Tuesday, May 20, 2008

Dialog Dengan Pemuda-Pemuda Kristian.. bhg 3

oleh Muhammad Ibn 'Az

Sambungan dari bahagian 2 Dialog....

guchibear : Kejadian 1:1-3=
1 Pada mulanya Allah MENCIPTAKAN langit dan bumi .
2 Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan ROH ALLAH melayang-layang di atas permukaan air.
3 BerFIRMANlah Allah: ''Jadilah terang.'' Lalu terang itu jadi.

guchibear : Saranan saya utk saudara nizam,jika saudara benar2 ikhlas mau berbicara ttg kebenaran itu terus terang saya tidak akan dapat memenangi saudara kerana tingkat pengetahuan saya sememangnya rendah.tapi bkn bererti saya mengalah.tapi saya mau sarankan kpd saudara tanyala sendiri kepada isa almasih,pasti ia akan menjawabnya..dan menjamah hidup saudara..saya tidak berbohong coz saya sdh mengalaminya pengalaman bersama yesus..

guchibear :bukan pengalaman secara manusia tetapi secara rohani..didalam roh Dia mengurapi saya menjadi anaknya...

NizamPablo : jika itu hendak dijadikan hujah, tentu saja anda boleh menyatakan agama2 animisme yg melibatkan keadaan sawai yg membentuk kekuatan fizik secara luarbisa itu juga benar? mahukah kamu menyatakan bahawa agama Hindu itu benar kerana pengalaman kerohanian mereka dlm upacara2 agama mereka? Ianya tidak dpt dijadikan hujah..

flaneldez : ya memang benar ! memang penganut agama hindu pun adalah anak tuhan, kamu yang belum faham!! di yoga mereka cakap tuhan didalam diri masing2, begitu juga gama Buddha. Di bible Jesus sendiri cakap bahawa ' kingdom of god is within you'!! ada faham!! jika kamu faham secara rohani, tak perlukan batu berhala ataupun kaabah untuk disembah!! terus menerus kamu boleh berinteraksi dgn tuhan!! pasal upacara, ia bukannya satu kesalahan tetapi hanyalan kejahilan!! tuhan boleh memaafkan mereka!!

NizamPablo : tuhan kamu dlm Bible tidak memaafkn mereka.
Efesus 5
5:5 Karena ingatlah ini baik-baik: tidak ada orang sundal, orang cemar atau orang serakah, artinya penyembah berhala, yang mendapat bagian di dalam Kerajaan Kristus dan Allah.
5:6 Janganlah kamu disesatkan orang dengan kata-kata yang hampa, karena hal-hal yang demikian mendatangkan murka Allah atas orang-orang durhaka.
Flaneldez sipakar Bible sekali lagi gagal utk memahami kitabnya sendiri. maka tidak hairanlah dia murtad dari Kristian.

flaneldez :"My dear children, I write this to you so that you will not sin. But if anybody does sin, we have one who speaks to the Father in our defense--Jesus Christ, the Righteous One. He is the atoning sacrifice for our sins, and not only for ours but also for the sins of the whole world."
mungkin kamu ni tidak faham keseluruhan cerita injil, hanya tahu segelintir verse untuk membantah saya!! tujuan kamu bukan untuk memahami nampaknya!!

NizamPablo : itu merupakan ayat dr John & bukan Jesus atau Allah sendiri. Malah John dlm surat tersebut dalam ayat 6 menulis. "Whoever says that he remains in union with God should live as Jesus Christ did". Maka jelas disini bhw John dlm surat trsebut menyatakan cara hidup Jesus perlu diikut. Ini termasuk menurut hukum2 taurat spt dlm Matthew 5:17&18 dan tidak berdakwah kpd bukan Bani Israil spt dlm Mathhew 15. Dosa hanya diampunkn kpd Bani Israil diseluruh dunia.

guchibear : ya setiap org yg dr latarblkg agamanya berbeda2 itu mempunyai pengalamannya masing2..tapi apa yg saya maksudkan pengalaman bersama nabi isa iaitu yesus..dan apa yg plg menarik utk mengalami pengalaman itu saya tidak perlu utk,pergi kekubur or gua2 or menyembah segala benda utk mengalami pengalaman rohani itu.dan utk mghalau syaitan skalipun saya tidak mmerlukan bacaan mantera or beberapa biji bawang..utk mengalaminya mudah saja bdoa saja didalam nama yesus..

NizamPablo : begitu juga dgn buddha, hindu, jainisme, sikh dan sebagainya.. mereka berdoa kepada tuhan mereka dan mereka merasakan apa yg kamu rasa.. jadi bolehkah perkara ini dijadikan hujah utk menentukan sesuatu kebenaran? kebenaran hanya boleh diperolehi dgn mengkaji dan membuat analisis terhadap semua agama. Agama yg benar pastinya tiada sebarang kekeliruan di dalamnya dan Kitab dari Tuhannya tidak akan mengandungi apa2 kesalahan.

flaneldez :agama ni macam sungai, ada yang putar belit ada yang terus menerus, tetapi arah tuju semuanya sama, kearah lautan!! itu saja!! tak ada perbezaan di situ!! kebenaran bukan milk satu agama sahaja, tetapi berselerak disemua agama bersama sama penipuan, sebab itu pihak Vatican pun sanggup mambaca Rig veda dan Avesta serta Al Quran!! bukan macam ulamak agama kamu, angkuh dan berdegil!!

