Thursday, May 15, 2008

Dialog Dengan Pemuda-Pemuda Kristian.. Bhg. 2

1
oleh Muhammad Ibn 'Az

bersambung dari bahagian 1.. 

 

guchibear : Saya hairan di manakah ketidak fahaman saudara ini ttg trinity sdgkn saya tlh mjelaskannya..mungkin yg mjadi kekeliruan saudara disini ialah mengenai perkataan "trinity" itu.. mmg didalam bible perkataan trinity itu tidak ada,kerana ketritunggal allah itu dinyatakan dlm bentuk ayat spt yg tdpt didlm ayat firman yg saya sdh berikan kpd saudara sebelumnya yg tdpt didlm matthew,iaitu baptisla mereka didalam nama bapa,anak n rohkudus..itulah yg dikatakan konsep trinity atau tritunggal allah. 
NizamPablo :Trinity itu tidak wujud kerana Taurat, Bible dan Al Qur'an menyatakan bahawa Allah itu Maha Esa. Jika Dia mempunyai anak, mana mungkin boleh Dia dianggap sebagai Tuhan Yg Maha Esa. 
guchibear :saya bersetuju dgn kmu bahwa allah itu esa..allah kmu dan saya adalah allah yg sama..esa..tetapi untungnya saya kerana saya mgenali keperibadian allah yg saya sembah sama spt saya mgenali keperibadian manusia itu..seorang yg dikatakan manusia adalah org yg mempunyai tubuh,jiwa,dan roh...skiranya salah 1 diantara ketiganya itu kurang sdh tentu ianya bukan manusia..dan saya mengenal allah itu sbgi bapa,anak,dn rohkudus... 
NizamPablo : Itu Bukan Esa.. pengertian Maha Esa ialah Maha Satu dan tiada dua atau tiga atau empat.. jadi Allah tidak layak baginya mempunyai anak kerana ianya menjadikanNya sbg bukan Yang Maha Esa.. sukar sgtkah hendak faham pernyataan mudah ini? Bible menyatakannya berkali2, taurat juga malah ia diulang dalam Al Qur'an.
flaneldez : mungkin sukar untuk orang yang IQ rendah macam kamu memahami konsep trinity ataupun tuhan yang ada anak!! bagi kita, kita lebih jelas dalam memahaminya!! 
NizamPablo : tak habis2 lagi ke dgn konsep tuhan yg beranak pinak yg sudah dipatahkan berkali2 sebelum ini? apakah kamu berkata kpd diri sendiri spt dlm komen di atas? 










guchibear : eh,pandaikah kamu berbahasa hebrew atau membacanya???haha trs trg sayapun
tidak pandai..tapi saya percaya org yg mnterjemahkan isi alkitab itu sgt fasih n arif ttg bahasa hebrew..dan sdh tentula mereka adalah org yg dipilih allah utk menterjemahkannya..so soal huruf kecil n besar itu sdh terjwb.. 
NizamPablo : tidak... memang bahasa Hebrew tiada uppercase dan lowercase letter sama mcm bahasa Arab. Terjemahan yg dibuat sengaja dilakukan demi utk menegakkan doktrin trinity. son of God dan Son of God sepatutnya di eja dalam lower case yg sama.. dan tiada apa yg membezakannya kecuali golongan penterjemah yg berkepentingan. 


guchibear : saudara nampaknya,stiggi2 mana pun kebenaran itu,tapi klu saudara tidak mau mempercayaiNya malah menolak Dia iaitu isa almasih adalah firman allah itu maka jwbnnya sama jg,saudara ttp x mau mnerima dan mgakui dia..oleh itu saya akan sertakan disini bbrapa ayat dari ayat ALQuran mgenai Isa almasih.. 


NizamPablo : saya tidak menolak Isa itu Al MAsih atau Christ.. tetapi saya menolak Isa sbg anak Tuhan. Allah itu Maha Esa, jika dia mempunyai anak, tentunya anak Dia juga merupakan Tuhan & skaligus mewujudkan 2 tuhan. maka Ianya sudah tidak layak digelar Maha Esa krn ada dua tuhan mengikut kepercayaan kamu. Itu yg saya tolak. Isa a.s. hanyalah seorang Rasul Allah dan merupakan manusia biasa. 
flaneldez : menolak jesus sebagai anak tuhan adalah sama dengan menolaknya sebagai nabi ataupun sebagai Tuhan!! ternyata kamu ini adalah golongan antichrist!! 
NizamPablo : apa yg kamu merepek ni flaneldez? mana satu yg betul? dia tuhan ke anak tuhan ke nabi? yg jelas dlm Bible menytakan bhw sesiapa yg menolak Jesus sebagai manusia, maka dialah antichrist yg sebenar.. apakah kamu yg dimaksudkan kitab kamu itu flaneldez? 
guchibear : haha soal Anak la yg menjadi persoalan kmu ya??? klu saya katakan anak kunci,adakah kerana kunci itu diberanakkan itula ayahnya dan itulah ibunya??? saya sdh katakan utk membaca alkitab jgnla dibaca dan di tafsir melalui sudut fikiran manusia..oleh itu mohonla pertolongan rohkudus utk membantu saudara menafsirnya... 
NizamPablo : masih kamu tidak faham lagi.. bukankah anak kunci itu tidak membawa maksud anak kpd bapa kunci?.. jadi kenapa mahu kamu samakan anak Allah dgn anak kepada Allah sdgkan maksud sebenarnya ialah manusia2 yg terikat dan beriman kpd peraturan Allah.. Dan Allah itu MAHA ESA.. ESA bermakna satu, jika tuhan mmepunyai anak, ia mmbawa maksud telah wujud 2 tuhan & ia bukan Esa. Anak Tuhan juga pastinya tuhan bukan? mana mungkin tuhan itu Esa jika dia mmpunyai anak. 
guchibear : sangat mudah utk dimengerti,ya klu hanya anak itu saja yg percaya kepada tuhan dan ayah itu tidak sudah tentu yg layak utk masuk kerajaan sorga itu hanyala anaknya..betul bkn?? dan kerana kepercayaan dan pegangan masing2 boleh meyebabkan permusuhan didlm keluarga itu sendiri.. sebab itu dlm ayat matthew 10:38 dikatakan,brgsiapa yg x mmikul salibnya dan x mgikuti aku,ia x layak bg ku.. 
guchibear : Yesus sgt mengasihi kita,tetapi kitala yg memilih jln kita sendiri... Matthew 5:43-44,Kamu telah mendengar firman: Kasihilah sesamamu manusia dan bencilah musuhmu.Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu. 
guchibear : Hukum pertama
Mark 12:30,Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu.
Hukum kedua
Mark12:31,Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini." 

