Tuesday, October 9, 2007

Jika semua Nabi itu Islam, dari mana pula datangnya Yahudi dan Nasrani? Bahagian 2

4

oleh Muhammad Ibn 'Az

Artikel ini merupakan bahagian kedua dari artikel yang bertajuk Jika semua Nabi itu Islam, dari mana pula datangnya Yahudi dan Nasrani? Bahagian 1 . Jika anda belum membacanya, sila klik sini untuk membacanya sebelum membaca sambungannya di sini..

Sambungan Asal Usul Yahudi
Majoriti kaum Yahudi yang ada masa kini merupakan gabungan dari tiga puak atau suku Yahudi yang kembali selepas menjadi orang-orang buangan di Babylon selepas kerajaan Yahudi di Palestin diserang oleh Assyrian pada 720 S.M. Puak-puak Judah (Yahuda), Levi (Lawi) dan Benjamin (Bunyamin) yang kembali dari Babylon inilah yang membentuk sebahagian besar golongan Yahudi yang wujud kini. Diaspora bangsa Yahudi yang bermula dengan serangan Assyrian ke atas mereka telah menyebabkan banyak dari mereka melarikan diri untuk mendapatkan tempat perlindungan ke serata pelosok dunia. Kini Kaum Yahudi telah bertapak di merata-rata negara di dunia termasuk di Malaysia ini. Di Malaysia, negeri kelahiran saya, Pulau Pinang, juga menunjukkan bahawa kaum Yahudi telah lama bertapak di sini.

Nama Yahudi yang digunapakai oleh suku-suku Bani Israil kini merupakan nama kepada satu puak Bani Israil yang dominan di bahagian kerajaan Selatan Negara Bani Israil bersatu yang terbentuk satu ketika dulu. Apabila kerajaan selatan Bani Israil memisahkan diri dari bersatu dengan kerajaan Utara, kerajaan selatan itu mula dikenali sebagai Kingdom Of Judah atau Kerajaan Yahudi berdasarkan kepada puak atau suku Yahudi yang paling dominan di sana iaitu puak Judah (Yehuda). Selepas kerajaan Assyria menyerang dan menakluk Kerajaan Bani Israil utara, tinggallah hanya Kerajaan Selatan sebagai satu-satunya kerajaan Bani Israil yang masih wujud pada ketika itu. Lama-kelamaan, suku-suku Bani Israil yang tinggal di kerajaan selatan digelar sebagai Yahudi berdasarkan puak yang paling dominan di sana.

Halakha, iaitu hukum-hukum agama Yahudi, memberi definisi Yahudi kepada seorang yang

  • ibunya Yahudi; atau
  • Seorang yang memeluk agama Yahudi berdasarkan hukum-hukum Yahudi.

Definisi ini diwajibkan oleh Talmud, rekod Hukum-Hukum Tidak Tertulis yang menerangkan kitab Taurat, iaitu buku suci asal hukum-hukum Yahudi. Berdasarkan Talmud, definasi ini dikatakan dipegang semenjak pemberian Taurat di Gunung Sinai kira-kira 3500 tahun dahulu semenjak zaman Nabi Musa a.s. lagi. Pakar sejarah Yahudi bukan-Ortodoks menyatakan bahawa definasi ini kini tidak diikuti tetapi mereka mengakui ia telah digunapakai lebih kurang 2,000 tahun dahulu sehinggalah waktu sebelum moden ini.

Pada akhir abad ke 21, dua kumpulan Yahudi (terutamanya di Amerika Syarikat) yang liberal dari segi teologi, reformasi Yahudi dan Penstrukturan Kembali bangsa Yahudi telah membenarkan orang yang tidak memenuhi kriteria tersebut untuk memanggil diri mereka sendiri sebagai Yahudi. Mereka tidak lagi mewajibkan orang memeluk agama tersebut untuk memenuhi adat istiadat pemelukan tradisional, dan mereka melihat seseorang sebagai Yahudi jika ibu mereka bukan Yahudi dengan syarat ayahnya Yahudi. Akan tetapi, penukaran polisi ini dibantah oleh golongan Yahudi Ortodoks.