NizamPablo :Islam tiada wujud putar belit di dalamnya. Malah saya memahami Bible lebih baik dari kefahaman kamu sendiri. Saya membaca Bible, Tanakh, Shri Guru Granth Shahib, Veda, Purana, Smritis, Tipitaka dan mendapati bahawa hanya Islam jalan lurus. tahniah flaneldez krn kamu mengakui yg kitab agama kamu itu penuh dgn putar belit.. tahniah sekali lagi.. apakah atas sbb kesedaran itu kamu menjadi seorang atheist & meninggalkan Kristian?

flaneldez : lagi kamu kelentong sama saya bahawa kamu baca segala buku ini sedangkan saya baca keterangan awak macam orang bodoh!! orang yang baca kesemua buku ini tidak akan mencari kelemahan kelemahan agama lain!! saya tahu, sebab saya pernah tengok banyak orang yang sedemikian, bukan kamu!! lagipun kami ingat veda itu satu bukukah?? hahaha!! jangan duk tunjuk kebodohan!! ok!!

NizamPablo :apakah kamu bercakap mengenai diri kamu flaneldez? Bila sebut veda, ia mmbawa maksud Veda yg empat. Sudahlah Bible pun kamu tergagap2 nak berhujah, nak mempersoalkn fasal Veda pula. Jawab semua soalan2 saya fasal Bible dulu, kemudian jika kamu mahu berhujah ttg Veda dgn saya, saya mempersilakan kamu utk berbuat demikian. jawab soalan2 yg tertangguh itu dahulu...

flaneldez : islam tiada putar belit?? arak adalah haram mengikut kenyataan surah Al maidah ayat ke 90,tetapi di surah surah muhammad ayat ke 15 mengatakan bahawa penghuni syurga menikmati arak yang lazat diminum!! ini bukan putar belit?? jadi syurga versi islam ini macam discolah?? kongket, makan babi, minum todi, semua ada? hahahaha!!

NizamPablo : Arak memang diharamkan di dunia. Baca juga AlBAqarah219. ia diharamkan krn ia memabukkan & mndatangkan mudarat kpd manusia. Tetapi arak di syurga tidak memudaratkn & memabukkan.
At Tuur 23
Mereka di dalam Syurga itu berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan dosa.
jadi, tiada putar belit dlm AlQur'an. Maka buat sekelian kalinya semua hujah2 flaneldez dipatahkan. Allahuakbar!!!

guchibear : megenai isi bible yg kamu katakan diubah rasanya saya tidak plu jelaskan lg kerana saya sdh menjawabnya.dan ternyata tuduhan kmu itu tidak benar..malah sblmnya jg telah di jwb oleh saudara flaneldez. apa yg perlu saya jelaskan disini spy kmu mengerti apakah hukum yg di maksudkan hukum taurat itu.. (flaneldez sebelum ini mengakui Bible diubah oleh org2 yg sesat... rujuk komen2 awalnya)

sisikirisisikanan : wahai saudara guchibear, ketauhilah kamu bahawa Allah tidak mempunyai anak dan Allah adalah satu yang kekal dan wujud. yesus atau nama di dalam Islam adalah Nabi Isa. Nabi Isa adalah nabi dan rasul dan bukannya anak Allah. Allah hanya satu dan tidak mempunyai keluarga kerena kita semua dicipta olehNya.Nabi Isa adalah nabi yang diutus oleh Allah untuk menyedarkan kita bahaawa kita adalah hamba ciptaanNya. Janganlah kamu teperdaya dengan penyelewengan bible itu.

NizamPablo : benar sisikirisisikanan.. Allah s.w.t. sendiri menyatakan dlm Al Qur'an bhw dia tidak mempunyai anak malah Dia melaknat mereka yg berkata demikian.. TQ Alhamdulillah..

flaneldez : itu bukan kata kata Tuhan, tetapi hanyalah kenyataan Muhammad itu sendiri!! memang quran itu satu rekaan manusia!!

NizamPablo : buktikan! sdgkan Bible kamu sendiri tidak kamu faham dan tak terjawab soalan yg dikemukakan saya seblum ini, apakah lojik kamu hendak mengatakan sesuatu yg lebih tidak kamu ketahui. Mmbaca karya Richard Dawkins tidak menjadikan kamu Professor Theology dlm masa singkat.. hahaha.. saya sgt terhibur dgn hujah2 kamu yg tak masuk akal. (Karya Richard Dawkins yg dimaksudkan ialah The God Delusion dan ia ada dijual di kedai-kedai buku besar di Malaysia, flaneldez menyatakan dia mengagumi buku ini.)

flaneldez : mahu saya buktikan bahawa Quran bukan wahyu tuhan?? pi baca Sural Al Miadah ayat ke 101 & 102!!

NizamPablo : ianya sudah dijelaskan dalm komen2 yg lepas...tiada masalah.. Al Qur'an mmg wahyu dari Allah.
Al Baqarah 41
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.

flaneldez : surah al araat ayat ke 155-157 mengatkan bahawa tuhan menceritakan tentang Injil sedangkan pada zaman nabi musa injil belum dicipta!! injil dicipta lebih kurang 200 tahun selepas kematian jesus oleh Constantine!! hahaha!! ternyata koran ini ciptaan manusia penyanggak bernama Muhammad!!

NizamPablo : Al A'raaf la. mesti kamu ambil dr faithfreedom. Ayt2 tu juga tiada masalah. Ayt 155 AlA'raaf cerita pasal Musa & pengikutnya. 156 pasal doa Musa supaya dia & pengikutnya kekal beriman. 157 pula cerita pasal org2 beriman selain Musa iaitu umat Muhammad s.a.w. yg mana Nabi Muhammad telah diberitakan dalam Taurat & Injil akan dilahirkan nanti.
jadi apa masalahnya flaneldez? knp kamu suka mmbuta tuli ikut cakap2 org?

flaneldez : memanglah Tuhan tidak mempunyai keluarga macam manusia! ingat Tuhan ada cucu cicit, nenek moyang, pakcik dan makcik?? itu adalah penjelasan agama kamu yang belum mengetahui lebih mendalam tentang maksud tersirat!! kamu hanya lihat secara luaran, tetapi tidak mengerti secara mendalam tentang ajaran agama orang lain!!

