Sunday, May 4, 2008

Memperbetulkan Serta Menjawab Pertuduhan Yang Menyatakan Rasulullah s.a.w. seorang Kaki Perempuan dan Paedophile. Bahagian 7.3 (Siti A'isyah r.a.)

3
Oleh Muhammad Ibn 'Az
(artikel ini merupakan bahagian 7.3 dari posting dengan tajuk yang sama, bahagian 7.2nya boleh dibaca dengan klik sini.)
 
Hujah mereka lagi :
Tetapi… lojikkah terdapat gadis yang akil baligh pada usia 6 tahun dan didatangi haid pada usia 9 tahun? Jika benar ada… bukankah fizikalnya masih lagi fizikal seorang kanak-kanak?
Inilah kebiasaan faktor yang menyebabkan ramai dari kalangan bukan Islam dan kita sendiri sebagai orang Islam terganggu emosinya dalam memikirkan lojik disebalik perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Saidatina A’isyah r.a.

Masakan tidak, bukankah A’isyah hanya berusia 6 tahun sewaktu diakadnikahkan dan 9 tahun ketika dia sudah mempunyai hubungan kelamin dengan Rasulullah s.a.w. Kegusaran dan kekeliruan ini mungkin timbul akibat dari kegagalan kita untuk melihat keluar dari kepompong dunia yang mengelilingi kita sehari-hari. Apa yang dijamukan di depan mata, kita jadikan sebagai dalil pegangan dan cuba menafikan kepelbagaian yang Allah s.w.t. wujudkan diseluruh dunia ini. 

Allah s.w.t. telah menegaskan dalam Al Qur’an seperti di bawah:

Al Hujuraat ayat 13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Berkenal-kenalan di sini membawa maksud belajar diantara satu sama lain. Setiap bangsa atau keturunan itu mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Bangsa Cina terkenal dengan kerajinan mereka berusaha, Bangsa Yahudi terkenal dengan kebijaksanaan mereka, Bangsa Melayu terkenal pula dengan budi bahasa mereka dan banyak bertolak ansur (sehingga mereka tertolak keluar secara beransur-ansur dari tanahair sendiri….), bangsa India terkenal dengan cerdasnya fizikal mereka, maka belajarlah antara satu sama lain agar kelebihan yang ada pada setiap satu daripada semua bangsa yang ada di muka bumi ini boleh dimanfaatkan untuk kebaikan bersama.

Begitu juga dengan setiap bangsa atau kaum yang wujud dalam dunia ini, mempunyai beberapa perbezaan ketara dari segenap aspek tidak kira fizikal, mental dan emosi. Tidak semuanya sama. Jika berbicara soal fizikal, terdapat kepelbagaian yang wujud yang menampakkan perbezaan ketara yang wujud dari satu kaum antara kaum yang lain. Ada yang rendah dan ada yang tinggi, ada yang gagah fizikalnya, ada pula yang kecil molek fizikal mereka. Ada berkulit cerah dan ada juga yang berkulit gelap. Itu baru berbicara tentang fizikal, terlalu banyak perbezaan lain yang wujud antara sesuatu bangsa dan bangsa yang lain. Ini termasuk citarasa dan kegemaran mereka. Semua ini menunjukkan bahawa semua manusia ini tidak dijadikan sama. Sebagai contoh, sebiji durian yang dianggap sebagai sangat lazat oleh orang-orang Asia, malangnya ianya dianggap lebih busuk dari najis oleh orang-orang Eropah. Jika orang-orang Eropah tidak sukakannya, tidak boleh dia mengarahkan orang-orang Asia berhenti memakan durian hanya kerana dia tidak suka. Bukankah ini satu bentuk penjajahan minda ke atas satu golongan yang tidak mempunyai minat dan matlamat yang sama? 

Allah s.w.t. memerintahkan kita dalam surah Al Hujuraat ayat 13 seperti yang telah dipetik di atas, bahawa segala perbezaan itu hendaklah di rai dengan berkenal-kenalan dan belajar antara satu sama lain dan bertolak ansur antara satu sama lain. Jika satu nilai yang diagungkan satu pihak hendak digunakan dalam memberikan ketetapan kepada semua, maka ini dinamakan penjahan dan penindasan. Kegagalan untuk memahami kepelbagaian yang wujud dalam komuniti bangsa manusia inilah yang menyebabkan berlaku banyaknya penindasan dan peperangan di dunia. Di dorong rasa tamak dan semangat kebangsaan yang meluap-luap atas motif kesenangan dunia, maka dunia ini akan kekal dengan ketidakstabilan dan terus-menerus membina asasnya pada matlamat yang semakin menghancurkan.

