Wednesday, April 9, 2008

Boikot atau tidak?

oleh Muhammad Ibn 'Az

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam bagi Rasulullah s.a.w. serta Ahlul Baitnya. Assalamualaikum buat semua sahabat pengunjung di sini. Sebelum saya masukkan posting bahagian kedua A’isyah r.a., saya ingin memperjelaskan tindakan boikot terhadap negara Belanda yang diserukan kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia untuk bersatu melakukannya.

Dalam pada kita sedang berusaha meningkatkan solidarity keseluruhan ummah untuk sekurang-kurangnya menunjukkan kita masih dapat bersatu dan bertindak dalam isu yang paling dekat dengan hati kita, muncul pula banyak pendapat dari kalangan kita yang cuba menidakkan usaha boikot dengan bersikap apologetic dengan pelbagai alasan bagi bagi menyokong retorik sendiri.

Saya terbaca dalam akhbar the Sun bertarikh 2 April 2008, yang memaparkan tulisan salah seorang pengunjung akhbar tersebut yang cuba memberikan satu bentuk pandangan yang dalam masa yang sama bertindak bagaikan serampang dua mata, satu cuba mengajarkan bagaimana orang Islam harus bertindak terhadap provokasi Geert Wilders, dan satu lagi dia mengungkitkan kembali bahawa tindakan muslim-muslim sebelum ini yang bertindak secara ekstrem termasuk membunuh ‘rakan seperjuangan’ Geert Wilders iaitu Theo Van Gogh adalah sangat tidak betul.

Benar Theo Van Gogh di bunuh kerana filem Submission-nya. Tetapi si penulis itu tadi sangat kelihatan tidak ikhlas dalam penulisannya apabila dia juga cuba menyabitkan pembunuhan Pim Fortuyn yang dikatakannya dibunuh oleh golongan ekstremis Muslim. Padahal, yang membunuhnya ialah aktivis hak asasi haiwan dan bukan orang Islam yang melakukannya.

Begitu juga dengan pelbagai surat pembaca kepada ruangan akhbar sepanjang bulan ini yang menyaksikan kegagalan pihak bukan Islam untuk memahami dasar tindakbalas terhadap provokasi yang dikenakan ke atas mereka. Sebagai contoh, surat pembaca di bawah ini yang melabelkan pejuang-pejuang Islam yang bertindak balas ala gerila sebagai ekstremis yang harus juga dikutuk. Menurutnya, mereka inilah yang mendorong orang-orang seperti Wilders membuat kecaman terhadap Islam. Sebenarnya, mereka ini (orang-orang bukan Islam) yang cuba memberi pandangan, mereka ini sebenarnya gagal untuk membezakan antara orang yang berperang menentang penjajahan negara mereka dengan mereka yang berjuang atas dasar ketamakan imperialisme. Apakah adil melabelkan mereka yang bertindak balas akibat negara mereka dijajah, dibom setiap hari serta dihancurkan sebagai ekstremis? Bukankah tidak adil label sebegini diberikan kepada mereka?

Sir Isaac Newton, genius yang diagungkan komuniti sains, serta diletakkan Michael H. Hart ditempat kedua selepas Nabi Muhammad s.a.w. (tempat ketiga St. Paul dan ke empat Jesus) dalam ranking 100 individu paling berpengaruh dalam sejarah, telah memperkenalkan beberapa formula fizik berkenaan dengan gerakan mekanik. Apa yang saya ingin memperkatakan mengenai Sir Isaac Newton ialah mengenai Newtons’ 3rd Law Of Motions (Hukum Pergerakan Newton Ketiga) yang diperkenalkannya kepada komuniti sains yang boleh sedikit sebanyak memberikan pencerahan mengenai daya tindakbalas.