NizamPablo : jadi bagaimana kamu boleh katakan yg tuhan punyai anak? saya semakin suka dgn komen2 kamu flaneldez. Ianya sgt kelakar dan menghiburkan, malah lebih hebat dari Raja lawak. Harap anda akan terus berdialog disini bagi menghiburkan semua pengunjung disini. Tahniah..

flaneldez : kalau saya mahu menjelaskan tuhan yang ada anak, kamu jawab mengapa tuhan menciptakan segala galanya? adakah dia mempunyai hasrat? jawab?? apa yang kelakar?? lebih baik kamu masuk wad sakit jiwa, terlampau fanatik agama islam sehingga menjejaskan pemikiran awak!!

NizamPablo : sudahlah flaneldez. kalau tak mampu jawab konsep tuhan beranak pinak tu, jgn la meracau yg bukan2. Soalan2 tambahan itu semua terbit dari kepala kamu yg semakin meracau setelah murtad dari kristian lepas soalan2 sya tak berjawab. Saya tiada masalah dgnnya.

Dialog seterusnya dimulakan dengan hujah-hujah berkenaan sambungan kepada tuduhan flaneldez yang menyatakan Rasulullah s.a.w. mempunyai 30 isteri. Ianya sudah dijelaskan kepadanya dan boleh dibaca dlam bahagian 1.

guchibear : siapa kata bible tidak melarang kahwin lebi dari 1??? baca ini...Mark10:2-12..2 Maka datanglah orang-orang Farisi, dan untuk mencobai Yesus mereka bertanya kepada-Nya: ''Apakah seorang suami diperbolehkan menceraikan isterinya?''.3 Tetapi jawab-Nya kepada mereka: ''Apa perintah Musa kepada kamu?''4 Jawab mereka: ''Musa memberi izin untuk menceraikannya dengan membuat surat cerai.''5 Lalu kata Yesus kepada mereka: ''Justru karena ketegaran hatimulah maka Musa menuliskan perintah ini untuk kamu.

NizamPablo : ianya bukan larangan kahwin lebih dari satu.. sila fahami dgn betul terjemahan ayat tersebut dlam Matthew 5 : 31. Malah ayat ini menghina kedudukan wanita dan menganggap mereka sbg penzina bila diceraikan biarpun mereka tidak pernah membuat salah sdgkn lelaki yg menceraikn tidak dihukum dgn apa2 label. Malah ia juga menghukum menakutkn sesiapa yg ingin berkahwin bg mmbela perempuan yg diceraikn tersebut dgn dosa zina. Jadi, dimana hak wanita trsebut utk dpt pembelaan. matthew 5 : 31 spt dibawah.

NizamPablo :matthew 5 : 31
5:32 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang menceraikan isterinya kecuali karena zinah, ia menjadikan isterinya berzinah; dan siapa yang kawin dengan perempuan yang diceraikan, ia berbuat zinah.
bukankah ayat ini menghina wanita yg diceraikan serta menjadikan nasib mereka lebih malang apabila tiada siapa berani mengahwini mereka akibat takut dilabelkan serta menanggung dosa zina.

guchibear : 6 Sebab pada awal dunia, Allah menjadikan mereka laki-laki dan perempuan,7 sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya,8 sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu.9 Karena itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia.''10 Ketika mereka sudah di rumah, murid-murid itu bertanya pula kepada Yesus tentang hal itu.

guchibear : 11 Lalu kata-Nya kepada mereka: ''Barangsiapa menceraikan isterinya lalu kawin dengan perempuan lain, ia hidup dalam perzinahan terhadap isterinya itu. 12 Dan jika si isteri menceraikan suaminya dan kawin dengan laki-laki lain, ia berbuat zinah.''

NizamPablo : ianya bukan larangan kahwin lebih dari satu.. sila fahami dgn betul terjemahan ayat tersebut dlam Matthew 5 : 31. Malah ayat ini menghina kedudukan wanita dan menganggap mereka sbg penzina bila diceraikan biarpun mereka tidak pernah membuat salah sdgkn lelaki yg menceraikn tidak dihukum dgn apa2 label. Malah ia juga menghukum menakutkn sesiapa yg ingin berkahwin bg mmbela perempuan yg diceraikn tersebut dgn dosa zina. Jadi, dimana hak wanita trsebut utk dpt pembelaan. matthew 5 : 31 spt dibawah.

NizamPablo : matthew 5 : 31
5:32 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang menceraikan isterinya kecuali karena zinah, ia menjadikan isterinya berzinah; dan siapa yang kawin dengan perempuan yang diceraikan, ia berbuat zinah.
bukankah ayat ini menghina wanita yg diceraikan serta menjadikan nasib mereka lebih malang apabila tiada siapa berani mengahwini mereka akibat takut dilabelkan serta menanggung dosa zina.

guchibear : lihat,jelas skali apa yg dikatakan bahwa yesus melarang perkahwinan lebi dari 1..

guchibear : soal kawin lebih rasanya sya dh terangkan..but saudara hanya memgambil sepotong2 dari ayat firman yg saya berikan.alkitab tidak mghina wanita yg di ceraikan..tetapi alkitab dgn jujur mengatakan bahwa mereka berdosa..dan jelas skali alkitab tidak membenarkan kawin lebi dari kecuali atas alasan isteri or suami itu sdh meninggal..

NizamPablo : mengapa alkitab begitu tidak adil & x praktikal.. bukankah byk lg sbb yg memerlukan perceraian itu berlaku. Mengapa pula si wanita yg teraniaya itu perlu dihina sbg penzina? kenapa pula lelaki yg hendak membelanya dihinakan juga sbg penzina? Bukankah ini merendahkan martabat dan maruah wanita? perceraian seharusnya dibenarkan. Bagaimana jika si suami kaki pukul. Dimana siisteri hendak dpt keadilan dlm Kristian? sdgkn jika menuntut cerai, dia akan dituduh berzina? inikah undang2 Bible kamu?

