Wednesday, September 12, 2007

Pengumuman penting!

0
Pembetulan Bagi Muka surat 93 eBook Syahadah :
Assalamualaikum warahmatullah, pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 'KELIRU' kerana memberikan maklum balas kepada kami melalui shoutbox berkenaan ralat yang terdapat dalam m/s 93 eBook Syahadah yang dibeli. Kami sudah pun membuat pembetulan bagi muka surat tersebut. Semua pembeli yang diberikan Kod Pelanggan *******0109 hingga *******5511 akan dihubungi dalam waktu terdekat ini berkenaan ralat dan pembetulan yang dilakukan. Bagi mereka yang diberikan kod pelanggan *******108 dan ke bawah, eBook yang dibeli merupakan edisi pertama yang tidak mengandungi ralat tersebut. Ralat yang dimaksudkan boleh dirujuk dengan klik gambar disebelah kanan. Pembetulannya boleh dibaca dengan klik gambar sebelah kanan. Dalam dialog tersebut, sepatutnya surah Al Mujadalaah ayat 4 tidak dimasukkan. Surah Al Mujadalaah ayat 4 ini tiada kaitan dengan penciptaan langit dan bumi dalam enam masa. Kami ingin memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan dan sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 'KELIRU' yang menghantar maklumbalas selepas membaca eNovel yang dibeli.


























Pembelian eNovel Syahadah..

Terima kasih kepada semua pelawat yang membeli eNovel Syahadah: Dialog dengan Gadis Melayu Atheist.

Kepada semua pembeli yang telah membuat pembayaran tetapi masih belum menghubungi pihak kami berkenaan butiran penting yang diperlukan atau yang menghadapi masalah dengan proses penghantaran, sila hubungi satuhala@yahoo.com dengan segera bagi membolehkan kami memproses urusan penghantaran dengan secepat mungkin.

Diminta En. Ahmad Fansuri Abd Ghani menghubungi kami dengan segera.

Kepada anda yang belum mendapatkannya dan ingin membeli eNovel Syahadah tersebut, sila email ke satuhala@yahoo.com untuk maklumat lanjut atau klik di sini.

TEMPAHAN WORLD RELIGIOUS SCRIPTURES VOL 1

Bagi mereka yang ingin menempah CD ROM World Religious Scriptures Vol 1, pihak kami dengan dukacitanya memaklumkan bahawa tempahan baru bagi CD ROM tersebut ditangguhkan buat sementara waktu. Ini disebabkan cetakan baru belum kami perolehi. Bagi yang belum menempah, diminta menangguhkannya sehingga pengumuman seterusnya dibuat. Sekian, terima kasih.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.