Newton Third Law Of Motion :
The action force is equal in magnitude to the reaction force and opposite in direction

Daya bertindak adalah sama dengan daya tindakbalas dalam magnitude, tetapi dalam arah yang berbeza. (Rujukan : Serway’s Principles Of Physics : A Calculus-Based Text Fourth Edition, Jewett & Serway; Thomson Brooks/Cole, 2006)

Dalam bahasa mudah untuk memahami Hukum Ketiga Newton dalam gerakan mekanik ini ialah, jika dua buah objek, a dan b, berinteraksi dengan a mengenakan satu bentuk daya ke atas b, maka objek b akan bertindakbalas dalam bentuk daya dengan magnitude yang sama tetapi dalam arah gerakan yang bertentangan dengan a.

Apa kena mengena semua ini semua ini dengan Wilders, si penulis surat, imperialisme barat dan Muslim? Newton telah menjelaskan bahawa dalam dunia ini, apa juga tindakan yang kita buat, pasti akan disusuli oleh tindakbalas dalam bentuk bertentangan dengan tindakan awal tadi. Jadi, jika tidak mahu Muslim bertindakbalas secara perang ala gerila dan mula mengangkat senjata serta mula memboikot, janganlah sengaja mencari pasal dengan menyerang negara dan agama mereka tanpa usul periksa dan tanpa sebab.

Kotak email saya diasak dengan email mengenai senarai produk dari Belanda oleh ramai Muslim yang sangat bersemangat menyokong usaha boikot ini. Terima kasih atas semua email tersebut dan semangat yang ditunjukkan, masih banyak lagi email yang saya berhutang untuk membalasnya. InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya membalas email-email tersebut. Dalam pada itu saya menerima juga beberapa email yang cuba memberikan pandangan yang sebaliknya. Antaranya berkenaan cadangannya supaya orang Islam tidak memboikot produk Belanda akibat tindakan Wilders ini, pandangan sebegini pula memberikan alasan bahawa jika negara kita pula berada dalam dilemma yang sama, di mana salah seorang Ahli Parlimen kita sendiri mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati mana-mana pihak dan lantas akibat dari keceluparannya, seluruh dunia bersatu memboikot produk Malaysia. Apa perasaan kita sebagai rakyat biasa yang tidak bersalah? Apakah adil kita sebagai rakyat biasa turut dihukum akibat perbuatan seorang manusia yang bebal?

Rasanya seperti saya pernah terbaca kenyataan yang serupa dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris dalam seminggu dua ini, tetapi malangnya tak sempat saya untuk mengambil keratannya untuk dipamerkan disini. Bagaimanapun, sebenarnya, ini semua hanyalah pandangan yang agak merugikan solidarity ummah yang berpunca dari kegagalan untuk melihat isu ini secara keseluruhannya.

Menurut Perlembagaan Belanda Artikel 1 seperti di bawah:

Chapter 1 Fundamental Rights
Article 1 [Equality]
All persons in the Netherlands shall be treated equally in equal circumstances. Discrimination on the grounds of religion, belief, political opinion, race, or sex or on any other grounds whatsoever shall not be permitted.

Terjemahannya : Artikel 1
Semua individu dalam negara Belanda akan dilayan secara samarata dalam apa jua keadaan. Diskriminasi berdasarkan agama, kepercayaan, pandangan politik, keturunan, atau jantina atau apa jua perkara tidak dibenarkan (dilarang).

Persoalannya, kenapakah kerajaan Belanda membiarkan saja Ahli Parlimennya, Geert Wilders, melakukan provokasi yang cuba mendiskriminasikan Islam dan Muslim di Belanda dan Eropah? Jika kerajaan Singapura boleh bertindak bijak dengan menarik balik lesen penganjuran sebuah pementasan yang menghina Islam pada 2006, kenapa tidak kerajaan Belanda melakukan perkera yang serupa? Kenapakah mereka tidak dapat menghormati perlembagaan mereka sendiri? Jika kita di sini melakukan sesuatu yang ditafsirkan mereka sebagai Unconstitutional (tidak selari dengan Perlembagaan –ed – kita harus biasakan diri dengan perkataan ini kerana inilah korus lagu yang tak putus-putus yang dimainkan oleh golongan Islam plural, liberal, pejuang hak wanita yang disogok dana oleh pertubuhan Kristian dari luar dan golongan anti Islam di sini), maka terpekik terlolonglah mereka ini cuba mengajar kita apa ertinya mematuhi perlembagaan negara (biarpun kita tidak melakukannya).

