Wednesday, November 28, 2007

Jawapan Kepada Soalan Rockbebeh Berkaitan Posting 'Kebesaran Allah atau Sindiran Dari Allah?'

5

oleh Muhammad Ibn 'Az

Wa’alaikumsalam Rockbebeh.. Syukur saudara masih sihat dan setia berkunjung ke sini. Saya memahami kenapa saudara menentang satu lagi posting saya dalam blog ini. Sama seperti posting ‘Pembohongan Azab Kubur’ saya sebelum ini yg ditentang saudara dan rakan seperjuangan saudara, yg mana akhirnya apabila kebenaran artikel tersebut mula kelihatan, saudara menarik keluar komentar dan video saudara dari youtube. Sedangkan pada mulanya saya dituduh bersekongkol dgn syaitan oleh saudara. Saya mengalu-alukan pendapat dan kritikan membina bagi mencari hidayah dan kebenaran. Oleh kerana menghormati permintaan saudara dalam email yang lepas supaya tidak disanggah saudara dalam blog ini kerana bagi saudara ia agak memalukan (sedangkan kerap saudara berbuat demikian ke atas saya), saya tidak menjawab permintaan seorang pengunjung dgn nickname niena secara terbuka dan hanya akan berbuat demikian menerusi penerangan ke akaun emailnya. Oleh kerana kali ini, saudara sendiri yg memulakan kembali ‘perbincangan’ secara terbuka ini, maka saya menjawabnya juga secara terbuka. Sebagai penerangan kepada saudara berkenaan posting ‘Kebesaran Allah atau sindiran dari Allah?’. Ingin saya anjurkan kepada saudara supaya membaca posting tersebut sekali atau dua tiga kali lagi supaya dapat difahami. Hujah yg saudara gunakan utk menafikan artikel terbabit dengan menggunakan perbandingan Asma Allah (nama2 Allah) adalah kurang tepat kerana saudara hanya menilainya dari satu sudut perbandingan yang difahami secara tidak tepat (iaitu secara literasi), dan menafikan serta tidak menggunakan rujukan-rujukan lain seperti Al-Quran dan Hadis Sahih. Jika saudara ingin berpandukan Asma Allah, Allah juga mengenalkan DiriNya dengan nama Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah). Makhluk juga bersifat penyayang, tetapi tidak boleh disamakan sifat makhluk dengan Allah. Sifat pemurah makhluk hanyalah bersifat tertentu, terbatas, mengikut keadaan dan sementara, manakalah Ar Rahmaan pula sifatNya yang Maha Pemurah meliputi ke atas semua makhluk, tidak kira makhluk itu beriman kepadaNya atau pun tidak, tidak kira makhluk-makhlukNya itu mencaciNya atau tidak, Dia tetap memberikan rezeki kepada makhluk-makhlukNya untuk hidup. Dia tetap memanjangkan umur-umur mereka dan mencukupkan setiap keperluan semua mereka yang wujud dan diciptakanNya. Begitu juga dengan banyak nama-nama Allah lagi yang seperti Ar Rahiim (Yang Maha Penyayang). Sifat penyayang juga terdapat kepada makhluk. Seekor kucing menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Seorang ibu sanggup berjaga malam atas sifat kasih sayangnya kepada anak-anaknya. Tetapi semua sifat ini tidak sama dengan Ar Rahiim. Sifat Maha Penyayang Allah tiada tolok bandingnya. Diberikannya segala yang cukup bagi hamba-hambaNya yang Muslim, diberikan ketenangan dalam hati bagi setiap makhluknya yang beriman kepadanya. Atas sifat RahiimNya ini, mukmin akan menikmati nikmat-nikmat yang tidak terhingga yang Dia simpankan untuk dibalas di syurga kelak. Rujuklah mana-mana ustaz yang bertauliah dan yang tidak pernah berjumpa atau berguru dengan mana-mana ‘malaikat’. Ini supaya dapat saudara fahami bahawa dalam Al-Qur’an itu penuh dengan ayat-ayat Allah yang menyindir manusia (hambaNya) yang tidak mahu menggunakan akal. Sindiran Allah tidak sama seperti makhluk-makhlukNya yang menyindir. Sindiran Allah tidak sama seperti sindiran Mak Bedah, Cik Ramlah dan Uncle Azmi yang gemar bergossip. Sindiran Allah merupakan hak mutlak Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir sekelian alam untuk menegur makhluk-makhluk ciptaanNya yang dianugerahkan akal tapi langsung tidak mahu menggunakannya. Berbagai nikmat telah Allah kurniakan dan suruh kita perhatikan tetapi kita tidak langsung mahu menggunakan akal untuk mendekatinya. Yang kita lakukan ialah beriman secara membuta tuli, sama seperti golongan umat-umat terdahulu sebagaimana firman Allah dalam surah :