NizamPablo : terjemahan sebenar ayat di atas bg hukum pertama bermula dgn ayat Mark 12:29.
12:29 Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.
kenapa kamu tidak sebutkannya.. bukankah Tuhan itu Maha Esa sbgmana dlm Bible & Al Qur'an. Jadi mana mungkin Dia Maha Esa jika Dia mempunyai anak? bukankah bertentangan kenyataan Tuhan mempunyai anak dgn byk ayat dlm Bible yg nyatakan Tuhan itu Maha Esa? 

guchibear : Rahsia Jalan Yg Lurus
1."Wa innahu la'ilmu lis saa'ati fa laa tamtarunna bihaa wa tabi'unni haadzaa shiraathum mustaqiim..."
Dan sesungguhnya Isa itu benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat kerana itu janganlah kamu ragu tentang hari kiamat itu dan ikutlah Aku. Inilah jalan yang lurus ... 

NizamPablo : salah terjemahan kamu ini, dari mana kamu ambilnya? memang kelakar.. pastinya dari sumber kristian yg cuba memesongkan kamu. ini terjemahan sebenarnya.
Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.
Yg dimaksudkan ialah sebelum kiamat Isa a.s. akan kembali ke bumi memusnahkan salib, arak dan khinzir serta mengembalikan Kristian kpd Islam. Perlu belajar tafsir lg guchibear 

NizamPablo : yg dimaksudkan jln lurus ialah Islam yg dibawakan smenjak Nabi Adam a.s. hingga Ibrahim hingga Isa & disempurnakan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu Muhammad s.a.w.
& Allah berfirman dlm surah Al MAidah ayat 3.
..Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu..
maka Islam itulah jalan lurus.. dan Isa, Ibrahim, Yaakob dan Muhammad sebahagian daripadanya & semua mereka ialah Rasul Allah. 

guchibear : 2.Isa pembawa keterangan dan patut ditaati
"Wa lammaa jaa-a 'Isa bil bayyinaati qaala qad ji'tukum bil hikmati wa li ubayina lakum ba'dhal ladzii tathtalifuuna fiihi fat taqullaaha wa athii'u..."
Dan tatkala Isa datang membawa keterangan. Dia berkata sesungguhnya Aku datang membawa hikmat dan untuk menjelaskan kepadamu sebagian yang apa kamu perselisihkan tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaKu...(Az Zukhruf, 43:63) 

NizamPablo :yang dikatakan dlm ayat itu ialah kepada org2 yahudi yg menolak isa sbg Rasul.. semua org Islam menerimanya sbg Rasul dan Allah juga menyatakn bhw Isa itu Rasul.
Az Zukhruf 59 :
Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan) bagi kaum Bani Israil.
maka jelas Al Qur'an mnyatakan Isa itu hamba Allah dan di utus kpd bani Israil sama spt yg dinyatakan dlm Bible.. 

guchibear : 3.Isa AS mengatakan perkataan yang benar
"Dzaalika 'isabnu Maryama qaulal haqqil ladzil fiihi yamtaruum..."

Itulah Isa putra Maryam yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenaranNya...(Maryam, 19:34) 
NizamPablo : memang Isa menyatakan kebenaran & kebenaran itu ialah dia bukan anak Tuhan dan dia hanyalah hamba Allah & Rasul Allah.
An Nisaa' 171 : Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. 

NizamPablo : sambungan An Nisaa' 171 :
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). 

guchibear : 4.Isa AS itu utusan Allah dan FirmanNya
"Inamal Masihu 'isabnu Maryama rasullahi wa kalimatuhu ..."
Sesungguhnya Isa Al Masih putra Maryam itu utusan Allah dan FirmanNya...(An Nisa, 4:171) 

NizamPablo : Bagus.. akhirnya kamu beriman dgn ayat yg menyatakan bahawa Isa itu utusan Allah dan putra Maryam.. mempercayai ayat ini membawa kamu kpd pengakuan syahadah yg pertama iaitu Tiada Tuhan Disembah Melainkan Allah dan kamu juga telah dgn sedar menyatakan Isa itu bukan anak Tuhan.. tahniah guchibear.. anda semakin dekat dgn Islam.. Allahuakbar!! 
guchibear : 5.Isa AS adalah Roh Allah dan KalimatNya
"Isa faa innahu Rohullah wa kalimatuhu..."
Isa itu sesungguhNya Roh Allah dan FirmanNya..(Hadis Anas bin Malik hal.72) 