Maka dapat disimpulkan di sini bahawa Yahudi merupakan satu agama bangsa yang berasal dari puak-puak Bani Israil dari keturunan Nabi Yaakub a.s. Mereka ini yang sentiasa menolak kepada wahyu-wahyu dari Allah s.w.t., telah menafikan kerasulan Nabi Isa a.s. dan apa yang dibawanya sehingga menyebabkan golongan Yahudi yang mengikut dan beriman kepada Nabi Isa a.s. dilabelkan pula dengan label Nasrani iaitu Kristian. Padahal, Nabi Isa a.s. dilantik sebagai Rasul untuk menegakkan kembali semua hukum-hukum Taurat yang ditinggalkan golongan Yahudi ini dan membawa mereka kembali ke jalan Allah.

THINK NOT THAT I AM COME TO DESTROY THE LAW, OR THE PROPHETS: I AM NOT COME TO DESTROY, BUT TO FULFIL. FOR VERILY I SAY UNTO YOU, TILL HEAVEN AND EARTH PASS, ONE JOT OR ONE TITLE SHALL IN NO WISE PASS FROM THE LAW, TILL ALL BE FULFILLED.'(Mathew 5:17-18)

Terjemahannya, 5:17"Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.5:18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sehingga semua hukumnya dipenuhi.

Golongan yahudi hanya akan di gelar sebagai Muslim hanya jika mereka menurut semua yang diwahyukan kepada mereka dan memperakui Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah.

Sebagaimana yang telah dijelaskan tadi, Nabi Isa a.s. dibangkitkan Allah ditengah-tengah kekalutan bangsa Yahudi yang semakin banyak terpesong dari ajaran Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul-rasul dari kalangan bangsa keturunan Bani Israil. Mereka (golongan Yahudi) ini kemudiannya menolak kerasulan Nabi Isa a.s., yang mana kemuncak penolakan mereka terhadapnya membawa kepada peristiwa penyaliban. Menurut sumber Kristian, mereka mempercayai yang Jesus itu di salib di atas palang tersebut sebagai penebus dosa manusia, sedangkan menurut Al-Qur’an, Nabi Isa a.s. diangkat oleh Allah s.w.t. kepadaNya dan diselamatkan dari penyaliban tersebut. Yang disalib di atas palang tersebut menurut Al-Qur’an ialah orang yang disamakan Allah s.w.t. dengan rupa Nabi Isa a.s.

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An Nisaa’ Ayat 157-158)

Kristian mempercayai serta beriman kepada konsep yang menyatakan bahawa Jesus Christ itu mati di atas salib disebabkan Tuhan hendak mengampunkan dosa sekelian manusia yang ditanggung semenjak Nabi Adam a.s. di halau dari syurga. Menurut mereka, semua manusia itu berdosa dan dosa tersebut itu hanya akan diampunkan dengan mengakui serta beriman kepada Jesus dan konsep yang menyatakan Jesus Christ itu ialah anak Tuhan yang dihantar Tuhan ke dunia untuk mengampunkan dosa sekelian manusia melalui pengorbanan, seksaan yang dialaminya serta penyaliban yang berlaku ke atasnya. Syukur kita dilahirkan sebagai umat Islam yang tidak dibebankan dengan dosa yang tak pernah dilakukan oleh kita. Allah s.w.t. menyatakan kepada kita bahawa semua manusia itu dilahirkan tanpa dosa, tetapi manusia itu berkecenderungan untuk melakukan dosa dan pada setiap kali manusia itu berdosa tidak kira sebesar mana sekali pun, Allah s.w.t. sentiasa mendengar serta akan mengampunkannya jika manusia itu bertaubat kepadaNya. Allah s.w.t. mengampunkan dosa manusia dengan RahmatNya tanpaperlu membunuh mana-mana manusia untuk mengampunkan mana-mana manusia yang berdosa.

