Thursday, May 22, 2008

Dialog Dengan Pemuda-Pemuda Kristian... bhg 4

oleh Muhammad Ibn 'Az
Dialog Seterusnya pula berkisar tentang hujah flaneldez yang menyatakan Islam merupakan agama syaitan yang menghukum penganut-penganutnya dengan pelbagai peraturan dan hukuman. Dia juga mendakwa Islam itu tidak setaraf dengan Kristian kerana ajaran Kristian penuh dengan kasih sayang. Oleh kerana dia berkata bahawa tiada ayat-ayat menunjukkan sisi keras Jesus dalam Bible, maka saya bentangkan kepadanya ayat dari Matthew 10:34-36 yang membawa maksud seperti berikut : 10:34 "Jangan kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi; Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang. 10:35 Sebab Aku datang untuk memisahkan orang dari ayahnya, anak perempuan dari ibunya, menantu perempuan dari ibu mertuanya, 10:36 dan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya. Seperti biasa, bila saja dibentangkan ayat-ayat yang dikatakan tiada wujud dalam Bible, mereka kembali meracau…


guchibear : Pedang yg dikatakan itu pula janganla ditafsir berdasarkan pemikiran manusia..kata lain bagi pedang itu adalah firman..coz didalam ayat lain firman itu sprti pedang bermata dua..so bkn mudah utk mengerti isi bible ini..kerana stiap org yg dpt memahaminya bukanla hasil dr kemampuan or kbijaksanaannya utk memahami,tetapi melalui bimbingan rohkudus..

NizamPablo : pedang itu tetap pedang (yang membawa maksud keharusan berkeras dalam isu-siu akidah di dalam Kristian) dan memang Jesus menyatakannya bahawa kedatangannya ialah untuk memisahkan kasih sayang antara org yg beriman dgn yg tidak beriman biarpun secara kekerasan. Bukankah dia telah meyatakan bahawa kedatangannya bukan untuk mendamaikan sekaligus menafikannya sebagai anak2 Allah dalam Matthew 5 : 9?


guchibear : firman allah itu dikatakan seperti pedang yg bermata dua..saya kurg ingt dimanakah ayat itu tapi nti saya berikan kemudian setelah saya menemukannya.

NizamPablo : Sbg Muslim yg dituduh oleh Kristian spt kamu yg kami ini bodoh & tidak tahu apa2, biar saya sbg Muslim membantu guchibear, seorg Kristian yg tidak tahu dimana ayat yg dia mahukn dlm Biblenya. Ok ayat yg kamu cari itu ada di Hebrew (ibrani) 4 ayat 16:
Sbb firman Allah hidup & kuat & lebih tajam dr pada pedang bermata dua manapun; ia menusuk amat dlm sampai memisahkan jiwa & roh, sendi-sendi & sumsum; ia sanggup membedakan pertimbangan & pikiran hati kita.
ianya x sama dgn ayat Matthew 10:34

flaneldez : kristian yang bodoh dan tak tahu ttg injil? (perhatikan flaneldez salah faham dgn kenyataan dialog saya di atas, yang saya nyatakan ialah anggapan mereka ini bahawa Muslim yang berdebat dengan mereka janganlah dianggap bodoh..) ini kerana umat kristian rajin berkerja siang dan malam dan tak ada masa untuk baca bible!! bukan macam umat islam, pemalas, kan quran cakap tidak boleh kerja terlalu lamu kerana badan boleh rosak?? di kristian pemalas dianggap satu dosa yang besar, sebab itulah umat kristian umat yang paling maju dunia berbanding dgn umat islam yang ternyata umat pariah!! hahaha


NizamPablo : hahahaa.. sila bawakan bukti Al Qur'an ada ayat2 macam tu.. mmg telah mnjadi sesuatu yg lumrah kpd flaneldez utk merapu dan meracau tanpa sebarang bukti... tq flaneldez.. saya amat terhibur.. (seperti biasa.. bukti yang diminta untuk menyokong kenyataannya di atas tidak dapat dia bawakan. Inilah cara mereka yang terlalu membuta tuli beriman dengan cakap-cakap orang dan paderi-paderi mereka.)

NizamPablo : Maksud ayat Matthew 10 : 34, bahawa Jesus dtg utk menegakkan hukum Allah agar semua bani Israil kembali kepada Allah biarpun dgn cara kekerasan termasuk memisahkan kasih syg antara yg beriman & tidak beriman. Manakala Hebrew 4:16, mengatakan bhw kebenaran itu akan menembus hati manusia lebih tajam drpd mana2 pedang bermata 2. & Islam ialah kebenaran tersebut, lihat peratusan convert ke Islam dunia yg meningkat tinggi setiap tahun. Kenapa jumlah Kristian menurun? kan kebenaran itu akan menembus?