Al Maidah 41
Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.

Dalam Al-Qur’an penuh dengan ayat di mana Allah menyindir makhluk-makhlukNya iaitu manusia yang dikurniakanNya akal tapi tidak mahu menggunakannya dan bertaklid dengan amalan secara membabi buta. Contoh-contoh ayat tersebut seperti berikut:

Al Baqarah 170 - 171
Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)? Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.

Al Furqaan 43-44
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.

Al Anfaal 22
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya). Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya). Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

Al A’raaf 179
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Janganlah saudara mengeksploitasikan Asma Allah sebagai hujah bagi menghalalkan dakwah songsang oleh guru saudara. Sering saya melihat saudara menggunakannya untuk menghalalkan dakwaan bahawa guru saudara dapat berkomunikasi dengan ‘malaikat’ terutamanya dalam blog saudara. Sedangkan saya sudah beberapa kali jelaskan kepada saudara, bukan ‘malaikat’ yang menghampirinya, tetapi syaitan yang cuba menyesatkan. Banyak contoh telah saya berikan kepada saudara untuk diambil pengajaran. Allah juga telah berfirman dalam surah seperti di bawah :

Ali Imraan 179
Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.

Al Jinn 26 & 27
"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, "Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).

Sangat jelas Allah s.w.t. telah menyatakan dalam Al-Qur’an bahawa tidak ada seorang manusia pun di dunia yang Allah s.w.t. beritahukan dan perlihatkan tentang perkara-perkara ghaib melainkan kepada Rasul-RasulNya yang terpilih. Malaikat-malaikat Allah termasuk dalam perkara-perkara ghaib yang wajib diimani dan perkara-perkara ghaib pula, tidak Allah perlihatkan kepada manusia biasa kecuali Rasul-Rasulnya yang terpilih. Guru saudara itu bukanlah Rasul kerana tiada lagi yang diutus selepas Rasulullah s.a.w. Sama ada dia ditipu syaitan atau pun dia sendiri yang bersekongkol dengan syaitan dalam ‘dakwahnya’ itu sebagaimana yang pernah dia tuduh saya semasa menafikan Audio Azab Kubur tersebut. Perkara ini mengingatkan saya dengan Rashad Khalifa yang memperkenalkan teori Gemmatrical (teori nombor 19) yang terkandung dalam Al-Qur'an. Dia dihukum sesat oleh semua majlis fatwa negara-negara Islam termasuk Malaysia kerana dia menyatakan bahawa dia Rasul yang terpilih sebagaimana dalam ayat Al-Qur'an yang saya petik di atas. Dia juga mendakwa bahawa kiamat akan berlaku melalui kajiannya pada tarikh tertentu. Saudara.. sedarlah dari lamunan yang sangat lama ini.