Begitu juga dengan kes perkahwinan Rasulullah s.a.w. ini dengan A’isyah r.a., perkahwinan ini yang tidak langsung menjadi soal semasa dikelilingi masyarakat Arab, tak kira samada Muslim atau musyrik, satu ketika dulu, kini menjadi seakan satu bahan cemuhan dan ejekan sebuah dunia bongkak yang dikuasai gerakan occident bertunjangkan zionis dan yang seakan-akan bersatu dalam satu perkara, iaitu terlalu membenci kepada agama Islam. Mana-mana nilai Islam yang dikira tidak kena dengan selera dan budaya mereka, dilancarkan perang psikologi secara bermati-matian demi untuk memastikan Islam itu terkubur dan jauh dari negara mereka.

Tetapi setiap rancangan manusia, yang menentukannya ialah Allah s.w.t. Islam tetap akan berkembang dan bumi ini akan diwariskan kepada golongan mukmin. Rugilah muslim yang tidak mempertingkatkan dirinya kepada kualiti mukmin.

Al Anbiyaa’ ayat 105
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".

Ini ialah janji Allah dan janji Allah itu sesuatu yang pasti akan terjadi. Perhatikan kepada gerakan Islam di seluruh dunia yang semakin mendapat tempat dan berkembang. Cuma kita janganlah sampai memperjudikan perjuangan dengan melupakan larangan-larangan jelas yang telah digariskan Allah dalam berjihad terutamanya dalam berkompromi dengan golongan kafir yang jelas menentang Islam pada dasar perjuangan mereka.

Mengenai hujah para penentang Islam dan juga kekeliruan yang dirasakan umat Islam berkenaan dengan umur A’isyah semasa bernikah dan tinggal serumah dengan Rasulullah s.a.w., telah dijelaskan diawal tadi beberapa hujah yang cuba dibawakan bagi menunjukkan Saidatina A’isyah r.a. itu telah mencapai akil baligh pada usia 6 tahun dan mencapai akil baligh penuh pada usia 9 tahun.

Persoalan yang mungkin timbul ialah, apakah lojik terdapat gadis yang mencapai akil baligh pada usia 6 tahun? Jika ada pun, bukankah fizikalnya masih lagi sebagaimana seorang kanak-kanak? Bagaimana dapat dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan keadaan fizikal yang sedemikian rupa? Bagaimana pula dengan A’isyah r.a.?

Maka, pada bahagian ini, insyaAllah akan saya bawakan satu penjelasan yang akan memberikan kefahaman jelas dan lojik disebalik perkahwinan ini.

Secara normal dan menjadi kebiasaan dalam tabii alam, seseorang gadis itu akan mencapai akil baligh pada purata usia 9 – 12 tahun. Inilah yang dijadikan sebagai umur rujukan dan standard di seluruh dunia berdasarkan purata umur gadis-gadis mencapai akil baligh. Sekali lagi diingatkan bahawa ini adalah merupakan anggaran purata yang dipersetujui melalui pencerapan statistik yang dibuat. Jika anda biasa dengan matematik, purata itu kebiasaannya terletak ditengah-tengah antara nilai paling minimum dan maksimum atau pun nilai yang paling banyak terdapat dalam perkiraan tersebut. Sebagai contoh dalam bilik A terdapat 5 orang gadis. Setiap satu dari mereka dinamakan sebagai gadis a, b, c , d dan e yang masing-masing mencapai akil baligh pada usia 6, 7, 9, 11 dan 12 tahun. Maka purata umur akil baligh bagi wanita dalam bilik itu dikira seperti dibawah:

Jumlah Purata Umur Gadis Yang Akil Baligh dalam bilik A
= (6 + 7 + 9 + 11 + 12)/5
= 9 tahun.