Sebagai contoh, seorang Raja yang mempunyai hanya seorang putera sebagai pewaris takhtanya. Raja ini pula mempunyai ramai hamba sahaya di dalam kawasan negeri jajahannya. Negeri tempat tinggal rakyat jelatanya dan hamba sahayanya itu aman makmur dan tanpa mengalami sebarang masalah. Raja itu pada suatu hari, telah membuat satu pengumuman yang menetapkan satu peraturan kepada semua rakyat jelatanya, bahawa sesiapa yang memetik serta memakan buah dari satu pohon di dalam taman istananya akan di hukum buang negeri. Maka tidak lama selepas itu, seorang dari hamba sahayanya itu mencuri buah tersebut dan memakannya. Hamba sahaya tersebut ditangkap dan dibawa kemuka pengadilan dengan Raja itu yang menjadi hakimnya. Maka hamba sahaya yang ketakutan akan murka Raja tersebut, memohon supaya diampunkan kesalahannya. Tetapi Raja itu yang sangat murka, telah menghukum hamba sahaya tersebut dibuang negeri termasuk semua keturunannya sampai bila-bila. Setelah lama dihukum buang negeri, keturunan hamba sahaya tersebut masih tidak putus-putus memohon keampunan daripada Raja tersebut supaya dapat mereka kembali ke negeri yang aman sentosa dan penuh kebahagiaan dan nikamt sebagaimana yang pernah diduduki nenek moyang mereka. Maka pada suatu hari Raja itu mula berasa simpati ke atas keturunan hamba sahayanya yang dibuang negeri dulu. Maka si Raja itu pun mengambil satu keputusan untuk mengampunkan seluruh keturunan hamba sahayanya suaya mereka dapat kembali ke negerinya dengan aman dan sentosa. Maka untuk memastikan semua dosa keturunan hamba sahayanya dulu dapat diampunkannya, Raja itu mengutuskan satu-satunya puteranya ke negeri tempat keturunan hamba sahayanya di buang dulu supaya dapat diseksakan putera tunggalnya itu serta dibunuh puteranya oleh semua keturunan hamba sahayanya. Akhirnya setelah semua keturunan hamba sahayanya membunuh satu-satunya anak kepada Raja tersebut, maka secara automatiknya pengampunan Raja ke atas mereka dapat diperolehi. Maka akhirnya mereka semua dapat kembali ke negeri Raja tersebut untuk hidup aman damai berbahagia bersama Raja tersebut buat selama-lamanya.... Nilaikan sendiri apakah bijak seorang Raja yang amat berkuasa, tetapi untuk mengampuni hamba sahayanya, dia perlu membiarkan putera tunggalnya di sepak terajang dan di bunuh oleh mereka supaya baru dia boleh mengampunkan? Bukankah cerita sebegini memperbodohkan akal manusia serta menghina keupayaan akal manusia? Apakah Raja tersebut tidak mampu mengampunkan saja dengan kata-kata serta hati yang memaafkan? Jika terdapat Raja yang bertindak sedemikian rupa hanya untuk memastikan yang dia dapat mengampunkan hamba sahayanya yang bersalah, apakah boleh kita memanggilnya dengan gelaran Raja yang bijaksana?

Inilah bentuk cerita yang disogokkan oleh doktrin Kristrian yang menyatakan Jesus itu dikorbankan semata-mata untuk menghapus dosa seluruh manusia. Syukur kita bertuhankan Allah s.w.t. yang mengampunkan kita sebaik saja kita menadah tangan memohon keampunan kepadanya dengan bersungguh sungguh.

Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). (Al Hijr 49)

Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan. (Asy Syuura 75)

Sebagaimana yang telah dijelaskan tadi, golongan yang dilabel Kristian pada awalnya merupakan satu golongan Yahudi yang menjadi pengikut kepada Nabi Isa a.s., mereka-mereka yang menurut dengan ajaran Nabi Isa a.s. yang sebenar-benarnya digelar sebagai Muslim oleh Allah s.w.t. seperti mana yang tersebut dalam Al-Qur’an.

Menurut Bible, nama Kristian mula digunapakai ke atas golongan ini semasa mereka berada di Antioch dalam mengembangkan ajaran mereka. Kristian itu membawa maksud ‘pengikut atau penyokong kuat Christ’ dalam bahasa Greek.

11:26…. And it came to pass, that a whole year they assembled themselves with the church, and taught much people. And the disciples were called Christians first in Antioch. (Acts 11 : 26)

Terjemahannya, 11:26 Mereka tinggal bersama-sama dengan jemaat itu satu tahun lamanya, sambil mengajar banyak orang. Di Antiochlah pengikut-pengikut itu untuk pertama kalinya digelar sebagai Kristian. (Acts 11 : 26)

Label Yahudi dan Kristian ini akan kekal kepada mereka selagi mereka tidak kembali ke ajaran sebenar Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Dengan pelantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul Penutup dan terakhir, kedua-dua golongan ini wajib beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang telah dinyatakan serta diberitakan tentang kedatangannya di dalam kitab-kitab mereka sebelum ini. Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam hadisnya