Banyak lagi yang ingin saya nyatakan di sini, tetapi berdasarkan email-email yang saya terima saya menyedari yang blog ini dilawati oleh segenap peringkat manusia, dari yang Islam ke yang bukan Islam. Terbaru saya menerima komen dari seorang Rabbi (Rabbai) dari Komunitas Yahudi Indonesia (Sulawesi Utara), Rabbi Yaakov Baruch Palilingan. Dia berterima kasih atas posting saya berkenaan dengan ‘Memperbetulkan Persepsi Pengurusan Jenazah Yahudi’ yang memperbetulkan fitnah yang dimulakan oleh umat Islam ke atas mereka. Sangat menyedihkan apabila kita yang mengaku sebagai umat Muhammad s.a.w. sanggup menggunakan perkara dusta dalam dakwah-dakwah kita. Walaupun saya tidak pernah berharap agar mana-mana pihak menyatakan terima kasih atas posting saya, komen yang saya terima dari Rabbi ini membuatkan hati saya terharu dan berasa amat sedih. Terharu kerana diberi respons oleh golongan yang difitnah walaupun posting saya tersebut tidak menyokong mereka, cuma sebagai menjalankan tanggungjawab memperbetulkan tanggapan salah yang dimulakan oleh muslim sendiri. Bersedih pula kerana fitnah itu dimulakan oleh kita. Kenapakah kita sebagai Muslim yang dididik Rasulullah s.a.w. segala macam adab berdakwah sanggup menggunakan fitnah untuk memperlekehkan orang lain. Lupakah kita dengan kisah Iblis yang terlalu taksub dan angkuh dengan semangat kebangsaannya sehingga mengundang laknat Allah sampai bila-bila? Lupakah kita bahawa sembelihan mereka dihalalkan bagi kita makan? Lupakah kita bahawa mereka juga digelar Allah sebagai ahli Kitab? Sedangkan dalam dalam Al-Qur’an sendiri Allah s.w.t. telah menyatakan bahawa hanya Dia saja yang layak menilaikan mereka ini dan membalas mereka samada dengan nikmat ataupun kecelakaan. Tidak semua Yahudi itu Zionis. Perlu kita fahami bahawa Zionis itu berbeza dengan Yahudi. Yang wajib kita tentang ialah mereka yang menindas saudara-saudara kita diseluruh dunia termasuk yang menyokongnya. Bukan yang tidak berbuat apa-apa. Ini belum termasuk lagi dakwah dusta termasuklah rakaman Audio Azab kubur yang dijaja oleh ramai ustaz ke segala pelosok surau, masjid dan universiti. Malahan terdapat juga ustaz-ustaz yang sehingga tahap mengugut murtad sesiapa yang tidak mempercayai rakaman audio tersebut. Tidak malukah kita bersikap demikian? Beginikah cara pewaris Nabi? Ingat! Matlamat tidak langsung menghalalkan cara. Pengunjung blog ini juga terdiri dari yang berbagai bentuk Islamnya. Mereka ini terdiri dari berbagai lapis peringkat tingkat kefahaman Islam mereka. Ada yang baru hendak berjinak-jinak dengan Islam, ada yang Islam pada nama, ada Islam yang biasa dan ada juga dari golongan-golongan yang lebih tinggi dan hebat ilmu-ilmu mereka. Jadi supaya posting ini tidak mengelirukan mana-mana pihak yang baru hendak berjinak-jinak dengan Islam, saya mengambil keputusan untuk menyunting beberapa hujah yang saya kira mungkin sukar bagi mereka yang baru cuba mendekati Islam untuk fahami. Begitu juga dengan hadis-hadis sahih yang menyatakan beberapa sifat-sifat Allah yang tidak langsung termasuk dalam mana-mana Asma Allah yang 99. Ianya memerlukan penjelasan yang lebih mendalam jika ingin dijadikan hujah dalam ruang maya ini. Bagi mengelakkan ianya menjadi suatu posting yang mengelirukan, saya rasa cukup setakat posting ini untuk kefahaman berkenaan penentangan tersebut. Saya harap kali ini saudara Rockbebeh mengambil pengajaran dari posting ini. Wallahua’lam...