NizamPablo : jadi. jgnlah kamu mmperlekehkn umat Islam spt kami. kami bukan beriman secara membabi buta. Kami beriman kerna kami Yakin & faham akan agama kami. Kami lakukn kajian trhadap agama kami dan membandingkannya dgn lain2 agama dan kami berpuas hati dgn Al Qur'an yg menunjukkan kami jalan yg lurus, yg mengajar kami mengenal Allah, Isa, Muhammad, Ibrahim , yg mengajar kami dgn ajaran yg senang difahami. Tiada ESOTERIK dlm Islam. Semuanya mudah difahami oleh semua manusia. Kajilah Al Qur'an guchibear...


guchibear : haleluyah,terimakasih kerana menemukan ayat tersebut..bukankah di akhir ayat tersebut mengatakan IA SANGGUP MEMBEDAKAN PERTIMBANGAN & FIKIRAN HATI KITA??? itulah yg di maksudkan didalam matthew..bahwa kehadiran yesus itu membawa pedang(firman).oleh kerana firman itu maka berlaku la persleisihan pendapat dan kepercayaan kita..oleh itu mereka yg menerima firman itu akan di pisahkannya dari mereka yg tidak percaya dan di angkat kesorga pada hari pengadilan nanti..sila baca ayat ini,matthew10:32-36

NizamPablo : saya sudah jelaskan sebelum ini bhw ianya membawa maksud kebenaran akan terserlah dan menguasai semua hati manusia di dunia. Matthew 10 : 34 ialah bahawa Jesus itu dtgnya utk meragut yg tidak beriman keluar dari yg beriman tidak kira mereka itu ada hubungan keluarga ataupun tidak..


guchibear : Smmgnya kdtgn yesus bukan utk mjanjikan kedamaian dibumi ini.coz bumi ini hanya tmpt psinggahan sementara..kedatangan yesus itu menjanjikan keselamatan n kedamaian yg kekal iaitu di sorga..

NizamPablo : jika itu yg kamu maksudkan, maka Jesus tidak layak digelar sebagai anak Allah dlm Bible kamu. Ini kerana, Jesus sendiri menyatakan bahawa:
Matthew 5 : 9.
5:9 Berbahagialah orang yang membawa damai, karena mereka akan disebut anak-anak Allah.
Orang2 yg membawa damai ialah orang Islam kerna perkataan Muslim itu membawa maksud Orang-orang yg Selamat dan mendamaikan, dan mereka inilah anak-anak (hamba-hamba yang patuh kepada) Allah termasuk Isa, Ibrahim, Muhammad, Adam dan semua Muslim.

flaneldez : jika Jesus tidak layak digelar anak Tuhan, maka engkau ni layak digelar Antichrist!! pengikut pengikut syaitan yang mempunyai tanda 666!!! hmmmmm!! tadi kamu cakap Quran ada 6666 ayatkan?? wow!! what a coincidence!!

NizamPablo : Al Qur'an mempunyai 6666 ayat? hahahahah.. dari mana kamu dpt ini? Jgnlah merosakkn kredibiliti sendiri flaneldez. Ini membuktikan kamu itu tak tahu apa2 pun pasal Bible dan Al Qur'an. Jumlah ayat Al Qur'an ialah 6,236. Entah dari mana si kristian murtad ini dpt 6666. Apapun percubaan kamu semakin kelakar flaneldez.
Muslim bukan antichrist & ia telah dibuktikn oleh saya dlm komen2 seblum ini dgn menggunakan ayat2 Bible kamu. (perhatikan setiap pertuduhan yang keluar dari mulut flaneldez... dia suka bercakap tanpa fakta dan bukti yang jelas serta kukuh) (Dalam Bible terdapat 3 ayat yang menunjukkan siapa yang layak digelar sebagai AntiChrist atau Dajjal. Ayat pertama dari 2 John (Yohanes) 1: 7 : “
Sebab banyak penyesat telah muncul dan pergi ke seluruh dunia, yang tidak mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia. Itu adalah si penyesat dan antikristus.” Muslim tiada masalah dengan ktiteria ini kerana semua Muslim meyakini dn beriman dengan kerasulan Isa a.s. dan mengakui yang Isa a.s. ialah antara Rasul-Rasul Allah. Ayat kedua dari 1 John (Yahanes)2 : Siapakah pendusta itu? Bukankah dia yang menyangkal bahwa Yesus adalah Kristus(Al Masih)? Dia itu adalah antikristus, yaitu dia yang menyangkal baik Bapa maupun Anak.” Bapa yang dimaksudkan di sini ialah Tuhan Yang Maha Esa dan Anak dalam ayat ini membawa maksud RasulNya iaiatu Isa Al Masih. Muslim juga tiada masalah dengan ayat ini kerana semua Muslim mengakui bahawa Isa itu adalah Al Masih dan Muslim tidak menolak tenatng Isa a.s. sebagai manusia dan tidak menolak Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa. Ayat yang ketiga berkenaan dengan antichrist ini ada dalam 1 John(Yohanes)4:3 “dan setiap roh, yang tidak mengaku Yesus, tidak berasal dari Allah. Roh itu adalah roh antikristus dan tentang dia telah kamu dengar, bahwa ia akan datang dan sekarang ini ia sudah ada di dalam dunia.” Muslim juga tiada masalah dengan criteria ini kerana kita tak pernah langsung menolak Isa a.s. sebagai Rasul yang dilantik oleh Allah. Perkataan ‘tidak berasal dari Allah’ itu membawa maksud sesiapa yang menolak kebenaran kewujudan Isa, dia tidak tergolong dalam golongan yang beriman kepada Allah. Jadi kesimpulannya, ketiga-tiga ayat yang menggambarkan ciri-ciri yang perlu ada pada antichrist (Dajjal), ianya secara jelas tidak terdapat pada diri orang-orang Islam. Bukankah ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa orang-orang yang mengakui Jesus sebagai anak Tuhan dan menafikan dia sebagai Rasul Allah sama seperti Rasul-Rasul Allah yang lain adalah lebih layak digelarkan sebagai Antichrist!

flaneldez :baru saya tahu bahawa kamu ni sebenarnya tidak membaca keterangan saya dgn jelas!! terlampau emosi sehingga sudah buta membaca keterangan orang lain?? sudah marah?? hahaha!! walaubagaimanapun kamu seluruh umat islam adalah Antichrist!! itu adalah pasti!!