Pada ketika kerajaan mereka mempunyai kuasa untuk menghalang tindakan mendiskriminasi Islam melalui si bebal yang cabul tersebut, mereka (kerajaan Belanda) sebaliknya memilih untuk menyokongnya secara dalam diam. NIF (Netherland Muslim Federation) telah cuba membawa kes ini ke mahkamah dan kes mereka ditolak. Wilders yang senang hati dengan pengadilan yang dibuat mahkamah mereka, apabila ditanyakan mengenai kes NIF yang ditolak tersebut memberitahu, “Saya sentiasa percaya dan yakin yang ianya menjadi kewajipan saya dalam mana-mana perdebatan politik, untuk memberikan peringatan kepada Belanda dan Barat mengenai bahayanya Islam kepada mereka.” Berita ini dilaporkan dalam de Volksrant edisi online yang boleh di capai dengan klik pautan di bawah ini. Ianya di tulis dalam bahasa Belanda. Manfaatkan google translate dan rakan Muslim (dari Belanda) anda yang aktif dalam mana-mana chatroom atau forum untuk membantu anda memahami konteksnya.

http://www.volkskrant.nl/binnenland/article523848.ece/Rechter_uitlatingen_Wilders_toelaatbaar?service=Print

Apa pentingnya Boikot?

Bagi yang sukar memahami apa pentingnya boikot ini kepada usaha kecil untuk menunjukkan solidarity umat Islam kepada dunia, saya bentangkan sedikit perkara di bawah ini. Sebenarnya usaha memburukkan agama yang dirasakan menjadi ancaman kepada ‘ketamadunan’ barat, bukan hanya dibuat terhadap Islam.

Sebenarnya Islam hanyalah merupakan mangsa terbaru mereka. Dalam kurun yang lepas, sebelum kebangkitan Islam kembali jelas dalam persada dunia, dunia barat terlebih dahulu memulakan kempen membenci sebuah agama yang dirasakan mengancam kedudukan mereka ditanahair mereka sebelum ini.

Sebenarnya, modus operandi mereka sejak dari dahulu sehingga sekarang amatlah sama dari segi pelaksanaannya. Mereka yang didukung oleh golongan fanatik Kristian diseluruh Eropah yang cuba digerakkan untuk menjaga kepentingan mereka di tanahair sendiri, telah memulakan kempen-kempen memburukkan sebuah agama yang dirasakan menjadi ancaman terhadap mereka. Agama tersebut ialah agama Yahudi.

Golongan Yahudi pada ketika itu yang dilihat semakin menguasai perniagaan-perniagaan dan industri serta ekonomi di Eropah mula dianggap sebagai ancaman kepada kedudukan mereka di Eropah. Maka pada ketika itu bermulalah gerakan propaganda memburuk-burukkan Yahudi melalui media-media dan apa jua yang etrcapai oleh tangan mereka.