TAMBAHAN DARI EDITOR berikutan komen tambahan dari rockbebeh dalam shoutbox yang menyatakan dia 'difitnah':

Oleh kerana rockbebeh sekali lagi memberikan komen bermuka-mukanya sebagaimana yang pernah dia lakukan semasa berdebat dengan saya berkenaan dengan posting 'Pembohongan Azab Kubur' itu dulu, dan oleh kerana dia juga tidak langsung menghormati permintaannya sebelum ini kepada saya supaya tidak dibuat apa-apa posting mengenainya dan memalukannya, sebaliknya dia bebas berbuat demikian ke atas saya, maka setelah saya fikirkan masak-masak, saya masukkan video yang dimuatkan oleh rockbebeh dalam akaun youtubenya seperti dibawah. Dibawah ini petikan email di mana rockbebeh meminta saya supaya tidak memberikan apa-apa komen mengenainya, saya menghormati permintaannya dan berdebat secara tertutup dengannya sehinggalah komen2 barunya dalam shoutbox satuhala seperti mana yg pernah dia lakukan di youtube Nizampablo yang memuatkan video2 saya.. ayat dalam italic merupakan petikan email tersebut..

cerita mengenai pembohongan azab kubur pun malaikat yang meyampaikan kesahihannya adalah palsu dan itu semua terjadi atas kehendak Allah. dan kerana sebelum ini akak saya hanya menggunakan makrifatnya katanya(makrifat selalunya setan boleh menyelit) dan beliau tidak bermohon doa kepada Allah atas sebab itu lah saya pun ikut tersilap kerna itu saya memohon jutaan maaf. dan tentang cerita ini jangan lah disiarkan secara terbuka kerana saya tak suka dikenali dengan akak saya yang ada kelebihan sebegini kerna itu semua kehendak Allah atas sifatnya yang begitu mencintai Allah. tapi kalau nak mengaibkan saya pun saya tak kisah kerana saya sedar itu semua kesilapan saya dan tentang nick saya berserta akak saya yang boleh berkomunikasi dengan malaikat atas kehendak allah itu harap dihapuskan kalau nak taip pun taipje lah seorang pemuda dengan nama samaran.... tolong yer... tima kaceh.... dan sila kesini untuk cerita akak saya tersebut : http://rockbebeh.blogspot.com/2007/09/suara-jeritan-alam-kub ur.html

Video dibawah inilah yang 'niena' minta saya komen semenjak 17/11, tetapi oleh kerana menghormati permintaan rockbebeh, saya tidak membuat sebarang komen secara terbuka. Oleh kerana dia sendiri yang membuat serangan ini kembali dengan mendakwa saya memfitnahnya, maka untuk memperbetulkan kenyataannya, saya muatkan link ke blognya untuk di baca semua postingnya berkenaan dengan 'malaikat' dan banyak lagi pembohongan yang mengundang khurafat yang dilakukannya. video dibawah merupakan satu daripada 8 siri video yang dia muatkan. Jika link broken, maka ianya bermakna video tersebut juga dibuangnya sepertimana yang pernah dia lakukan semasa berdebat dengan saya berkenaan pembohongan audio azab kubur.

Baca posting pasal video dibawah ini dengan klik sini http://rockbebeh.blogspot.com/2007/09/perjalanan-alam-roh-dua-jam-mati-hidup.html