NizamPablo : saya juga telah menerangkannya berulang kali bahawa Hukum Taurat itu bukan utk dibuang malah ditegakkan. Kedatangan Islam menegakkan kembali hukum-hukum Taurat sebagaimana yg dijanjikan Jesus (Isa a.s.)

guchibear : Sebenarnya Hukum taurat itu mengandungi janji2,hukum dan peraturan2 yg diadakan oleh allah untuk umat israel..kerana pada masa itu umat israel mendapat kasih karunia allah dan menjadi umat pilihan allah..dan keselamatan itu sudah pasti bagi umat israel yg taat pada perintah-NYa..manakala bangsa lain termasuk saudara dan saya tidak mendapat janji keselamtan itu..

guchibear : saya lahir pada zaman anugerah iaitu pada zaman injil diberitakan..hukum taurat itu diadakan hanya utk umat israel..namun para nabi dizaman itu menubuatkan bahawa akn lahir seorang anak yg akn memberitakan injil itu..dan saya berada dizaman dimana setelah injil diberitakan..saya percaya kepda taurat dan mengimaninya tetapi hidup sesuai dgn injil kristus..iaitu isa almasih

NizamPablo : itulah masalah anda & semua Kristian. Sudah berapa kali saya nyatakan bahawa hukum2 Taurat itu seharusnya ditegakkan sbgmana yg disebutkan Jesus. lagi pun Jesus itu dilahirkan utk kaumnya iaitu Yahudi.
Matthew 1 : 21
1:21 Ia akan melahirkan anak laki-laki dan engkau akan menamakan dia Yesus, karena dialah yang akan menyelamatkan kaumnya dari dosa mereka.
jika anda bukan berasal dari keturunan Bani Yaakob @ israil, anda tidak layak utk menjadi org Kristian.

guchibear : dan injil utk seluruh bangsa..

NizamPablo : injil itu utk bani Israil.
1:21 Ia akan melahirkan anak laki-laki dan engkau akan menamakan dia Yesus, karena dialah yang akan menyelamatkan kaumnya dari dosa mereka.

NizamPablo : memang hukum2 taurat itu utk umat Israel. Begitu juga dengan agama Kristian itu juga utk umat Israel. Bangsa lain hanya diperkudakan bagi tujuan pengumpulan kekayaan golongan berkepentingan dalam Kristian. Jangan anda tertipu.

flaneldez : begitu juga hukum Quran hanyalah untuk orang arab, jadi jangan kamu diperkudakan oleh orang arab!! oops sorry!! diperUNTAkan!! ok!!

NizamPablo : Islam utk seluruh umat manusia dan disebut dibanyak tempat dlm Al Qur'an:
AlBaqarah21
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
jadi, dgn rasminya sekali lagi hujah kamu dipatahkan.

guchibear : dari segi asal usul keturunan memang saya bukan berketurunan israel,tetapi setelah saya mnerima yesus sebagai tuhan dan juruselamat akhir saya menjadi umat pilihan allah iaitu isreal,dan menikmati janji2 dan hak keistimewaan yg telah diberikan allah kpd umat israel.. saya ada seorang kwn berbangsa filipine dgn kerakyatan warganegara msia..

NizamPablo : maka.. kenapakah kamu masih lg merasakan Kristian itu utk kamu? sdgkan kamu semua dipergunakan utk kepentingan gerakan evangelical dlm mengumpul kekayaan. Kristian itu utk Bani Israil dan ianya sgt jelas.

flaneldez : mengumpul kekayaan? bagaimana dgn hasil kutipan zakat kamu yang kononya untuk orang miskin?? semua masuk poket ahli2 politik UMNO!! itu bukan mencari kekayaan?? Kristian adalah sebahagian dari agama Judaism, tetapi oleh kerana Kaum Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai anak Tuhan maka ajaran ini terkeluar dan tersebar ke seluruh dunia dgn nama KRISTIAN!! ternyata Kristian agama terbesar dan ini membuktikan bahawa tuhan itu telah merahmatinya!!

NizamPablo : zakat itu dikutip diseluruh dunia Islam dan disalurkan kpd org miskin. Cakap sila bawa bukti. hanya org yg ditentukn Al Qur'an layak mndpt zakat akan diberikan. Kristian bukan agama terbesar dunia. Kerana ia terpecah kpd denominasi yg menyembah tuhan2 yg berbeza. Vatican melaporkn data 2006 bhw Jumlah Katolik kini kurang dari jumlah Islam. Catholic = 1.115 Billion, Muslim = 1.322 Billion, Protestanism = 692 Juta. Maka sekali lagi hujah flaneldez dipatahkan.

flaneldez :kalau begitu kamu Islam pun kena pecahkan juga dgn Syiah dan sunni!! boleh tak?? hahah!! sekarang siapa duk buat lawak??

NizamPablo : Syiah dan Sunni bersatu kepada satu akidah dlm mentauhidkan Allh Yang Maha Esa. Tidak seperti kamu yg menyembah tuhan dgn konsep2 ketuhanan berbeza... jadi kamu yg mmbuat lawak di sini dan saya sgt terhibur dgn lawak2 kamu.

guchibear : ya mungkin jg org kristian itu smakin kurg,sesuai dgn yg di katakan yesus bahwa hanya sedikit yg akan masuk kerajaan allah.. ayat inipun saya lupa dimana ianya dipetik..myb saudara boleh tolong temukan dan bacakan..

NizamPablo : untuk ini saya petik AL Qur'an Surah Al Anbiya' ayat 105
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
maka itulah sebenarnya yg sedang berlaku dimana org2 Islam semakin ramai dan meningkat.. Allahuakbar!

guchibear :Matthew28:19,Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus,
1peter2:9
Tetapi kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kamu memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib:

NizamPablo : guchibear.. terjemahan sebenar Matthew 28:19 ialah spt berikut:
Go, then, to all peoples everywhere and make them my disciples: baptize them in the name of father, the Son and the Holy Spirit.
peoples dlm ayat ini hanya khusus utk Bani Israil. Terjemahan ini diambil dari Bible TEV yg telah membuat semua pembetulan trhadap ayat2 yg diubah dlm Bible sebelum ini mcm yg dikatakan flaneldev sblum ini. terjemahan KJV sbut bangsa itu adalah tidak tepat. Dptkan Bible TEV anda & bandingkan.

guchibear : people=org ramai
peoples=merujuk kpd suatu kelompok yg lebih besar iaitu bangsa...