NizamPablo : terlampau emosi? apakah kamu sdg bercakap dgn cermin flaneldez?

guchibear : untk membaca alkitab jgnla seperti membaca buku komik or novel semata2..tiada artinya membaca ratusan buku dan menghafalnya padahal tidak mengerti..saya faham alkitab mmg sukar utk di mengerti,tapi hati org yg terang dan benar2 mau mencari kebnaran didlmnya sajala yg akan mendpt hikmat dari allah utk memahaminya..

NizamPablo : alasan yg biasa digunakan oleh mereka2 yg tidak dpt menerima hujah mereka dipatahkan oleh org Islam, sama juga spt flaneldez seblum ini dan ramai lagi yg pernah saya debatkan.. apabila tidak mampu meneruskan dialog atau debat, hujah sebegini akan digunakan.. saya memahami Bible anda lebih daripada anda dan jgn gusar mngenai perkara itu, kamu sendiri yg dtg berhujah disini, jd tanggungjawab saya utk mmpertahankan daerah saya ini..

guchibear : dan jangan la menambah2 pula dgn mengatakan MEMISAHKAN KASIHSAYANG..Yesus mengasihi sluruh umat manusia shingga ia sggp menjadi korban dan mati dikayu salib demi menebus dosa saudara dan saya..dan kitalah yg hrs mbuat pilihan samada mau mengakui dia or tidak..

NizamPablo : itulah yg disebutkan dalam Matthew 10:35
Sebab Aku datang untuk memisahkan orang dari ayahnya, anak perempuan dari ibunya, menantu perempuan dari ibu mertuanya,
saya tidak pernah menambah, saya hanya memetik ayat dari Bible kamu... bukankah perbuatan itu memisahkan kasih sayang? jika tidak.. apa namanya? (dalam berhujah dengan orang-orang Kristian, modal utama mereka dalam mempertahankan kebenaran agama mereka dapat disimpulkan kepada 4 topik yang sering ditimbulkan dan dihujahkan mereka iaitu 1. Kristian adalah agama kasih sayang. 2. Jesus melakukan banyak mukjizat 3. Ramalan-ramalan yang dikatakan ‘tepat’ yang terdapat dalam kitab mereka 4. Mempertikaikan kerasulan Muhammad dan akhlaknya. Bila saja dipatahkan modal mereka yang menyatakan Jesus tidak menyokong unsur kekerasan dalam Bible mereka, mereka akan mula gelabah dan akan cuba pula menggunakan tiga topik berbaki untuk dijadikan hujah. Perhatikan nanti sepanjang dialog ini, isu-isu tiga topik ini pasti akan timbul.. jika kesemua hujah mereka tak mampu mengatasi keadaan, mereka akan mula melakukan putar belit sehebat liuk lentuk gerak ahli-ahli gimnastik China)

guchibear : kedatangan isa bukan utk memisahkan kasih sayang itu.. saudara benar2 x fhm..bknkah isa bkata,Setiap orang yang mengakui Aku di depan manusia, Aku juga akan mengakuinya di depan Bapa-Ku yang di sorga.Tetapi barangsiapa menyangkal Aku di depan manusia, Aku juga akan menyangkalnya di depan Bapa-Ku yang di sorga.'' jadi skiranya sluruh keluarga kita mengakui isa itu maka sluruh keluarga kita diselamatkan.jika sebahagian sj maka sebahagian sj yg diselamatkan.. (apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut sama seperti sebuah persaksian Syahadah dimana kita mengakui Allah itu Maha Esa dan tiada tuhan melainkan Dia dan perakuan Muhammad itu sebagai Rasulullah. Begitu juga dengan Muslim di zaman Isa dahulu, mereka bersaksi dan beriman dengan Isa sebagai Rasul dan Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Esa. Diakhirat nanti, Rasulullah yang akan memberi syafaat di atas izin Allah kepada umatnya yang kekal beriman dengan perakuan syahadah tersebut. Berkenaan ayat Isa a.s. yang dinyatakan oleh Guchibear di atas dimana Isa akan menyangkal umatnya dihadapan Allah nanti, ianya disebut dengan jelas dalam Al Qur’an Surah Al Maidah ayat 116 spt berikut: “Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib," Sebagaimana yang dijelaskan dalam Bible bahawa Isa akan menyangkal mereka-mereka(orang-orang Kristian) yang mendakwa dia sebagai anak Tuhan dihadapan Allah nanti, Al Qur’an menjelaskan dan membenarkan perkara tersebut akan berlaku diakhirat dengan ayat 116 surah Al Maidah di atas. Itulah antara fungsi Al Qur’an sebagai Al Furqaan, iaitu yang membezakan dan mengeluarkan yang benar dari yang salah dan mengesahkan apa yang benar yang masih berbaki dalam kitab-kitab sebelum ini. Firman Allah dalam surah Ali Imraan ayat 3-5 dijadikan panduan dalam mengkaji kitab-kitab yang diturunkan Allah sebelum Al Qur’an termasuk Taurat dan Injil. Jika berminat mengkaji kitab-kitab lain yang diturunkan sebelum Al Qur’an sebagai sebahagian dari memenuhi rasa ingin tahu, sebaiknya memahami dan belajar Al Qur’an (bukan setakat membaca malah memahami tafsirnya) dengan betul melalui guru-guru bertauliah terlebih dahulu sebagai panduan. InsyaAllah ianya sangat membantu. Jika ingin mengkaji kitab-kitab sebelum Al Qur’an bagi tujuan berdakwah, kita seharusnya menjadi lebih rajin lagi mencari maklumat dan rajin membaca banyak buku dalam pelbagai topik terutamanya sains dan sejarah serta kita seharusnya menjadi seseorang yang sangat peka kepada apa jua yang berlaku dipersekitaran. Ianya sangat membantu.