Umur purata 9 tahun ini hanyalah umur purata dan ianya tidak menafikan wujudnya gadis a dalam bilik tersebut yang mencapai akil baligh pada usia 6 tahun. Ianya juga tidak menafikan terdapatnya gadis e yang mencapai usia akil baligh pada usia 12 tahun. Maka anggaran purata itu tidak seharusnya dijadikan hujah untuk menafikan terdapat banyaknya kes-kes gadis yang mencapai akil baligh pada usia yang lebih awal dari ukuran purata tersebut.

Secara jelas dengan isu ‘purata’ tersebut, saya ingin jelaskan selepas ini mengenai wujudnya satu fenomena dunia yang semakin ketara pada waktu sekarang ini yang menyaksikan kecenderungan gadis-gadis remaja dari masa ke semasa mencapai akil baligh pada usia yang semakin lebih muda.

Fenomena ini dinamakan sebagai Precocious Puberty oleh para penyelidiknya. Precocious puberty ini berlaku apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan memasuki fasa akil baligh lebih awal dari purata kebanyakan rakan-rakan sebaya mereka. Menurut satu laporan yang dinamakan sebagai Population Reports yang diterbitkan oleh Population Information Program, Center for Communication Programs, The Johns Hopkins School of Public Health, keadaan dunia pada ketika ini semakin membimbangkan dengan pemerhatian yang dibuat menunjukkan kadar umur di mana kanak-kanak perempuan dan lelaki mencapai akil baligh semakin menunjukkan trend penurunan.

Di bahagian Amerika Utara, umur yang menyaksikan gadis-gadis remaja di sana mengalami menarche yang pertama dilaporkan menurun pada kadar 3 hingga 4 bulan pada setiap satu dekad selepas dari tahun 1850. Dalam laporan MacMahon B, pada tahun 1973, dicatatkan bahawa usia purata gadis-gadis remaja di Amerika mencapai akil baligh ialah pada usia purata 12.8 tahun. (Rujukan : Mac Mahon B 1973 Age at menarche, United States. DHEW Pub. no. (HRA) 74-1615 Natl Health Surv 133).

Manakala, sebuah laporan yang dibuat pada tahun 1988, dilaporkan bahawa umur median bagi gadis-gadis remaja mengalamai mearche pertama di Amerika Utara dicatatkan sebagai berlaku pada usia 12.5 tahun (Rujukan : FORREST, J.D. Timing of reproductive life stages. Obstetrics and Gynecology 82(1): 105-111. Jul. 1993. & WINTER, J.S.D. Nutrition and the neuroendocrinology of puberty. In: Winick, M., ed. Adolescent nutrition. New York, John Wiley & Sons, 1982. mukasurat. 3-12.).

Begitu juga dengan perubahan umur bagi menarche yang pertama bagi gadis-gadis dari negara-negara lain di dunia yang semakin menunjukkan kecenderungan menurun. Sebagai contoh, pemerhatian yang dibuat di negara Kenya mencatatkan purata umur gadis-gadis remaja di sana mengalami menarche pertama pada penghujung 1970-an ialah pada usia purata 14.4 tahun. Tetapi pada pemerhatian yang dibuat pada penghujung tahun 1980-an di Kenya(jangka masa sedekad)laporan yang dicatatkan menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang amat ketara pada purata usia gadis-gadis di sana mencapai akil baligh ialah menurun kepada usia 12.9 tahun. (Rujukan : GYEPI-GARBRAH, B., NICHOLS, D.J., and KPEDEKPO, G.M.K.Adoslescent fertility in sub-Sahara Africa : An Overview. Boston, Pathfinder Fund, 1985. 57 p. (Mimeo))

Yang dicatatkan di atas merupakan laporan-laporan yang dibuat pada awal dan penghujung dekad 80 –an. Laporan terkini mengenai fenomena precocious puberty ini adalah seperti yang dicatatkan dalam laporan berikut oleh NHANES III (National Health and Nutrition Examination Survey) dan PROS (American Academy of Pediatrics-Pediatric Research in Office Settings). Laporan yang diterbitkan kedua-dua pihak ini memberikan perhatian penuh kepada semua aspek yang melibatkan proses akil baligh iaitu dari peningkatan ketinggian seseorang gadis seterusnya pemerhatian kepada peringkat thelarche (pertumbuhan awal payudara) seterusnya pubarche (pertumbuhan bulu ari-ari) dan menarche (haid).
Laporan PROS ini mencatatkan, thelarche pertama dikesan secara purata ke atas gadis-gadis berkulit putih di Amerika ialah pada usia 10 tahun dan bagi gadis dari keturunan kulit hitam berlaku pada purata usia 8 tahun. Ini membawa maksud ada di antara gadis-gadis ini mencapai akil baligh dengan perkembangan thelarche berlaku seawal usia 6 tahun bagi gadis berketurunan kulit hitam. (rujukan : Herman-Giddens ME, Slora EJ, Wasserman RC, Bourdony CJ, Bhapkar MV, Koch GG, Hasemeier CM 1997 Secondary sexual characteristics and menses in young girls seen in office practice: a study from the Pediatric Research in Office Settings network. Pediatrics 99:505–512)