NizamPablo : salah tu.. terjemahan Oxford dictionary spt di bawah.
People
1 human beings in general or considered collectively. Ø (the people) the mass of citizens in a country; the populace.
Peoples
4 (pl. peoples) [treated as sing. or pl.] the members of a particular nation, community, or ethnic group: the native peoples of Canada.
maka terjemahan ayat itu jelas menggunakan perkataan 'peoples' yg membawa maksud bani Israil. Bacalah kamus yg kamu miliki. Nice try...

guchibear : nah anda sendiri telah merujuk kamus ternyata peoples itu merujuk kepada bangsa..the members of a particular NATION,community n bla.bla..bla..

NizamPablo : kamu tak faham bahasa Inggeris ke guchi? particular nation itu maksudnya bangsa-bangsa yg tertentu.. sebagai contoh dlm perbincangan ini, bangsa Israil. Jangan merendahkan tahap kredibiliti anda dgn hujah yg akan menampakkan anda sebagai Kristian yg tidak tahu apa2.. takkan perkara mudah sebegini kamu tidak faham? bagaimana utk kamu faham perkara yg lebih berat lagi?

guchibear : menurut penterjemahan saya.the members of a particular nation,community,or ethnic group itu sperti ini..peoples itu merujuk khusus kepda bangsa2 ,komuniti,atau kumpulan etnik..bukankah dikatakan bangsa2???? maka ianya tidak merujuk kpd 1 bangsa sahja..

NizamPablo : masih tidak fahamkah kamu? 'peoples' itu membawa maksud 'particular nation' @ 'particular ethnic' @ 'particular group'.. dlm konteks ayat bible tersebut, ia merujuk kepada bangsa Israel. hanya jika perkataan 'people' diguna, barulah ia boleh dianggap utk semua manusia. tetapi dlm ayat itu, perkataan 'peoples' digunakan yg sekaligus membawa maksud Injil dan Kristian itu utk Bani Israil SAHAJA. bangsa lain digelarkan sbg anjing. ianya disebut dlm Matthew 15 : 26.

guchibear : iya, saya faham particular nation itu..people merujuk kepada org ramai,tapi peoples itu merujuk kepada suatu maksud yg lebih besar daru skadar org ramai..so sdh tentu peoples itu mrujuk khusus kpd bangsa..

NizamPablo : guchibear, peoples sebagaimana yg telah saya terangkan mengikut penggunaan kamus sebelum ini hanya digunakan utk merujuk kaum tertentu.. saya harap saudara faham penjelasan mudah ini. Kalau kurang faham, bolehlah saudara rujuk mana2 dictionary samada Oxford atau cambridge.. ia ada menerangkan.

guchibear : 1peter2:10
kamu, yang dahulu bukan umat Allah, tetapi yang sekarang telah menjadi umat-Nya, yang dahulu tidak dikasihani tetapi yang sekarang telah beroleh belas kasihan.

guchibear : sisikirisisikanan,siapakah yg dikatakan jln yg lurus itu didalam Quran????jwb dgn jujur...kerana muhammad sendiri la yg menyatakan siapa org itu...

NizamPablo : guchibear.. jalan yg lurus ialah jalan Islam dan ia berpandukan kepada Al Qur'an dan As Sunnah sbagaimana yg tercatat dlm Al Qur'an surah Al Ma'idah ayat 16:
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
Hanya Islam jln yg lurus

guchibear : maaf kpd saudara2 yg beragama islam skiranya pertanyaan n jawaban yg saya berikan kelihatan kasar dan menyinggung..namun tujuan disebalik perbahasan ini adalah mau mempertahankan pegangan masing2 dan saling bertukar pendapat...skali lg saya mohon maaf..

kartoku : itu Sindiran agar Muslim Lebih bertaqwa,...dan yang Non Muslim untuk berfikir dan kembali pada fitrahnya,..yaitu Islam,..

NizamPablo : TQ kartoku.. Alhamdulillah..

guchibear : sila baca Ulangan 4:1-44

sisikirisisikanan : pada zaman sekarang kita semua wajib merujuk Al quran dan sunnah Rasululah S.A.W untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Nabi Isa diutuskan oleh Allah untuk menyedarkan kaum bani Israel dimana mereka ini telah lupa pada janji mereka sedangkan mereka mengetahui akan kebesaran Allah. Tetapi mereka menolak dan sebab itu mereka itu telah dilaknat oleh Allah SWT.

NizamPablo : saya sudah pun membaca keseluruhan Bible. Malah Veda, Tipitaka, Shri Guru Granth Shahib juga telah saya baca dan kaji. dan saya sgt bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Ini kerana pencarian dan kajian saya selama ini menunjukkan hanya Islam agama yang paling benar. Kini saya ingin menjemput anda, guchibear, utk cuba pula mengkaji Al Qur'an. Jika saya boleh membaca dan menghafal ayat2 Bible, kenapa tidak anda? Bukankah anda juga inginkan kebenaran?

flaneldez : saya pun baca keseluruhan bible, Quran, rig veda, avesta, dan pistis sofia tetapi mendapati islam adalah agama yang paling terhina, lebih hina dari agama berhala!! jika seseorang kristian menganut agama islam, adalah bagaikan anjing yang kembali menjilat muntahnya sendiri!! islam lebih hina dari anjing kurab dan quran layak menjadi kertas tisu untuk lap pungguk saja!!