NizamPablo : Ianya disebut dlm Bible sebagaiman yg telah dihujahkan.. apakah kamu menafikan kandungan Matthew 10:35. Benar Isa a.s. mengajar perkara yg baik kpd pengikutnya dan kami sebagai Muslim beriman kpdnya, & keterangan mengenai Matthew10:35 itu juga telah saya ulas berulang kali disini.
Matthew 10:35 itu menceritakan mngenai keluarga yg sebahagian tidak beriman. Ia tiada kena mengena dgn ulasan kamu diatas. Jika ada ahli yg x beriman, maka ia akan dipisahkan kasih sygnya dari keluarganya.

guchibear : isa sgt mengasihi manusia dan dia ingin semua umat manusia diselamatkan,namun isa benci kpd dosa. allah mengasihi kita namun dosalah yg mbuat kita x layak utk masuk kerajaan allah..kitalah yg menentukan jln hidup kita dan isa memberikan panduan..nmun klu kita tidak mnurut panduan yg telah diberikan maka kita akan tersesat atau terjerumus kedlm jurang maut..

NizamPablo : itulah yg diajarkan dalam Islam.. mengapa ramai Kristian yg menyatakan bahawa persaksian kepada Jesus sbg anak tuhan sudah cukup utk melayakkan diri mereka ke Syurga biarpun hidupnya itu penuh bergelumang dosa? tak percaya.. tgk saja komen2 flaneldez mengenai neraka?

guchibear : Kami mengakui Isa itu Anak Allah ,namun bkn dlm mksud secara lahiriah iaitu ia diberanakkan.tetapi kerana dia adalah dr Roh Allah itu sendiri..kami jg mengakui dia anak manusia kerana ia lahir melalui perawan maryam itu sendiri..sila baca semula dalam yohanes 1:1..baca hingga habis.. (bukankah saya sudah menyatakan di atas bahawa mereka ini akan mula melakukan dialectic acrobatic dengan bermain retorik dan putar belit bahasa bagi menyesuaikan fahaman mereka yg songsang bagi membolehkan hujah mereka diterimapakai.. untuk isu anak Allah ini, buatkan saja perbandingan dialog guchi sebelum ini dengan saya.. perhatikan bagaimana maksud anak Allah yang pada mulanya dikatakan mereka benar-benar anak Allah, kini cuba diubah maksudnya menjadi Ruh Allah pula bagi menyesuaikannya dengan firman Allah dalam Al Qur’an. Saya sudah menjelaskan mengenai apa yang dimaksudkan dengan Ruh Allah dalam bahagian-bahagian yang lepas.)


NizamPablo : mana satu yg betul? anak Allah atau anak manusia? Epal tidak boleh menjadi Oren dlm masa yg sama... Jika anak Allah yg dimaksudkan itu sama dgn konteks anak Allah dalam cara yg difahami kaum yg menerima Taurat iaitu isa sebagai manusia yg terikat dgn peraturan Allah dan Rasul Allah, maka tiada halangan bagi kami Muslim utk beriman dgnnya. Ruh Allah itu sudah saya jelaskan dalam komen2 yg lepas..

guchibear : saya sdh berulangkali jgn di artikan perkataan anak itu scara lahiriah..Anak itu dalam kata lainnya firman..kalimah allah.. saya tanya saudara adakah bulan itu diberanak kan??? klu tidak mengapa adanya anak bulan???


NizamPablo : yang mengambil dan mengertikan perkataan anak itu secara lahiriah ialah org2 Kristian.. saya sudah berpuluh kali menjelaskannya disini bahawa perkataan itu merujuk kepada rasul dan mereka2 yg terikat dgn peraturan Allah.. kamu yg salah faham dgn kenyataan sendiri. rujuk balik semua komen2 yg lepas.

guchibear :kedua2nya..dia anak allah atau firman kerana ia dari allah itu sendiri..sbgi bukti didalam Quran allah mgataka:
"Wallatii ahshanat farjahaa fa nafakhnaa fiihaa mir ruuhinaa Wa ja'alnaahaa wabnahaa ayatal lil 'aalamiin"
Ingatlah kisah seorang perempuan yang memelihara kehormatannya (Maryam) LALU KAMI TIUPKAN KEPADANYA ROH KAMI(Roh Allah) dan Kami jadikan dia dan Anaknya tanda (kuasa Allah) bagi semesta alam.


guchibear : saudara rasanya saya sdh berikan ayat firman utk mjwb kmusyiklan saudara itu..bknkah isa mgatakan dgn iman kita kpdnya maka kita diselamatkan?? isa x perlu bdakwah kpd wanita itu dan prajurit itu..kerna sblm ia bdakwah mereka sdh beriman kpdnya..