Video ini menceritakan satu penceritaan penuh khurafat yang menceritakan pengalaman seorang wanita bernama Aslina yang mati selama 2 hari dan kemudian hidup semula (Tajuknya sendiri menunjukkan yang cerita ini satu pembohongan, mana ada hospital swasta sanggup menyimpan mayat selama 2 hari sedangkan warisnya ada pada waktu kematian). Aslina ini mati dan kemudian datang malaikat menjemputnya dalam satu perjalanan ala-ala Isra' Mikraj yang membawanya berjumpa semua Nabi, Rasul, Malaikat, Amal Ibadatnya dan yang paling hebat ialah dia juga berjumpa dengan Allah. Dalam bahagian 3/8 ada sesi 'masuk bakul angkat sendiri', dia menceritakan semua amal ibadat yang dia lakukan yang melayakkannya mempunyai pengalaman perjalanan ala-ala israa' mikraj ini... hebat Aslina ni.. memang hebat.. (sedangkan semua ini pembohongan belaka!!!). Dia juga menyatakan 'husnul khotimah'nya juga dapat menerangi makam Rasulullah s.a.w. Wahh... sungguh hebat... dalam bahagian lapan dia marah kepada Allah kerana menghukum manusia berdosa, lepas itu dia katakan kepada Allah dia sanggup baca Al Qur'an Khatam sebanyak 3 kali dan berselawat seribu kali atas setiap Nabi dan Rasul sehinggakan Rasul-rasul tersebut datang memujuknya supaya berhenti berkorban untuk manusia.. Hebat sungguh, sampai boleh mempertikaikan keputusan Allah dan sehingga Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul datang memujuknya...Ya Allah... ada juga manusia macam ni lagi... kenapa ada orang boleh tertipu dengan video2 ini? Allah s.w.t. telah jelaskan yang Dia tidak akan memperlihatkan perkara-perkara ghaib kepada manusia biasa kecuali kepada Rasul-Rasulnya yang terpilih... Siapa Aslina ini? Allah s.w.t. juga telah menyatakan bahawa jika seorang hamba Allah yang mati dan dihadapkan kepadaNya di akhirat, merayu supaya dapat dikembalikan mereka ke dunia untuk beribadat dan mereka tidak akan mensia-siakan peluang terbabit walaupun sesaat. Allah tidak akan memberikan mereka peluang itu!!! Cuba bandingkan dengan cerita ini, pakaiannya walaupun bertudung, masih menampakkan lengan dan masih lalai membuang masa berbual dan bercerita seumpama masuk pertandingan bercerita Kanak-kanak. Sedangkan telah dia nyatakan yang dia itu telah mati, kenapa masih berani membuang masa... sudahlah rockbebeh...









© November 2007 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987.

eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

5 comments:

Dini Syarif said...

Assalamualaikum wbt...

Akhi, i'm very interested dengan entri anta ni, especially on Aslina's experience. Cuma ana masih nak dapatkan maklumat lanjut; artikel mana yang cerita tentang Aslina ni. One more thing, TV ke yang jemput dia? Kalau ya, TV apa yang bijak pandai sangat tu?

Afwan, ana tak perasan pula wujudnya Aslina dan kisah2nya tu.

Jazakallahu khairan kathira.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam wbt saudara Dhany..
Sebenarnya saya agak keberatan utk mengulas mengenai perkara ini disebabkan ramai yg salah anggap seperti saya mencari pasal dengan tuan punya video ini, padahal saya cuma memberikan komen sptmana yg diminta oleh seorang pengunjung bernama Niena. Itu pun hanya saya lakukan setelah pemilik video tersebut mengkritik saya secara terbuka. Saya telah jelaskan dlm posting di atas bahawa perkara ini tidak boleh berlaku biar apa jua hujah pun digunakan.. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al Mu'minuun ayat 99-100 :

Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata:''Ya, Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia).''(99) . Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan.

Allah s.w.t telah dengan jelas memberitahu bahawa sesiapa saja yang mati, dia akan terperangkap dalam Alam Barzakh sehingga kiamat dan tidak boleh melepaskan diri.. tetapi berbeza dengan kes Aslina ini.. itu yang saya cuba terangkan agar tidak ada mana-mana pihak terpengaruh dgn cerita ini...