Laporan dari NHANES III juga menunjukkan pemerhatian yang lebih kurang sama dengan laporan PROS. (Rujukan : NHANES III 1997 NHANES III Reference manuals and reports (CD-ROM). Analytic and reporting guidelines: the Third National Health and Nutrition Examination Survey (1988 –94). Hyattsville, MD: National Center for Health Statistics, Centers for Disease Control and Prevention).

Terdapat banyak lagi laporan yang dapat dikemukakan yang menunjukkan kecenderungan kanak-kanak perempuan memasuki fasal akil baligh di awal usia. Tetapi bagi mengelakkan posting ini menjadi terlalu teknikal dan membosankan mereka yang berfikiran mudah, saya simpankan semua data dan fakta untuk dipersembahkan dalam sebuah terbitan ebook nanti. Dalam ebook tersebut, semua perkara yang melibatkan pertikaian hujah berkenaan isu Saidatina A’isyah r.a. akan dibentangkan secara teliti dan dibentangkan dalam bentuk teknikal. Terdapat berbagai perkara yang tidak sesuai dan agak sensitif untuk dibentangkan di sini akan saya masukkan dalam ebook tersebut. InsyaAllah selepas semua posting A’isyah r.a. di blog ini siap, saya akan terbitkan ebook tersebut.


Utusan Pengguna, terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga ada menyentuh isu precocious puberty dalam terbitan terbarunya bagi April 2008. Semua ini jelas menunjukkan kini berlaku satu fenomena di mana semakin ramai gadis-gadis mencapai akil baligh pada usia yang semakin lebih awal. Ada yang mencatatkan pencapaian akil baligh seawal usia 5 tahun, malah terdapat juga kes-kes terpencil dimana kanak-kanak dalam usia 2 – 3 tahun mengalami menarche.

Kesemua terbitan yang dinyatakan di atas sepakat menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami precocious puberty akan mengalami proses kematangan seksual yang lebih awal dari rakan sebaya mereka. Susuk fizikal mereka ini, menunjukkan mereka ini tidak jauh beza dari seorang dewasa. Malah terdapat ibubapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami precocious puberty ini, berasa risau akan keselamatan anak-anak mereka kerana susuk fizikal dewasa yang dimiliki mereka sedangkan mereka pada usia tersebut masih lagi dalam usia sangat muda (6-9 tahun). Terdapat banyak rungutan dari para ibubapa yang mempunyai anak-anak perempuan yang mengalami precocious puberty ini menyatakan bahawa anak-anak mereka sering dirapati oleh golongan lelaki-lelaki dewasa yang berusia disebabkan penampilan fizikal mereka yang tidak menampakkan diri mereka sebagai kanak-kanak atau remaja perempuan yang seusia dengan mereka.

Terdapat sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat yang dinamakan dengan nama Magic Foundation yang cuba membantu para ibubapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami precocious puberty ini.

Berkenaan dengan hujah yang dikemukakan dalam perbincangan ini iaitu apakah lojik terdapat remaja perempuan yang mengalami akil baligh seawal usia 6 tahun sudah pun dijawab di atas. Berkenaan dengan bentuk fizikal mereka pula saya ingin membawakan semua sahabat pengunjung satuhala.blogspot ini untuk menilaikan antara dua keping gambar di bawah. Gambar yang pertama menunjukkan sekumpulan remaja belasan tahun Amerika yang sudah pun melahirkan anak di usia yang sangat muda. Perkara ini yang berleluasa berlaku di sana sehingga memaksakan pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan di sana mewujudkan satu sistem sokongan bagi membantu mereka-mereka ini (remaja-remaja yang mempunyai anak) menghabiskan juga sistem persekolahan mereka dan dalam masa yang sama dapat memberikan perhatian kepada anak-anak mereka di sekolah.