Poster-poster yang menghina orang-orang Yahudi serta gerakan mereka ditampalkan dan diterbitkan dimerata-rata berulang-ulang kali. Sama seperti yang mereka lakukan dengan agama Islam pada ketika ini, iaitu dengan menerbitkan poster-poster yang menghina keperibadian Rasulullah s.a.w. dan agama Islam, dan diulang terbitannya berkali-kali semata-mata untuk memastikan mesej mereka untuk memburukkan Islam itu melekat kukuh diminda orang-orang barat. Teringat saya dengan kata-kata Adolf Hitler; “Make the lie big, make it simple, keep saying it, and eventually they will believe it” {“Besar-besarkan pembohongan itu, jadikannya semudah mungkin, katakannya berulang kali dan akhirnya mereka akan mempercayainya.”}

Maka itulah caranya yang digunakan ‘ketamadunan’ barat dalam kempen membenci Yahudi yang dilakukan mereka beberapa abad yang lalu. Antara poster-poster penghinaan terhadap golongan ini yang diterbitkan dalam tahun-tahun abad ke 19 dan 20 saya sertakan di bawah. Serangan yang dihadapi oleh golongan Yahudi ini pada ketika itu, kini dialami pula oleh golongan Islam di sana.




Lihatlah betapa mereka cuba melakukan penghinaan terhadap keturunan Yahudi satu ketika dulu dengan modus operandi yang sama dilakukan ke atas kita. Tetapi, oleh kerana golongan Yahudi ini merupakan satu golongan kaum yang kuat solidaritinya dan bijak memanipulasikan apa jua kekuatan yang ada pada mereka, maka mereka kini dapat menguasai dunia melalui kebijaksanaan memanipulasi tersebut. Jumlah mereka di dunia tidak sampai pun 10% dari jumlah keseluruhan umat Islam di dunia, tetapi kuasa lobi yang ada pada mereka dapat menundukkan kerajaan terkuat yang wujud sekarang ini di dunia. Sebagai contoh mereka berjaya memaksakan Presiden Amerika Syarikat, George Bush, untuk menandatangani perjanjian yang dinamakan Global Anti-Semitism Review Act of 2004* bagi menangani gerakan anti Yahudi diseluruh dunia.

*sumber : http://100777.com/node/1026

Kaum Yahudi yang memiliki empayar perniagaan dan kekuatan ekonomi berjaya menjadikan beberapa kuasa utama dunia sebagai proksi mereka disebabkan mereka ini bersatu dalam apa jua tindakan mereka. Kita selaku 1.3 billion umat Islam pula mempunyai kekuatan volume iaitu jumlah kita yang ramai dapat menggugat apa jua ancaman terhadap Islam sekiranya kita dapat bersatu dalam melakukan tindakan. Belajarlah dari apa yang dilakukan ahli kitab ini dan seharusnya kita bersatu dalam tindakan kita. Ini bukan masanya untuk beretorik yang meletakkan tindak-tanduk individualistik dalam mengatasi suara jemaah dengan hujah-hujah yang meresahkan lain muslim dikala jemaah sudah tegak berdiri dalam saf untuk turut bertindak. Kepada pengirim email tersebut yang menamakan dirinya ‘JiFatt’, harap dapat fahami apa tujuan sebenar boikot ini.

Benar, Perdana Menteri Belanda telah mengutuk tindakan Wilders itu, tetapi ianya tetap tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap rancangan jahatnya yang bertentangan dengan artikel 1 Perlembagaan Belanda. Yang ada cuma reaksi Perdana Menteri Belanda yang sekadar mengutuk tindakan Geert Wilders tersebut tanpa diambil apa-apa tindakan. Kutukan itu pula sekadar mempunyai impak yang sama sebagaimana jutaan resolusi mengutuk yang dibuat OIC dan PBB terhadap Israel yang tidak langsung memberikan kesan hatta sebesar kesan gigitan nyamuk.

OIC dan PBB menjadi bahan ketawa kepada mereka ini kerana hanya boleh mengutuk dan tidak mampu berbuat apa-apa dan gemar beretorik! Apakah perlu kita diamkan saja dan biarkan agama kita dicerca dan dihina tanpa memberikan reaksi balas? Apakah kita ini muslim yang bacul yang takut untuk bertindak? Sukar sangatkah mengawal poket dari memberikan kelebihan kepada pihak yang terang-terangan membenci Islam?