NizamPablo : Ruh Allah sudah saya jelaskan di atas dlm ayat An Nisaa' 171, ianya membawa maksud Ruh yg ditiupkan Malaikat Jibril ke rahim maryam dan membentuk manusia bernama Isa a.s. yg dilantik menjadi Rasu.. tahniah guchibear krn beriman dgn Al Qur'an dan membawa kamu dekat dgn Islam.. pastinya kamu tidak akan memetik ayat2 Al Qur'an jika kamu tidak beriman dan percaya kpdnya bukan.. Islam semakin dekat dgn hati kamu.. 
guchibear : 6.Isa AS adalah Roh Allah yang menjelma menjadi Manusia yang sempurna
"... arsalnaa ilaihaa ruuhanaa fa tamatstsala lahaa basyaran sawiyya."
...Kami mengutus Roh Kami kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya menjadi Manusia yang sempurna...(Maryam, 19:17) 

NizamPablo : sudah dijelaskan di atas.. Ruh Allah bermaksud, ruh yg ditiupkan malaikat Jibril tanpa persenyawaan benih lelaki dan membentuk manusia bernama Isa a.s. 


guchibear : 7.Isa AS adalah satu-satunya Imam MAHDI
"Laa mahdia illa isabnu Maryama..."
Tidak ada Imam MAHDI selain Isa putra Maryam...(Hadis Ibnu Majah) 

NizamPablo : Apabila Nabi Isa AlaihisSalam Turun
Hadis sahih Muslim jilid 1 No. 127.
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya babi/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma'mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberian" 

guchibear : 8.Isa AS dilahirkan bukan dari bapa Insani, tetapi dari Roh Allah
"Wallatii ahshanat farjahaa fa nafakhnaa fiihaa mir ruuhinaa Wa ja'alnaahaa wabnahaa ayatal lil 'aalamiin"
Ingatlah kisah seorang perempuan yang memelihara kehormatannya (Maryam) lalu Kami tiupkan kepadanya Roh Kami (Roh Allah) dan Kami jadikan dia dan Anaknya tanda (kuasa Allah) bagi semesta alam.(Al Anbiyaa, 21:91) 

NizamPablo : Tanyakan kpd semua org Islam, apakah mereka tidak beriman kpd ayat mengenai kelahiran Isa tanpa bapa? semua org Islam beriman dgn ayat tersebut & dgn yakin mengetahui bahawa Ruh telah ditiupkan malaikat Jibril melalui perintah Allah ke dalam rahim Maryam. maka dgn memetik ayat ini, seharusnya juga anda beriman dgn ayat tersebut. Tidak mungkin anda tidak beriman lalu hendak mngambil apa2 ayat dr Al Qur'an utk dijadikan hujah. Ini menunjukkn bhw anda menyatakan Al Qur'an itu benar. Allahuakbar!!! 
guchibear : 9.Isa AS lahir, mati dan dihidupkan kembali
"Wa salaamu 'alayya yauma wulittu, wa yauma amuutu, wa yauma ub'atsu hayaa."
Dan sejahtera atasNya pada hari Dia dilahirkan, pada hari Dia wafat, dan pada hari Dia dibangkitkan hidup kembali."(Maryam, 19:33) 

NizamPablo : ayat dari Isa itu bermula dgn ayat 30 surah maryam.
Ia (Isa) menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
memang kelakar kalau kamu mengambil ayat2 Al Qur'an dar sumber Kristian.. perhatikan Uppercase letter yg sengaja diwujudkan oleh gologan pendakwah kamu.. dalam Al Qur'an terjemahan ayatsurah Maryam 33 itu bukan spt yg kamu quote. Ianya seperti yg ditulis dlm komen yg dibawah ini.. 

NizamPablo : Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".
perhatikan perkataan aku dlm terjemahan di atas. Tiada uppercase letter. Kamu sebenarnya telah dikelirukan oleh pendakwah2 kristian kamu sama spt. yg saya jelaskn sblum ini bhw prkataan son of god itu x boleh ditulis sbg Son Of God krn dlm bahasa Hebrew tiada wujud uppercase & lower case letter. 

NizamPablo : mari kita baca sambungan ayat yg anda quote. mengapa hanya mngambil sbahagian shj. ok smbungannya ialah ayat 34-36 surah samaMaryam.
34. & segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".
35. Tiadalah layak bg Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia. 

NizamPablo : 36. & sesungguhnya Allah ialah Tuhanku & Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul lurus ".
Ok. harap kamu tidak tertipu dgn dakwah golongan pengkhutbah & sumber internet kamu yg akhirnya memerangkap anda dlm menafikan Isa sbg anak Tuhan sbgmana yg kamu percaya sblum ini dlm Kristian. Ianya memberikn kelebihan kpd saya dgn keimanan kamu kpd ayat2 Al Qur'an. tahniah guchi, kamu sdg menghampiri Islam dgn quote ayat2 dr Al Qur'an yg kamu sendiri belum faham konteks penuhnya. 

guchibear : bukti2 yg lain nanti kemudian saya akan kmukakan..thnks 
NizamPablo : teruskan usaha kamu.. yg saya nampak.. kamu semakin menganggap Al Qur'an itu benar dan mula menafikan Jesus itu anak Tuhan. Jadi, pastikn kamu betul2 faham ayat Al Qur'an sblum memetiknya, krn ianya akan memberikan kelebihan kpd saya dlm mematahkan hujah kamu.
Ingatlah Allah itu Tuhan Yang Esa dan disebutkannya dalam Veda, Taurat, Bible & Al Qur'an. saya suka berhujah dgn kamu yg agak beradab jika dibandingkan dgn Kristian2 yg lain yang sudah pun kalah & mengambil jln kotor dgn bersikap biadab. 