Dari Jabir r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya, “Perumpamaanku dengan Nabi-Nabi yang sebelumku adalah seperti orang yang membangun rumah, lalu disempurnakannya dan dibaguskannya buatannya, kecuali satu sudut (belum terpasang) dengan sebuah bata. Maka masuklah orang banyak ke rumah itu dan meninjau. Mereka kagum dengan keindahannya dan bertanya. “Kenapa batu di tempat ini belum di pasang?” Kata tuan rumah, “Yang memasangnya ialah Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.” Maka akulah yang meletakkan atau memasang bata itu, dan aku datang sebagai Nabi yang terakhir.”
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Hanya apabila mereka kembali kepada Al-qur’an dan memperakui yang Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah, barulah mereka akan kembali digelarkan sebagai Muslim sebagaimana Islamnya Nabi Musa a.s., Isa a.s. dan Muhammad s.a.w.

Harap artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak kefahaman terhadap persoalan yang bermain difikiran. Wallahua’lam....


Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987.

Sebahagian dari kupasan dalam artikel di atas di petik dan di olah dari eNovel Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, sila KLIK SINI>>

Ayat-ayat dari kitab Bible dalam artikel di atas di petik dari World Religious Scriptures Vol 1. Jika anda ingin mengkaji kitab-kitab agama dunia sepertimana ayat-ayat yang tercatat dalam artikel di atas, klik banner di bawah ini untuk membeli CD-ROM Wold Religious Scriptures Vol 1 tersebut.....
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

4 comments:

Anonymous said...

dari membaca judul artikel di atas saja. saya sudah malas untuk membaca akar nya. tidak semua nabi itu islam, yang islam hanyalah muhammad.SAW sedangkan yang lain itu berbeda keyakinan. anda membuat blog ini jgn mempropagandakan agama islam. sy tidak meyakini kalau anda itu islam. cara berpikir anda saja sudah berberda ! hati hati berkata
sepintar pintarnya tupai melompat pasti jatuh juga !!!!

satuhala said...

Tanpa nama 7:14.. terima kasih atas komen.. tiada masalah. Komen anda sendiri menceritakan bentuk sikap anda. Jika ada kesempatan, mungkin saudara boleh mengambil sedikit masa untuk membaca apa yang telah saya tulis sepenuhnya. Ia tidak akan mencalarkan ego saudara. Ia satu jemputan dan bukan paksaan. TQ sekali lagi.

Anonymous said...

Anda ternyata tidak faham Islam dan Muslim. Malah anda begitu bangga dilahirkan sebagai Islam keturunan. Inilah masalahnya bila anda identikkan Islam sbg Agama sedangkan Islam adalah Dien, bukan Agama. Para Rasul semuanya muslim yg mentegakkan Dien al-Islam, bukannya Agama Islam spt fahaman kbnyakkan org. Takde bezanya anda dgn golongan ustadz/ustadzah yg sekarang ini banyak dijadikan Arbab oleh mrk yg spt anda juga. Kita tidak disuruh Allah mengaku Islam tapi seharusnya Muslim, malah mati juga dlm keadaan Muslim. Kan ada perbezaannya tu? Hati2...

satuhala said...

Anon July 9, 2013 at 4:27 PM,

Saya tertawa kecil membaca komen saudara yg nyata mengangkat dirilebih memahami Islam dari lain manusia..

Tanpa memperkenalkan diri dan salam, ia mengundang ketawa kecil kepada saya melihat sikap manusia yang suka mengukur aras tetapi terlupa kembali di aras mana ia berada, lantas terlupa dengan tanggungjawab yang seharusnya ia jalankan.

Baguslah jika saudara lebih memahami Islam dari manusia yang lainnya. Bukankah lebih baik saudara memulakan langkah utk mempertingkatkan kemampuan manusia muslim lainya utk berada di aras kefahaman yang sama dengan saudara, daripada membuang masa di sini, mengukur rendah untuk sesuatu yang tidak mahu dipandang tinggi?

Sila bergerak saudara agar semua muslim mencapai tahap 'mukmin agung' spt saudara.. jika saudara berlama-lamaan di sini, sudah pastinya keupayaan saudara utk memahami Dienul Islam tidak ke mana-mana..