Terpulanglah…. Penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. telah lama dilakukan sebelum semua polemic ini timbul. Di bawah ini saya ingin memetik kisah bagaimana Rasulullah s.a.w. dihinakan pada ketika baginda sedang bersolat di Mekah.

Dari Ibnu Mas’ud r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pada suatu waktu, ketika Rasulullah s.a.w. solat dekat Kaabah, Abu Jahal dan kawan-kawannya pula sedang duduk berdekatan. Baru kelmarin orang menyembelih unta di sana. Kata Abu Jahal, “Siapa di antara kalian yang sanggup mengambil perut unta sembelihan Bani Fulan itu, lalu letakkannnya di atas bahu Muhammad apabila ia sujud.” Orang yang paling jahat di antara mereka pergi mengambil perut unta itu, lalu ketika Nabi s.a.w. sujud diletakkannya di atas bahu beliau. Kata Ibnu Mas’ud, “Setelah itu mereka terbahak-bahak dan dorong mendorong antara satu sama lain. Aku berdiri saja melihatnya. Kalaulah aku sanggup, tentu aku buangkan perut unta itu dari punggung Rasulullah s.a.w. Nabi s.a.w. terus saja sujud, beliau tidak mengangkat kepalanya hinga ada orang yang lewat, lalu dia (orang itu) memberitahukan kepada Fatimah r.a. – yang ketika itu masih gadis kecil-. Fatimah datang, lalu dibuangkannya perut unta itu dari punggung Nabi s.a.w. Sesudah itu dihampirinya mereka, lalu dimakinya mereka. Setelah Nabi s.a.w. selesai bersolat, beliau mengeraskan suaranya mendoakan kutukan atas mereka. Apabila Nabi s.a.w. mendoa, beliau baca tiga kali, dan apabila beliau meminta, beliau meminta tiga kali. Katanya, “Wahai Allah, binasakanlah orang-orang Quraisy.” Tatkala mereka mendengar suara Nabi mendoa, mereka berhenti ketawa dan takut akan doa beliau. Kemudian Nabi s.a.w. berkata, “Wahai Allah, binasakanlah Abu Jahil bin Hisyam, ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah Bin Rabi’ah, Walid Bin ‘Uqbah, Umaiyah Bin Khalaf dan ‘Uqbah bin Abi Mu’ith.”- Ibnu Mas’ud ada menyebutkan nama orang yang ke tujuh, tetapi perawi lupa namanya – Maka demi Allah yang mengutuskan Muhammad s.a.w. dengan yang hak. Sesungguhnya aku melihat orang-orang yang nama mereka disebut Nabi itu mati tergeletak dalam perang Badar. Kemudian diseret orang ke dalam lubang di Badar itu.”
Hadis Riwayat Imam Muslim.

Watak-watak dalam hadis tersebut dan apa sumbangan mereka seperti berikut 1400 tahun yang lalu:

Abu Jahil : Ketua Komplot rancangan jahat untuk menghina Rasulullah s.a.w.

‘Uqbah Bin Muith : Pelaksana rancangan jahat Abu Jahal tersebut.

Rasulullah s.a.w. : Mangsa penghinaan dengan diletakkan perut unta dibelakang tubuhnya semasa baginda sedang bersujud.

Ibnu Mas’ud r.a. : Muslim saksi kepada rancangan jahat tersebut, membenci tindakan ‘Uqbah Bin Muith, tetapi disebabkan jumlah mereka (kumpulan Abu Jahil) sebanyak tujuh orang, maka dia tidak berani bertindak kerana takutkan ancaman.