NizamPablo : sesiapa sj boleh mendakwa dirinya beriman.. yg penting Bible dari mulut Jesus sendiri menyatakan bahawa iman mereka tidak diterima kerna Kristian itu hanya utk Bani israel..


guchibear : jadi yg meniup itu jibril??? bukankah kami itu merujuk kepada allah itu?? tidak masuk akal kerana jibril hanya la utusan yg mengkabrkan berita kelahiran isa itu??

NizamPablo : Ianya jelas Jibril.. tiada keraguan mengenainya kerana dia menjalankan perintah Allah..

NizamPablo : berapa kali perlu bagi saya memberikan komen terhadap perkara yg sama?.. saya sudah jelaskan sebelum ini mengenai Ruh Allah merupakan Ruh yg ditiup atas perintah Allah melalui perantaraan malaikat Jibril. Mudahkan..? Ianya tidak langsung membawa maksud Allah beranak pinak sebagaimana org2 kristian meyatakannya dalam agama mereka.. rujuk semua komen saya sebelum ini.

antumakan : jangan kata cam tu ... ? kalo dikatakan tuhan mesti ke ada anak ???? jika tuhan pun ada anak takder beza dengan apa yang diciptanya iaitu manusia,haiwan...... fikirkan

NizamPablo : benar apa yg dikatakan antumakan.. apakah kamu Flaneldez mahu samakan Tuhan dgn binatang yg beranak pinak?

guchibear : antumakan,maafkan saya jika saudara flaneldez agak keterlaluan dlm penyampaiannya..namun saya amat bersetuju dgn penerangan yg dia berikan mengenai ayat firman yg terdpt di dlm bible.cuma penyampaiannya agak kasar.. :)

guchibear : sebenarnya firman itu tidak susah difahami klu mata rohani kita terbuka..kerana roh kita berfikir bukan sperti tubuh kita berfkir...roh kita ingin myenangkan hati allah tapi tubuh ingin mmuaskan keinginan daging iaitu keinginan sendiri..sbb itu bible itu kelihatn sukar difahami..pdhal sbnrnya tidak jg.. (perhatikan dialog guchi ini, mereka tidak dapat membezakan antara Roh, Jasad, Nafsu dan akal)

guchibear : Perkataan Anak yg di tuju kan kpd isa almasih itu bukanla dlm mksd scara lahiriah.. namun membawa maksud Firman..klu saya katakan anak bulan adakah kerana bulan itu diberanakkan atau memberanakkan??? begitu jg perkataan Anak yg tujukan kpd isa almasih itu..sila baca yohanes 1:1-36


NizamPablo : itulah yg sudah berkali2 saya katakan sebelum ini bahawa anak Tuhan itu tidak├»»¿ mmbawa maksud anak kpd Tuhan tetapi mereka2 yg terikat dgn Firman2 Allah dan peraturanNya & hanya melakukn arahan Allah. Ianya dinyatakn sendiri oleh Jesus dlm Matthew 5 :19
5:19 Maka Yesus menjawab mereka, kata-Nya: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya anak tidak dapat mengerjakan sesuatu dari dirinya sendiri, jikalau tidak ia melihat Bapa mengerjakannya; sebab apa yang dikerjakan Bapa, itu juga yang dikerjakan anak."

guchibear : saya mengatakan ya bahwa isa sudah ada sblm dunia diciptakan,pada mulanya adalah firman dan firman itu bersama2 dgn allah..ingtkah kamu bahawa isa menghembuskan nafas keatas tanah liat maka jadila seekor burung?? siapakah diantara nabi yg pernah mlakukannya??bknkah perbuatan isa itu sama sprti yg dilakukan semasa penciptaan adam?? (betapa mereka dari golongan Kristian telah dikelirukan oleh golongan yang berkepentingan dalam agama merea. Mereka ini memukul rata semua perkataan ‘Firman’ dalam kitab mereka sebagai semuanya merujuk pada Jesus. Sedangkan perkataan itu tidak menggambarkan Jesus pada semua tempat dalam Bible. Hanya pada segelintir ayat saja yang mewakili peristiwa yang melibatkan Jesus, itu pun ia membawa maksud perintah Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas Ruhul Quddus (Jibril a.s.) dalam meniupkan Ruh manusia ciptaan Allah ke dalam rahim Maryam.)

NizamPablo : firman Allah bukan membawa maksud Jesus.. ianya hanya membawa maksud Jesus dlm beberapa ayat dlm Bible. Jika Jesus dpt menghidupkan burung semasa dia hidup, Elijah lebih hebat lg kerana dia dapat menghidupkan org yg mati hanya dgn org mati itu tersentuh tulang2 bekas mayatnya.. siapa yg lebih hebat? Isa atau Elijah? yang satu menghidupkan sesuatu semasa dia hidup, dan satu lagi menghidupkan yang mati selepas dia sendiri mati..

guchibear : ya benar...tapi soalan itukan sdh di jwb saudara flaneldez.. manakah yg menyelamatkan,mesin itukah atau c pemakai yg memakai alat itu..elijah itukan di pakai allah.. rasanya isa lg hebat kerana menciptakan burung itu dari tanah liat..mampukah elijah mencipta??