NizamPablo : satu lagi guchi.. dapatkn Al Qur'an terjemahan yg ada dlm pasaran. Jgn kamu bergantung kpd terjemahan yg disediakn oleh sumber kristian internet dsb. Jika saya boleh memiliki lebih dr 10 jenis Bible dan kitab2 ulasan Bible tulisan sarjana Kristian dan Rabbi Yahudi, kamu juga seharusnya memiliki sekurang2nya sebuah tafsir Al Qur'an yg diterjemah oleh Muslim supaya kamu x terlalu bergantung kpd pandangan org lain. Ucapan selamat bagi kamu.. TQ sbb berhujah dgn berhemah tidak spt Kristian yg lain. 
NizamPablo : Surah Maryam ayat 35.
Tiadalah layak bg Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
Maka Jelaslah Isa itu bukan anak Allah, malah dia hanya seorang Rasul dan kelahirannya melalui perintah Allah yg disampaikan Ruh melalui malaikat Jibril tanpa campurtangan benih lelaki ke rahim Maryam. 

guchibear : Saudara saya tau saudara menafsirkan ayat alQuran itu berdasarkan ayat kurungan yg terdapat didlm setiap ayat didlm alQuran..saya sgt heran siapakah yg menambah ayat kurungan itu..kerana jelas skali didalam ayat alquran dlm bahasa aslinya lgsg tidak terdapat ayat kurungan atau penafsiran sprti itu..namun apa yg jelas skali iaitu alquran sendiri membenarkan taurat dan injil dan skaligus ttg keilahian isa almasih itu sendiri.. 
NizamPablo : ayat kurungan itu bagi membantu org seperti kamu yg tiada asas Ilmu Al Qur'an untuk memahaminya.. 
NizamPablo : benar Al Qur'an membenarkan Taurat dan Injil yg asli dan bukan yg telah diubah.
Ali Imran 78
Dan sesungguhnya, di antara mereka ada yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: " ia adalah dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui. 

guchibear : nampaknya soal huruf besar dan kecil itu masih menjadi persoalan saudara ya??? samada ia kecil atau besar ia tetap mengarah kepda isa almasih itu sendiri..bukan huruf semata2 yg menbuktikan keilahian dia..tetapi perbuatannya dan jg kesaksian org ttg dia..malah allah sendiri meniupkan RohNYa ketubuh maryam..dan roh itu lah yg lahir menjadi manusia..roh allah itu sendiri.. 
NizamPablo : ianya memang seharusnya menjadi persoalan. Dgn perubahan Uppercase dari lowercae ianya akan membawa maksud berbeza. Dan ayat yg saudara petik itu seharusnya ia dalam bentuk lower case. Anda telah di tipu oleh sumber anda. 
guchibear : rasanya alquran mempunyai persamaan sedikit megenai isa almasih..bedanya alkitab di terjemah kedalam pelbagai bahasa tanpa di tambah dgn ayat2 seperti itu.kerana sekiranya kami tidak memahami maka ROhallah yg menerangkannya bagi kami...kerana firman itukan milik allah tiada siapa yg berhak mgurang atau menambahkannya..
NizamPablo : kebanyakan ayat dalam Bible itu merupakan komentar yg telah diserapmasukkan dalam Bible dan kahirnya dianggap sebagai ayat2 Allah itu sendiri.. kajilah Bible anda. Ia penuh dgn ayat dalam kurungan yg telah dibuang kurungannya oleh mereka2 yg berkepentingan dan diserap masuk ke dalam Bible.. terdapat byk ayat yg akhirnya dikeluarkan dari Bible selepas disiasat bhw ayat itu merupakan komentar yg diserap. Belajarlah lagi... 
flaneldez : kamu lebih baik kaji quran kamu sendiri!! kamu ingat koran itu diwahyukan tuhan sedangkan ada bnyak bukti bahawa quran adalah sebenarnya hasil tulisan manusia!! pi kaji sejarah sabeans yang sembahyang 5 kali sehari kepada tuhan berhala yang bernama Al-Lat!! pi kaji asal usul agama kamu dahulu!! banggang!! saya Atheist, saya tahu agama kamu ni agama pariah berbanding dgn agama2 lain!! jadi mengaku sajalah!! 
NizamPablo : Apa masalahnya flaneldez. Sabian merupakan org2 yg beriman kpd Allah.
Al Baqarah 62
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora, dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, & tidak ada kebimbangan kepada mereka, & mereka pula tidak akan berdukacita.
jadi, sekali lg hujah kamu dipatahkn. 

NizamPablo : Persamaan ayat dlm Bible 7 Al Qur'an ialah, keduanya menyatakan Allah itu Maha Esa dan Isa itu RasulNya.. baca kembali Bible anda dgn niat utk mencari kebenaran dan anda akan tahu bahawa inilah yg dimaksudkan dlm Bible bahawa Allah itu satu dan Isa ialah RasulNya. 
guchibear :sama seperti seorang penulis novel,pasti ia sgt marah klu ceritanya dikurang atau ditambah tanpa keizinannya..btl tak..klu salah pun penulisannya pasti dia sendirila yg membetulkannya kerana hanya dia yg tau apa yg dituliskannya.. 
NizamPablo : pandai pun.. itulah sebabnya Al Qur'an di turunkan bagi memperbetulkan semua yg telah dirosakkan oleh Kristian dan Yahudi.
Ali Imran 3
Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab2 Suci yg telah diturunkan dahulu daripadanya, & Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
4. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan.. 