Muslim yang lalui kawasan tersebut : Muslim saksi kepada perbuatan tersebut, membenci tindakan ‘Uqbah Bin Muith, tetapi disebabkan jumlah mereka (kumpulan Abu Jahil) sebanyak tujuh orang, maka dia tidak berani bertindak kerana takutkan ancaman, tetapi dia mengambil jalan untuk membantu Rasulullah s.a.w. dengan keupayaan yang ada pada dirinya memberitahukan kepada pihak yang dapat bertindak tanpa mendapat tindak balas, iaitu anak Rasulullah s.a.w. Fatimah Az Zahrah.

Fatimah Az Zahrah : Anak kesayangan Rasulullah s.a.w., masih kecil dan tiada kudrat untuk melawan hatta seorang dewasa apatah lagi 7 orang dewasa, tetapi apabila diberitahukan kepadanya mengenai perihal perbuatan ‘Utbah Bin Muith dan rakan-rakannya ke atas insan kesayangannya, dia lantas bertindak membersihkan maruah Rasulullah s.a.w. dan kemudiannya menuju ke arah 7 orang sahabat dalam pakatan tersebut lalu memaki hamun mereka.

Fast forwardkan peristiwa ini ke 1400 kemudian, iaitu pada hari ini, peristiwa yang sama masih lagi berlaku dengan semua watak-watak yang terkandung dalam hadis tersebut diambil tempatnya oleh manusia-manusia yang wujud pada hari ini, kecuali pada diri Rasulullah s.a.w. Jika 1400 tahun dulu, Rasulullah s.a.w. dihinakan dengan diletakkan perut unta di atas belakangnya semasa baginda sedang sujud, pada zaman ini pula, diletakkan pula golongan pembenci Islam sebuah bom di atas kepala karikatur yang digambarkan sebagai baginda. Berdasarkan hadis di atas, saya buat perbandingan watak seperti yang anda semua boleh baca di bawah.

Abu Jahil : Ketua Komplot rancangan jahat untuk menghina Rasulullah s.a.w. Peranan ini diambil alih oleh organisasi terancang yang membuat segala rancangan jahat untuk menghina serta memburuk-burukkan Islam.

‘Uqbah Bin Muith : Pelaksana rancangan jahat tersebut. Jika 1400 tahu dulu ‘Uqbah Bin Muith melakukannya bagi pihak organisasi Abu Jahil, maka kini peranannya di ambil oleh si bebal Geert Wilders itu sendiri.

Rasulullah s.a.w. : Masih lagi menjadi mangsa penghinaan dengan dilukiskan bom di atas karikatur yang cuba digambarkan sebagai baginda dan dihinakan keperibadian baginda dengan pelbagai cercaan dan tohmahan.

Ibnu Mas’ud r.a. : Peranan ini kini diambil alih oleh Muslim di zaman ini yang menjadi saksi kepada penghinaan komplot jahat tersebut terhadap keperibadian Rasulullah s.a.w., membenci tindakan Geert Wilders, tetapi disebabkan tidak mempunyai keupayaan (kewangan, tenaga, kekuatan, ilmu, bakat atau apa saja yang boleh dimanipulasikan sebagai mekanisma tindakan) untuk bertindak, maka dia tidak dapat melakukannya di atas faktor tersebut. Tetapi dia akan bertindak bila mendapat kekuatan sepertimana yang dilakukan Ibnu Mas’ud 1400 tahun dahulu dalam sebuah hadis yang akan saya petik selepas analisa ini.

Muslim yang lalui kawasan tersebut : Muslim saksi kepada perbuatan, membenci tindakan Geert Wilders, disebabkan tidak mempunyai keupayaan (kewangan, tenaga, kekuatan, ilmu, bakat atau apa saja yang boleh dimanipulasikan sebagai mekanisma tindakan) untuk bertindak, maka dia tidak dapat melakukannya di atas faktor tersebut, tetapi dia mengambil jalan untuk membantu Rasulullah s.a.w. dengan keupayaan yang ada pada dirinya memberitahukan kepada pihak yang dapat bertindak tanpa mendapat tindak balas, iaitu dengan memberikan peringatan serta menyebarluaskan maklumat yang ia dapat supaya semua Muslim sedar dan dapat memulakan gerak tindak mereka .