NizamPablo : cara komen2 kamu dan ketidakmampuan kamu menjawab soalan2 saya serta sikap kamu menunjukkan kamu tidak pernah mmbaca kitab2 tersebut dan boleh jadi juga kamu tidak pernah bersekolah jika melihatkan komen2 biadab kamu..

flaneldez : kamu umat islam hanya membina keimanan dgn membanding bandingkan dgn agama2 lain, itu sajalah cara kamu menguatkan iman!! apasal tidak ada cerita2 di Quran yang membolehkan seseorang itu menguatkan iman?? saya tahu, mana ada cerita yang penuh di Quran, lagipun Quran itu terlampau boring dan tadak class macam buku pariah!! pi baca tengok bible, lebih high class!!

NizamPablo : teruskan usaha kamu tuk menjadi raja lawak golongan kristian murtad flaneldez. saya terhibur dgn lawak jenaka kamu. Apa kata kamu pergi baca Bible kamu kembali dan jawab semua soalan saya yg telah menyebabkan kamu murtad. Bukankah ianya menunjukkan Bible kamu tidak dpt membantu kamu dlm berhujah di sini? Tapi yg kelakarnya kamu mendakwa diri kamu sbg pakar Bible. Yg nyata Al Qur'an tiada kenyataan merepek dan cerita2 sumbang mahram spt kitab yg kamu banggakan. Tahniah krn murtad dari Kristian.

flaneldez : itulah apa yang kamu berikan kepada saya bukannya sesuatu yang baru, tetapi memang dijangkakan. cuma saya tidak boleh berikan ilmu yang ada pada saya kepada orang yang terlmapau bodoh macam kamu!! seolah olah menjelaskan warna langit kepada orang buta, buang masa saja!!

NizamPablo : tak habis2 meracau mamat flaneldez ni...
flaneldez berkata:
'cuma saya tidak boleh berikan ilmu yang ada pada saya kepada orang yang terlmapau bodoh macam kamu!!'
itu sajakah yg boleh kamu buat utk berhujah dgn saya.. mana jawapan2 kpd berpuluh2 soalan yg saya tanyakan yg kamu masih belum jawab?

guchibear : Namun tidak bererti bangsa lain dibiarkannya..Sebab itu Allah telah mengutus AnakNya yg tunggal iaitu yesus utk turun kedunia utk mengkabarkan injil keselamtan kepada semua bangsa..(sila baca ayat firman yg telah saya berikan sblmnya yg tdpt didlm matthew)

sisikirisisikanan : Ingatlah Islam adalah perjalanan kehidupan yang sebenar-benarnya yang di utuskan oleh Allah SWT kepada Junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk membawa kita ke jalan yang lurus.

NizamPablo : Tidak sama sekali.. Jesus itu dilahirkan utk hanya menyelamatkan kaumnya Bani Israil. Matthew 1:21
Ia (maryam) akan melahirkan anak laki-laki dan engkau akan menamakan Dia Yesus, karena Dialah yang akan menyelamatkan kaumnya dari dosa mereka.
kaumnya itu ialah Bani Israil..

Bersambung......

© 2007 - 2008 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.


eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)

13 comments:

Alhamdulillah.. Saya bangga menjadi pembaca blog anda.. Teruskan perjuangan dgn berdakwah dan berdebat dgn golongan² yg sesat ini.. Moga² terbuka pintu keimanan mereka terhadap Islam.. Allahhuakbar..
 
salam. nizampablo, jangan lah kita berdebat lagi.kenyataan flaneldez dari awal2 lagi sudah pun menunjukkan dengan jelas yang mereka sesat.beliau berkali-kali menyatakan (awal2 perdebatan) yang islam masih darjah 1 dan kitab mereka sentiasa up to date dgn erti kata yang saya maksudkan sentiasa di perbaharui. siapa yang memperbaharui kitab2 mereka? pastinya manusia sendiri. manusia???hakikatnya manusia itu sendiri dalam keadaan sesat lagi menyesatkan. setelah zaman berzaman,tahun bertahun maka kitab mereka pastinya tersongsang jauh. dari sikit menjadi banyak. mana datangnya banyak kalau tiada sikit dahulu.inilah hukum alam bukan? kerana itulah al-quran masih darjah 1. isi kandungan nya diturunkan oleh Allah. dan bukan manusia. siapa manusia ingin merubah@menambah@mengurangkan sesuatu kitab? pastinya manusia yang sesat @ berjaya dihasut iblis. itulah paderi.

dan saya tahu ada dikalangan manusia didunia kini masih dalam keadaan kristian yang sebenar-benarnya. iaitu kristian yang asal! yang sesat adalah manusia. tapi tidak pada agamanya. maksud saya masih ada dikalangan manusia sekarang yang patuh pada ajaran kristian yang asal(menyembah Allah),iaitu sebelum manusia menyesatkan ajaran kristian itu sendiri. siapa mereka? dimana mereka? darjat kita tak sampai lagi untuk tahu siapa mereka. persoalan tentang anak2 tuhan, pastinya setiap daerah,negeri, mahupun negara mempunyai ayat yang sama, tetapi membawa maksud yang berbeza bergantung sesuatu bangsa/tempat. inilah yang merbahaya bila disalah ertikan oleh bangsa/tempat yg lain. boleh menyesatkan.

kenyataan guchibear pernah bersama jesus? saya ingin kongsikan cerita saya disini. ibu saya ada belajar dengan seorang guru agama. sebelum guru itu meninggal, beliau tahu ada dikalangan anak muridnya yang akan berpecah belah. hakikatnya memang ada(mengikut guru lain). sehinggakan anak muridnya yang sesat ini mahu menarik anak2 murid arwah guru ini menyertai kumpulan ini. ada seorang bekas anak murid yang sesat ini berjumpa dengan anak murid yang masih kekal pegangannya(pakcik Z) untuk menunjukkan kebenaran pegangan barunya itu.secara rohani anak muridnya yang sesat ini menunjukkan arwah guru ada duduk disebelahnya. arwah guru ada bersamanya. apabila anak murid ini bersedekah alfatihah kepada lembaga menyerupai arwah guru itu, alfatihah tidak dapat masuk menyerapi lembaga itu. tanpa berkata apa2, anak murid ini beredar. itulah syaitan nirrajim. syaitan yang boleh menyerupai sesiapa kekal dengan sumpahnya dengan Allah untuk menyesatkan manusia. semoga guchibear mendapat petunjuk yang sebenar-benarnya.
dimana kemenangan atau kekalahan didalam perdebatan? walaupun berdebat secara rasmi atau didalam pertandingan. pihak yang kalah pasti mempersoalkan banyak lagi soalan didalam fikirannya di belakang dewan? dan si menang hanya menang diatas kertas hitam putih. cukuplah sampai sini nizam.
 