NizamPablo : Al Furqaan membawa maksud yang membezakan antara yg benar dgn yg salah. Maka utk mengetahui mana yg benar dlm taurat dan Injil, Al Qur'an akan digunakan sebagai penilainya. Jadi semua kesalahan yg dimasukkan itu telah diperbetulkan oleh Allah dlm Al Qur'an dan Al Qur'an dijamin Allah kebenarannya dan tidak dapat diubah sehingga kiamat. 
guchibear : benar,taurat dan injil yg terdapat didalam bible skrg ni pun mmg tidak diubah..lihat saja jln penceritaan yg terdpt didalam bible itu sendiri iaitu sejak dari penciptaan shgga kelahiran isa almasih,kematian dan kebangkitannya dan sehgga kekitab wahyu,jelas skali penceritaaannya amat tersusun berdasarkan zaman2 tersebut..bible tiada kesangsian sama skali.. 
NizamPablo : benarkah tiada kesangsian? mari kita periksa Bible dgn cara yg saudara katakan itu iaitu bermula dgn kitab kejadian.
Kitab kejadian menyatakan yg pertama dicipta ialah alam, bumi yg tiada bentuk & laut yg bergelora. kemudian diciptakannya cahaya. dan hari itu Dia gelarkan siang & malam dan itulah hari pertama.
persoalannya? bagaimana boleh berlaku siang dan malam jika matahari hanya Dia ciptakan pd hari ke empat? Bukankah siang & malam itu terhasil bila bumi berputar? sangsi bukan? nak teruskan? 

guchibear : maaf saudara,setahu saya taurat dan injil itu lebih dahulu kewujudannya...sedang al quran itu wujud pada zaman muhammad..sudah barang tentu yg lebi dahulu itu menjadi barang rujukan...dan boleh jd jg yg merujuk itu kemudiannya membuat smula kitab yg baru dan menulis sbhgiannya dri taurat injil dan sebahagiannya dr keinginan dan fikiran c peniru itu sendiri..so mana yg harus di percayai.yg lebi dahulu adanya or sbliknya???? sama seperti siapa yg dhlu makan garam... 
NizamPablo : pertama Islam itu diwahyukan semenjak Adam dan setiap Nabi menyambungnya. Nabi Daud diberikan Zabur (psalms), Nabi Musa diberikan Taurat, Nabi Isa diberikan Injil dan Al Qur'an diberikan kpd Muhammad s.a.w. bagi seluruh manusia sbg pelengkap kpd semua kitab2 yg diturunkan.
Spt contoh kamu belajar, dalam darjah satu, maka belajar matematik apabila di tingkatan 5 kamu belajar matematik tambahan. Jadi buku matematik tambahan itu pastinya mengandungi hukum2 matematik drjh 1 yg mudah sbg asas dlmnya. 

NizamPablo : tidak timbul soal tiru disini kerana kitab Al Qur'an itu merupakan kesinambungan kepada semua kitab yng telah diturunkan. ia juga berfungsi sbg kitab yg membetulkan semua kesalahan yg telah dimasukkan manusia dalam kitab-kitab sebelum ini. Kerana itulah dlm Al Qur'an tidak wujud sebarang kekeliruan dgn fakta sains sbg contoh yg berlaku dengan kitab Bible yg byk percanggahannya. Cth terbaik ialah yg saya hujahkan dlm kitab kejadian Bible. Itu baru sebahagian dr kitab tersebut, terlalu byk lg ada. 
guchibear : Adakah allah yg anda sembah itu sama dgn allah yg saya sembah??? kerana allah yg saya sembah itu adalah allah yg mahakuasa..rasanya utk mjadikan siang dan mlm itu allah tidak perlukan matahri @ bulan...sbb allah mahakuasa dan allah adalah terang..dan sememangnya terang itu sdh ada..bknkah sdh dinyatakan bahwa matahari itu di jadikan sbgi tanda utk memisahkan siang dan malam dan menjadi tanda utk masa,dan tahun2??? tiada yg mustahil bagi dia.. 
NizamPablo : Fitrah alam yg Allah s.w.t. jadikan ialah, siang dan malam terbentuk krn putaran bumi dan adanya matahari. Allah boleh berbuat apa saja dan ia juga boleh menetapkan apa saja fitrah atau undang2 penentu yg dimahukannya. Jadi bagi alam ini, fitrah penentunya ialah perlunya ada matahari dan bumi yg berputar bagi mewujudkan suasana siang dan malam. Kitab kejadian kamu itu penuh kesangsian. Mahu saya bongkarkan lagi guchi? 
guchibear : bisa saja allah jadikan matahari itu pada hari ini,kerana siang dan malam tetap akn berlaku jg...pertanyaan kmu seolah2 merendahkan kemampuan tuhan.. 
NizamPablo : bukankah kitab kejadian itu menceritakan kejadian alam ini? jadi seharusnya si pencipta itu lebih mengetahui apa yg diciptakan. Jika Al Qur'an boleh memberikan ayat2 yg tepat berkenaan penciptaan, kenapa Bible pula menyatakan sesuatu yg mengelirukan? Saya x merendahkn kemampuan Tuhan. saya cuma mahu saudara menggunakan akal utk berfikir. Mana mungkin wujud siang & malam tanpa matahari? Itulah fitrah alam yg sebenar, siang malam penentunya ialah putaran bumi dan kewujudan matahari. Nak teruskan? 
guchibear : maaf buku pelajaran sekolah tidak sama dgn taurat dan injil..allah sendiri mengatakan bahwa alkitab tidak akan ditambah dan dikurangkan..TIDAK DITAMBAH ATAU DIKURANGKAN..fahami perkataan ini 
NizamPablo : itu perumpamaan.. tidakkah kamu faham apa perumpamaan itu? perumpamaan itu ialah contoh utk beri kefahaman kepada mereka yg sukar faham dalam bentuk mudah supaya mereka lebih faham. Jika Al Kitab tidak ditambah atau dikurangkan, kenapa pula kamu kata hukum Taurat itu harus dimansuhkan sebelum ini. kenapa pula kamu masukkan Kitab Zabur, taurat ke dalam Al Kitab kamu? Bukankah perbuatan ini mengurangkan dan menambahkan isi kitab? 
guchibear: saya faham maksud saudara,ini kerana penceritaannya x shaluan dgn teori saintis,bkn??? bknkah jelas itu hanya TEORI saintis semata2???mana yg harus diimani,c pencipta itukah or pndpt c saintis itu??? so saudara percaya mgenai teori darwin bhwa manusia itu pd aslnya monyet kmudian berevolusi menjadi manusia???? 
NizamPablo : mengapa saudara harus menyempitkan. DArwin itu teori. Siang dan malam yg memerlukan matahari itu ialah fakta. Ada beza antara keduanya. Apakah Bible kamu menyatakan bahawa Tuhan itu tidak mengetahui mengenai apa yg diciptakannya? Agama yg benar yg diwahyukan dari Allah tentunya akan seiring dgn pengetahuan dan penemuan FAKTA sains. maka Islam tiada masalah disini, yg bermasalah cuma Bible kerana ia telah memasukkan byk perkataan manusia ke dalamnya. 
guchibear : jadi kamu mengatakan allah menjadikan siang dan malam itu harus memerlukan matahri??? ternyata kuasa allah yg saudara sembah itu terbatas.. bagi kami org kristian mengimani bahawa allah itu mahakuasa.Dia x prlukan apapun benda utk mbantunya dlm karya penciptaannya.. 
NizamPablo : Ianya bukan terbatas. Tetapi itu ketetapan Fitrah yg telah ditetapkan. Allah maha Mengetahui mengenai ciptaanNya. Yg dibincangkan sekarang ialah mengenai bumi dan tidak perkara lain. Mengapa org kristian suka keluar dari topik perbincangan? Yg dibincangkan ialah mengenai bumi tempat yg kamu tinggal skarang spt yg dijelaskan dengan salah & mengelirukan dalam Kitab Kejadian Bible kamu. Apakah Tuhan dalam Bible kamu tidak tahu apa yg diciptakannya? 
NizamPablo : Jika bumi yg dibincangkan, semua fakta mengenai bumi haruslah tepat dan semestinya bertepatan dengan fakta-fakta pengetahuan Sains. Islam tiada masalah dgnnya, hanya Bible kamu yg sangat mengelirukan dan memuatkan fakta2 yg sangat bertentangan dgn sains. 
flaneldez : surah al baqarah ayat ke 29 dan bandingkan dgn surah an naazi aat ayat ke 27-30!! di quran pun terdapat fakta yang bertentangan dgn sains, tetapi kamu nampak contradiction di agama lain ya?? lebih baik kamu mai join saya jadi atheist, apa kata kamu?? hahahaha!! 
NizamPablo : ianya sudah pun dijawab dalam komen2 sebelum ini. Tiada masalah apapun dgn ayat tersebut kecuali ianya bermasalah bg yg tiada pengetahun sains dan Al Qur'an. 