Fatimah Az Zahrah : Semua Muslim merupakan umat kesayangan Rasulullah s.a.w., dan dalam kes ini merupakan golongan yang menyayangi baginda dan merupakan golongan yang tiada kekuatan dan tiada kudrat untuk melawan kekuatan fizikal, ketenteraan dan sebagainya, tetapi apabila diberitahukan kepada mereka mengenai perihal perbuatan Geert Wilders dan rakan-rakannya ke atas insan kesayangannya, dia lantas bertindak membersihkan maruah Rasulullah s.a.w. dengan apa jua kebolehan yang ada padanya dan kemudiannya menuju ke arah pakatan tersebut lalu dilakukan tindakan yang boleh membuatkan mereka terdiam kaku dan takut. Salah satu tindakan yang boleh mendiamkan mereka ini ialah dengan kehancuran ekonomi mereka. Mereka ini tidak takut mendapat tindak balas kerana mereka tahu dan yakin bahawa tiada jihad dapat dilakukan tanpa apa-apa pengorbanan. Teringat saya dengan sebuah hadis pada ketika Rasulullah s.a.w. mendapat luka dalam perang. Petikan hadis tersebut adalah seperti berikut.

Dari Jundub Bin Sufyan r.a. katanya: “Jari Rasulullah s.a.w. berdarah kerana luka dalam suatu peperangan. Maka bersabda Rasulullah s.a.w. : “Bukankah engkau hanya sebatang jari yang berdarah. Dan ini terjadi ketika engkau ikut berjihad fi sabilillah”
(Hadis Riwayat Muslim)

Hanya satu watak yang tidak ada dalam kisah hadis Ibnu Mas’ud di atas ialah Muslim yang bersikap tidak apa dan memandang tindakan untuk bersatu dalam jemaah yang cuba dilakukan majoriti umat Islam dalam memboikot produk Belanda sebagai suatu tindakan picisan. Jadi, di mana fungsi anda dalam watak-watak di atas?

Ibnu Mas’ud r.a. yang tidak melakukan apa-apa tindakan pada ketika itu akhirnya dia melakukan suatu tindakan yang paling besar dengan menghancurkan ketua komplot jahat terbabit sama sekali pada ketika dia berupaya untuk bertindak. Ianya dicatatkan dalam hadis di bawah:

Dari Anas Bin Malik r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Siapa yang sanggup mencari berita mengenai kegiatan Abu Jahil?” Maka berangkatlah Ibnu Mas’ud. Didapatinya Abu Jahil telah dipukul jatuh oleh dua orang anak ‘Arfa (orang Anshar, anak petani kurma), sehingga di tidak berdaya. Laluku pegang janggotnya, sambil berkata : “Engkaukah Abu Jahal?” Jawabnya, “Tidaklah menjadi kehinaan bagi aku jika engkau yang membunuhku atau dibunuh oleh kaumku sendiri.” Kata Abu Mijlaz. “Abu Jahil mengatakan : Asal aku tidak dibunuh oleh anak petani.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Jika kita perhatikan dan membuat analisa dengan hadis awal dari Ibnu Mas’ud yang kita buat pemerhatian tadi, Rasulullah s.a.w. tidak merelakan dirinya dihina pada ketika tersebut lantas menggunakan satu-satu senjata dan kekuatan yang ada pada dirinya pada ketika itu untuk bertindak balas. Baginda menggunakan doa di tempat yang paling mustajab lalu didoakan kehancuran ke atas 7 orang yang berkomplot tadi bersama dengan kaum serta semua gerakan dan kesatuan yang menyokong perbuatan mereka. Abu Jahil dan rakan-rakannya terdiam kerana mereka tahu bahawa sesiapa yang berdoa pada tempat itu, doanya akan dimakbulkan, maka takutlah mereka dengan doa Rasulullah s.a.w. tersebut. Bukankah doa juga merupakan senjata bagi mukmin? Maka apa jua yang boleh dijadikan mekanisma yang boleh memberikan impak kepada penghina Rasulullah s.a.w. seharusnya digunakan termasuk kekuatan ilmu dan kekuatan ekonomi.