NizamPablo : sya juga sudah jawab mengenai perkara ini.. Isa tidak mencipta.. burung itu dibuat atas perintah Allah dan yg menghidupkan burung itu ialah Allah. Isa dalam Bible telah menytakan bahawa dia tidak dapat berbuat apa2 tanpa arahan atau perintah Allah.. jelas?

guchibear : saudara nizam perkataan sembuh itu bkn dgn maksud bahwa mereka sembuh gitu2 saja..tapi sembuh secara total.kenapa saya blg disembuhkan secara total??? sila baca ayat ini dan bandingkan kisah ibu dan prajurit itu.

NizamPablo : bible hanya menyatakan bahawa dia sembuh dari penyakit dan anak perempuan itu dari kerasukan. ia tidak menyebut apa2 mengenai Jesus membenarkan dakwah kpd golongan bukan bani isarail.

guchibear : Kisah para rasul 26:18 untuk membuka mata mereka, supaya mereka berbalik dari kegelapan kepada terang dan dari kuasa Iblis kepada Allah, supaya mereka oleh IMAN mereka KEPADA-KU memperoleh pengampunan dosa dan mendapat bagian dalam apa yang ditentukan untuk orang-orang yang dikuduskan.??
matius15:28 Maka Yesus menjawab dan berkata kepadanya: ''Hai ibu, besar IMANMU, maka jadilah kepadamu seperti yang kaukehendaki.'' Dan seketika itu juga anaknya sembuh.

NizamPablo : iman itu bererti keyakinan kepada Jesus yg boleh menyembuhkan kerana dia telah mendengar perkara ini. ia masih lagi tidak mbawa maksud Kristian itu utk selain Bani Israil. Sila baca Kisah Para Rasul 5:30-31 Allah nenek moyang kita telah membangkitkan Yesus, yang kamu gantungkan pada kayu salib dan kamu bunuh. Dialah yang telah ditinggikan oleh Allah sendiri dengan tangan kanan-Nya menjadi Pemimpin dan Juruselamat, supaya Israel dapat bertobat dan menerima pengampunan dosa.

guchibear : lukas7:9 Setelah Yesus mendengar perkataan itu, Ia heran akan dia, dan sambil berpaling kepada orang banyak yang mengikuti Dia, Ia berkata: ''Aku berkata kepadamu, iman sebesar ini tidak pernah Aku jumpai, sekalipun di antara orang Israel!''
nah bukankah kerana mereka beriman kpd isa almasih itu shgga hamba prajurit dan anak ibu itu disembuhkan???dan bukankah isa telah mgatakan OLEH IMAN MRK KPD KU MPEROLEH PENGAMPUNAN DOSA DAN MENDAPAT BAGIAN DLM KERAAJAN ALLAH??

NizamPablo : ayat yg merujuk kepada yang beriman dalam luke 7:9 itu ialah org Yahudi sahabat kpd pemilik hamba yg sakit tersebut dan bukan hamba itu. baca keseluruhannya, kenapa mereka tidak mahu Jesus bertemu 4 mata dgn hamba itu yg bukan berketurunan Yahudi? Apa yg cuba mereka sembunyikan? sebelum dari memberikan persetujuan utk kesana, org2 yahudi yg dihormati berjumpa Jesus dan menceritakan perihal sumbangan org yg ingin ditolong tersebut kpd bangsa Yahudi yg sgt banyak supaya Jesus tertarik utk kesana.

guchibear : kesembuhan total ialah bkn skdr penyakitmu disembuhkan malah dosa mu diampuni..saudara berkata anak itu disembuhkan tapi setan yg merasuknya tidak diusir???? saya percaya muslim pun tau bahwa sgala pyakit itu dtgnya dri c iblis.. klu iblis itu masih ada didalam tubuh anak itu sdh pasti ia x akan sembuh.btl tak?? sebab itulah saya katakan kesembuhan total..bkn sj pyakitmu disembuhkan malah dosa mu diampuni..

NizamPablo : bukankah itu yg saya cakapkan bahawa dia cuma sembuh dari rasukan syaitan. Dlm Matthew itu, ia hanya menyebutkan anak perempuan itu sembuh.. tiada pengampunan langsung disebutkan krn Jesus hanya membebaskan bani Israil dari dosa (Kisah para rasul 5:31).. fahaman kamu yg mengatakan bahawa Islam menyatakan SEMUA penyakit berpunca dari Iblis itu amat salah. dari mana kamu dapat fakta ini? (Bukti dari Bible sendiri yang menyatakan bahawa tidak semua yang melihat dan dibantu Jesus dengan mukjizatnya akan meninggalkan dosa-dosa mereka dan sekaligus beriman dengan ajaran Jesus. Ianya dinyatakan dalam Matthew 11: 20-24 dan cerita yang sama juga boleh didapati dalam Luke10:13-15. Cerita ini mengenai pekan-pekan di mana penduduknya pernah dibantu Jesus dengan pelbagai mukjizat tetapi kekal hidup dalam dosa. Pekan-pekan yang dimaksudkan itu ialah pekan Chorazin dan Bethsaida. Malah Jesus sendiri mengutuk mereka dengan mengatakan bahawa dosa-dosa sipelaku homoseksual di Sodom dan Gomorrah satu ketika dulu akan lebih mudah diampuni Tuhan diatas rahmatnya berbanding dosa penduduk pekan-pekan ini. Oleh kerana youtube menghadkan ruang komen, maka hujah yang panjang lebar perlu dikesampingkan, tetapi saya masukkannya disini bagi memudahkan semua memahami asas penolakan saya terhadap perkataan guchibear yang menyatakan anak kepada perempuan dari Canaan itu disembuhkan dan sekaligus dia dan ibunya beriman kepada Jesus.)