guchibear : apakah allah harus memikirkan apa yg akn difikirkan oleh manusia pada masa akan datang sebelum memulakan penciptaannya???bukankah kita la yg harus memikirkan dan mengambil suatu pandangan dari sudut pandangan allah itu sendiri bagaimana ia memulakan penciptaannya??? dan apa yg dikatakan oleh para saintis itu belum menjadi fakta 100% kerana ssetgh saintis mempunyai pendpt yg berbeza2 so masih belum dapat dibuktikan scara nyata.. 
NizamPablo : Allah itu Tuhan Yang Maha Menegetahui. Sains itu merupakan usaha manusia utk memahami ciptaanNya. Tiada saintis yg menolak fakta menyatakan bahawa siang dan malam itu disebabkan oleh putaran bumi dan wujudnya matahari. Yg menafikan fakta ini cuma Bible. Apakah Tuhan kamu dlm Bible tidak tahu apa yg diciptakannya? Ini belum saya teruskan dgn ayat2 genesis 1 yg lain. pastinya akan mengusutkan lagi pemikiran saudara jika saya teruskan berhujah mngenai kitab kejadian. 
flaneldez : bible ditulis lebih awal dari Quran, pada masa manusia masih jauh ketinggalan dalam dunia sains, jadi untuk memahamkan manusia zaman batu ttg dunia ghaib, maka tuhan terpaksa gunakan bahasa yang mudah difahami pada masa itu. Tuhan kalau guna bahasa saintifik dgn tepat sekali, orang zaman dahulu pasti tidak memahaminya, macam buku kanak2 tadika, ada gambar singa duk senyum, gajah boleh terbang. Takkan kamu nak membantah bahawa buku itu adlah salah dari segi saintifik?? 
NizamPablo : mengapa Al Qur'an tidak mmengandungi kesalahan sedemikian rupa.. sedangkan Al Qur'an di turunkan ditengah2 bangsa jahiliah yg tidak tahu apa-apa? Mengapa harus tuhan menggunakan bahasa mudah yg mengarut sebelum ini? apakah dia tidak tahu manusia itu akan maju dlm pemikiran? tuhan jenis apakah yg tidak mengetahui hala tuju semua ciptaannya? Hairan ya... itu belum dihujahkan ayat2 seterusnya dlm kitab genesis tersebut. 
flaneldez : sekarang hang ni yang mebuktikan bahawa tidak berapa tahu ttg kitab sendiri!! kamu ingat Quran tak mempunyai sebarang contradiction? lagipun Quran nampak saja tebal, tetapi isi kamdungannya sedikit saja, asyik duk berulang benda yang sama beribu kali dan tidak ada cerita yang complete dan asyik duk lompat lompat!! memanglah kurang contradiction berbanding Bible!! 
NizamPablo : apa masalahnya flaneldez? ayat berulang2 itu tidak membawa maksud ianya mengandungi contradiction. Apakah kamu gagal dalam tatabahasa? Al Qur'an tiada contradiction di dalamnya dan setiap hujah yg dibawakan kamu sblum ini sudahpun dipatahkan. Mana dia contradiction yg wujud. Sudah 2 bulan kamu meracau di sini, satu contradiction AlQur'an pun tak dapat kamu buktikan. 
flaneldez : apakah tuhan kamu tidak sedar bahawa perkahwinan Muhammad dgn kanak2 9 tahun akan menjejaskan imejnya?? 
NizamPablo : Tiada masalah sebenarnya dgn perkahwinan itu. Ia hanya bermasalah bg mereka yg tiada pengetahuan sains. Allah juga mnceritakn ujian trhadap keperibadian Rasulullah s.a.w. yg akan dilakukan oleh golongan spt kamu dizaman ini nanti. Ianya disebut dlm surah AlMuzammil. Bagaimana pula dgn perkahwinan Isaac & rebekah yg berusia 3 tahun dlm Bible? Apakah tuhan atau pun anak tuhan kamu tak tahu mengenai polemik yg boleh ditimbulkan olehnya? 
guchibear : sudah tentu allah tau apa yg diciptakannya..kekeliruan saudara sama sprti "mana yg lebih dahulu telur atau itik??".
so adakah mereka memahami ciptaan allah itu?? klu iya nampaknya mereka sama tahap pemikiran dgn allah.."maha" allah itu xda gunanya lagi kerana manusia mampu menjangkau fikiran allah..nampaknya semua kajian saintis itu ttg penciptaan adalah fakta seratus peratus..

NizamPablo : Dlm Islam tiada kekliruan mengenai 'mana yg lebih dahulu telur atau itik?'. 
Islam mnyatakn bahawa setiap makhluk yg dijadikn Allah brpasangan. Utk telur itu wujud, maka ia memerlukan campuran dua air benih dari jantan dan betina. maka yg wujud dahulu ialah Itik jantan & Betina. Itulah masalah kamu org2 Kristian. Kami tiada masalah kekeliruan spt kamu. Tiada gunanya beretorik utk mempertahankan perkara yg silap dlm Bible. Yg salah tetap salah. Allah Maha Mengetahui, ttp Bible kamu menghinakanNya. 
(Update 18 Ogos 2010 : Apa yang saya nyatakan kepada dua flaneldez dan guchibear itu, akhirnya dibuktikan melalui keratan akhbar yang memaparkan berita bahawa saintis Britain mengesahkan Ayam terlebih dulu wujud sebelum telurnya. Klik sini untuk membacanya)
flaneldez : kalau bible menghina tuhan dengan fakta sains yang tak tepat, begitu juga dgn Quran yang
memberikan gambaran bahawa Tuhan itu seorang yang terlampau sensitif, angkuh, bodoh dan liar!! 
NizamPablo : berikan bukti... spt biasa, ini hanya retorik dari flaneldez si kristian murtad yg mengaku dirinya pakar Bible, tetapi hakikatnya tidak tahu apa2 pun.. tengok saja semua dialognya di sini. Bila dipatahkan hujahnya, jadilah dia seperti org yg meracau2.. hahahha.. bawalah bukti.. jgn mengarut di sini.. dah.. pergi main jauh-jauh.. saya hanya mahu berdebat dgn org yg berhemah dan tahu adab berdebat.. 
flaneldez : baca keterangan al Taubah ayat ke 34 dan 35 bahawa tuhan akan ambil emas dan hancurkannya seterusnya sumbat dalam lubang jubur seseorang yang gagal membayar zakat!! bila saya membaca keterangan ini kepada paderi, mereka pun ketawa samapai sakit perut!! ternyata kamu mempotraitkan tuhan itu macam orang yang bodoh!! 
NizamPablo : hahaha.. Apa kamu & paderi kamu golongan yg suka ketawakan diri sendiri. Ayat At Taubah 34 & 35 itu menceritakan mengenai kamu dan paderi2 kamu. Ia menceritakan mengenai golongan2 paderi dan rabbi yg menyalahgunakan kuasa dan menipu org ramai macam flaneldez utk kpentingan kewangan mereka serta menjauhkn flaneldez & manusia yg semacamnya dari jln yg benar. hahaha. gelakkn diri sendiri nampak.. tahniah! saya amat terhibur dgn gelagat slapstik kamu dan paderi2 kamu.. masuklah raja lawak musim ke 3 ...
guchibear : namun apa pun yg saudara katakan megenai bible itu x akn melemahkan iman saya,kerana dgn iman saya diselamatkan..baca roma3:1-31..baca spi habis ya??thanks atas perhatian saudara.. 
flaneldez : bagus guchibear!! kita tahu umat islam ni banggang, tapi apa nak buat!! dari kecil mereka dah kena brainwash sekarang nak kelentong kononya sudah baca segala buku suci didunia dan cakap islam sajalah yang benar sedangkan saya pun baca quran dan mendapati ia penuh kebodohan, kebencian dan sumpahan!! patutlah islam ini agama pengganas!! 
antumakan : jangan cakap islam agama pengganas lihat sendiri laaa israel n US tu kite nak kata apa cik flaneldez
guchibear : klu benar mazhab islam itu berpegang kpd ajaran yg sama kenapa ada peperangan sesama islam yg berlaku dinegara2 lain??maaf klu myinggung..nmun komentar ni x la ptg sgt.. 
NizamPablo : begitu juga dgn Kristian.. pergaduhan itu tidak memerlukan apa jua mazhab utk mencetuskannya.. tgk saja di Ireland dimana Roman Katolik berperang dengan Protestant sampai berbunuh2.. begitu juga dengan alam haiwan.. haiwan yg tiada agama juga bergaduh sesama sendiri.. jadi hujah anda ini tidak boleh dipakai.. 
flaneldez : haiwan pun ada gaduhlah banggang,tapi tak ada yang menjadi pejuang berani mati!! mana ada pejuang berani mati kristian? hindu? buddha? yang hanya ada pejuang berani mati islam!! lepas bom dan bunuh beribu ribu nyawa yang tak berdosa kamu laung Allahwakbar!! mana ada agama yang begini terkutuk? fikir tengok, agama yang aman itu setakat bibir sahaja!! dimana saja negara islam sempadannya bermasalah, temasuk malaysia!! 
NizamPablo : sekali lg si murtadin Kristian flanaldez ini mmbuat lawak.
Bukankah kamikaze itu beragama buddha & shinto, LTTE itu beragama Hindu,MPLA & IRA = Kristian, Adolf Hitler = Roman Katolik.
cari saja video mereka di youtube ini dan tgklah sendiri. malulah sikit flaneldez. Mengapa kamu suka merepek flaneldez? jgn malukn diri sendiri. 

