Thursday, October 11, 2007

Al-Qur'an kembali dipraktikkan dengan sebenar-benarnya semalam....

0
oleh Muhammad Ibn 'Az

Syukur ke hadrat Allah s.w.t., semalam pada tanggal 11 Oktober 2007, Malaysia telah melakarkan satu sejarah dalam dunia Islam dengan mengorak langkah awal dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Biarpun ramai yang mempertikaikan, tetapi saya amat menyokong langkah permulaan kita ini dengan menghantar seorang angkasawan dulu ke ISS. Biarpun Amerika Syarikat memperlekehkan usaha ini dengan menggelarkan angkasawan kita sebagai penumpang kapal angkasa, tapi itu tidak langsung menjadi hal bagi saya. Ingatlah... Yahudi dan Nasrani tidak akan redha selagi kita tidak tunduk kepada telunjuk mereka. Jika Amerika, negara penyokong kuat rejim Yahudi Zionis mabuk tidak meredhai kita, ini membawa maksud bahawa kita sedang berada di landasan yang benar... janganlah kita lepaskan langsung peluang untuk menjajah angkasa lepas sepertimana kita gagal untuk melakukannya dibumi semenjak 500 tahun yang lalu... 500 tahun yang berlalu kita membiarkan saja Portugis, Belanda dan Inggeris mengambil kesempatan membina kapal-kapal perang canggih serta membiarkan mereka menakluk hampir seluruh dunia kerana kita sendiri tidak mahu memajukan diri dan berasa sangat complacent dengan apa yang ada... kita belum terlewat.. benar.. kos untuk melancarkan kapal angkasa ke angkasa lepas amat tinggi dan di luar kemampuan kerajaan untuk melakukannya..
Tetapi janganlah lupa bahawa ilmu itu bukan hanya dalam bentuk satu hala. Ilmu itu datang dalam berbagai bentuk, carilah cara, pastinya teknologi lebih murah boleh di dapati jika kita meminta petunjuk dari Yang Maha Bijaksana serta berusaha keras merealisasikannya. Hampir terharu menyaksikan roket tersebut meluncur ke angkasa. Tujahan enjinnya yang kuat itu melonjakkan roket itu ke atas bersama-sama dengan maruah Islam yang turut juga diangkat ke atas. semoga usaha ini tidak menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam... terima kasih juga kepada orang yang berusaha untuk meningkatkan kembali maruah Islam di mata dunia.. orang itu tidak lain dan tidak bukan Tun Dr. Mahathir Mohamad.. tanpa visinya tentulah kita terus menjadi melayu yang terus layu di bumi bertuah ini.. dan semalam ayat 33 surah Ar Rahman yang merupakan cabaran Allah kepada umat Islam untuk keluar dari muka bumi ini mula kita sahut setelah 1437 tahun memperlekehkannya dengan tradisi literasi kosong tanpa impak yang selama ini diamalkan oleh seluruh dunia Islam.

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi, maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan!
(Ar Rahman ayat 33)

Kekuasaan yang dimaksudkan ialah teknologi dalam membentuk tujahan roket untuk melawan tarikan gravity bumi. Jika tiada kuasa, masakan dapat keluar dari perangkap gravity bumi. Semasa menonton siaran langsungnya di Astro, surah tersebut dibaca oleh Qari yang dilantik. Tetapi malangya tiada terjemahan yang disiarkan sekali.. alangkah ruginya peluang untuk berdakwah yang disia-siakan semalam... doa saya semoga angkasawan kita, Sheikh Muszaphar Shukor, serta misinya itu selamat dan berjaya..
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: