Sunday, January 27, 2008

Orang Belanda Buat Hal Lagi.....

oleh Muhammad Ibn 'Az

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung dan sahabat. Dua hari lepas, keluar lagi satu berita mengenai
Orang Belanda ini. Memang sengaja dia malas menggunakan akalnya untuk berfikir akan segala tindak tanduk yang dilakukannya dengan memprovokasi orang-orang Islam.


Dalam satu kenyataan akhbarnya dia berkata : "“People who watch the movie will see that the Koran is very much alive today, leading to the destruction of everything we in the Western world stand for, which is respect and tolerance,” (ed-bahagian tulisan merah merupakan penegasan saya)

terjemahannya, "Semua yang melihat filem tersebut akan menyedari bahawa Al Qur'an itu begitu banyak diamalkan hari ini, yang membawa kepada kehancuran segala nilai yang dipegang erat oleh Tamadun Barat, iaitu nilai-nilai hormat dan bertolak ansur."

Kenyataan yang dikeluarkannya sangat ironi dengan tindakan yang bakal dilakukannya. Dia bercakap mengenai toleransi dan hormat-menghormati, tetapi dia sendiri tidak mempraktikkannya. Maka sangat jelas bahawa apa saja yang keluar dari mulutnya boleh saja ditongsampahkan.

Saya pernah menulis tentang Orang Belanda ini tahun lepas semasa dia meminta Parlimen Belanda mengharamkan Al-Qur'an. Kenyataan yang sering dibuatnya menunjukkan akal dan IQnya berada dalam kedudukan paling rendah. Mengapa harus dia membadutkan dirinya yang sudah sedia badut?

Kita tunggu saja apa yang dikatakannya nanti dalam filem itu. Janganlah risau, kerana setiap apa yang disebutnya nanti, kitab dalam tangannya itu seribu kali lebih teruk. Tindakannya hanya akan membuatkan segala pekung dalam kitab kepercayaannya dibongkar satu per satu. Tetapi yang lebih menghairankan ialah dalam pada mereka ini bermati-matian menghina kitab Al-Qur'an dan sanggup membuat filem semata-mata untuk menghinakan kitab pegangan kita, terdapat dikalangan kita pula yang berasa bangga menggunakan quote-quote dari kitab si orang Belanda ini. Apabila ditegur, melenting-lentinglah mereka dengan berbagai rhetorik dan polemik. Nah! lihatlah sendiri apa si Orang Belanda lakukan... bukankah Al Qur'an sendiri telah menyatakan yang mereka ini tidak akan redha selagi kita tidak mengikut telunjuk mereka. Mengapa tidak mahu diambil pengajaran? Fikir-fikirkanlah.....

Artikel saya mengenai Orang Belanda sebelum ini boleh di baca di sini. (Klik)

© January 2008 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email