Saudara boleh mendapatkan cerita ini di sini :

http://rockbebeh.blogspot.com/2007/
09/perjalanan-alam-roh-dua-jam-mati
-hidup.html

atau di sini

http://cyberheb.wordpress.com/2007/
09/28/pengalaman-mati-suri-dari-esq/

atau di sini untuk petikan akhbar yang dimuatkan dlm blog.. petikan berita asalnya sudah tiada dalam akhbar yang menrbitkannya...

http://irdy74.multiply.com/reviews/
item/142

Siaran TV yang menemuramahnya ialah siaran TV di Bengkalis Indonesia (menurut cerita tersebutla...)

Saya mendapat email dari seorang gadis pengunjung satuhala yang menyatakan bahawa terdapat beberapa blog dan laman yang mempertikaikan kandungan cerita aslina ini.. antaranya seperti link di bawah :

http://genenetto.blogspot.com/2007/
07/komentar-kesaksian-mati-suri-
dalam-temu_27.html

Saya harap, ianya sedikit sebanyak membantu saudara.. yang jadi masalah ialah apabila manusia menolak apabila dikemukakan kebenaran melalui bukti ayat Al-Qur'an dan hadis.. dalam link2 yang saya nyatakan tadi pasti saudara akan dapat lihat komen2 yang percaya kepada cerita tersebut sehinggakan menolak sama sekali penafian yang bersandarkan syarak. Allah s.w.t. memerintahkan kita apabila berselisih pendapat, maka kembali lah kepada Al_Qur'an dan sunnah... spt yang tersebut dlm An Nisaa ayat 59..:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

tetapi mereka ini menolaknya... jika saudara ingin mencari pengetahuan mengenai perkara ini, link2 yang telah saya sediakan itu boleh menceritakan apa yang di alami oleh Aslina.. saudara nilaikanlah sendiri berdasarkan syariat Islam...

Terim kasih atas komen dan melawat blog ini.. sekiranya grad dan habis chambering... jgn lupa kepada perjuangan Islam dan kuatkan ummah dengan peguam-peguam muslim yang aktif dan kuat dan jgn biarkan Bar Council hanya dipenuhi jawatankuasanya oleh yang bukan Islam...

semoga success dan kekal berjuang..
wassalam...

Anonymous said...

assalamualaikum. biase le terbace benda2 pasal pengalaman mati sekejap ni. tapi bila tgk part last tu cam hebat gile akak ni. paling tak tahan bile part dia men goyang2 kaki kanan dia. padahal dia gak kate kaki tu kaki pilihan. paling masyuk bile moderator tu cakap "bantulah aslina yang sedang lagi mengalami sakit" (what kind of sakit is it? psiko giler =P

namhar_nimsak > amman =)

bLog Juga said...

Sungguh, saya ketinggalan zaman. baru hari ini dapat berita.

Mungkinkah cerita-cerita ajaib begini sengaja diceritakan bertujuan untuk menjauhkan orang-orang yang belum islam. Yang menjadi bonusnya ialah ia disebarkan oleh orang islam.

Akhir video tadi, apabila saya sekali lagi mendengar ucapannya yang mengatakan "..umatku... sujudlah di hadapanku..." tiba tiba saya teringat kepada Saul atau Paul pada suatu ketika dahulu, sehingga akhirnya terjadi segolongan orang yang menyembah orang.

Permainan gunting begini sangat merbahaya dan susah. Semoga tuan dan orang-orang seperti tuan dilempahkan kurnia oleh tuhan untuk lendikkan kembali kusut-kusut yang mengandungi gunting ini.

satuhala said...

Assalamu'alaikum Blog Juga,
Benar.. ini Modus operandi mrk. Sesatkan umat Islam melalui gunting2 dlm lipatan. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua yang nampak perkara ini berlaku untuk sama2 memperbetulkannya.
Ia bukan tanggungjawab individu, tetapi kita semua perlu aktif dgn memberi perhatian kepada apa yang berlaku disekeliling kita.