InsyaAllah bersambung... (jika terlalu lama menunggu posting saya, sahabat semua boleh ke link youtube berikut untuk membaca komen debat original di sana.. klik sini)

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...
Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)

15 comments:

salam..

semoga saudara nizam dilindungi Allah..semoga imannya bertambah kebal untuk menepis tujahan dan tipu daya syaitan..

Semoga pemuda2 kristian ini mendapat Rahmat dan petunjuk dari Allah..amat besar saham akhirat kamu wahai nizam..

Kita sesama muslim yang lain jangan membenci musuh2 di dalam blog ini..bagi saya mereka bukan musuh, tetapi saudara yang tersesat..tanggungjawab kita untuk kembalikan mereka kepangkal jalan..berikan pendekatan yang baik...tugas dan tanggungjawab para nabi dan rasul tidak terhenti hanya setelah wafatnya baginda Rasulullah S.A.W..

Andai ditakdirkan pemuda2 kristian ini di beri petunjuk dan terbuka hatinya beriman kepada Allah mengikut ajaran Islam, dan ketika itu juga maut datang menjemputnya, siapakah kita yang lahirnya Islam namun matinya belum tentu beriman seperti yang diajar didalam Islam??

Sebagai saudara sesama Muslim, marilah kita berdoa dan bermohon kepada Allah agar saudara nizam dan juga saudara2 kita yang lain yang bermatian2 dalam mempertahankan syiar Islam agar Iman mereka terus kebal dalam mengharungi tipu helah syaitan..

NIZAM
 
Assalamualaikum,

Syabas. namun ada sesetengah orang bukan Muslim masih lagi mengingkari. contohnya di:

http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?board=2&action=display&num=5023

Mereka mula2 bertanya dengan adab sopan santun, lama kelamaan mereka biadap.

Assalamualaikum.
 
flaneldez : kristian yang bodoh dan tak tahu ttg injil? (perhatikan flaneldez salah faham dgn kenyataan dialog saya di atas, yang saya nyatakan ialah anggapan mereka ini bahawa Muslim yang berdebat dengan mereka janganlah dianggap bodoh..) ini kerana umat kristian rajin berkerja siang dan malam dan tak ada masa untuk baca bible!! bukan macam umat islam, pemalas, kan quran cakap tidak boleh kerja terlalu lamu kerana badan boleh rosak?? di kristian pemalas dianggap satu dosa yang besar, sebab itulah umat kristian umat yang paling maju dunia
berbanding dgn umat islam yang ternyata umat pariah!! hahaha

xda masa baca bible kerana terlalu sibuk memajukan diri??! walhal kenapakah kamu berebat ttg agama kamu sedangkan kamu tiada masa nak memahaminya! tahukah kamu siapa kah org kristian dahulu seblm maju???
 
salam..
sampaikan ayat 94 surah Al-Baqarah ini kepadanya ;
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): Kalau Syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (94)
 
assalamualaikum..
saye dah bace dialog bersame pemuda2 kristian dr yg 1st smpai yg ke4. terus terang saye katekn, pengetahuan agama Islam saye sgt cetek n pada mulenye sebelum saye bace, saye risau kalo2 saye terpengaruh ngan hujah2 saudare2 kristrian tersebut.

tp setelah mengikuti dialog tersebut smpai yg ke-4, saye dapati mmg bnyk percanggahan dlm bible n saudare2 kristian tersebut bnyk melarikn diri dr menjawab persoalan2 dr saudare nizam.

alhamdulillah, skrg saye rase lebih berminat untk mengkaji al-quran dgn lebih mendalam- insyaallah. trime kaseh buat saudare nizam.

saye doakn agar saudare2 kristian ini akan dpt petunjuk dr Allah n semoge iman saudara2 Islam kite sendiri (termasuk saye) akan bertambah kuat - insyaallah..
 
salam... hmm.. sy da bce keseluruhan isi blog nih.TAHNIAH saudara nizam.anda mmg seorg yg berilmu dan mempunyai iman yg kuat.insyaallah.. teruskan berdebat.tp sy nasihatkan,berdebat atau berdialoglah dengan diplomasi seperti perbuatan rasulullah ketika berdakwah tentang ajaran islam kepada kaum2 nya.insyaallah, mereka akan lembut hati.teruskan usaha anda.salam...
 