TQ hafizul & fanakoy atas komen anda.. kpd fanakoy, biar saya jelaskan kenapa saya meneruskan dialog @ 'debat' saya dgn flaneldez.

Pertama, saya memang tidak suka berdebat dgn manusia2 yg tiada adab dan ianya telah saya beritahukan kpd flaneldez dan dia jelas faham dgn kedudukan tersebut.

kedua, setiap kali saya ingin menghentikan debat tersebut diatas kebiadabannya, pastinya saya akan ditegur oleh Allah dlm cara biasa saya ditegur sejak dari dahulu melalui Al Qur'an. Ia berlaku dua kali berturut2 semasa saya membaca Al Qur'an dan setiap kali Al Qur'an dibuka, ayat inilah yg terpacul keluar menjadi perhatian : Ali Imraan ayat 200.
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

ianya berlaku dua hari berturut2 dan pada hari ketiga bila Al Qur'an saya buka utk membacanya, gerak hati memaksa saya utk membaca surah Al Ankabut dan seperti biasa dlm selepas setiap pembacaan, saya akan membaca pula kitab2 tafsir berkenaan sesebuah surah yg saya baca sebelum itu. Dan ayat ini menjadi perhatian dan saya anggap sbg teguran ke atas saya krn hampir menamatkan 'debat' tersebut atas dasar saya tidak sukakan kebiadaban flaneldez. Ayat yg dimaksudkan ialah ayat surah Al Ankabut ayat 46.
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."

disebabkan teguran dlm bentuk sebegini berlaku tiga hari berturut2 dalam masa 3 hari terawal debat saya dgnnya, maka saya mengambil keputusan mengenepikan semua ketidakselesaan saya dimaki hamun dan dihamburkan kata2 kesat oleh flaneldez termasuk apa yg dikatakannya terhadap Allah, Arsulullah dan Islam. Jadi saya membuat kesimpulan bahawa biarpun nampak kasar siflaneldez dlm debat tersebut, ianya akan memberikan banyak manfaat kepada sesiapa yg membacanya utk diambil pengajaran supaya dapat mengetahui dasar2 hujah yg dicuba dibawakan golongan Kristian dan mereka yg tidak beragama dalam menidakkan kebenaran Islam. Setiap satu hujah itu Alhamdulillah dapat dipatahkan dgn bantuan Allah dan sekurang2nya ia boleh menjadi rujukan kepada semua sahabat disini bagaimana utk mengendalikan hujah2 golongan sebegini.

Boleh saja saya mengambil cara Sigmund Freud si atheist yg takut mempertahankan kebenaran fahamannya dgn mengemukakan 2 jalan penutup bagi mendiamkan penentang2nya. Sigmund Freud, menyatakan dalam 'Five Lectures On Psychoanalysis (1910)' yg dibukukan dalam Standard Edition Of The Complete Work Of Sigmund Freud, revised & Edited by James Starchey (London 1966-74),"There are two main techniques for preventing an unwelcome guest from visiting one's house. First, there is the straightforward and rather crude technique. When it comes to my house, I can tell him or force him to leave. But there is more subtle way. I can post a guard at my door to stop the interloper from entering."

Freud mencadangkan dua cara di atas yang dapat disimpulkan dibawah .
1. Halau saja sipengacau tersebut.
2. Suruh org lain saja yg menghalaunya dgn mengenakan halangan2 dipintu masuk.

Jadi, dlm komen2 internet spt yg dibuat flaneldez, boleh saja saya menghalaunya ataupun sekat saja kemasukan komen2nya di akaun tersebut. Tetapi, sebabagimana yg telah saya nyatakan sebelum ini, saya hanya akan meneruskan debat tersebut bersandarkan kpd Al Qur'an spt mana yg diceritakan sebelum ini.

Kenyataan saudara harus diperbetulkan. Al Qur'an itu bukan buku darjah satu. Ianya sumber ilmu yg melangkaui zaman dan sehingga kini ia masih didepan dari semua kemajuan yang dicapai oleh manusia dan sains. Yang nyata Al Qur'an tetap dihadapan dan ia tak dapat diubah oleh manusia disebabkan Allah telah memberikan jaminan utk mengekalkan kamdungannya sampai kiamat. Ianya terbukti benar sehingga kini.

Kristian, biar apapun denominasi yg dianut mereka samada berpegang teguh kepada keEsaan Allah, Duelism @ Trinity, maka wajib bagi mereka beriman dan bersaksi kpd Muhammad sebagai Rasul kerana itulah yg dinyatakan dalam perintah yg terkandung dalam kitab mereka.

John 15
15:26 But when the Comforter is come, whom I will send unto you from the Father, even the Spirit of truth, which proceedeth from the Father, he shall testify of me:
15:27 And ye also shall bear witness, because ye have been with me from the beginning.

maka jelas, mereka seharusnya beriman dengan Allah dan Muhammad sebagai Rasulullah dan itulah jalan selamat ke Kerajaan Allah di Syurga nanti.

