebut. Antara pelopor kepada gerakan ini ialah Mubaligh yang bernama Alejandro dan Bertha Ortiz. Mereka ini pada mulanya mencari jalan untuk berdakwah kepada komuniti Islam di Benin, Cotonou. Setelah berjaya dalam dakwah mereka, mereka melihatkan terdapat satu keperluan kepada masyarakat Islam yang sudah berjaya dikristiankan ini yang perlu dipenuhi. Masyarakat ini yang sebelum ini sudah biasa dengan rital ibadah solat dan sebagainya terasa kosong apabila semua perkara tersebut ditinggalkan dan mereka pula tidak dapat menyesuaikan diri dengan gereja-gereja yang lebih kepada budaya barat dan asing serta mengasingkan mereka. Jadi untuk memenuhi keperluan ini, mereka berdua membina sebuah Masjid Jesus untuk golongan ini beribadat sepertimana orang Ilam beribadat tetapi berpaksikan kepada ketuhanan Jesus. Masjid-masjid sebegini kini banyak terdapat dinegara-negara majoriti Islam terutamanya di Timur Tengah dan Indonesia. Jika berminat untuk membacanya, klik saja link dibawah :

http://www.strategicnetwork.org/index.php?loc=kb&view=v&id=5298&fto=1540&

Berkenaan dengan pertanyaan saudari Irdina Khan mengenai bahan bacaan tentang sejarah Yahudi, buat permulaan saya ingin mencadangkan sebuah buku yang mudah untuk didapati dan terdapat banyak dikedai-kedai buku. Buku tersebut bertajuk ‘Blood On The Mountain’ karya ‘Richard Andrews’. Buku ini ditulis dalam bahasa yang mudah dan memberikan penjelasan sejarah Baitulmaqdis (Jerusalem) dan apa yang dilaluinya semenjak zaman Nabi Ibrahim a.s.


Bible juga ada menceritakan perihal asal usul Yahudi dalam Old Testament, tetapi terdapat banyak fakta yang terlalu bercanggah antara satu sama lain. Buat permulaan buku Richard Andrews ini boleh di baca untuk mendapatkan maklumat mengenai perjuangan golongan mereka semenjak zaman sebelum pemberontakan Yahudi ke atas Raja Herod, governer dari Rom. Gambar kulit muka depannya saya sertakan dalam attachment di bawah. Harap ia memberikan manfaat kepada saudari. Terima kasih kerana berkunjung ke blog satuhala. Semoga saudari keluarga, semua pengunjung dan semua Muslimin Muslimat dilindungi Allah pada setiap saat dan masa… Rajin-rajinlah melawat saya di sini... Wassalam….

© February 2008 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email