Dalam Al Qur’an juga telah diarahkan dengan jelas apa bentuk tindakan yang seharusnya kita sebagai umat Islam lakukan jika terdapat mana-mana pihak mempermain-mainkan serta mengejak-ejek ayat-ayat Al-Qur’an. Ianya disebutkan dalam surah Al An’aam ayat 68 seperti di bawah:

Al An’aam 68
Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

Oleh kerana memang kita di sini sudah sedia jauh dari Sang Orang Belanda, Geert Wilders tersebut, ini tidak bermaksud kita tak boleh melakukan tindakan sepertimana yang disebut dalam ayat di atas, apa yang kita boleh buat di sini ialah cuba sedaya upaya kita menjauhkan diri dari segala perkara yang berkenaan dengan Belanda sehingga mereka tidak lagi melakukan perkara yang sama. Janganlah berlawak dengan lawak yang kurang bijak mengenai durian belanda, ayam belanda dan sebagainya yang tidak ada kena mengena dengan perkara ini, takut kelak kita meletakkan diri kita sama dengan tahap orang belanda di borneo sana. Ini bukanlah masa untuk bermain-main, pada ketika orang lain sibuk membuka fail perancangan untuk menempatkan manusia di Marikh, kita disini pula sibuk sembunyikan fail, membongkar fail, bergaduh sesama sendiri dan kutuk mengutuk bangsa sendiri yang berpegang kepada akidah tauhid yang sama. Cukup-cukuplah!!!! Saya dah nak termuntah tengok semua ini… yang satu sibuk menyelongkar yang satu lagi pula sibuk main hide n seek dan police sentry.. sangat-sangat memualkan dan membosankan! Buatlah kerja yang telah diamanahkan sebagaimana yang dicanangkan dengan gong-gong perang selama ini..

Kepada Lely (www.penunggucahaya.blogspot.com), Asmaroni, Suara (www.suaradimindaku.blogspot.com) , New Ghost, Nazri & Nurul Amirah Noor Azam, InsyaAllah saya akan memenuhi permintaan email dan komen anda selepas siap semua posting Ai’syah r.a. blog ini. InsyaAllah bahagian 2nya akan saya muatkan pada hari Sabtu. Saya rasa sebahagian dari posting mengenai Saidatina A'isyah r.a. ini memberikan sebahagian jawapan kepada permintaan Nazri & Nurul. Terima kasih kerana bersabar dengan kelemahan saya yang tidak dapat memenuhi permintaan dalam waktu yang singkat, saya memerlukan sedikit masa untuk membuat sedikit penyelidikan sebelum dapat memenuhi permintaan-permintaan tersebut. Wassalam....

© March 2008 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)

2 comments:

isu ini amat menarik minat saya untuk bertanggungjawab sbg muslim..dengan itu saya ingin mengeluarkan artikel ini untuk tujuan edaran kepada rakan2..harap dengan tindakan saya ini dapat membantu umat islam dan semoga anda membenarkannya..saya juga ingin menanyakan ttg produk apakah yg perlu diboikot?
 
Saya boikot! Terharu bila membaca artikel ni. Terima Kasih kerana sangggup meluangkan masa utk menulis info yg sangat berguna. Jgn minum coke, minum Mycola, Jgn makan McD, makan Burger Otai, Jgn guna colgate, Guna ubat gigi Mu'min.. Bersama dan bersatu membina ekomoni Islam!.. FYI, menderma dgn membeli ubat gigi Mu'min. Tabung ubat gigi mu'min menderma utk Palestine.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email