Berkenaan dgn mereka2 yg mendakwa pernah bersemuka dan bercakap2 dgn malaikat, tuhan, holyghost dan sebagainya, ianya sudah saya jelaskan dalam posting2 yg sudah termasuk dialog saya dgn seorang yg mendakwa dirinya alim lagi kasyaf dan dapat berbicara dengan malaikat. Ianya hanya akan lebih menyesatkan apabila keimanan kita bergantung kepada segala karut marut mistik sebegini.

Terima kasih atas nasihat saudara.. tetapi saya akan meneruskan dialog atau 'debat' trsebut atas alasan yg telah saya kemukakan sebelum ini. Kerana saya percaya, dlm waktu panjang atau terdekat, InsyaAllah manfaatnya akan jelas sebagaimana yg biasa berlaku dalam hidup saya.

Ali Imraan ayat 200.
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

semoga Allah menguatkan saya dgn kesabaran dan takwa supaya semua yg berlaku ini membawa manfaat kpd semua.. wassalam...
 
salam..

Bila hampir akhir zaman, akan wujud satu golongan yang akan mematahkan dan menidakkan setiap yang terkandung di dalam Al-Quran sehinggalah penganut Islam itu sendiri merasa was-was tentang Islam itu sendiri..dan itu sumer berlaku depan mata kita semua..samada kita tidak sedar atau pura2 tak sedar ia tetap dan akan berlaku..

Sebagai seorang muslim yang kurang ilmu agamanya, saya bersyukur kepada Allah kerana mewujudkan saudara Nizam..bukan kerana debat saudara Nizam..tetapi kerana Allah jualah yang memberi ilmu dan kepetahan kepada beliau untuk berdebat mempertahankan agama Islam.setidak2nya beliau salah seorang pahlawan2 Allah seperti Ahmad Deedad yang terus berjuang mempertahankan dan menyampaikan syiar Islam baik untuk orang2 bukan Islam mahupun orang Islam sendiri..dan kita sedikit beruntung kerana beliau adalah seorang Melayu secara automatiknya kita lebih mudah memahami dengan apa yg dihujahkannya.

Teruskan perjuanganmu wahai sahabat..satu permintaan saya jika boleh ajarkan lah kepada seramai mungkin ilmu yang Allah limpahkan kepadamu..saya juga berminat dengannya..yang pasti kamu akan mati satu hari nanti..pastikan ilmu Allah itu tetap diwarisi..Hari itu pasti menjelma.

(NIZAM)
 
benarlah saudara penulis blog..dialog kamu menjd tatapan utk manusia berfikir dan melihat sendiri apa yg telah Allah berfirman dlm kitab suci Al-Quran tentang org2 kafir yg dlm suasana perdebatan. skrg saya lebih jelas dan nampak org sprt flanedez yg tlh mati akal dan merapu n offtopic!
 
Alhamdulillah, saya tertarik dengan isu yang dibincangkan. Teruskan dengan lebih damai dan tenteram, terbuka dan lebih ilmiah kerana hujungnya pasti akan lahir kebenaran. Kelihatan kristian lebih menumpukan soal pemahaman terhadap roh yang akhirnya membawa kepada kekeliruan sehingga lupa kepada soal kehidupan, hidup memerlukan fitrah. Islam mengutamakan kedua-duanya zahir dan batin. Aku menyakini akan lahir seorang kristian yang benar-benar kristian dan bakal menegakkan kebenaran dengan panji-panji keislaman.

badrulshah05@yahoo.com
 
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana ada orang Islam seperti saudara yang bijak mematahkan serangan golongan atheist. saya banyak baca komen flaneldez tu..putar belit,kata atheist..tapi argue based on christianity. pastu mengaku pulak agama christian agama paling sempurna tapi at the same time mengaku atheist. teruskan perjuangan saudara,saya doakan dari jauh. InsyaAllah..
 
Assalamualaikum... Saudara Nizam...
teruskan usaha dan perjuangan untuk memertabatkan Agama yang Satu ini... moga Allah SWT sentiasa bersama saudara dan kita semua dalam memberikan pemahaman sebenar agama yang suci ini... secara jujurnya saya katakan bahawa saya ini juga antara mereka yang muslim tapi jahil dalam agamanya sendiri, banyak yang saya pelajari daripada saudara dan syukur kerana aturanNYA maka saya bertemu dengan blog saudara... (terbayang masa lampau semasa bersoaljawab dengan golongon Jehovah Witness di negara orang)... Cuma ada satu ingatan dari saya... kalau sekiranya saudara Nizam berhujah dan sekali sekala merujuk kepada Ustaz Ahmad Deedat... jangan sekali-kali ulangi kesilapannya..... saudara boleh merujuk kesilapan yang saya maksudkan dalam mana-mana website antideedat.

Akhir sekali mohon maaf sekiranya ada kesilapan, yang baik itu semua dariNYA dan yang khilaf itu adalah manusia dan biar Allah menentukan hukuman itu kepada diri ini.

Wassalam saudara ku dunia dan akhirat
 
apa kesilapan Ustaz Ahmad Deedat??boleh kita berkongsi?
 
assalamualaikum. tiada apa yang penting bagiku selain mendekati diri dengan allah. allah maha besar dr segi zatnya,sifatnya,asma'nya dan fe'elinya.sekian
 
ya Allah.....
nizampablo...otak kamu sgt hebat O..O
teruskan lg perjuangan menegakkan agama kita ni!!
patahkan semua debat mereka-mereka(org2 sesat) tu semua..
 
Allah perbaiki seseorg hamba itu dgn ilmu yg ada didadanya, dan Allah memuliakan seseorg hamba itu dgn kefahaman agama yg ada pdnya... itulah kelebihan yg Allah beri pd kita...betul,,jgn pernah putus semangat,,jangan pernah menyerah-kalah,,krn kelak kita yg akn dipersoalkn...
 
tanya sahaja pada mereka.. apa kah kunci syurga.. sedangkn umat Islam menggigil atas kekurangan iman untuk memegang kunci itu.. betul ke? (kurang pasti)
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email