Perhatikan susuk fizikal mereka, ibu-ibu remaja ini, memang benar mereka ini masih dalam susuk fizikal seorang remaja yang matang tetapi masih sedikit kelihatan seperti remaja-remaja biasa yang seusia dengan mereka.

Perhatikan pula gambar di bawah. Gambar yang dipetik ini merupakan gambar seorang ibu remaja yang berusia 9 tahun di Thailand. Anak yang dilahirkannya pada usia 9 tahun ini memberikan satu maklumat kepada kita bahawa dia telah ‘berumahtangga’ pada seawal usia 8 tahun. Pada usianya 8 tahun atau lebih awal lagi, dia sudah pun mengalami akil baligh. Perhatikan wajah dan susuk fizikalnya. Pada setiap individu yang saya tanyakan berapa usia gadis ini tanpa memberikan apa-apa maklumat mengenainya, setiap dari mereka akan menyatakan sekurang-kurangnya gadis ini berusia awal 30 an. Menakjubkan bukan? Inilah yang dialami oleh mereka-mereka yang mengalami preocious puberty. Susuk fizikal mereka menunjukkan mereka ini golongan dewasa, umur mereka pula masih dalam kategori remaja malah sesetengahnya masih berusia di bawah 10 tahun. Jadi apa salahnya Rasulullah s.a.w. mengahwini A’isyah r.a.? Gilakah mereka ini yang menuduh perkahwinan baginda dengan A’isyah r.a. sebagai pencabulan seksual ke atas kanak-kanak? Perlukah kita sebagai Muslim bergundah gulana dengan tuduhan-tuduhan sembrono sebegini?


Fenomena precocious puberty ini juga telah disebutkan oleh Allah s.w.t. sebagai satu amaran dan satu petanda permulaan zaman fitnah yang akan berlaku di masa hadapan (zaman sekarang) dalam Al Qur’an 1400 tahun dahulu. Ianya terdapat dalam sebuah surah yang juga diturunkan mengenai fitnah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

Surah Al Muzammil diturunkan Allah s.w.t. pada ketika kaum musyrikin Mekah memfitnah Rasulullah s.a.w. sebagai seorang ahli sihir sebagaimana yang dinyatakan dalam Asbabun Nuzul yang tercatat dalam kitab Tafir Al Jalallain, Imam Jalaluddin Al Mahalli & Imam Jalallauddin As Suyuthi.

Pada ketika itu, sekumpulan kaum musyrikin Mekah telah berkumpul dan mengadakan perbincangan demi untuk memperolok-olokkan maruah Rasulullah s.a.w. Mereka berkumpul untuk memberikan gelaran-gelaran yang menghina Rasulullah s.a.w. Berbagai gelaran dicadangkan untuk diberikan kepada Rasulullah semata-mata untuk menghina usaha dakwah baginda. Ada yang memberikan gelaran tukang tenung, ada yang mencadangkan gelaran orang gila dan ada yang mencadangkan agar baginda digelarkan sebagai tukang sihir. Mendengar perkataan mereka ini menyebabkan Rasulullah s.a.w. kembali ke rumahnya dan berselimut bagi mengubati kesedihan baginda. Sehinggalah penghulu segala Malaikat turun membawakan wahyu Allah dalam bentuk surah Al Muzammil ini yang menyeru baginda bangun menunaikan solat malam sebagai persiapan untuk baginda bagi menerima wahyu dan ujian-ujian yang lebih berat lagi. Surah tersebut juga mengandungi janji Allah kepada baginda bahawa kejahatan golongan tersebut kepadanya akan mendapat pembalasan di akhirat nanti. Terdapat satu peringatan dari Allah pada ayat 17 surah yang sama bahawa fitnah dan ujian lebih getir terhadap orang-orang Islam dan sebuah amaran kepada golongan kafir.