flaneldez : itulah aku cakap kamu ni tidak membaca keterangan aku dgn jelas!! bagaikan orang bodoh!! IQ banyak renadah!! Kamikaza, Hitler, IRA, LTTE tidak melakukan keganasan dgn menggunakan agama sebagai perisai!! ada faham!! mereka tak laung Allawakbar macam Alqaeda!! ada nampak perbezaan tak banggang?? 
NizamPablo : apakah kamu buta sejarah flaneldez? kaji balik sejarah penubuhan dan motif2 perjuangan mereka semua. semuanya penggnas dalam agama masing2.. lain kali time sejarah jgn ponteng kelas. 
alfaqir23 : la..mana2 aku pg,ada je mamat flaneldez ni cari gadoh dgn org Islam..dh la 2..ko debate dgn aku pn xlps lg,xpyh la ko debate dgn org2 yg lbh brpngetahuan mcm saudara Nizam aku ni..eh,ye ke xde pejuang mati agama kristian?hehe..lawak2..emm, crusaders 2 maksud apa flaneldez woi?semua nabi2 dr kalangan yahudi?Nabi Adam bkn yahudi..Nabi Idris bkn yahudi..Nabi dr bani israel brmula dr Nabi Yaakob ayah kpd Nabi Yusuf..apa ra..sirah ko truk betul..hehe..eh,ko prcaya plak ada nya Nabi2 ye?pelik2.. 
NizamPablo : TQ alfaqir23.. flaneldez ni mmg suka mmbuat lawak slapstik terhadap diri sendiri.. apa yg sedara kata tu benar.. yahudi bermulanya dgn bani Yaakob descendant Isaac.. selalulah ke sini utk berhibur dgn telatah dan lawak jenaka fleneldez.. 
NizamPablo : haha. flaneldez si murtadin Kristian masih lg ingin berhujah setelah menjadi murtad krn x dpt mnjawab soalan saya sebelum ini. Anda boleh perhatikn semua hujah2nya yg merepek & x berasas yg telah dipatahkan sebelum ini. Agak menghairankn bila dia menganggap dirinya sbg pakar Bible, tetapi sebenarnya tidak tahu apa pun. Jika anda ingin terus merepek & meracau disini. dipersilakan. yg penting kamu sudah pun mengaku kamu murtad dari Kristian & menjadi Atheist yg mana mmbawa maksud kamu kalah disini 
flaneldez : hujah yang telah dipatahkan adalah anggapan kamu seorang saja, tetapi kamu hanya melarikan dari hujah saya!! kamu yang sekarang ini sudah kalah dengan asyik duk cakap kamu menang, kamu menang!! macam kanak kanak!! 
NizamPablo : itu ayat2 yg dimulakn oleh kamu.. hahah.. terlupa atau buat lupa boy? 
NizamPablo : tiada masalah guchibear. Anda di sini sbg tetamu, jadi saya cuma melayan semua pertanyaan dan hujah saudara dgn cara terbaik krn saudara ingin membuat perbandingan. Tiada paksaan dlm beragama. Anda boleh kekal dlm agama anda selama mana anda mahu. Kami bukannya ditugaskan utk menarik convert, ttp tugas kami hanya utk menyampaikn. Hanya Allah berhak memberikan hidayah kpd siapa yg Dia mahu. Sesungguhnya kebenaran itu ibarat pelita bagi matahati yg kusut. Anda sentiasa dialu-alukan disini.. tq 
Dialog ini masih lagi berlangsung di akaun youtube tersebut dengan ramai pula sahabat Muslim masuk membantu. Tapi harapan saya, kita jaga tingkah laku kita sebagai Muslim supaya tidak berkelakuan seperti flaneldez ini.. InsyaAllah....Saya akan updatekan sedikit demi sedikit nanti..

ke bahagian 3.. klik sini





Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

1 comment:

epal hitam untuk blanka said...

hahaha... I love this part.. adanya guccibear dan banyak yg patik blajar dari sini serta agak seronok sbb zaman2 kejatuhan Murtadin Kristian flaneldez... hakhakk.. Saya berminat untuk berkenalan dgn tuan hamba...? boleh? apakah email tuan hamba atau facebook? jika tidak keberatan.. sila la add patik di FB.. tengku mohd faiz