Alhamdulillah..
Semoga saudara nizam terus berjuang untuk agama Islam tercinta. Saya sebgai seorang remaja melihat begitu banyak khabar menarik yang dilemparkan secara tidak langsung kepada kaum remaja tentang kristian tetapi dengan dialog begini saya percaya remaja kini lebih yakin untuk bercakap tentang islam walaupun sesetengah iman remaja kini hanya setipis bawang. tapi untuk menegakkan SAYA ADALAH ISLAM DAN ISLAM AGAMA LENGKAP itu adalah pasti..Allahuakhbar
 
terima kasih en.nizam
kerana meneruskan berdialog ngan si kristian murtad tue......

boleh sedara sambung debat sedara tue
 
perbincangan yang menarik. Huuu... semakin beremosi jadinya pihak lawan(O_O)
Cakap padanya, kalau asyik buka bible yang diconteng Paulus itu sampai bila pun tak jumpa kebenaran.. ubah angin dan buang ego dgn buka Al-Quran. Tak rugi apa-apa. Kalau kami yg muslim berani membuka kitab bible, kenapa tidak anda yg beragama kristian ini??
 
aku salute dengan perbincangan ni. saudara nizam benar-benar seorang yang berkaliber tinggi untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan agama. mudah-mudahan usahanya dalam menegakkan panji-panji syiar islam akan terus kekal serta diredhai Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah mengurniakannya kekuatan dalam berhadapan dengan golongan-golongan yang buta terhadap sinar kebenaran.
 
Hello
lorazepam online
It can also be used in chemotherapy.
[url=http://www.tkeresource.com/]buy lorazepam online[/url]
Hence, there are innumerable benefits of using this drug.
http://www.tkeresource.com/ - lorazepam online
Ativan has also been recognized as an influential mean of treating insomnia.
 
Assalamualaikum......

Saya berdoa semoga Allah melindungi serta menjauhkan kita semua umat Islam dari mereka yang cuba untuk memesongkan akidah dan iman umat Nabi Muhammad....

Setelah membaca perbahasan di antara saudara Nizam dengan golongan mereka..... barulah saya sedar yang saya ini sangat cetek pengetahuan jika dibandingkan dengan saudara......

Saya berharap agar saudara jangan berputus asa dengan segala kritikan dan sindiran dari kalangan mereka.......
 
salam saudara nizam.. bilakah dialog part kelima akan dibentangkan??.. sye ternanti-nanti debat saudara.. hmm
 
Matthew 10:34-36 "Jangan kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi; Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang. 10:35 Sebab Aku datang untuk memisahkan orang dari ayahnya, anak perempuan dari ibunya, menantu perempuan dari ibu mertuanya, 10:36 dan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya.

bukan semua merasa damai dengan keputusan seseorang menerima keselamatan yang ditawarkan oleh Yesus kristus.
contohnya anak saudara telah menjadi kristian iaitu mengikut Yesus kristus,dengan kata lain telah berpisah dengan saudara.anak saudara merasa damai sejathera telah wujud padanya. namun adakah saudara merasa damai dengan tindakan anak saudara?
maknanya,permusuhan dan perpisahan sentiasa terjadi sekiranya seseorang mengikut Yesus kristus sebab mereka yang tidak mengikut Yesus kristus merasa tidak damai. untuk pengetahuan saudara orang kristian yang telah murtad,kami orang kristian(orang kristian sejati) menghormati keputusan orang tersebut. justru itu, apa penjelasan saudara terhadap orang islam yang murtad lalu ditindas?
pedang yang di bawa oleh Yesus kristus bukan untuk membunuh tubuh jasmani tetapi menghancurkan kekerasan hati supaya rohaninya semakin terang.Namun saya ingin bertanya apakah gunanya pedang Nabi saudara pernah pedang tersebut membunuh manusia?
 
Saudara Roger Banister.. terima kasih atas komen.

Tafsiran itu merupakan sesuatu yang dipaksa masukkan ke dalam mulut Jesus itu sendiri.

Jesus menyatakan dengan jelas bahawa tidak akan ada satu ayat pun di dalam hukum2 kitab Musa terdahulu akan dihapuskannya.

Boleh rujuk Matius fasal 5 ayat 17 hingga 19 :

(17) Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.

(18) Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

(19) Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga.

Jika hukum2 lama dihapuskan, org yang menghapuskannya tidak akan mendapat sebarang tempat di dalam kerajaan sorga Tuhan. Itulah yg dinyatakan tegas oleh Jesus sebelum St Paul dan gereja-gereja kamu mengubahkannya untuk memberikan maksud yang lain.

HUkum Tuhan di dalam kitab2 Musa menyatakan dengan jelas bahawa, jika seseorang yang telah beriman itu murtad, maka dia, rumahnya, kampungnya dan segala puing2 yang ada perlu dibunuh, dibakar dan dihancurkan sama sekali. Ia termasuk binatang2 ternak di dalamnya. Kampung perlu ditinggalkan dan jangan lagi diduduki sama sekali. Bacalah keseluruhan fasal Deuteronomy fasal 13.

Saya yakin Jesus tidak berbohong. Yang berbohong ialah orang yg memutarbelitkan kenyataannya.

Tidak ada gunanya jika memetik isikandungan kitab tetapi praktisnya tidak dijalankan seperti yg Jesus mahukan org2 Kristian lakukan.

Islam memandang isu murtad sebagai satu isu pengkhianatan perjanjian dengan Tuhan.

Jika melakukan khianat dan melancarkan perang ke atas mana2 kepala negara akan dihukum dengan hukuman mati, termasuk di negara2 barat itu sendiri, jadi kenapakah perbuatan khianat kepada persetiaan dengan Tuhan perlu dibuat2 lupa?

Apakah Tuhan itu kelas dua berbanding manusia yang menjadi kepala negara?
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email