(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban? Al Muzammil ayat 17

Hebat bukan…? 1400 tahun dahulu perkara ini sudah pun diberitakan akan berlaku dengan meluas pada hari yang penuh huru hara. Semuanya menjurus kepada peringatan bahawa kiamat sudah semakin dekat. Huru-hara dunia semakin menjadi-jadi dengan yang terbaru kekurangan makanan di seluruh dunia. Jadi dianjurkan kepada kita semua untuk berdoa kepada Allah bagi menyelamatkan diri kita dari fitnah Dajjal Al Masih yang semakin menghampiri dan meningkatkan amal ibadat supaya kelaparan dan kehausan itu tidak menjerumuskan kita kepada kekufuran terhadap Allah. Percayalah segala yang sedang memporakperandakan dunia ini yang semakin banyak berlaku, ianya dengan sendirinya menyatakan kepada kita bahawa apa yang sering diberikan amaran oleh setiap Rasul dan Nabi sebelum ini, semakin dekat kepada kita. Terlalu banyak mukjizat Al Qur’an serta kebenaran ayat-ayat di dalamnya semakin timbul dan mudah difahami kini berdasarkan pemerhatian menyeluruh yang dibuat kepada fenomena-fenomena yang berlaku diseluruh alam ini. Fenomena precocious puberty ini menjadi salah satu daripadanya dikala fitnah dan tohmah ke atas Rasulullah s.a.w. semakin menjadi-jadi. Kanak-kanak menjadi tua dan beruban itu ialah pada ketika sekarang ini yang menyaksikan ramai kanak-kanak mencapai usia remaja malah dewasa pada usia yang semakin muda.

Hujah mereka lagi :
O.K…. bukankah apa yang dinyatakan di atas semuanya berlaku di zaman ini dan bukannya berlaku 1400 tahun yang lampau semasa A’isyah dikahwini Rasulullah?
Sebenarnya, fenomena precocious puberty ini sudah pun terjadi dan dicatatkan semenjak zaman Paleolitik lagi. Menurut pemerhatian yang dibuat oleh Professor Mark Hanson dan Peter Gluckman yang diterbitkan dalam Trends in Endocrinology & Metabolism online, mereka menyatakan bahawa semenjak dari zaman Paleolitik lagi, remaja mengalami menarche pada usia seawal 7 hingga 13 tahun. Professor Hanson, yang mengetuai Centre for the Developmental Origins of Health and Disease (DOHaD) di University of Southampton, dan Peter Gluckman yang berkhidmat di Liggins Institute di University of Auckland, New Zealand, telah membuat kajiselidik mengenai umur akil baligh yang mana subjek kajian mereka melangkaui sehingga sebelum zaman batu lagi. Artikel tersebut boleh dibaca dengan klik sini.

Jadi tidak timbul persoalan fenomena ini tidak berlaku semasa zaman Rasulullah s.a.w. Cuma, di akhir-akhir ini fenomena ini dicatatkan dengan lebih kerap dan menunjukkan kecenderungan menjadi sesuatu yang semakin lumrah pada akhir zaman ini. Jadi, tidaklah bijak untuk berhujah dengan menyatakan bahawa semua ini tidak berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. berdasarkan kenyataan yang diambil oleh penyelidik-penyelidik dari Unversity of Sothampton dan University of Auckland ini. Fenomena ini juga dicatatkan lima kali ganda lebih banyak berlaku kepada golongan gadis jika dibandingkan dengan remaja lelaki.

InsyaAllah bersambung… maafkan saya yang terkadang memerlukan masa yang panjang untuk memasukkan sesuatu posting terutamanya posting berkenaan A’isyah r.a. ini.. terima kasih juga kerana bersabar..


Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

3 comments:

Anonymous said...

http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/umreaisyah.htm

JABAR@PAKOKH said...

assalamualikum..bgaimana nk thu islam tulin..? ingin tau.

dzareth said...

Assalamualaikum saudara,

Saya sering berkunjung ke blog saudara krn saya gemar dgn cara saudara mengemukakan hujah. Baru-baru ini saya berkesempatan melihat ulasan di blog lain berkaitan usia Saidatina Aishah r.a. ketika beliau mengahwini baginda Rasullullah s.a.w. Mohon pandangan saudara terhadap arguement ini:
http://princessmaisarah.blogspot.com/2011/08/menjawab-fitnah-makcik-hajjah-sitt-al.html
Jika berkesempatan, bolehlah dibentangkan di blog ini. Harap permintaan ini boleh dipertimbangkan. Terima kasih.